• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

Satu Perjalanan

Daniel

Well-Known Member
Dua enam menjak ni aku susah skit nak tido. Susah nak lelapkan mata. Mungkin banyak perkara yg sedang dipikirkan. Tentang kerja dan hubungan dengan orang lain. Banyak sangat ujian dan dugaan yang aku lalui. So far under control.

Salah satu sebab kenapa aku pulang ke tanah air setelah lama berkelana diluar negara adalah untuk move on. Lupakan kisah lama yang mana kurang selesa untuk dikenang. Kisah lama yang ada perasaan penyesalan. Bukan senang untuk move on. Ambil masa.

Yang pasti kehidupan aku sekarang lebih kepada kemelayuan. Bukan saperti dulu. Sikit demi sedikit ada perubahan. Aku lebih suka dengan makanan dan muzik Melayu sekarang. Yang amat ketara aku telah terjebak atau ketagih dengan siri drama Melayu yang ditayangkan di TV. Kelakar kalau dipikirkan.

Weekend baru ni aku berbuka puasa di Holiday Villa. Makanan berbuka disitu memang best. Bersama sahabat sahabat lama yang sama sama bekerja di luar negara dulu. Kebanyakan dia orang bekerja di RAPID Pengerang sekarang. Bila bertemu maka masing masing berceritalah tentang kenangan lama semasa diluar negara dulu. Kutuk mengutuk. Happy dapat bertemu kembali. Nasib baik bertemu waktu Ramadhan. Kalau tak, ending pasti di karaoke.

Do not let the memories of your past limit the potential of your future. There are no limits to what you can achieve on your journey through life, except in your mind.
 

Daniel

Well-Known Member
Sedar sedar dah hampir nak menyambut hari lebaran atau Aidil Fitri. Tak sabar rasanya untuk menyambut lebaran di tanah air kali ini. Di kampong halaman berdekatan dengan Iskandar Puteri. Dua belas tahun aku menyambut lebaran di luar negara. Sebak dan menitis air mata bila mendengar takbir dan lagu lagu hari raya. Beberapa kali aku menyambut satu Syawal di Kedutaan Malaysia. Dapat juga rasa makanan tradisional saperti ketupat dan satay. Lebaran kali ini dapatlah aku rasa makanan kegemaran aku. Burasak dengan asam pedas ikan parang. Makanan tradisional suku Bugis.

Pakaian untuk menyambut lebaran aku belum beli lagi. Baru ini aku window shopping di JBCC mall. Cari baju melayu telok belanga yang dah siap. Ada dijual di souq JBCC. Tengah fikir warna apa untuk pilihan berserta songket. Tahun ni aku nak beraya sakan. Ziarah pusara ibu, ayah dan nenek. Pasti aku akan menitis airmata saat itu. Aku rindu dengan mereka terutama nenek yang membesarkan aku. Bertandang atau beraya dirumah sanak saudara yang dah lama aku tak berjumpa. Terpaksalah sediakan duit raya lebih sikit untuk anak buah.

The past is a place of reference, not a place of residence; the past is a place of learning, not a place of living.
 

Top