• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

~Sahabat Jiwa~

samaratungga

Well-Known Member
Bkn meracau,,cuma mcm dh lama xsebut nm uols,,almklum ler,,bebayang uols sll ilang,,ahaks
Hang pi mana,,pi mana,,pi mana,,keje apa,,keje apa
(Lagu tu utk uols,,nk lirik penuh pi dgr kt youtube:D )
Biarlah rahsia
(Genggam tangkai bunga melayang ke udara ala2 tapak buddha nya steven chow)
 

dieda

Well-Known Member
Biarlah rahsia
(Genggam tangkai bunga melayang ke udara ala2 tapak buddha nya steven chow)
Alasan 'biarlah rahsia' hnye relevan pd zmn dato ct jek,,alasan tu dh xleh diguna pakai dlm era ayda jebat,,janna nick,,mira filzah dan sewaktu dgn nye,,,sooo lapukkk your reason tauu,,lenkali jgn lama sgt duk dlm gua,,,(smbil menepuk2 bahu)
 

samaratungga

Well-Known Member
Alasan 'biarlah rahsia' hnye relevan pd zmn dato ct jek,,alasan tu dh xleh diguna pakai dlm era ayda jebat,,janna nick,,mira filzah dan sewaktu dgn nye,,,sooo lapukkk your reason tauu,,lenkali jgn lama sgt duk dlm gua,,,(smbil menepuk2 bahu)
(sambil elak jari dieda sampai lurus semula) gua gua ni gua moden semua kemudahan ada tidak macam gua orang lain
wasap, line, beetalk, ig, itu semua tak payah nak cerita hanya membazir masa
 

dieda

Well-Known Member
Sahabat Dalam Tubuh

Sahabat siapa,
Yang bergelar sahabat,
Yang di depan kita,
Hanyalah sebagai syarat,

Sahabat siapa,
Yang sebenar sahabat,
Sukar nak dicari,
Payah juga nak mendapat,

Satu jiwa di dalam tubuh yang berbeza,
Ya Cinta Ya Nyawa,
Ya Rindu Ya Kalbu,
Siapakah kita di dalam kita?

Kamu adalah aku,
Tapi aku bukanlah kamu,
Kamu menjadi aku,
Yang sebenar-benarnya aku,

Kita sentiasa bersama,
Tapi tidak pernah bersua,
Kamu selalu di sisi,
Aku yang selalu mencari,

Dan yang dapat merasa,
Apa yang kita rasa,
Apabila kita sedih, apabila kita duka,
Apabila kita pilu, apabila kita hiba,
Tapi pernahkah kita bertanya kepada dia setiap hari pabila kita sedang mencerminkan diri ini,

Dapatkah aku terima dengan hati yang terbuka,
Andai sudah sampai waktu kau berada di depanku,
Mungkin di kiri kananku mungkin di depan belakangku,
Mungkinkah aku bersyukur,
Ataupun menunduk malu,
 

samaratungga

Well-Known Member
kemana pun haluan perahu menghala
asalnya bertolak itulah jeti
timur ke barat di musim durian
selatan ke utara di musim rambutan
balik ke jeti berlabuhnya jua

di mana pun aku melongok
ke bawah jeti atau ke cakrawala
di sini jua aku menembung canda

di mana pun aku menyapu
di hujung jeti atau di tengah jeti
ke gua jua hamba meratib
 

dieda

Well-Known Member
semoga,,

"Teman yang masih tinggal, akan memasuki peringkat keenam. Mereka dinamakan teman sebenar, yang menerima kita seadanya kita, melihat kita sebagai kita. Teman yang berjaya ke peringkat ini saya kira layak digelar SAHABAT, yang jika mampu, mahu saya rayu ke Tuhan agar letak kami sama-sama dalam syurga, sebelah menyebelah, seperti sahabat baik zaman sekolah sering mahu duduk di kedudukan yang paling selesa bersama, sebelah menyebelah, di dalam kelas yang sama"


.
 

La Di Da

Active Member
sahabat,
saya terlalu banyak berharap
berharap itu, berharap ini
namun saya sedar, apa yang saya harapkan hanya sekadar harapan yang tak mungkin menjadi kenyataan.

sahabat,
apakah saya perlu berputus asa dan berhenti berharap?

sahabat,
what are we?
kita bukan siapa siapa
awak bukan siapa siapa pada saya
saya bukan siapa siapa pada awak
itu yang saya sedar bila awak
hilang
tanpa
pesan.

saya selalu harapkan anda bahagia walau dimana jua anda berada, sebab
saya juga bahagia
seadanya:)
 
Top