• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

~Pertemuan & Perpisahan~

La Di Da

Active Member
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, ianya tidak boleh dipisahkan,seperti Adam dan Hawa, langit dan bumi serta pungguk dan bulan.Kadang-kadang pertemuan yang tidak kita inginkan ternyata memberi bekas yang menyenangkan hati,,kadang-kadang pula pertemuan yang kita harapkan ternyata menambah luka,,tiada apa yang kekal di dunia ini.

Pertemuan itu sesuatu yang sangat indah tetapi malangnya ia akan berakhir dengan sesuatu yang sangat perit iaitu pepisahan.Tetapi ketahuilah bahawa kemanisan ber'ukhuwah lahir daripada kepahitan perpisahan.Tanpa kepahitan perpisahan itu maka tidak wujudlah kemanisan berukhuwah,, kesedihan yang kita rasakan boleh menaikkan darjat kita di sisi-Nya.

Jika kita tidak bersedia untuk menghadapi perpisahan dengan seseorang,jangan pernah langsung terpikir untuk berkenalan dengannya.Pertemuan merupakan permulaan sebuah perjalanan dan perjalanan itu akan membawa kita kepada penghujungnya iaitu perpisahan.Andai pertemuan punca perpisahan, biarlah kematian menemukan semula,, andai kematian punca perpisahan, biarlah hidup penuh bermakna dan memberi erti yang nyata.

Mengapa mesti ada perpisahan jika pertemuan itu mendamaikan.
Mengapa mesti ada perselisihan jika kemesraan itu membahagiakan.
Mengapa mesti ada kesedihan jika rindu itu menggembirakan.

Perpisahan itu berbeza daripada perceraian,, perpisahan meninggalkan kepercayaan tetapi perceraian meninggalkan kehancuran.Kepercayaan akan sentiasa hidup di hati yang sentiasa berakhir dengan senyuman jika fikiran sentiasa mengingatkan hidup ini terlalu singkat jika diisi dengan tangisan perpisahan,, jadikanlah perpisahan itu sebagai satu penguat semangat untuk terus hidup di bumi bertuah agar perpisahan itu menjadi lebih bermakna.

Ingatlah bahawa sesungguhnya jasad kita sahaja berpisah tetapi hati kita
tetap bersatu dan tersimpul erat dengan tali ukhuwah kerana-Nya..

Setiap pertemuan akan ada perpisahan,,tetapi,,
"apalah perpisahan jika tak pernah pun berjumpa":D
 

dieda

Well-Known Member
amboi wawa,punye pnjang artikel Ladida ni tepek,,hang cuma nmpk yang tang bwh jek????
 

sya_zuan

Active Member
Jika kita sudah bersedia dengan sebuah pertemuan.. Maka, siap sedia juga untuk sebuah perpisahan..
 
Top