• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

Satu Perjalanan

Daniel

Well-Known Member
Sejak kebelakangan ni aku agak sibuk. Bereskan semua kerja sebelum aku melangkah pergi dari sini untuk beberapa waktu. Malam tadi aku keluar ke pusat bandar. Berjumpa dengan dua oranh sahabat senegara. Lepak di satu hotel yang agak eksklusif. Satu satunya hotel apartment kepunyaan rakyat Malaysia disini. Kelihatan beberapa family Melayu. Aku tahu berdasarkan tudung yang dipakai. Tudung dari Malaysia memang nampak cantik dan berwarna warni. Sebab tu ramai yang berebut waktu ada jualan murah.Yang kelakar, ada juga lelaki yang turut berebut. Mungkin terlalu sayangkan isteri atau girlfriend. Ikut arahan isteri atau girlfriend. Mrs always right. Relakan si lelaki berhimpit himpit dengan perempuan lain. Nampak macam kelakar. Buffet dinner dan selepas itu rilek di cafe. Berbual sampai pukul satu pagi. Tajuk dan tentu pasal kerja, travel dan topik hangat tentang awek itu ini.

Tadi aku jenguk thread yang aku aktif berpuitis dulu. Sedar tak sedar dah tiga tahun aku tak aktif berpuitis. Aku tak pasti sama ada aku masih lagi jiwang saperti dulu. Tiga tahun hidup aku agak berubah. Aku tinggalkan dunia puitis, blogging, backpacking dan media sosial atau network. Kebanyakan masa, aku bersendirian. Aku dah lali dengan kesepian. Aku anggap dia dah jadi teman setia aku bersama siling bilik aku yang sering aku renungi. Zaman pun dah berubah. Dah kurang aku nampak anak muda sekarang yang aktif berpuitis. Perangai pun aku tengok agak berlainan. Kelihatan kurang sopan dan terbuka. Mungkin sekarang dunia internet. Ramai yang terpengaruh.

Tadi aku nampak sorang forumer baru up satu thread lama.Tips untuk lupakan someone. Bagi aku memang susah dan tak boleh nak lupakan sesorang. Kalau kurangkan mungkin boleh. Pernah aku baca satu tips. Cari pasangan baru untuk lupakan yang lama. Tips tu akan berjaya atau pun tidak, aku tak pasti. Sorang rakan sekerja perempuan pernah beritahu aku. Dua kali dia putus cinta. Ambil masa tiga tahun untuk hidup jadi stabil atau normal. Bagi aku pulak, aku tak pernah lupa bekas kekasih aku. Aku tak akan cuba apa apa pun tips. Just go with the flow.

Ok lah. Aku nak bersiap pergi solat Jumaat. Sesekali kena tunjuk alim. Perempuan sekarang suka lelaki yang alim. Salah satu ciri lelaki idaman. Mana tau ada yang tertarik hati dengan aku bila tahu aku ni sorang yang alim. Alim alim kucing :p

Quote of the day:

The scariest part of life isn’t when you slip and fall. It’s not when you realize you are falling with no one to catch you. It’s when you realize you are at your most vulnerable and you are completely and utterly alone.
 

Daniel

Well-Known Member
Pagi ni terasa nyaman disebabkan hembusan angin yang sejuk berserta hujan rintik rintik. Aku tak pasti angin tu datang dari mana. Ada yang kata dari pergunungan Himalaya dan benua Eropah. Sebut pasal Himalaya, teringat kenangan aku semasa mengembara ke Nepal dulu. Kenangan berkenalan dengan sorang awek tempatan disana. Sorang pekerja hotel di bandar Phokara yang berhampiran dengan Banjaran Himalaya. Mungkin waktu tu bapa dia sedang berkerja di Malaysia dan disebabkan itu dia beri layanan yang baik untuk aku. Tapi ibarat aku berkenalan dengan sorang gadis yang bisu. Dia tak pandai berbahasa English. Nasib baik aku boleh bercakap dalam bahasa Hindi. Bukan fasih tapi basic. Lebih kurang itik mengayat ayam. Selama aku berkerja disini aku boleh bertutur basic bahasa Hindi, Tagalog dan Arab. Bahasa yang aku sering dengar setiap hari selain English.


Semalam aku jenguk gmail. Jarang aku nak buka account gmail aku tu. Tertarik dengan dua massage yang dikirimkan dari sorang awek tanah air. Awek yang aku kenal di chatroom beberapa tahun lepas dan tak pernah bersua muka. Hanya pernah melihat photo dia. Dulu sering berbalas email. Dia agak cun dan aktif dalam dunia perniagaan. Kira jenis sorang yang hidup senang. Dia tanya aku berada dimana sekarang dan minta no mobile phone aku. Untuk di add di whatsapp dan facebook. Dia kesunyiaan dan tiada bahu untuk disandar. Mungkin tengah putus cinta agaknya. Aku agak terkejut. Pertanyaan yang bermain dia fikiran aku, kenapa pilih aku. Banyak lagi lelaki disana dan dah tentu banyak pilihan. Aku pernah terbaca satu artikel. Salah satu sebab kenapa sahabat atau kawan lama contact kita semula. Ajak join MLM atau perniagaan Multi Level Marketing. Untuk mengelakkannya, aku tak akan reply atau balas message yang aku terima tu. Aku jadi lemah kalau diayat oleh awek. Lagilah kalau awek tu sorang yang manja. Manja macam kucing. Suka gesel gesel :p


Hanya dua minggu lagi aku akan berhijrah ke Africa. Aku akan beli dan bawa beberapa barang yang amat diperlukan disana nanti. Kicap manis dan mee segera atau maggie. Favourite aku kicap manis chap Kipas tapi tak terdapat disini. Terpaksa beralih kepada kicap yang berasal dari Indonesia. Rasa lebih kurang sama. Orang kata mee segera agak berbahaya untuk kesihatan kalau selalu dimakan. Dah bertahun tahun aku makan mee segera. Tak nampak pun kesihatan aku terganggu disebabkannya. Bagi aku, cinta lebih bahaya dari mee segera. Kalau salah digunakan cinta itu, boleh buat badan kurus kering dan merana. Hidup rasa kosong dan huru hara. Doktor pun tak boleh buat apa apa. Oleh itu, berhati hatilah dengan cinta :D


Quote of the day:


Don't go for looks, they can deceive. Don't go for wealth even that fades away. Go for someone who makes you smile because it takes only a smile to make a dark day seem bright.
 

Daniel

Well-Known Member
Kadang kadang sebelum balik kerja selalu aku terpikir nak makan apa malam nanti. Aku dah mual dengan burger, hotdog, kebab, nasi mandi, baryani dan makanan Arab atau Indian yang lain. Sebab tu kalau weekend aku akan cari Chinese, Korean, Indonesia atau Thai food. Mungkin kena dengan tekak dan selera aku. Salah satu favourite Chinese restoren aku adalah P.F Chang's. Aku tak pasti sama ada restoren tu ada ditanah air atau pun tidak. Menu favourite aku kat situ adalah daging masak kicap dan nasi goreng seafood. Harga dua menu tu lebih kurang seratus lima puluh ringgit. Memang mahal pun. Apa pun, duit aku banyak dihabiskan untuk makan dan pakaian. Aku tak control kalau bab tu. Kalau suka dan berkenan, tak kira berapa harganya.


Malam ni aku tak keluar dan sedikit rajin. Rajin masak nasi. Berlaukkan smoked fish atau ikan salai bersama telur mata lembu jantan, kicap dan berulam cili besar. Telur mata lembu disebut jantan disebabkan aku goreng dua biji telur. Smoked fish salah satu favourite aku. Kalau orang tengok mesti kesian dengan aku. Makan nasi hanya berlaukkan smoked fish dan kicap. Apa pun smoked fish atau ikan salai lebih mahal dari ikan biasa. Selalunya smoked fish dari ikan salmon, sea bass, white fish, trout. Maaf. Aku tak tahu nama ikan tu dalam bahasa Melayu.Mungkin ikan kekek mak iloi iloi.

Rakan sekerja sebelah meja aku adalah sorang awek. Berketurunan Arab African. Tadi dia beritahu aku. Dia rasa sedih bila aku akan tinggalkan tempat kerja sekarang walau pun sementara waktu. Dia jenis tak bercampur dengan rakan sekerja yang lain. Suka buat hal sendiri. Dengan aku agak rapat tapi dia suka berahsia tentang hal peribadi. Aku rasa sekarang dia tengah ada masaalah cinta. Suka termenung dan selalu ponteng kerja. Siap tukar no mobile phone. Minggu depan birthday dia. Ajak aku keluar dinner berdua. Dari situ aku syak yang dia putus cinta dengan boyfriend dia. Aku tak beri kata putus. Satu hal aku respect dengan dia. Tak pernah tinggalkan solat. Satu keunikan dia yang tak pernah aku tengok sebelum ini. Dia solat dengan pakaian kerja. Seluar jean dan bukan telekung tapi menutup aurat.

Aku pun tak pasti kenapa sesorang itu berubah sikap bila putus cinta. Termasuk juga aku. Ada yang berubah atau move on kearah kebaikan dan ada yang sebaliknya. Kalau dipikirkan, apalah ada dengan cinta. Hanya satu perasaan. Perasaan yang kadang kadang tak kekal. Entahlah. Tiada jawapan yang boleh aku katakan. Cinta itu sukar untuk diungkai dan dimengertikan.

Quote of the day:

You learn more about a person at the end of a relationship than at the beginning.
 

Daniel

Well-Known Member
Aku tengah cuba untuk selesai semua kerja aku dalam minggu ni. Minggu depan tak nak kelam kabut. Minggu terakhir aku disini. Aku memang jenis tak suka buat kerja last minute. Jadi tension kalau buat kerja tergesa gesa. Mulalah banyak buat kesilapan atau mistake.

Sorang rakan sekerja tanya aku semasa breakfast pagi tadi. Apa yang buat aku tertarik atau suka dengan sesorang awek. Kecantikan, penampilan, personaliti, atau fisikal dia ke. Susah juga aku nak jawab soalan dari rakan aku tu. Yang boleh aku kata, selalunya aku suka sesorang awek dari penampilan dan personaliti dia. Kecantikan dan fisikal tak penting bagi aku. Sederhana sudah cukup. Yang penting hati yang tertarik dan bukannya mata. Berlandaskan nafsu kalau dari pandangan mata. Perasaan suka itu akan pudar satu ketika nanti. Itu pendapat aku. Sebut pasal penampilan, teringat aku dengan sorang sepupu perempuan. Dia ada apply atau mohon kerja sebagai sorang pramugari. Dia gagal disebabkan cara dia jalan. Aku pun tak tak tanya cara jalan macam mana yang dikehendaki. Jalan macam kucing ke atau macam itek serati ke. Tergelek gelek. Ada sorang rakan sekerja perempuan yang diminati oleh ramai lelaki. Tapi tidak termasuk aku. Dia memang cun tapi cara jalan dia agak semacam. Kalau berjalan macam terhuyung hayang. Macam orang tengah mabuk. Mungkin dia disukai atau diminati disebabkan kecantikan dia. Cara jalan sesorang awek tu tiada masaalah bagi lelaki aku rasa. Melainkan kalau cara jalan dia, semuanya mengundur :D

Ramai yang kata personaliti aku jenis Introvert. Suka bersendirian dan kurang bercakap. Orang yang tak kenal rapat akan kata aku ni sorang yang sombong. Mungkin betul apa yang dikatakan tu. Lain pulak bila dah rapat atau mesra dengan aku. Akan tahu perangai aku yang sebenarnya. Betapa jiwangnya aku. Satu perkara sampai sekarang buat aku tertanya tanya dalam hati. Ramai juga awek yang kata, mata aku agak menarik. Mata aku tak biru atau hijau. Biasa je aku nampak. Aku pun tak pasti sama ada mata pun akan buat ada orang lain tertarik dengan kita. Mungkin ada forumer FTC ni yang pernah tengok photo aku dulu. Di facebook. Photo aku semuanya memakai cermin mata gelap. Memang habit aku memakai cermin mata gelap kalau kemana mana. Kalau boleh masa aku kawin dan bersanding nanti, aku nak memakai cermin mata gelap. Malam pertama baru aku buka. Biar isteri aku terpukau. Betapa syukurnya dia dapat sorang lelaki yang punyai mata yang menarik atau menawan. Bukan mata keranjang :D

Quote of the day:

Be nice to people on your way up because you might meet them again on your way back down.
 

Daniel

Well-Known Member
Baru ni aku ada terbaca satu berita tentang tanah air. Tertarik tentang kejadian hysteria di satu sekolah di Kelantan. Ramai pelajar perempuan dan guru yang terbabit. Yang peliknya, tiada pula pelajar lelaki yang terbabit. Tertanya tanya juga aku. Mungkin sifat semula jadi, perempuan memang lemah dari segi emosi. Kuat merajuk, suka memanjakan diri, kuat cemburu dan seribu macam kerenah lagi. Yang pasti, emosi perempuan akan jadi lemah bila di puji dan di ayat. Dia orang punya tocang pun akan naik. Mungkin terperasan. Kejadian hysteria tu menjadi satu persoalan bagi aku. Kenapa hanya terjadi pada bangsa Melayu. Aku belum pernah dengar kejadian tu melibatkan bangsa lain. Mungkin ada dikawasan Nusantara lain saperti Indonesia dan Brunei atau dinegara lain. Aku tak pasti. Terbaca satu artikel, satu lagi perangai orang Melayu yang pelik adalah suka melatah. Latah bukanlah satu penyakit. Orang yang tengah latah, kita kata apa dan suruh dia akan ikut. Aku belum pernah rapat dengan awek yang suka melatah. Kalau ada, tak dapat aku bayangkan semasa dia melatah. Nak pulak bila dia ikut apa yang aku kata dan suruh. Silap silap aku yang naik hysteria atau dirasuk. Apa pun aku tetap rela:p

Sorang rakan sekerja perempuan minta pertolongan yang luar biasa dari aku. Minta aku ajar dia tentang Islam. Dia ada rancangan untuk berkawin dengan sorang Muslim. Pertanyaan pertama dari dia, apa bedanya Muslim dengan Islam. Sebenarnya aku jadi serba salah untuk mengajar atau berikan penerangan tentang Islam kepada dia. Aku kurang pengetahuan tentang Islam dalam bahasa English. Susah bagi aku untuk beri penerangan dengan jelas dan tepat. Aku syurkan dia agar cari orang lain yang lebih pengetahuan atau belajar di Pusat Islam disini. Teringat aku semasa aku belajar ugama ditanah air dulu. Ustaz aku tanya satu soalan kepada aku dan rakan rakan yang lain. Apa itu Islam? Masing masing beri jawapan yang berbeda beda atau kurang tepat. Siap Ustaz aku perli lagi. Mengaku Islam tapi tak tahu apa ertinya Islam. Biar aku kongsi apa jawapan yang sebenarnya. Sharing is loving. Islam itu adalah satu ugama yang punyai satu tuhan iaitu Allah. Percaya dengan Al Quran dan Nabi Muhammad adalah sorang Rasul. Jawapan yang pendek tapi padu.

Quote of the day:

Dream what you want to dream, go where you want to go, be what you want to be. Because you have only one life and one chance to do all the things you want to do.
 

Daniel

Well-Known Member
Hari ni Jumaat. Aku memang tak berkerja. Baru saja habis breakfast yang simple. Sausage dan roti. Malam tadi aku keluar dan berjumpa sorang sahabat yang berasal dari Singapura. Aku ada pertalian bau bau bacang dengan dia. Arwah ibu aku memang rakyat Singapura. Dah lama aku tak berjumpa dengan dia. Dia selalu on off kepelantar minyak. Semalam dinner dan lepak di Kelab Kapal Layar atau Yacth Club. Berbual tentang kehidupan masing masing. Pukul satu pagi baru aku balik ketempat kediaman. Petang ni aku plan untuk keluar. Shopping apa yang patut. Seminggu saja lagi aku akan berada disini.

Aku menhitung hari. Meninggalkan tempat ini buat sementara waktu. Aku dengar sebulan lebih saja lagi akan tibanya Ramadhan. Aku tak pasti dimana aku akan menyambut Aidil Fitri nanti. Aku tak ambil kisah. Bagi aku, Aidil Fitri sama saperti hari biasa. Dah biasa aku bersendirian ketika hari raya.

Sorang rakan sekerja tanya aku, macam mana nak tau sesorang awek itu ikhlas bila rapat dengan kita. Hanya untuk ambil kesempatan atau pun tidak. Dia bercerita tentang perangai awek dia. Suka demand atau suruh beli itu ini dan selalu minta duit. Disebabkan sayang, rakan aku ikut apa yang awek dia minta. Kesian juga aku dengar. Patutlah sesekali pinjam duit dari aku. Susah aku nak beri nasihat kalau bab cinta. Kalau dah dirasuk cinta, nasihat pun tak akan didengar. Hanya apa yang boleh aku katakan. Hentikan beri pertolongan. Tengok sama ada dia tetap cinta pada kita atau pun tidak. Satu lagi aku kata, kalau sebelum kawin perangai dah teruk, bila dah kawin nanti mungkin makin teruk. Fikirkanlah.

Quote of the day:

Love is not guaranteed and can’t be defined, its what you perceive it to be. It may be right or it may be wrong. But life is about finding that out yourself.
 

Daniel

Well-Known Member
Minggu ni aku betul betul terasa penat. Selalu tidur awal. Banyak buat kerja lebih masa. Last minute banyak kerja yang aku harus selesaikan. Itu jadinya bila kita dianggap sorang pekerja yang rajin, kerja yang sepatutnya orang lain yang perlu buat diberi kepada kita. Apa apa pun kita mesti bekerja dengan ikhlas. Reward atau balasan yang baik kita akan terima.Tiga empat hari ni makan malam atau dinner aku tak terurus. Kalau lapar aku hanya meratah atau makan beef mortadella, smoked chicken breast dan beef smoked salami. Bersama dengan buah buahan. Kedengaran macam selera aku selera mat saleh atau western. Sepatutnya benda benda itu semua dimakan dengan roti atau sandwich. Disebabkan aku terpaksa clearkan barang barang didalam fridge sebelum aku bertolak ke Africa pada pagi sabtu ini, aku belasah apa yang patut. Janji perut kenyang dan boleh tidur dengan lena.


Kerja pun aku dah bereskan semua. Hari ni half day. Balik nanti aku berihat. Malam nanti aku aku nak makan sedap. Dah berjanji dinner dengan sorang sahabat negara di Chowking. Satu restoren Chinese food. Aku tak pasti sama ada Chowking tu berasal dari Malaysia. Aku tertarik dengan satu makanan yang tertulis didalam menu. Nasi Goreng Special. Selalunya di restoren lain akan ditulis Fried Rice. Lagi satu menu favourite aku adalah kangkong rebus dengan paste udang atau belacan. Lepas makan itu kena pulak halo halo. Kalau ditanah air halo halo tu dipanggil ABC atau air batu campur. Memang best. Kalau mak mertua lalu pun tak perasan. Sorry aku belum ada lagi mak mertua. Kena tukar. Kalau awek cun atau gedik lalu pun aku tak akan perasan :p


Aku tertarik dengan thread ‘Perasaan apabila diri dikecewakan’. Terbaca juga beberapa komen dari forumer lain. Mungkin dia orang pernah rasa bagaimana perasaan bila dikecewakan. Aku pun pernah dikecewakan, hingga aku membawa diri keluar negara. Ketika disini pun aku juga pernah dikecewakan. Bagaimana perasaan aku bila dikecewakan. Tidak dapat aku luahkan dengan kata kata. Yang boleh aku kata, aku jadi lemah, jiwa kosong dan sesekali aku hanyut. Paling tidak selesa apabila ada perasaan benci tapi rindu. Ok lah. Aku tak nak ingat kisah kisah lama. Biarlah jadi pengajaran bagi aku. Apa yang aku belajar, kalau kita mencintai sesorang, janganlah sepenuh jiwa dan raga. Buat buatlah jual mahal sikit :D


Quote of the day:

Whatever you do, don’t get stuck on the one thing that ruins your day. Smile and be grateful. Life is too short to waste on negativity.
 

Daniel

Well-Known Member
Hari ni aku berkemas untuk persiapan perjalanan esok hari. Aku akan tinggalkan negara yang terkaya didunia buat sementara waktu. Beberapa bulan. Menetap dan berkerja didua tiga negara di Africa. Buat ketiga kalinya aku kesana. Satu pengalaman yang luar biasa. Banyak keinsafan yang aku dapat lihat disana. Daif dan tak bertamadun. Bayangkanlah, landasan dilapangan terbang atau airport orang ramai boleh lalu lalang. Orang ramai termasuk perempuan akan membuang air kecil ditepi jalan tanpa rasa malu. Banyak suku disana yang masih primitif. Yang lelaki hanya memakai cawat dan yang perempuan memakai pakaian macam skirt dan topless. Tiada coli atau bra. Aku yang naik malu tersipu sipu bila tertengok.

Diperdalaman disana, internet dan talian talipon memang tak ada. Kira aku tak dapat online. Tak dapatlah aku aktif diforum ini buat sementara waktu. Aku tak pasti, ada atau tidak yang akan rindu dengan tulisan aku. Apa pun, aku ucap terima kasih kerana sudi membaca coretan aku disini. Harap maaf kalau ada yang tersinggung atau berkecil hati dengan apa yang aku tulis disini sebelum ini.

Kalau panjang umur, moga dapat bertemu semula disini. Kalau aku pulang ketanah air satu hari nanti, mungkin boleh berjumpa dan bertentang mata. Bolehlah kenal dan tahu rupa Daniel yang sebenarnya. Sorang yang simple dan tak jemu mata memandang. Manis macam kuah kuih lopes. Bukan promosi, tapi itu hakikat yang sebenar :) Banyak pengalaman tentang hidup. Pernah bercampur dan bergaul dengan pelbagai jenis manusia dari pelbagai bangsa dan negara.

Harap maaf kerana aku dah lama tak kirim postcard, tak call dan hantar message kepada sahabat disini. Bukan aku dah lupa atau sombong. Aku dah lama tinggalkan media atau sosial network. Itu salah satu cara untuk aku mencari ketenangan. Memilih untuk bersendirian. Walau pun sentiasa kesepian, bagi aku, sepi itu indah.

Quote of the day:

The more anger you hold towards the past in your heart, the less capable you are of loving the present.
 

dolphin

FTC Crew Jr
Hi teman..salam pertemuan..semoga setiap langkah perjalanmu diiringi rahmat dn kasih sayang ilahi..take care
 

Daniel

Well-Known Member
Salam sejahtera untuk semua.

Masihkah ada rindu untuk aku?

Sudah agak lama aku tidak menulis disini. Tiada kesempatan yang terluang dengan keadaan yang tidak mengizinkan. Terima kasih untuk sahabat yang hantar message dan yang sudi menulis dithread aku ini.

Aku masih sama saperti yang dulu. Ada sedikit perubahan pada diri aku. Fisikal aku agak bertambah fit. Aku banyak luangkan masa dengan senaman dan berjogging. Setiap hari. Untuk kebaikan kesihatan dan menambahkan kemachoan aku yang mana kian terserlah.

Sekarang aku ada kesempatan untuk menulis disini. Insyallah aku akan kongsikan pengalaman hidup aku.

Jumpa lagi.

Ingat.

Cinta itu buta.
 

Daniel

Well-Known Member
Disebabkan sudah agak lama aku tak aktif menulis, aku agak kekurangan idea. Sudah beberapa kali aku cuba nak menulis disini sejak seminggu ni tapi aku tak tahu nak tulis tentang apa.

Mungkin aku tengah fikir beberapa perkara. Tentang kerjaya dan hubungan aku dengan beberapa teman. Lelaki dan perempuan. Terasa stress dan ada masa terasa hidup macam ada kekosongan. Lost.

Sorang rakan sekerja ajak aku beralih angin ke Australia. Bekerja dan menetap disana. Aku belum buat keputusan lagi. Tengah berfikir. Ada keinginan untuk berhenti kerja dan mengembara mengelilingi dunia dalam jangka masa yang lama. Datang aku punya gedik, terasa nak berkawin, berkeluarga atau settledown.

Aku pernah layan satu movie. Kisah benar. Dah lupa apa nama tajuk atau title filem tu. Dalam satu adegan. Sibapa beritau sorang anaknya. Kita hendaklah bercakap dengan benar atau jujur walaupun akan membahayakan diri sendiri. Aku terbaca satu artikel. Salah satu tip untuk menjadikan satu satu hubungan itu akan kekal adalah jangan menipu pasangan.

Kepercayaan amat penting dalam hubungan. Kata orang kalau tak ada kepercayaan dalam hubungan, lebih baik undurkan diri. Salah satu sebab kenapa hubungan cinta aku terputus dahulu. Tiada kepercayaan. Pernah aku dengar, ramai orang perempuan kata, payah nak percayakan dengan lelaki sekarang. Lelaki pun berkata yang sama, payah nak jumpa perempuan yang macam dulu. Tak pilih harta dan pangkat.

Harap aku akan jadi normal secepat mungkin. Hilang aku punya stress dan tension. Kalau tengah stress atau tension, satu satu keputusan itu tidak boleh dibuat. Mungkin akan terjadi satu keputusan atau pilihan yang salah.

Teringat bekas kekasih dan sahabat sahabat lama. Apa khabar kamu disana ?
 

Daniel

Well-Known Member
Tadi aku jenguk thread Hiburan. Terus teringat kenangan lama bila dengar lagu Sekelip Mata Kau Berubah dari group Lestari yang di tagkan oleh sahabat lama aku , Dieda. Dulu datang rasa sedih bila aku terdengar lagu tu. Saat aku putus cinta dulu. Sekarang pun masih tersentuh hati bila dengar lagu tu walau pun jiwang kelaut.

Pernah baru ni sorang rakan sekerja perempuan bertanya kepada aku. Apa lagu kenangan ketika aku bercinta dulu. Aku tak beritau dia lagu apa. Disebabkan kebanyakkan lagu adalah lagu Melayu. Banyak lagu lagu kenangan saat cinta pertama aku dulu. Mostly lagu lagu rock kapak. Satu lagu yang betul betul menjadi kenangan. Rela Ku Pujuk dari group Spider.

Setelah aku bawa diri atau merantau keluar negara, aku terus tak layan lagu lagu Melayu. Aku tak boleh dengar. Menyentuh perasaan dan boleh buat aku menitis airmata. Aku bertukar taste kepada lagu lagu barat. Pelbagai genre. Muse, Linkin Park dan beberapa group lagi menjadi favourite aku. Aku turut layan lagu rap dan dance music. Jiwa aku jiwa rebel saat itu. Beratus ratus lagu aku download. Masa tu tiada satu pun lagu Melayu dalam simpanan aku.

Aku beralih angin semula ke lagu Melayu bila aku aktif di forum ini. Hendak pula ketika itu aku bercinta dengan sorang gadis Melayu. Jiwa penuh jiwang. Minat dengan lagu lagu Melayu datang semula. Aku minta lagu lagu Melayu dari rakan rakan untuk disimpan. Apakan daya. Cinta aku tak kesampaian.

Baru ni sorang awek rakan sekerja forwardkan satu lagu kepada aku. Lagu Secret Love Song nyanyian Little Mix feat Jason Derulo. Aku tanya kenapa forwardkan lagu tu kepada aku. I really like that song kata dia. Aku naik cuak. Ngeri pun ada. Disebabkkan dia berlainan bangsa dan ugama. Satu rahsia yang ada didalam hati aku. Taste aku buat masa ni tetap gadis Melayu.
 

Daniel

Well-Known Member
Sekarang ni aku tinggal di camp yang disediakan oleh pihak company. Makan minum disediakan secara percuma. Makanan tidak menjadi masaalah. Ada disediakan makanan halal untuk staff yang berugama Islam. Sudah agak lama aku tak memasak. Makin lama makin aku jauh dengan masakan traditional Melayu.

Tadi ada sorang pekerja tempatan berbangsa Africa offer saekor ikan sungai yang agak besar. Bentuk lebih kurang saperti ikan patin. Aku tolak disebabkan aku tak boleh memasak. Bila aku tengok ikan tu terus aku teringat ikan patin masak tempoyak semasa ditanah air dulu. Salah satu masakan favourite. Jarang orang JB minat dengan ikan patin. Aku belajar makan ikan patin ketika aku bekerja di Terengganu dulu. Weekend selalu turun ke Kuantan bersama rakan. Makan masakan kampong di gerai di tepian Sungai Kuantan. Lagi satu, kalau pergi ke KL selalu singgah di Temerloh. Singgah di gerai yang berhampiran dengan jambatan yang merentasi Sungai Pahang. Memang terangkat ikan patin masak tempoyak di situ. Berharap satu hari nanti aku dapat singgah disana lagi.

Baru ni ada sorang rakan sekerja tanya satu soalan kepada aku. Apa impian aku dimasa depan. Dia tertanya mungkin dia nampak aku tak saperti yang lain. Aku tak pernah bercerita tentang bina atau beli rumah dan kereta dikampung halaman. Apa lagi tak pernah nampak aku kirimkan wang untuk keluarga di tanah air. Dia kata aku ni lain dari yang dari yang lain. Kadang kadang aku kelihatan sorang yang misteri. Lebih misteri dari misteri nusantara.

Yang aku tahu, aku tengah kumpul duit atau saving. Yang pasti aku tiada simpanan dengan KWSP. Disebabkan aku bekerja diluar negara. Aku ada impian. Pulang ke tanah air satu hari nanti. Berkerja atau buat business. Bina sebuah rumah dan bekeluarga. Kalau boleh rumah aku tu ditepi laut. Aku berminat bina beberapa buah chalet untuk di sewa.

Kata orang biar kita berangan dari kepala otak yang kosong. Berangan tu lebih kurang macam impian juga.
 

Daniel

Well-Known Member
Aku baru balik dari outstation. Buat inspection beberapa hari di satu site yang agak jauh. Lima jam perjalanan dengan menaiki jeep. Memang meletihkan. Nasib baik bukan aku yang memandu. Aku cuba tidur tapi keadaan jalan dan tiada air condition yang buat hasrat aku itu tak tercapai. Hanya memandang luar dari tingkap jeep yang dibuka dan sesekali pejamkan mata sambil terkenang kenangan kenangan silam ketika bercinta dulu. Entah kenapa perasaan rindu datang tiba tiba. Tertanya dalam hati apa khabar dengan mereka yang pernah bertakta di dalam hati aku dulu.

Dah agak lama aku tinggalkan kampung halaman. Terasa sedih bila dapat berita dari tanah air tentang kematian sesorang yang pernah aku kenali dan rapat. Saudara dan sahabat. Baru ni aku dapat berita tentang kematian sorang bapa saudara. Dia bapa saudara yang paling bongsu sebelah ayah. Dulu dia lah tempat aku menumpang kasih. Beberapa hari aku dilanda perasaan sedih. Kadang ada perasaan kesal berjauhan dengan saudara mara bila terjadi perkara saperti itu. Apa pun memang ada perbedaan berjauhan dan berdekatan dengan saudara mara. Kalau berjauhan kita tak akan campur tangan atau terlibat sekiranya ada konflik diantara satu sama lain.

Satu lagi berita yang aku terima dari emak saudara. Anak perempuan dia atau sepupu aku merancang nak berkawin dengan sorang lelaki mat saleh. Semua saudara mara bantah. Sekarang sepupu aku tu tengah study di England. Dia jauh lebih muda dari aku. Mak saudara suruh aku cari sepupu aku tu dan berikan nasihat. Entahlah. Pening kalau difikirkan. Jarak aku bukannya dekat. Ada kesempatan nanti aku akan call sepupu aku tu. Apa yang aku boleh nasihat, bawa lah mat saleh tu berjumpa dengan keluarga di tanah air sebelum berkawin. Nak beri nasihat lelebih, aku pun tak dapat uruskan diri sendiri dengan sempurna.

Sebut pasal England teringat aku ketika aku mengembara kesana dulu. Makan nasi campur di Malaysian Hall. Bertemu dengan pasangan atau keluarga kawin campur. Melayu dan mat saleh. Teringat juga dengan sorang forumer di FTC ini. Aku beri dia gambar aku semasa di Buckingham Palace. Masihkah dia simpan gambar aku tu. Yang pasti aku pun tak pasti dimana dia sekarang dan apa yang terjadi pada dia.
 

Daniel

Well-Known Member
Esok besday aku. Bertambah lah umur aku setahun lagi. Aku tak akan celebrate apa pun. Malah rakan sekerja pun tak tahu. Aku jangka tak ada siapa pun akan wish aku happy birthday esok. Aku tak kisah. Itu bukan lah satu hal yang penting dalam hidup aku.

Sebut pasal umur, teringat aku akan satu nasihat dari sorang awek. Sorang chatter yang pernah aku kenal dan berjumpa semasa aku aktif dalam dunia chat room dulu. Umur sepuloh tahun tua dari aku. Dia beritahu aku tentang perangai perempuan. Perempuan yang berumur agak kurang selesa bila ditanya dua soalan. Berapa umur dan bila nak kawin. Aku tak faham kenapa soalan tu agak sensitive bagi perempuan. Kadang aku terlupa dan soalan tu aku tanya juga pada awek yang aku kenal. Bab ni aku selalu bohong sunat. Bila awek tu beritahu umur dia yang sebenar, aku akan jawab, yeke, nampak awak macam berumur belasan tahun je. Baby face. Mula lah awek tu terperasaan. Telinga dia orang pun turut tersenyum. Biasalah perempuan. Kelemahan dia orang suka dipuji. Apa pun itu adalah salah satu cara aku mengayat dan ambik hati perempuan. Nakal aku kan. Itu dulu, sekarang aku dah baik. Pijak gajah pun tak mati.
 
Top