• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

~Mentari Yang Terbit Di Tanah Seberang~

La Di Da

Active Member
#1
Si gadis memandang ke langit
Seperti mencari sesuatu
Sesuatu yang semakin hilang
“Hmm,,apa lagi yang aku cari,apa lagi yang aku nanti,
Cahaya dilangit sudah hilang,sedarlah wahai diri”>>monolog gadis itu.
Meneruskan langkah tanpa tujuan.

“Psst,,hey kamu”.Kaki gadis tadi terhenti.Menoleh kiri kanan,mencari pemilik suara tadi.
“Aku disini,didepan kamu”.Gadis tadi terkejut,terkejut melihat seekor rama-rama ntah dari mana muncul betul2 berada didepannya.
“Kamu ke menegur aku tadi?”soal gadis itu curiga.”Ye,aku lah pemilik suara itu”,jawab sirama-rama.
“Kamu boleh bercakap?”,soal gadis tu lagi.”Aku hanya bercakap dengan kamu saja wahai si gadis”,balas sirama-rama tadi.
“Hanya dengan aku?Tapi mengapa?”gadis itu merasa pelik.”Sebabnya,aku lihat kamu dari tadi bermuram durja,asyik sungguh melihat dilangit”,beritahu sirama-rama tadi.
“Owhh,,aku sedih sebab aku telah kehilangan,”gadis itu menjawab ringkas sambil mata nya menadah kelangit.Sirama-rama semakin pelik,lalu turut memandang kelangit.’Biasa2 jek,xde yang luar biasa pon,langit cerah seperti biasa’,sirama-rama berkata didalam hati.
“Apa yang kamu hilang gadis?”soal rama-rama tadi apabila melihat muka sigadis tadi semakin walang,gayanya seprti kehilangan sesuatu yang amat penting.
”Aku kehilangan mentari”,jawab gadis tu ringkas.Rama-rama tadi semakin hairan,mentari?Lalu die bertanya kepada gadis tadi,,”Bukankan sekarang mentari menyinar dilangit,mengapa kamu kata mentari sudah hilang?”.
“Aku mencari mentari yang jauh,jauh ditanah seberang”,jawab gadis itu ,sebak.
”Gadis,bukankah mentari itu hanya ada satu dan yang satu itulah yang memberi sinarnya kepada kita seisi alam ini.”
Gadis itu memandang tepat kearah rama-rama tadi,matanya basah,lalu berkata,,”Rama-rama,aku kehilangan mentari yang terbit ditanah seberang,dimana cahayanya telah sesat kedalam hati aku.”
“Maksud kamu?”,tanya rama-rama tadi,keliru.Sambil mengesat air mata nya yg jatuh,gadis itu menjawab,”Mentari yang aku maksudkan adalah seorang pria,seseorang yang pernah hadir dalam hidup aku.”Rama-rama tadi semakin faham,lalu bertanya lagi,,”tapi,mengapa kamu memanggilnya mentari?.”
“Sebabnya dia hadir membawa sinar cinta dalam hati aku,”ringkas gadis tu menjawab.
 

La Di Da

Active Member
#2
“Tapi,mengapa kamu katakan dia adalah mentari dr seberang?”soal rama-rama itu lagi,,lagak seperti wartawan Melodi jek gayanya.
“Sebab dia ‘terbit’ dari Kota Kembang yang terletak ditanah seberang”.
“Oooooo”,,hanya itu yang mampu keluar dari mulut rama-rama tadi,padahal dalam hati masih tertanya2 dimanakah Kota Kembang itu.
“Lihat daripada keadaan kamu,jelas kamu begitu menyukai dia bukan?”,,tembak rama-rama tadi.
“Suka?kamu tau x rama rama?”soal gadis tadi.
“xtau”,,sepantas kilat rama rama td menjawab sambil tersengih.Gadis memberi jelingan maut pada rama rama tadi.
’perghhh,,,menusuk’,,ngumpat rama rama dalam hati.

Gadis tadi terus menyambung bicara,,”aku pernah jatuh suka,rasa2 mmg banyak kali la,,hehehe tapi sekadar jatuh suka,biaselah mata manusia,suka pada yg indah,,(‘agak2 rama rama tu caya ke ckp aku ni’?sempat lagi gadis tu bercakap sendiri),,lalu menyambung,,
“tapi xpernah jatuh sayang,ya,aku pernah jatuh suka rama rama,tapi xpernah jatuh cinta,,”
“Tapi,dengan mentari ni kamu bukan saja jatuh suka tapiii,,kamu dah ‘ter’jatuh sayang plus’ter’ jatuh cinta bukan???kannn??kannn????,,,soal rama rama tadi(cam gelojoh pon ye)
Muka gadis tadi sudah bersemu merah.’eleh,,malu la tu’,,ngomel rama rama dlm hati.
“Betul kan?”soal rama rama lagi(cam xpuas hati selagi xdpat jawapan)
“Perlu ke aku jawab,sedangkan kamu tau jawapannya.”balas gadis berkenaan,sedih.

Rama-rama hiba melihat gadis tadi.”Kalau kamu berdua saling mempunyai ‘rasa’ yang sama,mengapa ‘mentari’ kamu pergi?Sambil mengesat air mata,sigadis menjawab,,”Sebenarnya,bagi aku,dia xpergi,tapi dia terpaksa ‘berhenti’ untuk memberi cahaya kepada aku, keadaan,,keadaan yang memaksa dia berbuat demikian,”jawab gadis tu lirih.
“Aku simpati dengan kamu gadis,bagaimana aku boleh bantu utk mengurangkan kesedihan kamu”?
Gadis tadi tergelak kecik,,”bolehkah kamu membawa mentari yg hilang itu kepada aku semula?
Tak boleh bukan?Sebab kamu tak kan mampu,begitu juga dengan aku.Kamu,,aku,,dan sapa2 saja yang ingin membantu aku tak kan mampu melakukannya.”
Rama-rama jelas xberpuas hati,lalu bertanya,,”tapi mengapa?”
Sigadis memandang rama-rama tadi,,lama,,lalu berkata,,”Rama-rama,kamu mahu melawan takdir DIA?
 

La Di Da

Active Member
#4
“Tapi kamu masih tak boleh melupakan dia bukan,”duga rama-rama.Sigadis itu hanya mampu menunduk,seolah2 itu memberi jawapan kepada persoalan rama rama.
Rama-rama faham dengan jawapan senyap gadis tadi,lalu menyambung bicara,,”sabarlah kamu wahai gadis,hilangkan kesedihan kamu,aku yakin mentari kamu pasti turut sedih kerana dia pasti melihat kamu dari jauh.Kamu jadikanlah peninggalan cinta mentari kamu itu sebagai penguat untuk kamu teruskan hidup dan aku juga yakin mentari kamu itu tak kan pernah lupakan kamu,,kerana cahayanya sentiasa ada menemani kamu.”
Si gadis terharu dengan kata2 rama-rama,,”kamu tau,,dia tetap sahabat aku,rama-rama,,kami bermula dengan bersahabat dan aku memang berharap dia akan sentiasa menjadi sahabat aku selamanya,,sahabat jiwa,mungkin itulah yang mengikat kami hingga sekarang.Terima kasih atas nasihat kamu rama-rama,kamu memang baik hati.Aku ingin pulang,gembira dapat berkenalan dgn kamu.”
Lalu sigadis tadi meneruskan langkahnya untuk pulang,melangkah dengan hati yg ringan.Tiba2 dia langkahnya terhenti apabila rama-rama tadi memanggilnya semula,,,”hey gadis,,siapa nama kamu?”
Sigadis tadi menoleh kearah rama-rama tadi,lalu menjerit,,”nama aku EPAL,,Si Epal Merah!!”,,lalu meneruskan langkahnya.Terkujat rama-rama tadi,,”EPAL?!!”.

Disatu tempat diKota Kembang,Kiara Condong:


Terlihat seorang lelaki terbaring lelah dipadang yang luas,seprti gayanya baru selesai bermain bola sepak.Hanya dia seorang saja disitu.Lelaki itu memandang ke kaki langit,,mendung.
“Apa kabar kamu Epal?adakah kamu masih marah sama aku??”bisik lelaki tersebut.
“Epal tak marah sama kamu wahai jejaka.”
Terbangun serta merta lelaki tersebut,mana taknye,,dah cam terkejut beruk tiba2 terdengar suara yg tiba2 muncul.Dia memandang sekeliling,,”sapa tu?”dia menjerit.
“Aku disini,sebelah kamu.”Lelaki tersebut menoleh kesebelahnya,,yg ada hanya seekor rama-rama.
“Aku la yg bersuara tadi”,,rama-rama bersuara ala2 gediks.
“Kamu??biar betik!”,,lelaki tadi seakan tidak percaya.
“Ye aku,,”
“Kamu boleh berkata2?”,Tanya lelaki tadi,masih tidak percaya.
“Ye,,tapi hanya dengan kamu dan dengan seorang gadis,”jawab rama-rama berkenaan.
“Gadis mana?”Tanya lelaki tersebut sambil memandang sekelilingnya,,hanya dia seorang saja dipadang ni.
“Tak payah la kamu celingak celinguk,,,gadis tu tiada disini,dia jauh di seberang sana”,jawab rama-rama tadi.
Lelaki tadi pelik,,”seberang ?seberang mana?seberang jalan?seberang longkang?kamu jangan sebarang2 rama rama,baik kamu cakap betul2.”
“Banyak lak soal kamu ni,begini,kamu kenal dengan Epal Merah?”
Lagilah terkujat lelaki tadi,,”mana kamu tahu pasal Epal?kamu jumpa dia di mana?”
 

La Di Da

Active Member
#7
Rama-rama tadi sudah tersenyum.
“Epal tu kekasih kamu?”soal rama-rama tadi,,sekadar menduga.
“Bagaimana kamu tahu”?soal lelaki tu balik tanpa menjwab soalan rama-rama tadi.
“Hmm,,dia la gadis yang aku maksudkan,aku baru saja ketemu dengan dia tadi”.

Lelaki tu memandang pelik rama-rama tadi,lalu bertnya”kamu datang dari sana?”
“Yelah,,apa nak heran,sekarang sume org naik Air Asia ,,tambang murah ,,Everyone Can Fly,,huahuahuahuahua”,,jawab rama-rama tadi(jawapan cam menyakitkan hati jek)
Mencebik lelaki tadi,sambil monolog dalam hati’cehhh,,buat lawak lak’.
Rama-rama yang perasan kemeluatan lelaki tadi,,lalu berkata”Epal kamu baik-baik saja,walaupon die masih bersedih dengan ketiadaan kamu,tapi aku yakin dia kuat.”

Berubah wajah lelaki tersebut apabila nama Epal dicungkil oleh rama-rama tadi.
“Dia masih bersedih?”soal lelaki tadi.”Ye Mentari,,Epal kamu masih bersedih,malah dia sentiasa memandang ke langit,seolah2 kamu ada disana.”
Lelaki tadi mengukir senyuman nipis,,Mentari,,Epal xpernah lupa akn nama dia.
“Kamu pun masih tidak dapat melupakan dia bukan?Dan kamu pun masih bersedih atas kehilangan dia,”tiba2 rama-rama tadi bersuara.
Mata lelaki berkenaan memandang tepat ke arah rama-rama tadi,hanya mampu menggeleng.

“Kalau begitu,mengapa kamu pergi?,”soal rama rama tadi sekadar menduga.
”Rama rama,aku xpernah pergi dari dia,malah aku masih ‘membiaskan cahaya’ aku pada dia,Cuma,,situasi yang buat aku terpaksa mengalah,aku xnak susahkan dia.”
Rama-rama tadi kembali menyoal,,”kalau kamu tahu ini akn menyusahkan dia,kenapa kamu heret dia dalam cinta kamu?kamu tahu benda ini akan berlaku,tapi kamu teruskan jugak,tidakkah kamu terfikir akan perasaan dia?”.(gaya wartawan melodi ONN!)

“Aku sedar aku telah buat silap,tapi dalam masa yang sama aku tidak berdaya menolak ‘rasa’ yg datang,aku abaikan segala risiko,aku teruskan mengikut kata hati aku,sampai satu saat,aku tersedar aku tak patut terus terusan menipu Epal,walhal aku memang sudah tau dari awal hubungan kami tak kan berhasil,aku menyesal,,,aku memang rasa sakit waktu aku beritahu kebenaran ini pada Epal,”penuh walang lelaki tersebut meluahkan rasa hatinya.

Rama-rama rasa terharu,,sebagaimana dia terharu dengan cerita Epal Merah tadi.
“Bersabarlah wahai mentari,dalam diam aku kagum dengan kamu,kerana kamu berani menyintai seseorang walaupon kamu tahu risikonya,dan kamu juga berani menyatakan kebenaran walaupon sebenarnya terlalu pahit untuk diterima.Dan aku yakin Epal Merah faham situasi kamu walaupon dia turut merasa sedih dengan keputusan kamu ini.Percayalah,walaupon kamu sudah tidak bersama,tapi kamu berdua masih boleh bersahabat bukan?Bukankah awal perkenalan kamu bermula sebagai sahabat?dan tak salah jika kamu curahkan cinta kamu dalam persahabatan kamu.”
Lelaki tadi memandang rama-rama dengan muka yang tak berapa nak faham,,,’kalau dah bersahabat jek,boleh ke nak curah cinta bagai’,,monolog lelaki tadi.
Rama-rama dapat menangkap muka blur mentari,lalu meneruskan bicara,,”wahai mentari,cinta bukan saja untuk kekasih,tapi cinta itu kan universal,cinta kepada ibu bapa,adek beradek termasuk juga sahabat.Persahabatan kamu dengan Epal akan menjadi indah andai disulami dengan cinta,ia juga mewarnai persahabatan kamu berdua.Dan kamu kena ingat,dimana ada Persahabatan,distu ada Cinta,dan dimana ade Cinta,distu ada Persahabatan,jadi persahabatan kamu dengan Epal tak kan terputus,,percayalah.”

Mentari a.k.a lelaki tersebut memandang sayu pada rama-rama,,”kata2 kamu buat aku terharu,dan juga menyedarkan aku,aku memang xberniat untuk terus pergi dari sisi Epal,bukan cara aku untuk terus melupakan orang yg pernah singgah dalam hidup aku,tapi jika dengan bersahabat boleh mendekatkan aku dengan dia,,itulah yang akan aku lakukan.”
“Bagus,itulah yang seeloknya,,jangan tutup minda kamu dengan mengatakan jika sepasang kekasih itu sudah terputus hubungan,,mereka tidak boleh bersahabat.Mereka tidak tau,, atas hubungan bernama persahabatan,,hubungan tersebut akan kekal hingga keakhirnya,,dan tak mustahil kamu berdua boleh menjadi sahabat jiwa hingga keakhirnya”.

Kagum mentari mendengar motivasi dr rama-rama,,dah macam Dato’Fadzilah Kamsah jek.
“Terima kasih rama-rama,kamu mmg baik sangat,aku hargai nasihat kamu.Aku mau beransur,hari sudah petang,,jumpa lagi”.

Rama-rama menghantar pandang pada mentari lalu terbang bebas.

“Bukan salah manusia andai mereka jatuh cinta,cinta itu adalah fitrah,anugerah dariNYA,dan jangan sesekali takut untuk jatuh cinta”,,Rama-rama


“Jika aku diberi pilihan,,aku ingin menjadi bunga mawar ,tp itu tidak mungkin,,kerana sudah ade bunga mawar yang bertahta dihati kamu,,namun aku ttp berbangga menjadi epal merah kamu ,,,moga kamu xkan lupakan Si epal Merah ini”,,,Epal Merah.


"jika benar kebersamaan kita waktu itu adalah sebuah cinta, berarti ia tak menyiksa namun mengisi. Ia tak memaksa namun mengerti. Ia tak datang dengan kata kata namun menghampiri dengan hati. Ia tak datang kerana permintaan namun sentiasa hadir kerana ketulusan. Ia tak hadir karena kekayaan namun hadir karena pengorbanan dan kesetiaan.",,Mentari

~Tamat~
 
Last edited:

La Di Da

Active Member
#9
cik wawa,rama2 tu watak spesel:D

ini kisah dongeng yg xberapa nak dongeng dialam fantasi..hehehe
(ala2 siti dialam fantasi la:D )
 
Last edited:

Top