• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

~Pensil & Pemadam~

dieda

Well-Known Member
Pemadam : Apa khabar kawan?

Pensil : Aku bukan kawanmu

Pemadam : Kenapa?

Pensil : Kerana aku benci kamu

Pemadam : Kenapa engkau benci aku?

Pensil : Kerana engkau suka padam apa yg aku tulis

Pemadam : Aku tidak padam melainkan yg salah!!

Pensil : Kenapa engkau sibuk?

Pemadam : Aku pemadam,ini kerjaku

Pensil : Ini bukan kerja!

Pemadam : Kerja aku bermanfaat,mcm kerja engkau jugak

Pensil : Engkau salah & sombong!

Pemadam : Kenapa?

Pensil : Kerana yg menulis lbh baik dari yg memadam

Pemadam : Memadamkan kesalahan sama spt menulis yg benar

Pensil : (pensil diam seketika,kemudian mengangkat wajahnya),,engkau benar sahabatku!!

Pemadam : Engkau masih bencikan aku?:(

Pensil : Aku tdk akan benci org yg memadamkan kesalahanku

Pemadam :Dan aku juga tidak akan memadamkan sesuatu yg betul

Pensil : Tapi aku lihat engkau semakin kecil dr sehari ke sehari!

Pemadam : Kerana aku mengorbankan sebahagian dr tubuhku setiap kali aku memadam kesalahan

Pensil : Aku juga merasakan bhw aku semakin pendek dr sehari ke sehari

Pemadam : (Pemadam memujuk) : kita tdk akn dpt memberi faedah kpd org lain melainkan kita sanggup berkorban utk mereka

Pensil berkata dgn gembira : betapa mulianya engkau sahabatku,alangkah indahnya kata2mu


Pemadam & pensil berasa gembira lalu mereka pun hidup sebagai sahabat baik,tidak berpisah & tidak berselisih faham.

Knp kita tdk berterima kasih terhadap org yg memadamkan kesalahan kita & menunjukkan kita jalan kebenaran,tidakkah mereka berhak terhadap ucapan terima kasih?

Jadikanlah diri kita ini spt pensil,,menulis yg berguna & dpt memanfaatkan utk org yg membaca

Dan jadilah diri kita spt pemadam yg sanggup berkorban demi persahabatan dan sanggup menegur sekiranya sahabatnya melakukan kesalahan.
 
Top