• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

Satu Perjalanan

Daniel

Well-Known Member
Agak teruja bila ada sahabat atau rakan lama bertanya khabar. Sekurangnya ada lagi yang masih ingatkan aku. Bertanya dimana aku sekarang dan soalan maut tentang status. Apa yang boleh aku katakan, hidup aku saperti biasa dan semakin matang. Hanya satu perkara aku masih tak matang matang lagi. Bab cinta.

Kata orang hidup ini bagaikan roda. Ada masa dibawah dan ada masa diatas. Beberapa orang sahabat lama contact aku. Bertanya tentang kekosongan kerja. Semuanya sahabat lama yang pernah sama sama berkerja diluar negara. Mostly dibuang kerja dalam bidang oil and gas disebabkan kegawatan ekonomi global sekarang. Susah dapat kerja ditanah air kata dia orang. Hidup totally berubah. Hidup dalam kesempitan. Hutang itu ini dah tak mampu dibayar. Ada yang jadi pemandu taxi Uber dan terlibat dengan perniagaan MLM. Mungkin ada yang fikir hidup akan sentiasa senang. Sekurangnya dapat belajar bila hidup dalam kesusahan. Hidup akan lebih matang dan belajar dari kesilapan lalu. Itu jadinya bila tak saving atau tidak buat simpanan atau pelaburan.

Bulan depan dah masuk December. Ramai rakan sekerja yang dah plan untuk bercuti. Cuti hari natal dan tahun baru. Semalam boss dah tanya sama ada aku nak bercuti atau pun tidak. Let me see first jawapan dari aku. Aku pun belum ada plan. Ada juga rakan sekerja yang undang aku untuk bercuti bersama ke negara dia orang. Aku pun tak kisah sangat tentang cuti. Kalau aku tak bercuti pun baki cuti aku tu akan dibayar. Lagi satu aku kurang berminat bercuti semasa musim sejuk. Merimaskan. Mengigil badan bila berada dikawasan terbuka.
 

Daniel

Well-Known Member
Beberapa hari lagi 2016 akan berakhir dan 2017 akan menjelma. Mungkin ada yang sudah memasang azam baru saat tahun baru nanti. Ada yang berazam itu dan ini. Harap tiada yang berazam tak akan bercinta lagi. Yang pasti cinta akan datang sekelip mata atau tanpa disedari. Oleh itu jauhkan diri untuk berazam tidak akan bercinta lagi.

Kalau ditanya apa azam aku untuk tahun baru nanti. Tiada apa apa azam pun. Bagi aku azam yang selalu aku buat separuhnya saperti angan angan. Tidak tercapai. Satu darinya, aku pernah berazam untuk melupakan kisah cinta dan kekasih yang pernah bertakta dihati aku. Makin aku ingin lupakan makinlah kenangan lalu selalu bermain difikiran dan sentiasa dibuai rindu. Lebih baik aku layankan saja kenangan dan rindu itu dari menyeksakan jiwa.

Kehidupan aku ditahun 2016 bagaikan hidup saperti kaum nomad. Berpindah randah. Tidak ada kisah duka dan gembira untuk dijadikan kenangan manis dan pahit. Hidup saperti biasa. Kadang kadang membosankan, lagilah ketika kesepian melanda. Bertemu dengan ramai kenalan kenalan baru. Yang pasti, saperti biasa, aku teruskan satu azam. Saving atau kumpul duit untuk masa depan aku.

Selamat tahun baru untuk semua sahabat. Moga impian dan azam akan tercapai.
 

Daniel

Well-Known Member
Rezeki datang lagi. Baru dapat bonus yang jumlahnya agak menceriakan. Ramai rakan sekerja akan bercuti pada hujung minggu ini termasuk juga aku. Aku akan bercuti hanya empat hari sahaja termasuk weekend. Layan musim sejuk. Hanya untuk mencari ketenangan. Hilangkan stress dan kepenatan bekerja.

Semalam aku cuba buka account yahoo mail. Tapi tak dapat nak sign on. Ada masaalah dengan password. Rasa agak kecewa. Tujuan aku untuk cari info tentang keahlian privilege membership dengan dua syarikat airlines. Untuk dapatkan reward atau benefit. Silap aku juga kerana tak aktifkan account itu bertahun tahun. Sejak aku buka account gmail.

Sebut pasal yahoo, teringat aku dengan kenangan silam. Ketika aktif dengan yahoo messenger dan yahoo chat room dulu. Ramai forumer FTC yang ada dalam friend list. Selalu berhubung antara satu sama lain. Berkongsi pengalaman hidup masing masing. Kenal rapat walau pun tak pernah bersua muka atau bertemu. Sekarang semuanya dah bawa haluan masing masing. Apa pun itu semua adalah satu kenangan indah dalam hidup aku.

Sorang rakan karib luahkan perasaan tentang hubungan cinta dia dengan kekasihnya. Cinta jarak jauh yang kian retak. Aku hanya dengarkan saja keluhan hatinya. Tanpa sebarang komen. Bagi aku, cinta jarak jauh memang banyak dugaan. Cinta yang penuh dengan sangsi, cemburu dan kecurigaan. Perasaan curiga itu adalah satu penyakit. Hidup tak akan tenteram. Aku pernah rasa pengalaman itu semua. Disebabkan itu aku cuba elak libatkan diri dari cinta jarak jauh. Yang pasti cinta itu buta. Mana tahu cinta aku yang akan datang adalah satu cinta jarak jauh. Kalau terjadi, aku terima dan tak akan tunggu lama. Aku pastikan diri aku berdekatan dengan kekasih hati. Boleh dating selalu walau pun aku jenis sorang yang pemalu dengan perempuan. Malu malu kucing belang.
 

Daniel

Well-Known Member
Assalamualaikum. Just drop by. Agak dah lama tak menulis di sini. Rindu saat bersama kalian satu masa dulu. Kenangan lama tetap terpahat. Hidup aku agak berubah sekarang. Baru alami satu pengalaman pahit. Aku teruskan hidup ini agar tidak terus terasa satu penyesalan. Syukur Alhamdulliah terjumpa jalan baru yang tidak menyesat dan menjahilkan. Salam sayang dari Daniel. Love and miss you all. Jumpa lagi.
 

gegirl

FTC Crew
Moderator
Assalamualaikum. Just drop by. Agak dah lama tak menulis di sini. Rindu saat bersama kalian satu masa dulu. Kenangan lama tetap terpahat. Hidup aku agak berubah sekarang. Baru alami satu pengalaman pahit. Aku teruskan hidup ini agar tidak terus terasa satu penyesalan. Syukur Alhamdulliah terjumpa jalan baru yang tidak menyesat dan menjahilkan. Salam sayang dari Daniel. Love and miss you all. Jumpa lagi.
Wahh!!! Our old pren r here!!!... Its like miracle.... How r u dude??...
 

Daniel

Well-Known Member
Dah agak lama tak menulis di sini. Yang pasti rindu dengan forum ini tetap tersemat di hati. Rindu dengan sahabat atau forumer semasa aktif di sini dulu. Kenangan berkongsi rasa.

Bagaimana dengan aku sekarang. Mungkin ada yang tertanya. Aku sekarang sedang alami culture shocks. Setelah dua belas tahun merantau ke pelosok dunia, sudah sebulan aku pulang berkerja dan menetap di tanah air. Di kampong halaman aku di selatan tanah air. Semuanya berubah. Suasana dan keadaan. Bagaikan menetap di tempat baru. Cara hidup yang amat berbeda.

Aku pulang ke tanah air dengan membawa kenangan manis dah pahit. Banyak pengalaman hidup yang aku dapat. Bercampur dengan manusia dari pelbagai bangsa dan ugama. Menjelajah berpuloh negara. Satu kenangan yang sukar dilupakan.

Satu kenangan pahit adalah gagal dalam perkawinan. Perkawinan aku dengan sorang gadis yang berlainan bangsa dan ugama. Hanya bertahan enam bulan sahaja. Banyak masaalah yang dihadapi, terutama bab ugama. Aku tak kesal dengan apa yang terjadi. Anggap satu pengajaran hidup.

Hidup mesti diteruskan walau pun akan hadapi banyak ujian dan dugaan. Hanya pada tuhan aku berserah.

Jumpa lagi.

Work like you don't need the money, love like you've never been hurt and dance like no one is watching.
 

Top