• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

Perbezaan Antara LAH, KOK, SIH, DONG Dalam Loghat Indonesia

samaratungga

Well-Known Member
Loghat Indonesia mempunyai banyak perkataan yang boleh membuat kita pelik sehingga kekadang kita tidak mampu membezakan samaada ia digunapakai dalam situasi yang macam mana untuk setiap satu nya. Inilah perbezaan LAH, KOK, SIH, DONG.

Contoh ayat:

BISA LAH

LAH akan memberi kesan seolah-olah kawan amatlah lembab atau pun kawan sama sekali tidak faham mengenai apa jua perkara

Kawan: Eh kita bisa cari x nggak sih apabila x>3 dan In(x)^(0.1)
Awak: Bisa lah

Translated
Kawan: Eh, agak-agak mampu kah kita mengira soalan ni Jarjit? x>3 dan In(x)^(0.1)
Awak: Apa lah hang, itu pun hang tak leh kira, confirm lah gua boleh kira



BISA KOK

KOK akan memberi kesan seolah-olah awak mencabar atau pun tidak yakin dengan kemampuan kawan. Kalau ia diucapkan ketika awak berbual disertai orang ramai, kawan punya kredibiti terasa macam dijatuhkan sedikit.

Kawan: Kita kan nggak bisa nendang bola itu
Awak: Bisa kok

Translated
Kawan: Kita tak boleh hendak sepak bola itu kan Jarjit?
Awak: Entah lah hang boleh buat atau tidak, kalau hang nak tengok gua boleh ja sepak benda alah tu


BISA SIH

SIH akan memberi kesan seolah-olah awak tidak yakin dengan kemampuan kawan, namun actually justeru awak lah yang sama sekali kurang confidence dalam situasi ini.

Kawan: Lu nggak ada kerjaan kan sabtu ini, berarti bisa dong bantuin gua kerja rodi
Awak: Bisa sih

Translated
Kawan: Hari ini hang cuti bukan? Mesti lah hang boleh tolong settle kan gua punya keja rodi nih
Awak: Alamak hang nih, ermm camna ya… okay lah


BISA DONG

DONG akan memberi kesan bahawa awak mempunyai high confidence dan ia mampu menunjukkan mood positive baik kepada kawan mahupun lawan.. eh silap la, kepada kawan mahupun awak.

Kawan: Eh lu bisa bantuin gua?
Awak: Bisa dong

Terjemahan
Kawan: Hang boleh tolong gua tak?
Awak: Opkos lah, bak mai
 
Last edited:
Top