• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

saat ini aku menangis

Status
Not open for further replies.
saat ini aku menangis..bukan kerana menangisi dirimu yang telah membuang aku dari hidupmu tetapi aku menangis kerana sehingga saat ini pun aku masih tidak dapat berhenti daripada terus mencintai dirimu malah lebih mencintaimu daripada mencintai diriku sendiri..

saat ini aku menangis..bukan kerana merindui dirimu tetapi kerana aku masih tidak dapat berhenti daripada terus merindui dirimu..

saat ini aku menangis..bukan kerana mengingati dirimu tetapi menangis kerana aku masih tidak dapat untuk melupakan dirimu..

saat ini aku menangis..bukan kerana membenci dirimu tetapi kerana membenci diriku sendiri yang masih tidak mampu untuk membenci dirimu..

saat ini aku menangis..bukan kerana sedih saat kau menyuruh aku pergi dari hidupmu tetapi menangis kerana aku masih tidak mampu untuk berjauhan denganmu..

saat ini aku menangis..bukan kerana kekesalan tetapi kesyukuran..kesyukuran kerana aku akhirnya tersedar untuk redha di atas takdirku..

saat ini aku menangis sambil berdoa semoga dirimu diberikan kebahagiaan yang hakiki..aku juga berdoa semoga kau memaakan aku yang tidak layak untuk menagih cintamu..nilai cintaku ini masih tidak bernilai untuk kau ukur..

dengan senyuman yang ikhlas untuk dirimu, aku rela mengundurkan diri...

selamat tinggal sayangku.....
 
Last edited:

samaratungga

Well-Known Member
gadis remaja menjelang dewasa
rok mini blues ketat
menapak remang-remang surabaya
malam itu

di tepi jalan basuki rahmat
asap knalpot mobil jalanan
ludahi impiannya
sepanjang jalan itu

gadis remaja bau kencur
jual kenikmatan di tepi jalan
menunggu napas lelaki menghampiri
malam itu

kedai makan di seberang jalan
janjikan aroma bebek goreng
gadis remaja menangis dalam hati
teringat nasi basi dalam perut

"tuhanku, berikan aku lelaki malam ini
aku tak tahan lagi
mendengar tangis adik pagi tadi
semalam makan nasi basi
hadiah tulus dari rumah sebelah"
 

TuLaN

New Member
saat ini aku menangis,,
kerana membayangkan dirimu,,
yang pernah membuatku bahagia...

saat ini aku menangis,,
kerana melihat kau ketawa di sampingnya..

saat ini aku menangis,,
kerana tidak mampu membuangmu dari hatiku....

saat ini aku menangis,,
kerana aku sentiasa menyintamu....
 

Daniel

Well-Known Member
saat ini aku menangis
tanpamu disisiku
untuk menyapu airmataku
airmata berlagu dalam sepi
menitis diatas sisa cinta yang kau tinggalkan...
 

yankumi

FTC Crew Jr
Saat ini aku menangis..
Namun tangisan ku x kelihatan..
Andai saat ini saat terakhir aku di sisimu
Izinkan aku tatapi tiap lirik wajahmu,
Izinkan aku mencuit senyum manjamu,
Izinkan aku selami hatimu,
Izinkan aku padamkam luka di jiwamu...
 
menangislah semahunya andai itu mampu membuatkan hatimu lega..
menangislah sepuasnya andai itu mampu membuang segala yang terpendam..
menangislah walaupun tanpanya di sisi..
kerana hanya Tuhan yang sentiasa bersama kita setiap ketika..
 

gegirl

FTC Crew
Moderator
saat ini aku menangis...
kerana kau khianati cintaku...
kau curangi diriku...
kau mungkiri janjimu.... :(
 

Daniel

Well-Known Member
saat ini aku menangis
berpelangikan wajah duka
masih terdengar bicara mu yang terakhir
menyusuri sepi tika senja bersembunyi dalam kelam malam
 
saat ini aku menangis..
kerana aku sudah mampu tersenyum..
membiarkan dirimu pergi mencari kebahagiaan yang diidamkan..
aku redha di atas semua yang berlaku..
tiada penyesalan..
tiada kekesalan..
pergilah dirimu yang pernah ku cinta..
aku iringi pemergianmu dengan air mata..
semoga dirimu beroleh kebahagiaan yang hakiki..
akan ku titipkan doa untukmu dari kejauhan..
 

wazir_nurul

Member
saat ini aku menangis..
bila apa yang kita impikan bersama selama ini ada di depan mata..
tapi malangnya kini kau tiada lagi disisiku..
apa gunanya lagi semua ini padaku kini..
 

Nurul

FTC Crew
Moderator
saat ini aku menangis..
bila apa yang kita impikan bersama selama ini ada di depan mata..
tapi malangnya kini kau tiada lagi disisiku..
apa gunanya lagi semua ini padaku kini..
sapa yg takdak kt sisi?sjak bla dh pndai berpuisi nih.....
 

yankumi

FTC Crew Jr
saat ini hatiku terluka..
ku tangisi dosa-dosa lalu..
kerdilnya aku padaMU..
alpanya aku dgn nikmat yg diberi..

ku sujud mohon padaMU Ilahi..
jgnlah biarkan ku menangis lagi..
menginsafi kelalaian dlm menuju redhaMU...
 

samaratungga

Well-Known Member
saat ini hatiku terluka..
ku tangisi dosa-dosa lalu..
kerdilnya aku padaMU..
alpanya aku dgn nikmat yg diberi..

ku sujud mohon padaMU Ilahi..
jgnlah biarkan ku menangis lagi..
menginsafi kelalaian dlm menuju redhaMU...
terharu gue baca
 
saat ini aku menangis..
air mataku masih tak berhenti2 mengalir..
puas sudah ku tahan air mata ini drpd jatuh membasahi pipi..
tapi aku tidak mampu..
lemahkah aku?
sekejap lagi pasti mataku akan bengkak..
kerana sudah lama aku menangis..
tabahkanlah hatiku..
kuatkanlah diriku..
sekejap lagi penderitaanku pasti akan berakhir...


fuh, lega...
siap jugak akhirnya potong bawang utk masak menu mkn tngahari nnti..
 
Last edited:

samaratungga

Well-Known Member
oii.. betul2 le hang... :D
aku dah terkena ..

air keringatku dah berciciran baca ayat hang tadi...
hahahahah...
 
saat ini aku menangis
betapa jahatnya dia
mengenakan secara suka hati
takkan potong bawang masa taip keyboard
saat ini aku menangis..
kerana masih pedih akibat potong bawang tadi..
tapi aku bersyukur kerana sambal tempe akhirnya sudah siap terhidang di atas meja..
jemputlah makan wahai encik sam..khas aku sediakan sambal tempe ini untuk dirimu..
berhentilah menangis dan rasalah keenakan sambal tempe buatan ku ini..
nescaya dirimu akan berhenti menangis dan tersenyum kegirangan..
 

samaratungga

Well-Known Member
saat ini aku menangis..
kerana masih pedih akibat potong bawang tadi..
tapi aku bersyukur kerana sambal tempe akhirnya sudah siap terhidang di atas meja..
jemputlah makan wahai encik sam..khas aku sediakan sambal tempe ini untuk dirimu..
berhentilah menangis dan rasalah keenakan sambal tempe buatan ku ini..
nescaya dirimu akan berhenti menangis dan tersenyum kegirangan..
saat ini aku masih menangis
lapar menjahanamkan perut
sampai tahap nak pengsan
makan sambal tempe tanpa nasi
mana nak kenyang wahai Cah
jangan kata nak tersenyum girang
last2 makin nangis
 
saat ini aku masih menangis
lapar menjahanamkan perut
sampai tahap nak pengsan
makan sambal tempe tanpa nasi
mana nak kenyang wahai Cah
jangan kata nak tersenyum girang
last2 makin nangis
kerana terlalu asyik menangis sampaikan aku terlupa untuk menghidangkan nasi sekali..
sebentar ya encik sam..tunggu aku bawakan nasinya..
nah, satu mangkuk penuh nasi telah terhidang bersama sambal tempe yg begitu enak..makanlah encik sam..jgn segan2..mkn sampai kenyang
 
Status
Not open for further replies.
Top