• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

~Rasa Cinta Itu Harus Diucapkan~

La Di Da

Active Member
Mengapa berat ungkapkan cinta
Padahal ia ada
Dalam rinai hujan, dalam terang bulan
Juga dalam sedu sedan

Mengapa sulit mengaku cinta
Padahal yang terasa
Dalam rindu dendam, hening malam
Cinta.. terasa ada…


Mungkin ada antara kamu yang sedang mengalami perasaan sebegini, merasakan kemesraan itu sudah mulai berputik, cumanya masih ada kebisuan untuk meluahkan apa yang sedang kamu alami dan juga kamu pasti yang dia juga sudah merasakan getaran itu, namun dia juga enggan mengakuinya di depan kamu.Menyedihkan bukan? seolah-olah masing-masing tidak mahu meluahkannya. Mungkin ada perasaan malu sekiranya hasrat di hati ditolak mentah-mentah. Mahukan semuanya berjalan sepertimana yang ada sekarang. Mana tahu, apa yang dirasai tidak mendapat respon yang seharusnya, maka lebih baik begitu, dari akan kehilangan sesuatu yang membahagiakan buat masa ini.

Kenapakah kamu harus begitu?sampai bila ketidakpastian ini akan berterusan? Apakah kamu ingin akhirnya dia yang mengakuinya bahawa dia sememangnya mencintai kamu? Atau hingga berlakunya sesuatu yang mengejutkan hinggakan terkeluar juga hasrat hati itu melalui lidah kamu? Tidakkah mungkin dia tidak mahu menunggu lagi lalu berlalu begitu sahaja? Bukankah kebisuan kamu itu nanti sama saja risikonya jika kamu menyatakan isihati kamu itu sekarang? Dan bukankah kamu membuang masa saja dengan bersikap begini?

Bagaimana kalau kamu dengan segala kekuatan yang ada, berjaya akhirnya mengucapkannya di hadapannya dan selepas mendengar pengakuan kamu, dia terus berlalu pergi. Meninggalkan kamu, katanya dia tidak seperti kamu. Dia hanya menganggap kamu sekadar seorang teman biasa, tidak lebih dari itu. Maka, secara spontan, dia tidak mahu lagi rapat dengan kamu lagi dan menjauhkan diri. Maka, apa yang sebenarnya berlaku? Itu mungkin salah 1 risiko jika kamu berterusterang dan tiada apa yang kamu harus malukan, kerana perkara ini hanyalah terjadi di antara kamu dan dia sahaja. Dan perasaan malu itu sebenarnya bukan sesuatu hal yang besar pun. Dan yang paling penting, kamu harus lega kerana kamu kamu sudah meluahkan perasaan yg kamu pendam selama ni. Atau pengakuan kamu itu bakal menghasilkan sesuatu yang positif, bukankah kamu nanti akan 'terbang di awang-awangan' dan merasakan dirimu itu melayang-layang kerana cinta itu sudahpun berbalas?

Pesananl yang sama untuk sang gadis juga. Bukankah ini zaman yang mana si gadis berdiri, duduk sama tinggi, rendah dengan si pria? Cumanya, lebih manis jika si gadis menyatakan dengan kata-kata yang berisikan teka teki. Kata-katamu biar berlapis, berlapik,sepertimana budaya melayu menghasilkan pantun dan bahasa kiasan bila menyatakan hasrat.

Bersyukurlah kepada mereka yang menemui cinta. Bersyukurlah bagi mereka yang meraih sesuatu yang begitu mengasyikkan!

tiba saatnya kita saling bicara
tentang perasaan yang kian menyiksa
tentang rindu yang menggebu
tentang cinta yang tak terungkap

sudah terlalu lama kita berdiam
tenggelam dalam gelisah yang tak teredam
memenuhi mimpi-mimpimu malam kita
 
Top