• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

Nota ringkas Men are from Mars, Women are from Venus-John Gray Ph.D

Nota ringkas dari buku Men are from Mars, Women are from Venus-John Gray Ph.D

Men are from Mars, Women are from Venus- John Gray Ph.D.(lelaki dari planet marikh,wanita dari planet zuhrah.)

Buku ini menerangkan bagaimana lelaki dan wanita mempunyai sifat yang berlainan dan bertindak dengan cara yang berbeza.


1. Lelaki dari planet marikh,wanita dari planet zuhrah

Lelaki dan wanita adalah sangat berbeza dalam cara pemikiran,tindakan dan perlakuan.Kefahaman mengenai perbezaan ini dapat membantu dalam perhubungan.”Kita sering tersalah anggap bahawa cinta pasangan kita akan balas dan bertindak sama seperti tindakan kita apabila cintakan seseorang”.


2. Si tukang betul dan si penyempurna-rumahtangga.

Wanita mengadu lelaki tidak mendengar luahan mereka dan cuba cari jalan untuk menyelesaikan masalah mereka.Lelaki pula mengadu wanita sering cuba membetulkan mereka dan cara mereka melakukan kerja.Lelaki menilai diri melalui kekuatan,persaingan dan pencapaian.Mereka perlu mencapai kejayaan dengan daya mereka sendiri.Manakala perempuan menilai melalui perasaan dan kualiti perhubungan mereka.

Wanita tidak patut cuba menasihatkan lelaki kerana ia akan kelihatan seperti kritikal dan tidak dapat diterima oleh lelaki.Lelaki pula perlu mendengar masalah wanita dengan tidak mencadangkan penyelesaian tetapi dengan mendengar untuk memahami apa yang telah mereka lalui.


3.Lelaki sorok dalam gua dan wanita bercakap.

Lelaki menghadapi stress dengan memasuki ruang persendirian mereka dimana mereka akan menjadi lebih fokus dan tenang.Manakala wanita lebih teruja dan ia melibatkan perasaan,mereka mahu bicara tentang masalah mereka.
Lelaki cenderung tidak membebankan masalah mereka pada orang lain.-mereka rasa perlu untuk menyelesaikan ia bersendirian.Pada ketika itu,mereka akan senyap,hilang daya tumpuan pada persekitaran dan kelihatan terasing,kurang respon dan bersifat pelupa.Wanita mungkin berkecil hati tentang perkara ini tetapi perlu bersabar atas sifat lelaki tersebut.

Wanita pula lebih cenderung untuk berkongsi masalah dengan orang lain sebagai tanda kepercayaan.Mereka terbuka dalam soal berkongsi perasaan kecewa dan kekesalan.Wanita bukan cuba mencari penyelesaian segera tetapi hendak didengari mengenai masalah mereka dahulu untuk difahami.Apabila wanita cuba bicara tentang masalah mereka,pada pandangan pihak lelaki pula terasa yang mereka diberi tanggungjawab untuk memberi penyelesaian pada masalah tersebut.Disini lelaki harus faham dimana mereka tidak perlu mencanangkan sebarang penjelasan atau penyelesaian tetapi apa yang perlu dibuat adalah mendengar dan memahami apa yang diluahkan dari hati wanita.


4. Bagaimana untuk memotivasikan pasangan sendiri.

Kedua-dua pihak dimotivasikan dengan rasa cinta.Lelaki rasa dicintai apabila mereka diperlukan oleh kekasihnya,wanita rasa dicintai apabila mereka dibelai.Bagi menyemarakkan rasa cinta lelaki harus sentiasa dipenuhi dengan perasaan dipercayai dan dihargai.Wanita perlu kerap menunjukkan sesuatu yang membuat lelaki rasa diperlukan oleh mereka.Wanita pula memerlukan kasih saying dan dijaga dimana lelaki harus sentiasa menunjukkan perasaan empati dan kasih.


5. Perbezaan bahasa.

Bahasa dan ayat antara lelaki dan wanita adalah sama tetapi maksud yang disampaikan masing-masing adalah berbeza dan sering mengelirukan.Wanita bicara secara kiasan dan menggunakan kata umum.Jika lelaki bicara,mereka akan maksudkan secara terus,spesifik dan ini akan membuatkan mereka biasanya mentafsirkan kata-kata wanita sebagaimana ia maksudkan dengan kata sebenar.Disini puncanya timbul kekeliruan pada pihak lelaki terhadap kata-kata wanita dan wanita pula akan menuduh lelaki tidak memahami mereka.

Lelaki bicara hanya untuk menyampaikan maklumat.Wanita pula bicara untuk banyak sebab.Mereka sering mengadu yang lelaki kurang bercakap.Wanita harus faham jika lelaki itu sedang dalam proses mengasingkan diri iaitu dengan melarikan diri sebentar atau keluar dengan kawan-kawannya,dia harus diberi peluang untuk berbuat demikian.Manakala lelaki pula harus menerangkan kepada pasangan mereka mengapa mereka perlu tempoh pengasingan tersebut..


6. Lelaki seperti getah.

Lelaki boleh mendekati sangat rapat kepada pasangan mereka kemudian dia akan lerai sebentar.Maksudnya,setelah mereka sudah memenuhi hubungan mesra pada pasangan,mereka akan cenderung untuk rasa bebas dalam diri mereka dan menginginkan autonomi.Kemudian setelah mereka memenuhi perasaan tersebut,mereka ingin kembali untuk mendapatkan hubungan mesra itu kembali.Perkara ini akan sentiasa bertukar-arah antara keperluan hubungan mesra dan autonomi.Apabila seorang lelaki itu mengasingkan diri,dia harus diberi kebebasan sementara sebelum dia kembali pada pasangannya semula.


7. Wanita seperti ombak

Perasaan wanita naik turunnya seperti ombak.Pada perasaannya kemuncak,mereka mempunyai rasa kasih sayang yang cukup untuk diberikan pada pasangannya.Tetapi apabila perasaan itu menurun,mereka tidak upaya untuk menghargai dan menerima pasangan mereka telah lakukan.Apabila saat perasaan ombaknya memecah seorang lelaki tidak harus bertindak untuk membantu mereka.Lelaki harus mendengar,terima terhadap perasaan mereka dan sampaikan perasaan keyakinan,jaminan terhadap mereka.


8. Membongkar perbezaan keperluan emosi.

Wanita memerlukan penjagaan,kefahaman,hormat,kesetiaan,perakuan dan keyakinan dari pasangan mereka.Lelaki pula memerlukan kepercayaan,penerimaan,penghargaan,sanjung,pengesahan,sokongan oleh pasangan mereka.Adalah terbaik jika kita dapat memberikan apa yang diperlukan oleh pasangan masing-masing.


9. Bagaimana mengelak perselisihan faham.

Ia harus dielakkan selagi boleh,berunding jangan berbalah.Apabila lelaki rasa tercabar,dia akan fokus untuk buat dirinya rasa benar dan lupa untuk bertindak sifat lebih penyayang terhadap pasangan mereka.Dia akan membuatkan pasangannya lebih marah dan tidak membenarkan apa perasaan yang dialami oleh wanita itu ketika itu.-biasanya kes ini boleh bermula dalam konteks lelaki yang cuba menyelesaikan masalah wanita walaupun niatnya baik.Punca yang remeh akan boleh mengakibatkan perbalahan yang tidak berkesudahan.Kita harus terima yang pasangan kita bukan sempurna.


10. Pemberian kredit untuk pasangan masing-masing

Lelaki percaya dia mendapat kredit yang tinggi dengan melakukan sesuatu yang besar contohnya memberi jambangan bunga yang banyak.Tetapi bagi wanita,semuanya tak kira banyak atau sikit ia hanya diberi satu nilai kredit yang sama nilainya.Dalam pandangan wanita mereka telah merasakan buat sesuatu untuk pasangan mereka dan menilai kredit berdasarkan pandangan mereka sendiri.Dengan melakukan banyak tindakan yang mereka rasakan sebagai kasih sayang,mereka akan memberi markah banyak untuk diri mereka sendiri.Sebab itu mengapa ramai wanita mengadu yang mereka rasakan telah memberi banyak kasih sayang tetapi tidak menerima yang setimpal oleh pasangan mereka.Pada pandangan lelaki pula mereka telah melakukan apa yang mereka rasa cukup dan mungkin lebih,terutama setelah melakukan satu perkara yang besar buat pasangan mereka.


11. Bagaimana untuk berkomunikasi dalam konflik perasaan.

Perasaan marah dan kesal perlu disampaikan dengan cara yang lebih penyayang.Surat atau kata cinta adalah antara satu cara baik untuk meluahkan perasaan negatif dengan lebih rasa kasih.


12. Bagaimana untuk meminta dan menerima.

Ada 3 cara bagaimana untuk meminta dan terima apa yang dipintakan.

1. Tanya dengan baik-melibatkan masa yang tepat dan tona yang tidak mendesak.Buat secara ringkas dan berterus terang.

2.Praktik untuk cuba minta sokongan atau bantuan walaupun sudah menjangkakan jawapannya tidak atau tidak perlu.

3.Minta dengan tegas-antara kunci penting dalam cara ini adalah dengan berdiam diri setelah meminta.


13. Memelihara rasa cinta berkekalan

Untuk berjaya dalam percintaan,kita harus memahami terdapat banyak musim dalm percintaan.Adakala naik dan adakalanya surut.Kita tidak boleh menganggap pasangan kita mempunyai tahap perasaan cinta yang sama seperti kita.Kita harus mempelajari kasih sayang pasangan kita dari luar dan juga dalam.


Sekian,sedikit nota ringkas yang saya cuba terjemahkan dari buku Men are from Mars and Women are from Venus karya John Gray.Sedikit sebanyak apa yang saya kongsi disini dapat kita manfaatkan bersama.Untuk mendapat penjelasan dan contoh yang lebih terperinci lebih baik jika dapat membaca buku itu sendiri.Tetapi jika berkemampuan saya boleh cuba menjelaskan apa yang tidak dapat anda fahami.Jika terdapat kesalahan dari apa yang saya sampaikan ini mungkin atas kesilapan cara saya terjemahkan apa yang cuba dimaksudkan dalam buku tersebut.Tetapi segala yang kita baca dari fakta-fakta ini,jangan kita ambil secara 100%.Cukuplah jadikan ia sekadar panduan dalam memahami pasangan masing-masing.
 
Last edited:

damsel

New Member
hurm...lagek paham klu bace jew buku tuew...
its need 2 read from da 1st topic 2 get it...
pape pown nice work n gud efforts...
 

zahra

FTC Crew
Moderator



3.Lelaki sorok dalam gua dan wanita bercakap.
Lelaki menghadapi stress dengan memasuki ruang persendirian mereka dimana mereka akan menjadi lebih fokus dan tenang.Manakala wanita lebih teruja dan ia melibatkan perasaan,mereka mahu bicara tentang masalah mereka.
Lelaki cenderung tidak membebankan masalah mereka pada orang lain.-mereka rasa perlu untuk menyelesaikan ia bersendirian.Pada ketika itu,mereka akan senyap,hilang daya tumpuan pada persekitaran dan kelihatan terasing,kurang respon dan bersifat pelupa.Wanita mungkin berkecil hati tentang perkara ini tetapi perlu bersabar atas sifat lelaki tersebut.

Wanita pula lebih cenderung untuk berkongsi masalah dengan orang lain sebagai tanda kepercayaan.Mereka terbuka dalam soal berkongsi perasaan kecewa dan kekesalan.Wanita bukan cuba mencari penyelesaian segera tetapi hendak didengari mengenai masalah mereka dahulu untuk difahami.Apabila wanita cuba bicara tentang masalah mereka,pada pandangan pihak lelaki pula terasa yang mereka diberi tanggungjawab untuk memberi penyelesaian pada masalah tersebut.Disini lelaki harus faham dimana mereka tidak perlu mencanangkan sebarang penjelasan atau penyelesaian tetapi apa yang perlu dibuat adalah mendengar dan memahami apa yang diluahkan dari hati wanita.
:)yup very true 1..
 

qiqi anura

New Member
1. Lelaki dari planet marikh,wanita dari planet zuhrah

Lelaki dan wanita adalah sangat berbeza dalam cara pemikiran,tindakan dan perlakuan. Kefahaman mengenai perbezaan ini dapat membantu dalam perhubungan.”Kita sering tersalah anggap bahawa cinta pasangan kita akan balas dan bertindak sama seperti tindakan kita apabila cintakan seseorang”.

yup...kadang2 kite slalu terlepas pandang akan perbezaan nie...

2. Si tukang betul dan si penyempurna-rumahtangga.

Wanita tidak patut cuba menasihatkan lelaki kerana ia akan kelihatan seperti kritikal dan tidak dapat diterima oleh lelaki. Lelaki pula perlu mendengar masalah wanita dengan tidak mencadangkan penyelesaian tetapi dengan mendengar untuk memahami apa yang telah mereka lalui.

kalo nak beri nasihat pada orang lelaki, kene la tepat pada mase & keadaannye. tapi jangan sekali tunjuk pandai depan dorang. buat seolah2 kite tengah bagi perangsang atau motivasi pada dorang...biar dorang rase selesa...

3. Lelaki sorok dalam gua dan wanita bercakap.

Lelaki menghadapi stress dengan memasuki ruang persendirian mereka di mana mereka akan menjadi lebih fokus dan tenang. Manakala wanita lebih teruja dan ia melibatkan perasaan,mereka mahu bicara tentang masalah mereka.

yup...this one is true. kalo nak gak masok lam gua dorang tu, tunggu la sampai dorang dah ilang stress tu dulu. baru la kite tanye ape masalah dorang. tanye elok2 dan bile dia curahkan masalah tu, kite dok diam2 dengar. kemudian baru bagi opinion, tu pon kalo perlu...

kalo kite nak curah masalah kat dorang plak, kene tengok mase yg sesuai. kalo dia ngah bz, hold dulu masalah tu. bile dh tenang, baru la discuss. dalam hal nie, kite kene bersikap telus di antara satu same lain, baru la timbul kepercayaan & sikap saling menghormati...


4. Bagaimana untuk memotivasikan pasangan sendiri.

Lelaki rasa dicintai apabila mereka diperlukan oleh kekasihnya, wanita rasa dicintai apabila mereka dibelai. Bagi menyemarakkan rasa cinta lelaki harus sentiasa dipenuhi dengan perasaan dipercayai dan dihargai. Wanita pula memerlukan kasih sayang dan dijaga di mana lelaki harus sentiasa menunjukkan perasaan empati dan kasih.

kedua2 lelaki & perempuan kene berterus-terang tentang keinginan masing2 dalam perhubungan mereka agar timbul persefahaman....


5. Perbezaan bahasa.

Bahasa dan ayat antara lelaki dan wanita adalah sama tetapi maksud yang disampaikan masing-masing adalah berbeza dan sering mengelirukan. Wanita bicara secara kiasan dan menggunakan kata umum.

wanita kene belajar cakap straight to the point supaya maksud disampaikan tu jelas & senang faham...

Lelaki bicara hanya untuk menyampaikan maklumat. Wanita harus faham jika lelaki itu sedang dalam proses mengasingkan diri iaitu dengan melarikan diri sebentar atau keluar dengan kawan-kawannya,dia harus diberi peluang untuk berbuat demikian.

wanita kene bagi ruang kat lelaki apabile dorang ade masalah. biar dorang selesaikn sendiri masalah tu. kalo nak bantu, guna la cara yg berhemah tok mendekati mereka tp jgn tunjuk pandai...

6. Lelaki seperti getah.

Lelaki boleh mendekati sangat rapat kepada pasangan mereka kemudian dia akan lerai sebentar. Maksudnya, setelah mereka sudah memenuhi hubungan mesra pada pasangan, mereka akan cenderung untuk rasa bebas dalam diri mereka dan menginginkan autonomi. Kemudian setelah mereka memenuhi perasaan tersebut, mereka ingin kembali untuk mendapatkan hubungan mesra itu kembali. Perkara ini akan sentiasa bertukar-arah antara keperluan hubungan mesra dan autonomi. Apabila seorang lelaki itu mengasingkan diri, dia harus diberi kebebasan sementara sebelum dia kembali pada pasangannya semula.

...noted:up:


7. Wanita seperti ombak

Perasaan wanita naik turunnya seperti ombak. Pada perasaannya kemuncak, mereka mempunyai rasa kasih sayang yang cukup untuk diberikan pada pasangannya. Tetapi apabila perasaan itu menurun, mereka tidak upaya untuk menghargai dan menerima pasangan mereka telah lakukan. Lelaki harus mendengar, terima terhadap perasaan mereka dan sampaikan perasaan keyakinan, jaminan terhadap mereka.

heheheh....so true!

8. Membongkar perbezaan keperluan emosi.

Wanita memerlukan penjagaan, kefahaman, hormat, kesetiaan, perakuan dan keyakinan dari pasangan mereka. Lelaki pula memerlukan kepercayaan, penerimaan, penghargaan, sanjungan, pengesahan, sokongan oleh pasangan mereka. Adalah terbaik jika kita dapat memberikan apa yang diperlukan oleh pasangan masing-masing.

sedang cube tok mengaplikasikannye ngan si dia...


9. Bagaimana mengelak perselisihan faham.

Ia harus dielakkan selagi boleh, berunding jangan berbalah. Punca yang remeh akan boleh mengakibatkan perbalahan yang tidak berkesudahan. Kita harus terima yang pasangan kita bukan sempurna.

sedang cube tok menyelesaikan masalah ngan cara yg lebih berhemah...

10. Pemberian kredit untuk pasangan masing-masing

Lelaki percaya dia mendapat kredit yang tinggi dengan melakukan sesuatu yang besar contohnya memberi jambangan bunga yang banyak. Dalam pandangan wanita mereka telah merasakan buat sesuatu untuk pasangan mereka dan menilai kredit berdasarkan pandangan mereka sendiri. Dengan melakukan banyak tindakan yang mereka rasakan sebagai kasih sayang, mereka akan memberi markah banyak untuk diri mereka sendiri. Sebab itu mengapa ramai wanita mengadu yang mereka rasakan telah memberi banyak kasih sayang tetapi tidak menerima yang setimpal oleh pasangan mereka. Pada pandangan lelaki pula mereka telah melakukan apa yang mereka rasa cukup dan mungkin lebih, terutama setelah melakukan satu perkara yang besar buat pasangan mereka.

ni yg selalu buat nak gadoh, bile ape yg diterime dr pasangan tu x setimpal ngan ape yg diberi kpd pasangan...

11. Bagaimana untuk berkomunikasi dalam konflik perasaan.

Perasaan marah dan kesal perlu disampaikan dengan cara yang lebih penyayang. Surat atau kata cinta adalah antara satu cara baik untuk meluahkan perasaan negatif dengan lebih rasa kasih.

yg nie...perlu banyak praktis...susah nak luahkan perasaan ngan rase penuh kasih sayang kalo tengah marah...huhu...

12. Bagaimana untuk meminta dan menerima.

Ada 3 cara bagaimana untuk meminta dan terima apa yang dipintakan.

1. Tanya dengan baik - melibatkan masa yang tepat dan tona yang tidak mendesak. Buat secara ringkas dan berterus terang.

hehehe...slalu praktikkan ngan si dia. so far, so good...:up:

2. Praktik untuk cuba minta sokongan atau bantuan walaupun sudah menjangkakan jawapannya tidak atau tidak perlu.

erm...so far, cume minta nasihat & pandangan dia bile de masalah...slalunye pandangan dia memang bernas...tq darling...:up:

3. Minta dengan tegas - antara kunci penting dalam cara ini adalah dengan berdiam diri setelah meminta.

so far, ade la jugak...tapi minta ngan care tegas tp lembut...

13. Memelihara rasa cinta berkekalan

Untuk berjaya dalam percintaan, kita harus memahami terdapat banyak musim dalm percintaan. Adakala naik dan adakalanya surut. Kita tidak boleh menganggap pasangan kita mempunyai tahap perasaan cinta yang sama seperti kita. Kita harus mempelajari kasih sayang pasangan kita dari luar dan juga dalam.

ye memang betul...kene banyak berbincang & memahami keperluan masing2..
 

Eta_mas

New Member
nice Tips...

11. Bagaimana untuk berkomunikasi dalam konflik perasaan.

Perasaan marah dan kesal perlu disampaikan dengan cara yang lebih penyayang.Surat atau kata cinta adalah antara satu cara baik untuk meluahkan perasaan negatif dengan lebih rasa kasih....

betul sgt..xperlu luahan secara berhadapan...
 
Top