• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

Macamana Nak Ambik Hati Lelaki?

JuLieT kG

Member
Ramai wanita cuba untuk fahami hati lelaki tetapi gagal berbuat demikian. Setiap lelaki mempunyai corak pemikiran dan cara mereka meluahkan perasan yang berbeza. Ada juga segelintir daripada mereka mahu pasangannya tahu apa yang mereka fikirkan. Bukan mereka sendiri yang patut beritahu, tetapi kaum wanita perlu korek rahsia itu sendiri. Ini juga merupakan salah satu cara untuk ambil hati si dia tau!
Lelaki tidak meluahkan perasan secara terang-terangan
Ramai lelaki dianggap misteri kerana sifat mereka yang suka sembunyikan perasaan. Hanya segelintir lelaki yang mahu dan selalu meluahkan perasaannya secara terang-terangan. Ada juga yang memerlukan masa dan suasana yang sesuai untuk meluahkan perasaan mereka tu. Jadi, kalau anda nak tahu perasaan si dia, pilihlah masa yang sesuai atau waktu dia berada dalam mood yang baik. Mungkin anda akan dapat jawapan yang anda inginkan.
Ucap ‘ I Love You’ melalui perbuatan
Anda perlu tahu bahawa bukan mudah sebenarnya bagi seorang lelaki nak ucapkan kata-kata cinta. Luaran memang nampak macho dan ganas, tetapi jauh dalam hati lelaki ni ada lembutnya dan ada halusnya. Lelaki lebih selesa luahkan perasaannya melalui perbuatan, bukan perkataan. Bagi mereka perbuatan tu lebih bermakna daripada perkataan.
Lelaki lebih serius dalam perhubungan
Mungkin wanita tidak setuju dengan fakta ni, tapi itulah hakikatnya. Jika nak dibandingkan dengan wanita, lelaki lebih serius dalam perhubungan, lagi-lagi mengenai perkahwinan. Jika dia benar ikhlas dengan anda, masa yang anda nantikan akan tiba juga satu hari nanti. Mungkin dia masih belum menyatakan apa-apa mengenai perkahwinan dan cuma bagi hint kerana masih mengumpul duit dan keperluan lain untuk membina sebuah keluarga.
Lelaki suka berkongsi hobi dengan kekasihnya
Berkongsi hobi dengan pasangan sebenarnya sesuatu yang sangat sweet. Selain itu, berkongsi hobi sangat membantu dalam sesuatu hubungan. Ia membuatkan diri kita berasa lebih dekat dengannya.
Lelaki perlukan ruang dan masanya tersendiri.
Lelaki mana yang suka dikongkong? Seperti yang kita tahu, lelaki bukanlah kumpulan individu yang suka dikongkong. Mereka akan rasa tercabar dan mudah buat mereka rasa bosan. Tidak kiralah yang dah berkahwin atau masih bujang, mereka perlukan masa dan ruang tersendiri. Janganlah terlalu mengkongkong si dia, benarkan si dia bersosial dan melakukan aktiviti kegemarannya. Anda cuma perlu percaya padanya dan segalanya mungkin akan baik-baik sahaja.
Lelaki tidak suka ingat perkara negatif
Wanita selalu simpan dan kenangkan perkara negatif yang sudah berlaku tapi bagi lelaki pula sebaliknya. Lelaki cukup tidak suka pendam dan ungkit perkara negatif yang telah berlaku. Mereka lebih memilih untuk lupakan apa yang telah terjadi dan teruskan kehidupan seperti biasa. Tapi jangan pula anda ambil kesempatan atas sifat positif macam ni!
Lelaki suka dirinya dihargai
Ada ke manusia di dunia ni tak suka dihargai? Kalau ada, DUSTA namanya! Lelaki yang dihargai atas sesuatu yang mereka lakukan, akan menjadi lebih romantis. Ini merupakan satu dorongan bagi mereka untuk menjadi orang lebih baik.
Lelaki dan seks memang tak boleh dipisahkan
Adalah normal bagi lelaki yang berumur 60 tahun kebawah memikirkan tentang seks sekurang-kurangnya sekali sehari. Mereka memikirkan seks dua kali ganda kerapnya daripada kaum wanita. Benda ni memang tak boleh diubah kerana ianya dah lumrah alam dan bukanlah sesuatu yang luar biasa.
Seks adalah penting bagi lelaki
Lelaki meluahkan perasaanya melalui perbuatan, seks adalah salah satu daripadanya. Sebab itulah bagi lelaki, seks adalah sangat penting dan merupakan sesuatu yang sangat indah. Selain itu, seks juga merupakan salah satu cara untuk anda dan pasangan kekal bahagia ( BAGI MEREKA YANG SUDAH BERKAHWIN SAHAJA). Bagi yang belum berkahwin, anda WAJIB elakkan diri dari mereka yang mahukan seks. Lagi-lagi jika anda berdua baru sahaja bercouple.
Lelaki tidak faham isyarat halus ( reaksi yang ditunjukkan melalui ton suara atau air muka)
Kadangkala, wanita perlu faham bukan semua lelaki faham akan isyarat halus wanita seperti reaksi muka, perbuatan dan intonasi suara. Mereka mungkin tidak faham dan tak dapat tangkap apa yang wanita maksudkan dari isyarat halus tu. Mereka mungkin nampak seperti orang yang tiada perasaan, tetapi wahai kaum wanita, janganlah pula anda fikirkan mereka ni tidak sensitif! Terus-terang kan lebih mudah.
Lelaki tidak selalunya sedia untuk berasmara
Lelaki tidak selalunya bersedia untuk berasmara dengan pasangannya. Anda pula janganlah terlalu mendesak dan cuba belajar bersabar. Mungkin pasangan anda penat dan serabut memikirkan masalah di tempat kerja. Jangan ambil hati dan cuba memahami si dia.
Lelaki mungkin menipu sebab terlalu dikontrol
Segelintir lelaki yang selalu menipu pasangannya kerana mungkin mereka tak dapat apa yang mereka inginkan, seperti ruang dan masa sendiri atau terlalu dikongkong. Jadi untuk elakkan itu daripada berlaku, apa kata anda cuba fahami kehendaknya. Dalam perhubungan, kalau masing-masing tak mahu bertolak ansur memang akan diakhiri dengan perpisahanlah jawabnya.

**kopiepaste**
 
Top