ayuqistina88
New Member
Sy pernah meminati seseorang sewaktu sy di zaman college kira2 8 tahun yang lalu. Meminatinya di dalam diam dan tak dapat diluahkan kerana ketika itu sy seorang yang pemalu dan pendiam tetapi mengambil CCA Drama Club. Sy begitu meminati seni sebab itu sy join club tu selain dari tu sebab sy meminati senior dalam club tu. Haha. Selama di zaman college tu sy berasa sangat gembira ketika dalam club tu biarpun masa tu sy tidak punya ramai kawan kerana sifat pendiam dan pemalu sy tu. Sampai sekarang setiap kenangan tu tidak pernah sy lupakan dan entah kenapa wajah lelaki yang pernah sy minati itu kini sering terbayang di ingatan. Dan wajahnya kelihatan jelas seolah-olah dia berada dekat dengan sy. Sy tak tahu adakah kini dia sudah berpunya ataupun tidak. Dan mungkin kah sy bertemu dengan dirinya? Sy sendiri tak tahu kenapa sy tidak dapat melupakan dirinya sampai sekarang. Dulu kali terakhir sy jumpe dia adalah masa time balik dari CCA. Tapi masa tu sy pulang sendirian kerana sy berasa cemburu ketika dia bersama dengan perempuan lain. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat diri sy. Dan semoga sy dapat bertemu dengan dirinya kembali. Sesungguhnya sy berserah pada Allah untuk menentukan apa yang terbaik buat diri saya. Kerana pada masa ini pintu hati sy sudah tertutup untuk menerima cinta. Bukan kerana sy tidak percaya pada cinta. Cuma buat masa nie sy tidak mahu terburu-buru seperti mana yang pernah sy lakukan sebelum nie. Cinta yang hampir ke jinjang pelamin terpaksa sy batalkan demi kebaikan. Sy terima ketentuan Allah dengan hati yang terbuka. Kerana sy sedar sy tidak sempurna dan banyak kelemahan diri perlu sy perbaiki untuk sebuah cinta yang pasti. Amin.