• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

Satu Perjalanan

Daniel

Well-Known Member
Baru ni ada sorang awek dari tanah air sms aku, bertanya khabar tentang aku. Dia sorang sahabat yang agak rapat. Dah hampir lapan tahun kenal. Yang anehnya, aku tak pernah atau belum bertemu dengan dia lagi. Keinginan untuk berjumpa dengan dia memang ada. Mungkin belum ada kesempatan. Selalunya bila aku dapat sms dari dia, aku akan call. Berbual agak lama. Bercerita tentang kehidupan masing masing. Satu soalan yang selalu ditanya antara satu sama lain atau pertanyaan dari aku dan dia, bila masing masing nak kawin. Jawapan masing masing tetap sama. Belum berjumpa lagi dengan sesiapa yang berkenan dihati. Dari segi perbulanan kami, dia dapat rasakan yang aku kelihatan ceria ketika ini. Aku banyak bergurau senda dan gelak ketawa. Mungkin tak banyak masaalah yang sedang aku hadapi yang boleh membuatkan jiwa aku menjadi kacau. Aku kelihatan tenang saperti lubuk sekarang. Tapi, tenang jangan disangka tiada buaya :D

Entah kenapa masuk saja tahun 2016, aku banyak habiskan masa bersama sahabat senegara dan beberapa kenalan lain. Mostly setiap hari aku keluar selepas habis kerja. Aku aktif berjimba. Aku rasa kepenatan dengan aktiviti yang aku buat. Kurang tidur atau berihat. Weekend esok aku nak berihat sepuas puasnya. Selepas itu aku nak hidup aku saperti dulu. Bersorangan. Sesekali saja aku akan keluar. Walau pun aku kelihatan ceria tapi rasa kesepian tetap ada. Aku rasa aku banyak buangkan masa dengan aktiviti aktiviti yang tak berfaedah sejak kebelakangan ini. Betul kata orang, rakan boleh mempengaruhi kita. Sebelum aku menjadi lalai atau hanyut, aku pastikan ada jarak atau sempadan antara aku dan rakan rakan.

Quote of the day:

The best feeling in the world is realizing that you're perfectly happy without the thing you thought you needed and If you think sunshine brings you happiness, then you haven't danced in the rain.
 

Daniel

Well-Known Member
Hari ni saperti biasa, Jumaat aku tak berkerja. Malam tadi aku tidur awal. Biasanya Khamis malam aku akan keluar, lepak dan bersantai bersama sahabat senegara. Weekend kali ini aku nak berihat. Hilangkan kepenatan. Entah kenapa cuaca disini agak berbeda saperti tahun lepas. Febuary kian sejuk. Apa yang aku dengar, disebabkan hembusan angin sejuk dari benua Eropah. Mengigil badan kalau tak gunakan heater dan berpakaian tebal.

Sekejap lagi aku nak kemaskan bilik. Kelihatan berselerak. Hampir sebulan aku tak kemaskan bilik dan memasak. January 2016 aku sering makan diluar setiap hari. Banyak masakan yang aku dapat rasa dibeberapa restoren. Masakan Chinese, Korean, Japanese, African, Arabian, Indonesian dan Western. Aku masih lagi tidak dapat kepuasan. Mungkin aku tak dapat rasai masakan Melayu yang aku selalu rindukan. Hari ini aku akan cuba masak lemak cili api ikan Horu. Ikan air tawar yang berasal dari India. Aku juga akan goreng ikan Talang masin. Itu hanya plan, silap silap aku akan berada didalam selimut tebal selepas breakfast sekejap lagi.

Satu perkara yang selalu buat aku tertanya tanya dalam hati. Aku selalu ternampak ada rumah yang dipasang lampu lampu terang berderang disekeliling rumah. Kadang kadang yang berkelip kelip. Nak dikatakan ada majlis tapi rumah itu kelihatan sepi. Selalunya dipasang dalam tiga atau empat hari. Tadi baru aku tahu kenapa dia orang buat macam tu. Sorang rakan beritau aku. Tujuan dia orang pasang lampu tu untuk beritau ada anak dara yang sudah sedia untuk dipinang. Satu adat yang agak unik bagi aku dan masih terus dikekalkan.

Salah satu cara untuk mendapat pasangan dengan sosial media atau network. Aku pernah jenguk satu website group expatriate dari pelbagai bangsa dan negara yang sedang menetap disini. Kelihatan ada dua tiga awek dari Malaysia. Aku tak pasti apa profession dia orang. Aku tak join pun group tu. Mungkin tak berminat. Kalau boleh aku nak pasangan hidup aku nanti yang sederhana. Sederhana dari semua segi. Aku bukan jenis pemilih. Yang pasti cinta itu buta. Kalau hati dah suka, tak kira jenis apa pun. Perangai macam pontianak pun aku akan terima. Rela di gigit setiap masa :p

Quote of the day:

Stay single until someone actually compliments your life in a way that makes it better than to not be single. Otherwise, it’s not worth it.
 

Daniel

Well-Known Member
Semalam public holiday di sini. Sport Day. Aku tak berkerja. Aku tak kemana mana, hanya berihat dan tidur sepanjang hari di dalam bilik. Aku tahu kalau kemana mana akan sesak dengan orang ramai. Hanya malam aku keluar dinner dengan sorang housemate. Dinner di satu restoren Filipino. Penuh dengan pelanggan. Terpaksa tunggu sekejap untuk dapatkan meja. Order dan makan Bolalo, Bagus dan Kare Kare. Bolalo adalah sop tulang, Bagus adalah ikan yang dibakar dan Kare Kare lebih kurang daging yang di masak dengan kuah kacang. Apa pun aku suka dengan masakan Filipino. Rasa lebih kurang dengan sama dengan masakan Melayu. Yang pasti aku tak sayang keluarkan duit kalau pasal makan. Harga makanan disini memang agak mahal. Aku pernah makan semangkuk tom yam dan seekor ikan yang digoreng di satu restoren Thai. Harganya lebih kurang RM200. Kalau harga macam tu ditanah air, mungkin kedai akan tutup. Mahal. Pelanggan akan lari. Lagi satu, ditanah air banyak saingan atau pilihan.

Tadi masa lunch, aku dan rakan rakan sekerja berbual tentang zodiac masing masing.. Actually aku kurang minat atau tak ambil serious sangat tentang zodiac. Lebih kurang macam tak percaya. Zodiac aku adalah Scorpio. Tertarik aku bila dengar komen rakan rakan lain tentang Scorpio. Lagilah yang komen tu pernah bercinta dengan lelaki Scorpio. Tersenyum aku bila diberitahu yang lelaki Scorpio ni agak 'dangerous' tapi totally honest, romantic dan passionate. Aku agak tak boleh terima bila dikatakan lelaki Scorpio kuat cemburu dan possessive. Lagi satu, pantang ditipu. Entahlah. Aku tak pasti tepat atau tidak dengan character atau perangai lelaki Scorpuo yang dikatakan tu. Yang pasti, aku ni sorang yang jiwang. Jiwang bersengat :)

Tadi aku terbaca tentang satu filem yang tengah popular ditanah air sekarang. Filem Oh Bola. Bukan aku teringin nak tengok filem tu tapi aku tertarik dengan tajuknya. Rakan rakan sekerja aku yang berbangsa Filipino atau Kebayan selalu memsnggil aku dengan panggilan Bola Bola. Mostly perempuan yang agak rapat dengan aku. Satu department. Gelak aku bila aku dipanggil Bola Bola. Bola Bola bererti suka bercakap manis atau mengayat. Satu kelemahan aku. Aku suka berkata lemah lembut dan bersopan santun bila bercakap dengan perempuan. Lagi satu aku suka memuji. Kadang kadang bukan niat aku untuk mengayat. Mungkin selalu disalah anggap atau salah faham. Ada yang terperasan dengan kata kata aku. Tapi ramai yang tahu perangai aku yang sebenar. Perangai aku macam burung. Jinak jinak merpati :p

Quote of the day:

Love is living your own life, but sharing it. It’s forgiveness. It’s making a million mistakes and turning them into learning experiences. Love is patience, optimism, and sometimes it’s a kiss when there is nothing left to say.
 

Daniel

Well-Known Member
Aku betul betul tension dan stress semalam. Rasa totally down. Ada beberapa hal yang kurang enak telah berlaku. Hal peribadi dan yang brrsangkut dengan kerja. Badan terasa letih tapi tak dapat melelapkan mata untuk tidur malam tadi. Aku benci dengan apa yang aku rasai semalam. Jiwa jadi kacau dalam keadaan bersorangan bersama fikiran yang buntu. Terasa hidup ini kosong. Selalunya aku akan buat dua perkara untuk hilangkan perasaan jiwa kacau. Aku menangis dengan sepuas hati dan lebihkan zikir selepas solat. Terasa ada ketenangan selepas itu.

Aku rasa amat sedih kalau orang lain tak appreciate atau hargai dengan apa yang telah aku lakukan dengan terbaik. Tak kiralah sama ada hal kerja dan relationship. Aku jenis sorang yang tekun. Ambil serious dengan apa yang aku buat. Kalau aku buat kerja, aku akan buat dengan teliti. Kalau aku bercinta. Aku akan serahkan jiwa dan raga aku. Tapi kesucian aku tetap aku jaga :)

Quote of the day:

Being single doesn’t mean you don’t know anything about love, it just means you know enough to wait for it.
 

Daniel

Well-Known Member
Hari ni aku half day. Balik kerja tengah hari tadi, aku terus tidur. Rasa kepenatan. Terbangun disebabkan dapat satu call dari sorang rakan sekerja. Invite dia punya birthday party disatu restoren dipusat bandar. Terpaksa aku join. Dia berasal dari Morroco dan agak rapat dengan aku. Mungkin disebabkan aku pernah mengembara kesana dulu. Aku banyak bercerita tentang pengalaman aku semasa mengembara dinegara dia. Dari situ kami menjadi rapat. Tak ramai yang join party dia tadi. Hanya kawan rapat. Salah sorang yang join adalah sorang awek yang berasal dari Tunisia. Berambut panjang dan tak bertudung. Agak terkejut bila diberitahu yang aku berasal dari Malaysia. First time dia berkenalan dengan sorang rakyat Malaysia. Dia banyak bertanya tentang Malaysia dan Thailand. Dia berminat untuk bercuti di kedua dua negara tu. Tersenyum aku bila dia ajak bercuti bersama. Bukan berdua tapi dengan sorang lagi rakan dia. Aku tak brrminat. Aku lebih suka bercuti dengan awek yang aku suka. Dah tentu awek berbangsa Melayu. Kalau boleh nak bercuti di Pulau Sipadan. Buat aktiviti scuba diving. Sambil menyelam minum air :)

Kelakar aku rasa bila dengar cerita dari sorang rakan sekerja. Awek dia sorang yang amat kuat cemburu. Tak pasti sama ada cemburu buta atau pun tidak. Sekarang dah susah dia nak buat aktiviti yang tak di sukai oleh awek dia kata rakan aku tu. Aktiviti saperti clubbing dan dating dengan awek lain. Kemana dia pergi kena buat video call dekat awek dia. Dari situ awek dia tahu dimana lokasi yang sebenar. Kira tak boleh nak tipu. Gelak bila aku dengar. Nasib dia kurang baik dapat jenis awek macam tu. Dia tak ada freedom. Aku tak salahkan awek dia. Mungkin awek dia terlalu sayangkan rakan aku tu. Takut akan kehilangan. Kalau sesiapa pernah rasa akan kehilangan insan yang kita sayang pasti tahu bagaimana keadaan hidup kita. Aku pernah rasa. Sentiasa menangis tak berlagu.

Quote of the day:

Don’t chase people. Be an example. Attract them. Work hard and be yourself. The people who belong in your life will come find you and stay. Just do your thing.
 

Daniel

Well-Known Member
Musim sejuk dah hampir pada penghujungnya. Sekarang tak perlu lagi memaki jacket yang tebal disiang hari. Hanya waktu malam kesejukan amat terasa. Aku suka dengan keadaan cuaca saperti sekarang ini. Cuaca sekitar dua puluh celcius. Terasa nyaman walau pun kesepian tetap terserlah.

Sepatutnya aku akan meninggalkan tempat pada hujung bulan ini. Aku agak sibuk sejak kebelakangan ini disebabkan ingin melunaskan semua kerja kerja aku yang tertangguh atau tertunggak. Serta prepare apa yang patut untuk external audit pada awal bulan depan. Permohonan aku untuk berhenti kerja atau bercuti panjang tidak diluluskan. Aku diberi dua bulan untuk memikirkannya. Aku disyurkan bercuti panjang bukan berhenti kerja. Terasa agak kecewa. Aku penat sebenarnya. Penat dengan kehidupan yang aku telah lalui disini. Hidup saperti ada kekosongan yang aku tidak dapat ucapkan dengan kata kata. Ada keinginan untuk bercuti panjang dan mengembara kesana sini. Jadi sorang backpacker saperti dulu.

Semalam sorang rakan sekerja tanya satu soalan kepada aku. Apa perbedaan cinta antara gadis Melayu dengan gadis gadis bangsa lain yang aku pernah kenal atau rapat. Agak susah untuk aku jawab soalan itu dengan tepat. Mungkin disebabkan aku tak pernah bercinta dengan gadis bangsa lain. Hanya setakat kenal dan rapat sebagai sorang kawan. Apa yang aku boleh katakan atau jawab, gadis Melayu bersopan santun dan sedikit pemalu. Aku tak pasti sama ada malu malu kucing atau malu malu harimau :D

Quote of the day:

Some people come into our lives and quickly go. Some people move our souls to dance. They awaken us to a new understanding with the passing whisper of their wisdom. Some people make the sky more beautiful to gaze upon. They stay in our lives for a while, leave footprints on our hearts, and we are never, ever the same.
 

Daniel

Well-Known Member
Hari ni Jumaat. Saperti biasa, aku tak berkerja. Minggu lepas minggu yang agak sibuk. Banyak kerja yang patut dibereskan. Agak tertekan. Stress dan kepenatan. Balik kerja terus tidur. Makan malam aku tak terurus. Selera makan berkurangan.

Habis kerja semalam, aku terus kepusat bandar. Semalam aku kerja separuh hari. Sorang sahabat senegara ajak berjumpa. Dia belanja aku lunch di satu Chinese restoren. Selepas itu lepak dirumah dia sambil layan movie. Malamnya, dinner bersama dia dan awek dia di Merriot. Selepas dinner, kami bertiga rilek di cafe. Berbual dan minum kopi. Aku pun tak pasti apa kesudahan dengan hubungan cinta sahabat aku tu. Kelihatan serious. Mungkin akan ada masaalah nanti. Bercinta dengan awek yang berlainan bangsa dan ugama. Pukul dua belas aku pulang kerumah.

Aku tak pasti lagi apa aktiviti aku petang dan malam nanti. Terasa ingin gunting rambut dan beli sedikit barang di Carrefour. Selepas breakfast tadi aku layan muzik tanpa henti hingga sekarang. Aku layan lagu lagu rock kapak. Teringat kenangan lama saat bercinta dulu. Cinta jarak jauh yang amat menyeksakan. Penuh dengan dendam rindu. Apa pun sisa sisa rindu itu masih tetap ada. Baru sekejap tadi aku mendengar lagu Tiada Lagi nyanyian Amy Search. Terasa sedih. Yang pasti, hidup bahagia akan tetap datang dimasa depan.

Aku agak tertarik dengan thread ' Apa makna wanita cantik pada lelaki ' Aku tak nak beri pandangan atau pendapat apa makna wanita cantik bagi aku. Bagi aku, kecantikan sesorang wanita bukanlah salah satu syarat untuk menjadi pasangan aku. Tak kiralah sebagai rakan dan calon isteri atau kekasih. Aku suka dengan perempuan atau awek yang ada keserasian dengan aku. Selalunya mereka akan menjadi teman rapat aku. Selalu juga rakan sekerja merasa hairan kenapa aku rapat dengan rakan sekerja perempuan yang berasal dari negara Africa. Berkulit gelap. Aku pun tak pasti kenapa. Mungkin aku tinggal lama di Africa dulu dan mungkin juga aku memilih teman melalui hati dan bukan dari pandangan mata.

Quote of the day:

Being yourself is what makes you attractive. Being something you’re not makes you a liar. And relationships built on lies don’t last.
 

Daniel

Well-Known Member
Aku rasa down dan stress hari ni. Semuanya pasal kerja. Macam biasa, aku akan menangis untuk hilangkan stress aku. Lepas tu baru aku boleh tidur dengan nyenyak. Lagi satu perangai aku, aku akan jauhkan diri dari orang lain kalau tengah stress. Yang pasti, jiwang aku akan hilang kalau berkeadaan begitu. Tengok awek pun tak ada mood. Pernah ustaz aku kata, kalau rasa terlalu stress buatlah perkara berikut, ambil wuduk, berzikir dan baca Al Quran. Kalau rasa tak boleh buat, ambil Al Quran letak diatas dada sambil bersyukur dengan apa yang kita perolehi sekarang. Ramai yang berdoa agar dapat kehidupan yang kita dapat sekarang ni. Ada mobile phone, laptop, kereta, rumah, kerja dan kekasih hati. Tapi aku tak ada laptop, kereta dan rumah sendiri serta kekasih hati. Apa pun aku patut bersyukur dengan rezeki yang aku perolehi sekarang.

Dulu perangai aku semacam kalau terasa down. Masa aku muda remaja. Aku suka layan muzik metal dan underground. Lagi satu aku suka race atau lumba kereta. Lumba kereta atas dorongan sepupu aku. Mungkin dia sekepala dan rapat. Kira kongsi kereta dia. Aku tak mampu punyai kereta yang bagus waktu tu. Lebih kurang aku ni sorang yang sengkek atau tak berduit. Dulu tempat race di kawasan Legoland atau Kota Iskandar. Masa tu highway dah bersimpang siur tapi lenggang disebabkan pembangunan belum dimulakan. Selalu berentap atau race dengan mamat atau budak Singapore. Apa pun, itu semua zaman kenakalan aku. Zaman yang telah berlalu.

Dah agak lama aku tak pulang ketanah air tapi tetap ikuti perkembangan terkini disana. Sebenarnya aku amat rindu dengan suasana dikampung halaman aku. Entah bila rajuk aku ini akan hilang. Merajuk dengan saudara mara dan dengan orang yang pernah aku sayang. Aku tak pasti adakah aku masih ada lagi perasaan dendam atau keras hati. Aku pernah berjumpa dengan beberapa orang disini yang tak pernah balik untuk bercuti kenegara asal dalam jangka masa yang lama. Ada setengah tu berbelas tahun. Aku pun tak pasti apa sebabnya. Mungkin sama saperti aku. Membawa diri.

Quote of the day:

Never let the sadness of your past and the fear of your future ruin the happiness of your present.
 

Daniel

Well-Known Member
Sekarang cuaca dah mula panas tapi malam masih terasa sejuk. Ramai yang demam disebabkan perubahan cuaca, termasuk juga aku. Dua hari aku rasa badan aku tak selesa. Ada masa rasa sejuk dan ada masa rasa panas. Dua tiga jenis ubat aku telan. Sekarang dah rasa ok. Aku paling tak suka kalau aku sakit. Terlantar kesorangan didalam bilik dan diatas katil. Hanya bertemankan kesepian dan tiada siapa yang ambil kisah. Apa pun aku redha.

Malam tadi aku dapat satu panggilan dari sorang sahabat. Dia kini sedang bercuti di Casablanca Morocco. Dia bertanya infomasi tentang Casablanca dan Morocco disebabkan aku pernah mengembara kesana dulu. Aku beri dia sedikit infomasi. Morocco bagi aku memang salah satu negara favourite aku. Tapi aku tak berapa tertarik dengan Casablanca. Hanya indah khabar dari rupa. Mungkin popular disebabkan ada tajuk satu filem dan lagu. Lagu Casablanca memang evergreen. Kota yang hanya sesuai untuk berhibur. Kota yang penuh dengan night club.

Casablanca adalah destinasi terakhir aku semasa aku mengembara ke Spain, Portugal dan Morocco dulu. Satu kenangan aku tak akan lupa semasa disana. Satu malam aku bersiar disatu park atau taman yang penuh dengan orang ramai bersantai. Disitu ada gerai jualan barang barang. Lebih kurang macam pasar malam. Aku berhenti dan tertarik dengan satu gerai. Gerai yang menjual sejenis siput yang direbus. Siput yang sederhana besar. Tak pernah aku jumpa sebelum itu. Dimakan dengan mengunakan lidi. Aku dah lupa berapa harga semangkuk. Rasa sedih bila lihat beberapa family yang hanya order air rebusan tanpa siput. Tak mampu aku rasa. Aku order satu mangkuk siput dan makan sambil berbual dengan peniaga. Dia tanya aku berasal dari mana dan pengalaman backpacking aku. Habis makan dan aku hulur duit untuk bayar tapi peniaga tu tak nak terima. Sedekah untuk musafir katanya. Tersentuh hati aku. Sampai sekarang aku masih ingat kata kata terakhirnya sebelum berpisah. Malaysia Truly Asia.

Malam tadi juga sorang sahabat senegara call aku dan ajak tengok movie petang nanti. Dia suruh aku pilih filem yang aku minat nak tengok. Dia tahu aku tak berminat dengan action dan fiction movie. Unless filem itu berdasarkan kisah benar atau true story. Aku lebih prefer dengan love story movie. Mungkin aku ni jenis jiwang. Tadi aku cari filem filem yang sedang ditayang di pawagam. Tertarik dengan satu filem yang berdasarkan kisah benar. Finest Hour. Kisah operasi penyelamatan sebuah kapal yang telah karam dilautan luas. Lagi satu aku amat berminat dengan movie yang bersangkut paut dengan laut. Mungkin salah satu cita cita aku dulu ingin menjadi sorang pegawai tentera laut. Ingin menjelajah dunia. Disebabkan nenek aku tidak benarkan, cita cita aku itu terkubur. Selepas nenek aku meninggal baru aku berhijrah keluar negara. Dapat juga aku mengembara kesana sini kehampir tiga puluh negara. Apa pun aku sentiasa rindu dengan arwah nenek. Al fatihah untukmu nenek. I really love and miss you. I'm alone now nenek.

Quote of the day:

Sometimes you can’t see yourself clearly, until you see yourself through the eyes of others.
 

Daniel

Well-Known Member
Dalam perjalanan ketempat kerja tadi, aku singgah di satu Indian restoren. Breakfast bersorangan. Biasanya kalau ke restoren ni aku akan order puri atau prata dan hati lembu masak kurma. Aku berkongsi meja dengan dua orang lain. Aku tak pasti apa bangsa. Kelihatan saperti Arab atau Pakistan. Sebelum makan aku baca Bismillah. Tiba tiba orang sebelah ajukan satu soalan kepada aku sambil tersenyum. Are you Malaysian ? Ya jawab aku dan kami terus berkenalan. Dia berasal dari Afghanistan. Saperti biasa, semua bangsa lain akan cakap orang Malaysia baik dan Malaysia satu negara yang bagus dan cantik. Jarang nak jumpa Malaysian disini katanya. Satu lagi soalan yang selalu ditanya kepada aku. Kenapa berkerja diluar negara, bukankah bangsa lain ramai yang berkerja di Malaysia. Satu soalan yang kadang kadang buat aku pening nak jawab.

Hari ini kalau tak silap aku, Hari Wanita Sedunia. Aku nak ucapkan selamat Hari Wanita Sedunia untuk semua terutama untuk wanita Melayu terakhir yang pernah mencuri hati aku. Kalau ditanya apa makna wanita dalam hidup aku. Satu lagi soalan yang agak susah aku nak berikan jawapan. Aku tak pernah hidup bersama dengan sorang ibu, kakak dan adik perempuan. Hanya rapat dengan mak saudara, sepupu perempuan dan dua orang wanita yang pernah bercinta dengan aku. Kira aku kurang pengetahuan dan pengalaman dengan wanita. Kadang kadang aku rasa wanita saperti satu spesis yang aneh. Sukar difahami atau dimengertikan. Apa pun, wanita adalah satu kaum yang lemah dan manja. Kalau dia orang kuat saperti lelaki pasti dunia akan kelam kabut. Hari hari kita akan baca berita tentang suami atau kekasih masuk hospital disebabkan kena belasah dan di dera :p

Quote of the day:

As long as you remember the person who loved you, and whom you still love, then you're making love endure.
 

Daniel

Well-Known Member
Malam tadi aku tidur lena. External audit sudah pun selesai semalam. Lega. Hujan pulak dua hari turun dengan lebatnya. Terasa tenang. Pagi ini cuaca agak cerah dan hujan dah berhenti. Aku agak ceria bila masuk kerja hari ni disebabkan hari ini Khamis. Aku berkerja separuh hari dan esok cuti. Aku tak pasti lagi apa aktiviti aku selepas habis kerja nanti. Yang pasti, malam ni aku akan keluar kepusat bandar. Bertemu dan bersantai dengan sorang sahabat senegara. Terasa nak makan ayam penyet di satu restoren Indonesia. Ada tiga atau empat restoren Indonesia disini. Sesekali aku breakfast lontong disana. Salah satu menu favourite breakfast aku semasa ditanah air dulu.

Sebut pasal restoren Indonesia, teringat kenangan aku semasa mengembara ke Budapest Hungary dulu. Semasa tu aku sudah hampir seminggu lebih tak dapat rasa nasi. Bukan tak ada Chinese restoren tapi aku ragu ragu nak makan. Entah macam mana sewaktu aku berjalan jalan untuk ke tepian Danube River aku terjumpa satu restoren Indonesia. Terus aku masuk dan disapa oleh sorang awek wajah bersawa matang. Dia tuan punya restoren. Selamat siang, dari Embassy ya Pak, soalnya. Aku terus terangkan siapa aku dan aku tinggal di satu hostel berhampiran. Terus tuan punya restoren panggil sorang tukang masak dan kenalkan kepada aku. Sorang anak muda yang berasal dari Jawa dan pernah berkerja di Melaka sebelum itu. Kami berbual dengan mesra saperti dah lama kenal. Tuan punya restoren tu berkawin dengan sorang penduduk tempatan.Selepas itu setiap hari aku kesitu untuk makan dengan layanan yang agak baik.

Quote of the day:

To understand the heart and mind of a person, look not at what he has already achieved, but at what he aspires to.
 

Daniel

Well-Known Member
Tiga hari aku kurang sihat. Terasa sakit atau senak di ulu hati. Buat kerja pun serba tak kena. Mood pun kelaut. Aku beli ubat di farmasi tapi tak berkesan. Semalam aku pergi ke satu medical centre yang agak eksklusif. Buat medical check up untuk nak tahu apa masaalah yang aku sedang hadapi. Mostly orang tempatan atau local yang berubat disitu. Lebih kurang specialist medical centre. Semasa register awal awal lagi staff disitu beritahu charges itu ini yang akan aku kena bayar. Memang mahal gila. Berjumpa doctor saja dikenakan bayaran beratus ratus. Aku terfikir, apa salahnya kalau keluarkan lebih duit untuk kesihatan aku. Agak sedikit kecewa, doctor yang periksa aku tu lelaki. Kalau doctor perempuan boleh juga aku bermanja manja. Aku diperiksa dengan menggunakan ultrasound dan blood test. Selepas itu doctor beritahu apa masaalah yang aku sedang hadapi. Tak lah seteruk yang aku jangkakan. Diberi empat jenis ubat. Yang pasti aku kena jaga permakanan aku selepas ini.

Semalam aku tercari cari satu benda. Sejenis minyak. Benda yang dah bertahun tahun aku tak gunakan. Nasib baik terjumpa didalam bag besar. Benda itu adalah minyak Gamat Langkawi. Malam tadi aku urut dada dan perut aku dengan minyak tu. Terasa sayu disebabkan berurut dengan sendiri. Sedih. Hanya dapat bermanja manja dengan diri sendiri. Kalau ada pasangan hidup tentu dia boleh jaga aku ketika aku sakit. Datang rasa kesal disebabkan aku tak kawin kawin. Apa nak buat. Aku belum ketemu jodoh lagi. Tak laku laku :D

Quote of the day:

The great thing in this world is not so much where you stand, as in what direction you are moving.
 

Daniel

Well-Known Member
Hari ni keadaan aku dah saperti normal. Dah pulih dari sakit yang aku alami sejak tiga hari lepas. Tadi sorang rakan sekerja tegur aku. Lately ni kenapa aku selalu sakit kata dia. Pergilah bercuti kemana mana sambung dia lagi. Susah aku nak cakap kenapa kesihatan aku selalu terganggu sejak kebelakangan ni. Mungkin disebabkan beban kerja atau selalu stress. Lagi pun aku kurang aktif dengan senaman. Ada terfikir aku teringin nak aktif berjogging selepas ni. Takut cakap tak serupa bikin. Pi mai pi mai tang tu jugak. Senaman mata di atas katil :p

Baru ni ada sorang sahabat rapat call aku dari tanah air. Beriya sangat suruh aku hadir di majlis perkawinan dia ditanah air. Kalau boleh jadi pengapit dia. Gelak guling guling bila aku dengar dia nak aku jadi pengapit. Tak dapat aku bayangkan. Mungkin mengigil dan berpeluh satu badan. Pasti aku yang jadi tumpuan dan bukan pasangan pengantin. Pengapit yang macho dan segak yang tak jemu mata memandang :)

Aku memang rapat dengan sahabat aku tu. Rapat selama empat tahun semasa dia berkerja disini dulu. Dia agak tua dari aku. Sejenis dengan aku. Bujang terlajak. Kami saperti adik beradik. Sudah hampir tiga tahun kami tak bertemu. Dulu dia sorang forumer disini. Agak aktif juga. Selalu tag lagu dan sesekali menulis di thread bercakap dengan diri sendiri. Aku pun tak sangka dia bertemu jodoh dengan bakal isteri dia. Dulu dia ada banyak masaalah dalam hubungan cinta dengan bakal isteri dia tu. Pernah beberapa kali putus. Halangan dari keluarga. Tak setaraf kedudukan dari segi jarak umur dan taraf hidup. Betul kata orang. Kalau sudah jodoh tak kemana. Aku doakan moga dia bahagia hingga keanak cucu.

Quote of the day:

A good life is when you assume nothing, do more, need less, smile often, dream big, laugh a lot, and realize how blessed you are.
 

Daniel

Well-Known Member
Empat jenis ubat mesti dimakan selama sepuluh hari. Memang membosankan walau pun kesihatan aku sudah agak pulih. Beberapa orang rakan sekerja yang beri aku nasihat supaya ikut arahan doctor. Ambil ubat itu dalam jangka masa yang ditetapkan. Terpaksa akur untuk kebaikan aku juga.

Hari ni aku Khamis. Aku kerja separuh hari. Baru sekejap tadi sorang sahabat senegara call aku. Dia kata dia boring disebabkan housemates dia pergi bercuti selama dua minggu. Dia bersorangan tanpa teman. Ajak berjumpa dengan aku malam nanti. Sudah agak lama aku tak keluar bersama dia walau pun agak rapat. Jiwa aku dengan dia agak berlainan sikit tapi beberapa perkara ada persamaan. Bukan kaki perempuan dan suka kemana mana bersorangan. Lone ranger. Satu perangai dia yang buat aku kurang selesa. Dia suka clubbing. Aktiviti yang aku kurang minat dan cuba elakkan. Mungkin aku akan ajak dia tengok movie atau main snooker malam nanti. Sahabat aku tu selalu luahkan perasaan dia terhadap aku. Jiwa dia terasa kosong walau pun bergaji besar. Umur sudah tiga puluhan tapi tak berkawin kawin lagi. Dia pernah dua kali putus tunang. Kurang bernasib baik dalam dunia percintaan. Hidup huru hara tanpa hala tuju bila dia putus cinta dan tiada cinta dalam hidup. Lebih kurang macam aku juga.Yang pasti cinta memang aneh. Kadang kadang manis dan kadang kadang menyeksakan.

Ramai yang kata kalau kita ada duit banyak, hidup akan sempurna. Duit segala galanya. Tiada duit hidup akan penuh dengan masaalah. Aku tak pasti sama ada betul atau pun tidak. Yang aku tahu, cinta sejati dan kebahagiaan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Sorang rakan sekerja perempuan pernah bercerita tentang kisah hidup sorang kakak dia. Kakak dia berkawin dengan sorang businessman. Kaya raya. Ada rumah besar, driver dan beberapa orang pembantu rumah. Walau pun dipenuhi dengan kesenangan tapi hidup tiada kebebasan. Kehidupan dia dikawal. Apa guna badan dipenuhi dengan intan berlian dan emas tapi jiwa terasa kosong dan sunyi. Tiada kawan dan tidak boleh kemana mana saperti orang biasa. Suami pula sentiasa sibuk dan ada hubungan dengan perempuan lain. Biasalah trend lelaki bila ada duit banyak. Entahlah. Bagi aku terlalu kaya pun tak bererti hidup akan penuh dengan kebahagiaan dan keceriaan.

Agak tertarik dengan satu lagi perkara yang rakan aku tu katakan. Pilihan pasangan hidup dan cara hidup yang dia impikan. Hidup sederhana. Cukup makan tiga kali sehari, pakaian yang bukan branded, punya rumah sendiri dan kereta yang sederhana. Punya ramai kawan. Anggap bonus sekiranya dapat bercuti sesekali kenegara berdekatan. Dia bukan berugama Islam. Kalau tidak, mungkin salah satu lagi ciri pilihan dia adalah lelaki yang soleh. Lebih kurang ciri ciri aku lah tu. Aku tersenyum bila dia kata yang aku agak beruntung disebabkan aku sorang Muslim. Boleh berkawin empat. Dia tak tahu. Aku nak kawin satu pun masih terkial kial nak dapat. Jauh panggang dari api :D

Quote of the day:

Once in a lifetime ‘True love’ comes in your life. That is made just for you and you should not lose that chance of grasping it.
 

Daniel

Well-Known Member
Hari ni macam biasa, Jumaat dan aku tak berkerja. Baru habis breakfast dengan pisang, orange, toasted bread, sausage dan scramble egg. Kalau hari tak berkerja jarang aku nak breakfast diluar melainkan ketika aku berada dirumah sahabat dipusat bandar. Selepas breakfast aku berihat sambil online baca berita tentang tanah air dan dunia. Lately ni aku suka layan radio QBS. Minat pulak aku dengan lagu baru Selena Gomez. Hands to myself.

Malam tadi pukul dua lebih pagi baru aku sampai kerumah. Rilek bersama sorang sahabat senegara. Dinner di satu restoren Turki. Sempat tengok horror movie The Witch. Selepas tu lepak di Coffee Binery. Berbual dengan sahabat hingga ke pukul satu pagi. Dalam perjalanan balik sempat singgah disatu supermarket yang besar. Disini ada supermarket yang dibuka dua puluh empat jam. Tak pernah aku jumpa Seven Elevent disini.

Semalam sewaktu pulang dari kerja, sorang rakan serumah berbanga Filipino menumpang. Jarang aku berbual dengan dia disebabkan berlainan department. Dia bercerita kisah bapa saudara dia yang telah lama tinggal dan berkerja di Johor. Banyak komen yang bagus tentang Malaysia katanya. Agak tertarik dengan komen sepupu perempuanya yang juga tinggal disana. Tentang perangai lelaki Melayu. Kata sepupunya, lelaki Melayu agak romantik, caring dan bukan jenis materialistik. Bahkan sepupu dia akan berkawin dengan lelaki Melayu. Aku tak pasti betul atau pun tak. Tapi disini setiap kali awek tahu yang aku berasal dari Malaysia. Mereka akan beri layanan yang luar biasa dan senyuman manis. Mungkin untuk mengoda aku. Apa pun aku tetap kebal :)

Quote of the day:

Pain makes you stronger, tears make you braver, and heartbreak makes you wiser. So thank the past for a better future.
 

Daniel

Well-Known Member
Semalam aku dengar satu khabar angin yang bertiup kencang ditempat kerja. Beberapa staff akan dihantar ke Africa beberapa bulan pada hujung bulan depan. Aku termasuk dalam senarai. Aku tak kisah nak dihantar kemana pun. Dimana pun aku berada, aku tetap aku. Bersendirian menempuh liku liku dan gelombang hidup. Ada bagus juga kalau aku berhijrah ketempat lain seketika. Bertukar angin. Memang jauh berbeda antara hidup di Africa dan disini. Menetap di negara yang paling kaya didunia dan di salah satu negara yang paling miskin. Apa pun itu semua terpulang pada hati. Yang penting ada keceriaan dan rasa kedamaian walau pun tempat itu agak jauh ketinggalan dalam arus kemodenan . Yang pasti ada beberapa tempat di Africa yang aku ada keinginan untuk jelajahi. Afrika Selatan, Ethopia dan Zanzibar. Harap impian aku itu akan tercapai.

Semalam aku agak terkejut bila terjumpa satu benda yang agak luar biasa didalam kereta aku. Di seat atau tempat duduk bahagian belakang. Aku jumpa lipstick atau gincu perempuan. Puas aku fikir datang dari mana dan kepunyaan siapa. Yang aku ingat, ada dua kali aku keluar lunch bersama rakan rakan sekerja minggu lepas. Termasuk rakan sekerja perempuan. Aku simpan dan tak bertanya kepada sesiapa. Hanya aku terpikir, kalau orang lain yang jumpa lipstick tu mungkin ada anggapan yang salah. Disangka aku ada skandal. Lagi lah kalau yang jumpa tu awek aku. Pasti perang besar. Apa jawapan yang aku akan berikan, pasti tak akan diterima olehnya. Nasib baik aku tak ada awek. Lega.

Quote of the day:

Love yourself first and everything else falls into line. You really have to love yourself to get anything done in this world.
 

Daniel

Well-Known Member
Ada beberapa perkara yang sedang bermain difikiran aku sekarang. Perkara yang bersangkut paut dengan hubungan persahabatan dan kerjaya. Aku ni sorang yang tegas tapi aku ada juga kelemahan. Aku ada sifat kesian dan bertimbang rasa. Bila ada sahabat yang beritahu dia mempunyai masaalah, datang rasa kesian. Hendak pula masaalah itu aku pernah rasai. Aku dapat rasa bagaimana perasaan tertekan yang dia sedang hadapi dan rasai. Orang kata, kalau nak tahu siapa sahabat yang sebenar, lihat masa kita dalam kesusahan. Walau pun dia tak dapat membantu tapi dia akan beri dorongan dan ikut perkembangan masaalah kita. Bila ada ruang atau kesempatan dia tetap akan bantu. Itu yang aku sedang fikirkan.Bagaimana cara untuk aku bantu dia dengan ikhlas. Yang pasti, sharing is caring.

Semalam aku diberitahu yang aku akan dihantar ke Africa pada hujung bulan depan. Aku akan berada disana untuk beberapa bulan. Set up projek baru. Aku terima depan lapang hati. Tiada perasaan sedih atau gembira. Sesuatu tempat itu ada kelebihan dan kekurangan. Apa guna hidup dalam kesenangan tapi jiwa tak tenteram. Aku sudah beberapa kali dihantar kesana sebelum ini. Kehidupan disana agak berbeda. Akan bertambah akrab dengan rakan rakan sekerja. Selalu berkumpul bersama. Kemana mana akan bersama rakan rakan. Berbeda bila ditempat atau benua lain, berani untuk keluar sorang diri. Disana kena ada sorang rakan kulit hitam bersama kita kalau keluar kesana sini. Orang lain tak akan ganggu kita. Apa pun banyak aktivit luar disana saperti memancing dan trekking. Selalunya aku akan jadi tumpuan. Penduduk tempatan akan tertanya tanya aku berasal dari mana dan bangsa apa. Mungkin jarang atau tak pernah bertemu dengan bangsa Melayu sebelum ini. Dia orang selalu teka yang aku ni berbangsa Mexican. Bila diberitahu yang aku berasal dari Malaysia. Jawapan dari mereka selalunya, Malaysia is a good Muslim country.

Quote of the day:

Life is not about how you survive the storm, it's about how you dance in the rain.
 

Daniel

Well-Known Member
Dah hampir pukul dua pagi tapi belum rasa mengantuk. Mungkin aku tidur selepas balik kerja tadi. Hari ni aku kerja separuh hari. Tadi keluar dengan sorang housemate. Beli barang barang keperluan di Carrefour. Selepas shopping lepak di Starbuck, minum coffee dan makan cake. Malam ni malam Jumaat. Mall sesak dengan orang ramai. Macam macam fesyen dan gelagat aku jumpa. Paling aku tertarik bila tengok awek pakai abaya hitam dengan kasut atau sneaker berwarna. Mostly berwarna merah dan brand Nike. Aku tak pasti sama ada itu adalah fesyen terkini atau pun tidak. Hanya aku rasa macam tak kena atau tak sesuai. Selalunya awek berasal dari Lebanon yang berpakaian ranggi dan ala barat.

Aku tengah rilek sambil layan radio. Sejak kebelakangan ni aku suka on radio sambil lepak diatas katil. Agak lama juga aku tak berminat dengan musik. Bertahun tahun juga. Hanya sesekali aku dengar. Aku tak ikut perkembangan musik semasa. Tak ambil tahu tentang lagu lagu baru atau yang tengah popular. Mungkin trauma dan fobia dengan lagu lagu cinta. Rasanya dah lama juga aku tak post lagu di thread hiburan. Tadi aku jenguk youtube, cuba nak post lagu baru dari Zynn Malek. Pillow Talk. Lagu favourite aku.Tapi aku tak tau cara nak post dengan menggunakan smart phone. Terasa macam aku ketinggalan.

Pukul dua belas tengah hari tadi ada gathering di tempat kerja. Lunch beramai ramai. Staff yang berasal dari Asia Selatan yang organised. Sempena menyambut Hari Holi. Muka dia orang disapu dengan bedak berwarna warni. Dah macam Red Indian nak pergi perang aku tengok. Ada juga bangsa lain yang ikut warnakan muka dia orang. Termasuk sorang bangsa Arab yang berugama Islam. Dia terdiam bila aku tanya, tak berdosa ke warnakan muka dia. Aku pun tak pasti apa hukumnya. Mungkin terletak pada niat. Apa pun dapat juga aku makan free nasi mandi, ayam KFC sambil beri ucapan Selamat Hari Holi kepada rakan rakan berugama Hindu.

Quote of the day:

Loneliness accepted becomes a gift leading one from a life dominated by tears to the discovery of one's true self and finally to the heart of longing and the love of God.
 

Daniel

Well-Known Member
Aku baru habis dinner. Besorangan didalam bilik. Dinner malam ni agak special. Japanese food yang aku sediakan sendiri. Nasi yang dicampur dengan tuna dan dibalut dengan seasoned roasted seaweed layer. Yummy.

Biasanya malam Khamis aku akan keluar disebabkan esok aku tak berkerja. Tapi aku perapkan diri aku didalam bilik. Aku lepak didalam bilik dan tak keluar disebabkan desert storm sedang aktif. Merimaskan kalau keluar. Aku hanya rilek didalam bilik sambil layan radio dan internet. Dalam masa yang sama aku kunyah jajan favourite aku. Beef Jerky dan buah Akanodya. Mungkin agak luar biasa kalau didengar. Itulah kehidupan aku diperantauan. Hidup bersorangan tanpa kasih sayang saperti orang lain.

Sebulan saja lagi aku akan meninggalkan tempat ini buat sementara waktu. Berhijrah kebenua Africa beberapa bulan. Teringat satu nasihat dari arwah nenek aku dulu. Kalau pergi kemana mana, singgahlah selalu disurau atau masjid dimana aku tinggal. Disana nanti akan jumpa rakan atau kenalan yang ikhlas. Akan tolong kiranya diminta pertolongan. Itu yang buat. Rapat dengan penduduk tempatan. Bahkan ada yang syurkan agar aku berkawin dengan gadis tempatan. Pilih saja yang mana aku berkenan atau dia orang carikan pilihan untuk aku. Aku tetap akan beri alasan untuk menolaknya. Aku tetap menunggu gadis Melayu yang akan menjadi pasangan hidup aku satu hari nanti.

Quote of the day:

Sometimes you need patience in order to find true happiness. It won’t come fast and it won’t come easy, but it’ll be worth it.
 

Daniel

Well-Known Member
Balik kerja tadi, sambil drive aku layan radio. Terdengar satu lagu nyanyian Justin Bieber. Love Yourself. Bukan aku minat dengan penyanyi dan liriknya tapi tertarik dengan title lagu tu. Lebih kurang bermakna, sayanglah diri sendiri. Terpikir aku, ada kah orang yang tak sayang pada diri sendiri. Mungkin ada dan mungkin ada sebabnya. Tapi kalau di alam percintaan, ada yang lebih sayang kekasih dari diri sendiri. Sanggup makan di restoren high class bersama kekasih tapi di rumah makan maggie atau nasi hanya berlauk kicap. Beli pakaian branded untuk kekasih tapi diri sendiri pakai pakaian bundle. Hakikatnya, lebih sayang orang lain dari diri sendiri. Apa nak dikata, cinta boleh buat orang berubah sikap. Dari penakut jadi berani. Berani meredah lautan api dan kelangit memetik bintang untuk kekasih. Aku tak boleh cakap lebih lebih. Mana tahu selepas ini kalau aku bercinta dan sanggup serahkan jiwa dan raga aku. Sanggup gadaikan nyawa untuk kekasih. Entahlah. Kelakar pulak aku rasa.

We are going to miss you Raikkonen. Kata beberapa rakan sekerja setelah dapat tahu aku akan tinggalkan tempat ini pada hujung bulan nanti. Ada sorang awek dengan mulut laser beritahu aku. Sometimes I dont like you character but I like your appearance. Aku selalu bergaduh dengan dia pasal kerja. Kadang kadang tak bertegur sapa beberapa hari. Entah kenapa aku tak suka sangat dengan perempuan yang jenis panas baran. Rasa menyampah. Aku selalu berkata dalam hati, jauhilah pasangan hidup aku nanti sorang yang jenis panas baran. Tapi kalau dah suka dan bertemu jodoh, aku akan terima. Pasti akan selalu bergaduh. Orang lain mungkin akan heran. Selalu bergaduh tapi anak berderet. Yang pasti, orang yang jenis panas baran, nafsu dia pun baran. Aku pun sesekali jenis panas baran jugak :)

Aku baca satu berita ditanah air tentang hantaran kawin. Kecuh dan macam dah jadi satu isu pulak.Perempuan dan lelaki berbalas kutukan. Masing masing ada point. Kelakar aku rasa bila dengar, kalau tak ada duit jangan kawin. Aku tak nak komen tentang isu ini. Bukan satu masaalah bagi aku. Kalau aku nak kawin nanti, aku akan beritau bakal mak mertua aku. Jangan malu malu beritahu berapa hantaran ya mak. Kalau tak cukup atau nak lebih lagi, sms atau whatsapp ok. I will pay cash on the spot :)

Terkejut rakan rakan sekerja dari negara dan bangsa lain bila aku beritahu satu kampong akan dijemput bila ada majlis perkawinan ditanah air. Ada yang buka youtube nak tengok macam mana meriahnya majlis tu. Aku kata memang meriah sebab menjadi raja sehari. Bersanding di pelamin. Ada yang bertanya bila aku nak jadi raja. Entahlah. Takta hati aku masih lagi kosong.

Quote of the day:

A broken relationship would make you feel more lonely than when you were single.
 

Top