• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

Sahabatku..

ibu_haziq

New Member
kisah ini bukan kisah cinta...tetapi,kisah sahabatku...

sahabatku...kau adalah sahabat yang paling baik denganku...mendengar keluh resah ku,mendengar suka duka ku,mendengar pahit dan maungku..malah mendengar jerit perit ku sepanjang kehidupan ini...:)

sahabatku...terima kasih, kerana kau adalah segala galanya di sebalik setiap cerita cerita ku..menjadi kaunselor yang tidak bertauliah di belakang ku.Menjadi kekuatan kepada tulang belakang ku..memberi aku kekuatan,ketabahan dan kesabaran di setiap sudut hatiku..lalu kau juga bercerita kisah sedihmu,di tinggalkan oleh kekasih hati yang materialistik kepada kekayaan dunia..lalu kau menjadikan aku tambatan suara hatimu.

kau dan aku berkongsi cerita cinta..berkongsi impian dan harapan.Katamu,kau mahu isteri yang seperti ku..katamu,kau bangga dengan ku..katamu,kau terpesona dengan keluhuran hati budi dan pekerti ku..katamu,kau juga sayang dan cinta kan aku...

sahabatku...ku terkedu bila kau berbicara begitu...kau tidak pernah ikhlas dgn persahabatan yang telah kita bina..kau tikam erti persahabatan yang suci lagi murni.Kau telah ragut erti kesucian persahabatan ini.. lupa kah kau sahabatku,kita pernah berjanji eratkan persahabatan ini lagi walaupun kau dan aku sudah dimiliki...dan sekarang,mengapa harus kau memungkiri.

sahabatku...hanya titipan ringkas ku titipkan buatmu...ku katakan,aku sayang kamu...sayang ku tidak lebih dari sahabat setia...kataku,kau sahabat dunia dan akhirat...kataku,tidak mungkin aku berpaling tadah dari duniaku kini..

lalu kau berubah hati..menjauhkan diri dariku..lalu kau pergi dari hidupku..lalu kau tinggalkan aku..sampai nya hatimu,sahabatku...:((

Tetapi,hari nie aku mula faham..mengapa kau mengundurkan diri,aku mula faham tentang cintamu dan hatimu..aku mula faham tentang kesedihanmu.Telah ku anggap kau kenangan yang terindah dlm hidupku.Telah ku anggap kau teristimewa dlm kamus hidupku...@};-
 

Nurul

FTC Crew
Moderator
sahabat ketawa senang dicari,sahabat menangis susah dicari..itu la hakikat di dunia...
 

Alang

FTC Crew
Moderator
hakikat dunia yang akan terus menjadi hakikat..menjadi tradisi..xmampu dipecahkan..
 

Alang

FTC Crew
Moderator
tau..xpe..rindu arr ngan ibu...
ni pun rindu sorang sahabat kepada sahabtanya tau...
 
Top