• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

Suami dingin

farra

New Member
Salam, saya sudah 6 bulan berkahwin dan telah mengandung 2 bulan. Masalahnya suami tiba2 dingin bila mendapat tahu saya mengandung. Sampai hari ini suami langsung tidak menyentuh saya sejak dari dia tahu saya mengandung. Saya tidak mengesyaki apa2 kerana kelakuan suami seperti biasa, cuma dia dingin dan tak membelai saya. Apa yang patut saya lakukan?
 

Daniel

Well-Known Member
Anda perlu bincang dan bercakap mengenainya, mungkin ada masalah dalaman yang perlu diselesaikan kerana keintiman dan seks adalah penting dan perlu disemaikan untuk kepentingan anda berdua.
 

farra

New Member
Saya dah cuba bawa berbincang, tapi suami still membatu. Dia lagi suka buat keputusan sendiri, like my husb sewakan bilik rumah kami pada org luar tanpa meminta pandangan saya. Saya kadang x selesa dlm keadaan ni. Saya takut kalau tak dapat utk kawal keadaan.
 

Mr Teddy

FTC Administrator
Administrator
Menjadi satu masalah jika tidak ada perbincangan antara suami dan isteri. Berkenaan dengan sewa bilik itu baru lagi ke?
 

farra

New Member
Saya dah banyak kali berbincang, tapi tiada respon dari suami. Ye, baru lagi, saya bukan apa, takut benda bukan2 tjadi..
 

Mr Teddy

FTC Administrator
Administrator
Saya dah banyak kali berbincang, tapi tiada respon dari suami. Ye, baru lagi, saya bukan apa, takut benda bukan2 tjadi..
Hmm...susah juga yang ini. Tidak tahu hendak bantu macam mana. Apa yang suami mahukan sebenarnya?
 

Kinky Girl

Member
susah juga kalau dah berbincang pun tak jadi ape..mungkin boleh korek2 rahsia dari kawan2 dia ke .. cube tanye ape masalah dia..
 

dolphin

FTC Crew Jr
Salam, saya sudah 6 bulan berkahwin dan telah mengandung 2 bulan. Masalahnya suami tiba2 dingin bila mendapat tahu saya mengandung. Sampai hari ini suami langsung tidak menyentuh saya sejak dari dia tahu saya mengandung. Saya tidak mengesyaki apa2 kerana kelakuan suami seperti biasa, cuma dia dingin dan tak membelai saya. Apa yang patut saya lakukan?
wslm..agaknye suami x bersedia nk jd bapa lg kot..dia terkejut mcm terlalu awal sgt dpt rezeki anak..mgkin ingat boleh lama skit hanimun..hihi
tu yg jiwa tgh kacau tu..macam2 benda dia nk kne mikir..tu yg dingin je..x sempat mikir nk romantik2..
mgkin kewangan korg blm kukuh lg kot..tu smpai nk sewakan bilik kt org luar plk..nk simpan duit utk ank bakal lahir..smpai terlepas pandang keselesaan ahli keluarga yg lain..
kne bwk bincg jgk..kne bercerita..main agak2 pn payah jgk..kang terhasut bisikan syaitan plk..dh jd masam muka..makan hati..
papehal pn bwk2 bertenang..jgn stress2..
 
Top