1. Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.
    Dismiss Notice

Satu Perjalanan

Discussion in 'Diari Cinta' started by Daniel, Dec 23, 2014.

  1. Daniel
    Offline

    Daniel Well-Known Member

    Messages:
    1,605
    Likes Received:
    42
    Trophy Points:
    48
    Dah hampir seminggu aku berpindah ketempat baru. Dinegara penuh dengan padang pasir dan gurun yang pernah aku duduk dulu. Lokasi atau projek baru yang agak ceruk atau perdalaman. Lebih kurang macam tempat jin berdating atau memadu kasih. Apa pun aku masih tetap diperantauan dan meneruskan perjalanan hidup yang penuh suka dan duka ini. Kalau ditanya bagaimana kehidupan aku sekarang. Sedikit tenang saperti air lubuk yang tiada buaya. Aku tetap maintain macho dan senyuman tetap saperti dulu. Tak jemu dipandang dan dijeling. Kalau sesiapa tengok, pasti susah nak lelap dan makan tak kenyang. Buat masa ini cuaca agak sejuk dan mendamaikan jiwa dan raga. Agak sibuk dengan kerja buat masa ini. Set up tempat baru.

    Semalam ditempat kerja, baru aku dapat computer tanpa speaker dan line internet. Agak kecewa disebabkan aku tak dapat layan facebook dan email. Pernah terjadi beberapa kali sebelum ini. Selalunya bila aku bertukar negara. Bekerja atau bercuti. Suspect hijacker cuba untuk access account aku kata gmail dan fb. Selepas log in atau sebelum aku dapat access , akan ditanya beberapa soalan untuk dijawab. Soalan soalan yang aku dah lupa apa jawapannya. Soalan saperti, dah berapa lama aku buka account. Kalau ditanya berapa kali aku jatuh atau putus cinta. Atau ditanya apa nama awek awek aku. Pasti jawapan aku tepat sebab hanya berapa kali saja aku bercinta dan nama awek aku, boleh dikira dengan telinga. Sayangnya, tiada langsung soalan tentang cinta atau awek. Kira aku fail.

    Rindu yang membuatkan aku menulis semula disini.

    Jumpa lagi.

     
  2. are-fiyz
    Offline

    are-fiyz Active Member

    Messages:
    567
    Likes Received:
    38
    Trophy Points:
    28
    wah.. da balik. (ha.ha.ha. sory ceroboh umah org.)
     
  3. Daniel
    Offline

    Daniel Well-Known Member

    Messages:
    1,605
    Likes Received:
    42
    Trophy Points:
    48
    tak kesah kalau nak ceroboh pun.. janji jangan ceroboh tuan rumah dah la :p selamat bertemu lagi are-fiyz :D
     
  4. are-fiyz
    Offline

    are-fiyz Active Member

    Messages:
    567
    Likes Received:
    38
    Trophy Points:
    28
    ohok.ohook.ohoook.ohooook. (volume batuk makin kuat smbil jeling2 tuan umah). haha. welkem back. slalu2 la hupdate diariny eh. bole la apiz jd polower tegar citer tuan umah ni. haha.
     
  5. Daniel
    Offline

    Daniel Well-Known Member

    Messages:
    1,605
    Likes Received:
    42
    Trophy Points:
    48
    Hari ini Christmas dan aku bekerja saperti biasa. Sebulan dua ini aku akan sentiasa sibuk. Beberapa hari lagi akan menyambut tahun baru. Kalau ditanya apa azam aku ditahun 2015 nanti, aku tak dapat beri jawapan. Sehari dua ini, aku tak terfikir lagi tentang apa azam aku. Selalunya azam tahun tahun sebelum ini hanya sedikit saja yang tercapai. Itu semua lebih kurang macam angan angan saja. Hanya satu saja azam aku yang pasti ditahun hadapan. Aku tak akan menangis lagi disebabkan oleh awek atau cinta. Lubuk airmata aku dah kering kontang. Tak mampu lagi untuk menangis. Kalau menangis pun hanya didalam hati. Tanpa airmata. Aku nak jadi sorang lelaki yang gagah dan tabah. Bukanlah gagah macam badang ke atau superglue. Gagah yang sekurangnya mampu mengangkat sorang perempuan dalam apa keadaan dan masa.:D

    Setibanya tahun baru nanti, maka tahun 2014 akan tinggal kenangan. Teringat aku tentang satu perkara. Sorang awek pernah berkata kepada aku. Walaupun akan ambil masa yang lama, dia akan cuba lupakan nama aku. Aku kurang pasti dia akan berjaya atau pun tidak. Bagi aku, walaupun dia mampu untuk lupakan nama aku, tapi kenangan antara aku dengan dia tetap dia tak akan dapat lupakan. Macam kenangan kita dibangku sekolah atau bermain pondok dulu. Walaupun kita dah lupa setengah nama nama kawan sepermainan kita dulu, tapi kenangan bersama dia orang tetap dalam ingatan. Masih aku ingat kenangan aku semasa main pondok pondok dulu. Aku selalu jadi sorang suami, kononnya. Terasa indah waktu itu. Tak ada fikirkan tentang masaalah. Tak ada pulak bila dah besar ini, awek yang ajak aku main pondok pondok. Ngeri lah pulak kalau ada yang ajak. Mungkin mengigil aku satu badan disebabkan ketakutan. Takut ada awek yang akan ambil kesempatan. Pepun aku tetap rela.:p
     
  6. Daniel
    Offline

    Daniel Well-Known Member

    Messages:
    1,605
    Likes Received:
    42
    Trophy Points:
    48
    Cuaca disini kian hari kian sejuk. Kesejukkan yang menusuk hingga ketulang. Terpaksa pakai jacket yang agak tebal. Semalam aku singgah ke admin department untuk urusan permit kerja dan lesen memandu. Sorang staff perempuan yang bernama A beritau aku, satu lagi airplane Malaysia hilang dalam penerbangan. Rupanya Air Asia, flight dari Surabaya ke Singapura. Aku berdoa agar semua penumpang dan anak kapal selamat.

    Aku memang baik dengan A, awek yang berasal dari Sudan. Paras rupa dia kelihatan agak manis dan kulit tak lah gelap sangat saperti orang Africa yang lain. Tapi tak lah sampai hati aku tertawan. Selera aku tetap gadis melayu. Kalau bolih aku nak,nafas aku yang terakhir nanti dipangkuan gadis atau perempuan Melayu. Aku disini mempunyai ramai kawan sekerja yang berasal dari seluruh dunia. Selalunya yang bekerja bahagian admin mesti pandai bertutur dalam bahasa Arab.Kebanyakannya berasal dari negara Africa utara saperti Sudan, Ethopia dan Somalia. Aku suka berkawan dengan mereka walaupun dia orang bangsa berkulit gelap. Ramai yang menjadi kawan karib aku. Mungkin berugama sama. Yang bestnya, aku terasa yang aku jauh lebih hensem dari dia orang ;)

    Sebut pasal A, dia sorang kawan baru aku. Umur dalam pertengahan dua puluhan. Mulanya dia agak sombong dengan aku. Mungkin dia fikir aku ni sorang Pinoy dan bukan berugama Islam. Selepas dia tengok passport aku dan tahu yang aku ni sorang muslim berasal dari Malaysia. Sikap dia berubah. Terus hormati aku lebih lagi dan menjadi kawan rapat. Hanya aku agak terkejut dengan perubahan dia dua tiga hari ini. Dah tak memakai abaya atau jubah hitam lagi. Setiap hari memakai jean ketat kepejabat tapi tetap bertudung hitam. Culture shock agaknya. Yang pasti, perempuan memang senang atau cepat berubah. Berubah hati atau perasaan :p
     
  7. are-fiyz
    Offline

    are-fiyz Active Member

    Messages:
    567
    Likes Received:
    38
    Trophy Points:
    28
    tu bkn culture shock nmenyer.. tu nak mengurat punye syok gayanye.. :lol::lol::lol: (geleng2 pale dgn perasaan simpati..)
    bertabahlah ye.. moga dikuatkan iman. huahuahua... ^_^
     
  8. samaratungga
    Offline

    samaratungga Well-Known Member

    Messages:
    3,383
    Likes Received:
    111
    Trophy Points:
    63
    pergh.. menarik ni
     
  9. Daniel
    Offline

    Daniel Well-Known Member

    Messages:
    1,605
    Likes Received:
    42
    Trophy Points:
    48
    yeke...daniel tak pandai baca reaksi atau hati perempuan :) insyaallah daniel akan kuatkan iman. kalau boleh nak jadik macam ketua penyamun dalam citer ali baba bujang lapok...mati dalam imannnnm;)
     
  10. Daniel
    Offline

    Daniel Well-Known Member

    Messages:
    1,605
    Likes Received:
    42
    Trophy Points:
    48
    hi sam...selamat berjumpa lagi...skit2 je menarik :)
     
  11. Daniel
    Offline

    Daniel Well-Known Member

    Messages:
    1,605
    Likes Received:
    42
    Trophy Points:
    48
    Setahun dua ini aku agak ketinggalan tentang media sosial. Ini semua disebabkan aku berada di benua Africa. Negara tempat aku bekerja agak ketinggalan dalam bidang teknologi. Kegunaan internet dan telefon agak terhad serta mahal. Itu semua yang buat aku turut ketinggalan dengan media sosial saperti whatsapp, instagram, wechat dan lain lagi. Aku tidak aktif dengan itu semua. Bahkan aku tiada account. Satu sebab lagi, mungkin aku kurang minat. Terasa aku makin jauh dengan saudara mara dan sahabat sahabat lama. Ditempat baru ini, aku akan cuba aktif dengan itu semua. Install atau download mana yang patut. Hanya satu perkara yang akan buat aku rasa takut bila aktif dimedia social. Aku takut di ayat oleh awek awek. Biasalah, ayat dia orang kadang kadang lebih manis dari kuah kuih lopes atau isi kuih onde onde. Tapi, kalau aku dah suka dengan memana awek, lautan api pun aku sanggup redah. Janji awek tu redah dulu. Aku just follow :D

    Aku sentiasa mengikuti berita tentang perkembangan ditanah air. Sedih dengan keadaan banjir dibeberapa negeri disana. Diberitahu tiada banjir di kampong aku di JB selatan walaupun hujan sentiasa turun. Kampong ditepian sungai yang amat dirindui yang mana telah aku tinggalkan tempat itu beberapa tahun lalu. Satu aktiviti yang aku suka semasa musim selain tidur. Suka meredah dan bermain dengan air. Satu perkara yang buat aku tergugat semasa aktiviti meredah air. Iman aku. Bila tengok awek awek meredah dan bermain air. Ada yang kelihatan sexy bila pakaian dia orang basah dan ada yang singkatkan kain agak tinggi. Kata orang, kalau tengok sekali, itu biasa. Kalau tengok dua kali, itu nafsu. Yang buat aku geram. Aku tengok tiga kali :p
     
  12. are-fiyz
    Offline

    are-fiyz Active Member

    Messages:
    567
    Likes Received:
    38
    Trophy Points:
    28
    hahahaha.. harusla xde awek nk dekat2.. terancam weh.. :lol::lol::lol:
     
  13. Daniel
    Offline

    Daniel Well-Known Member

    Messages:
    1,605
    Likes Received:
    42
    Trophy Points:
    48
    terancam tapi rela kan :D
     
  14. Daniel
    Offline

    Daniel Well-Known Member

    Messages:
    1,605
    Likes Received:
    42
    Trophy Points:
    48
    I've been keeping busy all time
    Just to try to keep you off my mind
    Trying to figure out the time zones making me crazy
    I miss you so bad
    I want to share your horizon
    And see the same sun rising
    Turn the hour hand back to when you were holding me

    Diatas adalah sebahagian dari lirik lagu Jet Lag dendangan Simple Plan feat Natasha Bedingfield. Salah satu lagu favourite semasa aku tengah hangat bercinta dulu. Aku suka dengan video clip lagu tu. Si awek lepak diatas katil sambil memegang postcard yang dihantar oleh boyfriend dia. Mungkin sama dengan awek aku disaat kami bercinta dulu. Setiap negara yang aku singgah atau mengembara, tak lupa aku kirimkan postcard kepada awek dan sahabat rapat. Itu semua dah jadi kenangan. Secebis kenangan terindah dalam hidup aku. Berharap sangat agar berulang lagi.

    Aku betul betul terasa penat bekerja saat ini. Mungkin aku dijangkiti sindrom jet lag. Sindrom sementara dan akan pulih dalam masa yang singkat. Kita akan hadapi sindrom ini bila kita seberangi atau cross dua time zone. Waktu atau masa antara dua tempat ini akan bertukar. Siang akan menjadi malam atau pagi menjadi petang. Tidur atau selera makan akan tak teratur kerana tak terbiasa dengan masa atau waktu ditempat baru. Badan mudah rasa letih.Harap beberapa hari lagi aku akan recover.

    Esok dah tahun baru. Aku berharap dan berdoa agar ditahun baru nanti, aku dapat semangat baru. Tahun yang akan penuh keceriaan dan kebahagiaan. Dua tahun hidup aku tak teratur. Betul betul rasa kesepian tanpa ada tempat mengadu. Banyak dugaan dan ujian yang aku hadapi. Apa pun aku redha dengan itu semua.

    Selamat Tahun Baru Untuk Sahabat Semua.

    Cheer !!!
     
  15. dieda
    Offline

    dieda Well-Known Member

    Messages:
    4,900
    Likes Received:
    695
    Trophy Points:
    113
    hepi new year daniell
    hrp thn 2015 mnjd thn lebih baik buat uolssss
    bkn pe,,sbb setiap thn asik stress jek,,,keh3
     
  16. Daniel
    Offline

    Daniel Well-Known Member

    Messages:
    1,605
    Likes Received:
    42
    Trophy Points:
    48
    terima kasih daun keladi dieda :) insyallah moga semuanya akan teratur selepas ni...harap dieda macam tu jugak dan dapat naik pelamin idaman secepat mungkin ;)
     
    dieda likes this.
  17. Daniel
    Offline

    Daniel Well-Known Member

    Messages:
    1,605
    Likes Received:
    42
    Trophy Points:
    48
    Hari ini walaupun hari pertama tahun baru, aku tetap bekerja. Disini tahun baru bukan public holiday. Selepas habis kerja nanti, aku akan ke city centre. Berjumpa dan lepak diapartment kawan lama, senegara yang dah dua tahun aku tak jumpa. Dia tinggal bersama dua lagi kawan yang aku kenal, juga senegara. Semuanya kepala sejenis dengan aku. Sengal dan nakal. Selain santai dan bermalam bersama dia orang, aku nak shopping. Nak window shopping dan beli barang apa yang patut. Teringin nak beli notebook baru dan sehelai dua jean dan baju. Esok pagi dah plan untuk ke pasar. Nak masak masakan Melayu yang dah bertahun aku tak rasa. Dah dua tahun aku tak memasak dan merasai masakan Melayu. Dua tahun aku makan masakan Africa dan Western. Buat masa ini ditempat baru, hari hari aku makan nasi biryani, kebab dan capati atau nan dengan kari. Dah mula naik mual. Agak membosankan, apartment tempat aku tinggal sekarang ni, tidak dibenarkan memasak.

    Dulu masa aku mula mula merantau keluar negara, salah satu masaalah aku adalah makanan. Hari hari aku makan makanan Arab, Indian dan Western. Sebulan aku naik mual. Mulalah tercari cari restoren dari Thailand, Indonesia dan Malaysia. Masih aku tak dapat lagi lepaskan rindu dengan masakan favourite aku saperti masak asam pedas, lemak cili padi dan beberapa lagi.Mula datang keinginan untuk memasak sendiri. Bahan bahan tak jadi masaalah, semua terdapat disatu supermarket. Mostly barang barang disupermarket tu datang dari negara Asean. Resepi aku ambik dari website dan youtube. Tak lupa aku contact mak saudara aku dikampong untuk dapatkan petua mana yang patut. Dari situ aku pandai memasak. Setakat nak bertanding dengan perempuan seumor aku, gerenti dia orang kalah. Awal awal lagi. Ramai awek awek sekarang mana pandai memasak. Hanya tau setakat masak air atau masak nasi yang menggunakan electric rice cooker. Kalau aku kawin nanti, aku nak rahsiakan yang aku pandai memasak dari bakal isteri. Kalau dia tau, gerenti aku yang asyik kedapur. Perempuan kalau dah tau ada orang yang sayang dekat dia sangat sangat, pasti dia akan buli atau ambil kesempatan. Mesti aku naik geram dalam sayang nanti. Aku memasak untuk dia, yang dia rilek sambil layan drama Korea. Jauhkanlah diri aku dari malapetaka itu :D
     
  18. Ell En
    Offline

    Ell En New Member

    Messages:
    23
    Likes Received:
    16
    Trophy Points:
    3
    Berdesuppp panas terasa. Hahahaha burn! Eh sorry mencelah kahkahkah
     
    nur affan likes this.
  19. Daniel
    Offline

    Daniel Well-Known Member

    Messages:
    1,605
    Likes Received:
    42
    Trophy Points:
    48
    sorry lah kalau terasa...mungkin ell baca post daniel tu, lepas makan nasi lemak yg sambalnya pedas :D gurau ok.
     
  20. Ell En
    Offline

    Ell En New Member

    Messages:
    23
    Likes Received:
    16
    Trophy Points:
    3
    Lepas makan sambal belacan ayam penyet lahhh haha
     

Share This Page