• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

Malu Atau Bahagia ?

Kahwin Dengan Orang Lain Dulu @ Tunggu Kekasih Hati

  • Kahwin Dulu

    Votes: 0 0.0%

  • Total voters
    1

Hamba Allah

New Member
Assalamualaikum saudara2 sekalian . Saya ingin bertanyakan pendapat semua tentang satu perkara yang menimpa kawan saya .

Kawan saya ( perempuan ) bercinta dgn seorang lelaki yang muda sedikit daripadanya . Lelaki tu masih belum mampu untuk menikahi kawan saya itu . Kawan saya pernah mnyatakan hasrat dia untuk berkahwin dahulu dengan lelaki lain sbb dia malu . Tiap2 hari ada saja orang yang tnya dia "bila nak kawin" , "eh awak dah kawin belum" , "nak saya carikan" macam2 lah . Dia malu dengan usianya yang mendekati 30 tapi masih belum berkahwin . Si lelaki tidak benarkan krana tk sggup melihat kekasih hati dia bersama lelaki lain walaupun kawan saya berjanji akan berkahwin dengan dia jgk suatu hari nnti bila dia dah mampu . Kawan saya kata dia tidak tahan dengan tomahan dan gesakan orang lain yang asyik suruh dia kawin . Disebabkan si lelaki tak bagi , kawan saya sering menuduh si lelaki tu tidak faham perasaannya , hanya pentingkan perasaan sendiri , apa yang penting kehendak si lelaki . Sedangkan si lelaki memikirkan kebahagiannya mereka bersama bukan hanya kebahagiaan dirinya .

Bagi saya , jika saya berada di tempat kawan saya , saya tidak akan berkahwin dan menunggu sehingga orang yang saya betul2 sayang mampu untuk menikahi saya . Kerana perkara ini bukan melibatkan kebahagiaan orang lain , kebahagiaan diri sendiri jgk . So tidak kisah lah apa orang cakap , saya tidak akan berkahwin dengan orang lain dan sterusnya tidak bahagia dengan lelaki itu demi menghilangkan rasa malu dalam diri . Biar rasa malu skrg dan bahagia kelak daripada merana dgn orang yang saya tak sayang . Biarlah orang mengata , jodoh tu kuasa Allah . Kalau lambat , maka lambatlah . Tidak perlu malu

Tapi itu pendapat saya la , pendapat orang lain2 . Pendapat anda bagaimana ?
 
Top