• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

Perkara2 Yg XPatut Korang Buat Bila Bergaduh Dgn Kekasih

dieda

Well-Known Member
1-Bila bergaduh, jangan mendiamkan diri dengan kekasih. At least, cukup sekadar ucap selamat dan hai

Berdiam diri akan mengundang tafsiran yang berbagai macam dalam kepala otak pasangan kita. Bagaimana kalau pasangan kita memikirkan yang kita sudah membenci dia dan dia mengambil keputusan yang bakal membuatkan korang sama-sama menyesal?

Berdiam diri juga membuka ruang kepada para penyibuk "nasi tambah sepinggan RM1.00" untuk meng kucar kacirkan lagi hubungan yang sudah sedia huru hara itu

Lg 1,kalau dah dua2 diam,sampai bila nk settle kan

Say no to silent treatment!

2-Jgn defend diri sendiri gila2,kalau la kita mmg betul pun

biar je la dia menang,lg2 kalau lelaki,,sbb laki mmg ego:p

xyah la question apa2 yg dia buat,,llet it be..let it be.

3-Jgn pujuk excessively,,pujuk slow2,,

pujuk dia kalau dia masih mengada2 lagi..bkn pmp jek yg mnja,
lelaki pon sama,, nmpk je ganas tp manja ya rabbi.

4-Jangan terlalu mengalah. Nanti pasangan anda naik lemak

Mengalah untuk kebaikan masa depan?????????
Lupakan saja frasa idealistik tu.
Jangan jadi bodoh. Menjatuhkan keegoan kita tu seumpama memberi candu pada pasangan kita. Dia akan seronok untuk memaksa kita menurunkan ego di masa-masa akan datang.

5-Jangan dok kerja saling perli memerli atau Serkap Jarang

tu nambah sakit ati jer,,terus terang jer apa yg terbuku kat hati

6-Jangan campak hp

sapa yg rugi?????korang jugak,,:D

Kesimpulannya:-

Adakah pergaduhan itu untuk mencari siapa menang dan siapa kalah? Sudah pasti tidak. Kalau kedua-duanya terluka, mana mungkin itu dipanggil sebagai kemenangan,,betul tak??

Berilah peluang pada pasangan untuk menjelaskan apa yang terbuku di hatinya

Jangan terlalu cepat untuk membuat kesimpulan.Dengarkan baik-baik apa yang ingin disampaikan

Secara logiknya, bila satu pasangan tu betul-betul menyintai antara satu sama lain, apakah mereka sanggup melukakan sesama mereka? Sudah pasti tidak.
 

mawar putih

Well-Known Member
6-Jangan campak hp

sapa yg rugi?????korang jugak,,


btul tu.. jgn la dicampak.. xpasal2 dah berderai...
len kali cmpk la hp mainan, at least hp sndri msih slmt.. x gitu tuan tanah?

moral: kne beli bnyk hp mainan kt pasar mlm ni.. buat persiapan.. ahaks!!!
 

mawar putih

Well-Known Member
alaa,, cm xbse lak org ateh ni...
bkn hang slalu praktikkan ke kalo mrah je cpt2 bg kucing,
kn lg slmt dr biar hp tu cium dinding... hahahha
 

lavender90

New Member
huhu...best2....klu lav...gadoh jer...'campak' muka ke bantal terus....
lepas 2,bila agkt kpla,mata da bengkak-'kesan campakan' td...huhu
 

dieda

Well-Known Member
kalu den la,,,kosser nk cmpk2 hp,,
sdg kan hp jth pon den dh terjerit,,ni kan pulak dgn rela ht nk campak,,,
idak la teman,,,hahaha
 

shazanisha

New Member
cik dieda..tumpang lalu..nak tambah skit..
7- jangan la ungkit cite lepas..klu dah setlle tu biar je la jd sejarah..hehehe
 
Top