• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

The Other Dia

hatenluv

Member
Assalamualaikum semua.

Wah, dah lama gile hatenluv tak post kat sini. Pertama kali nak minta maaf sebab tak dapat sambung Pertemuan Kedua. Ada kesilapan teknikal yang sangat menyayat hati telah berlaku. :argh:

Apa-apa pun, harap enjoy cerita bersiri baru by me. In shaa ALLAH, hatenluv cuba mengupdate sekerap mungkin ye.

Enjoy!
 

hatenluv

Member
Prolog​



Ini bukan cinta tipikal.

Aku bercinta dengan boyfriend aku dah lama.

Setahun jugaklah.

Cuba korang kira dalam hari. Tak ke lama?

Macam mana aku kenal boyfriend aku?
Social network.

Ah, tak payah nak membebel dengan aku. Korang mungkin rasa yang kenal lelaki melalui social network ni satu benda yang sangat mustahil. Kononnya cinta novel lah.

Caranya mudah. Dia approach aku. Private message je. Cakap nak berkenalan.

Mudah bukan?

Aku pun dengan mudahnya reply, boleh.

Sedangkan berkali-kali parents aku pesan. Don’t make friends with strangers.

Tapi kan, tak kenal maka tak cinta.

Tak kenal mamat ni, macam mana dia boleh jadi boyfriend aku?


Lepas tiga bulan berkawan, dia propose nak jadikan aku girlfriendnya.


Tapi masalah lain pulak timbul.


Aku tak pernah jumpa dia.


Tengok muka pun melalui profile picture je.


Macam mana nak couple ni?


Sekali lagi aku ambil risiko besar.


Aku terima cinta dia. Sebab ikutkan kata hati ni.


Kali pertama dating lepas tiga bulan couple.


Aku takut jugak. Kalau dia tak suka aku macam mana?


Sanggup dia turun negeri yang jauhnya lebih 200km dari tempat dia berada.


Terharu kan?


Dia tengok aku, dan dia cakap aku lawa.


Gadis mana tak kembang dengar orang puji lawa beb???


Sampaikan aku yang sedia ada kembang pun lebih berkembang.


Maka, datelah kami yang pertama. Macam orang lain date jugak.


Baliknya dia ke negeri 200km jauh itu buatkan aku menangis.


Bak kata orang, long distance relationship a.k.a LDR memanglah mencabar.


Tak apa. Aku boleh. Aku kuat.


Boleh message. Whatsapp. Call. Line. Viber. WeChat. Skype.


Dan berpuluh-puluh lagi messenger yang ada kat muka bumi ni.


Kami tak akan rasa jauh kan?
 

zahra

FTC Crew
Moderator
huhu..baru nak tanye..what happen 2 ur other story "Pertemuan Kedua" tu..do update k hatenluv..tak sabar nak tau..:)

p/s: is dis story bout u hatenluv? :rolleyes:
 

hatenluv

Member
huhu..baru nak tanye..what happen 2 ur other story "Pertemuan Kedua" tu..do update k hatenluv..tak sabar nak tau..:)

p/s: is dis story bout u hatenluv? :rolleyes:
zahraaaaa... actually PK dah almost siap. sayangnya laptop diformat. ingatkan dah back up, tapi sumenye hilang. :(

erm. 50-50?hehehe.
 

hatenluv

Member
Satu​

Dah 5 jam.

5 jam.Tapi hp aku still silent.Tak ada message. Tak ada call.

Aku pandang lama skrin hp.Terus capai dan buka message tadi.

'sayang,abang ada kerja sikit.5 min nanti abang message balik.'

5 min ke 5 jam?

aku terus baring di atas katil.tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan.

Rizal dah lain benar sekarang.

Message pun dah tak kerap mcm dulu. Kadang-kadang tak message langsung.

Call cuma sekali-sekala. Itu pun most of the call diam je. Kalau bercerita pun ,cuma aku je yg sibuk bercerita.

Dia?Cuma hmm dan ahh. Tak ada ayat sambung yang lagi panjang daripada itu.

Pernah aku suarakan pada dia.Kenapa jadi macam ni?Ada masalah ke?

Kenapa makin tak mesra?

Katanya, part of LDR itu sendiri. Lagipun dalam perhubungan, bila makin lama sesuatu hubungan tu, maka perlu makin matang.

Aku pernah tanya, kalau makin matang, maka kena kurangkan berhubung la ya?

Dia cakap aku cuma nak cari gaduh.

Bagi aku dalam LDR, kalau bukan komunikasi itu satu-satunya cara untuk kau berhubung, kenapa perlu kurangkan? Macam mana nak menyalurkan rasa cinta? Macam mana nak meluahkan rasa rindu?

Mungking dia curang dengan perempuan lain? Kau bukannya tahu pun kalau-kalau dia ada perempuan lain di belakang kau.

Aku percaya pada dia. Dia bukanlah jenis menipu or curang dengan perempuan lain.

Bagi aku juga,benda paling penting dalam LDR ialah kepercayaan itu sendiri.

Tapi siapa yang boleh tahan,bila dah tiap-tiap hari dalam 6 bulan, kau message dan call orang yang kau sayang setiap masa, tiba-tiba, semuanya makin berkurang. Sampai tak ada langsung.

" Sayang.... abang busy..."

" Sayang... abang tertidur..."

" Sayang... abang tak larat nak type message la."

Banyak betul alasan yang dia selalu bagi.

Urghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!

Aku rasa macam nak baling handphone aku keluar tingkap bilik.

Fine! Aku call.

Trut. Trut.

Satu.

Trut. Trut.

Dua.

Trut. Trut.

Tiga.

Jantung dah makin laju ni.

Jawablah.......

Trut. " Hello?"

" Abang!" Aku excited.

" Sayang.... Abang busy ni. Nanti abang cari sayang balik ye."

" Tapi tadi abang cakap..."

" Abang pergi dulu. Bai."

Tet.

Aku tak tahu apa yang aku rasa sekarang.

Tak. Tak. Aku rasa nak menangis.

5 jam aku tunggu, dia cuma reply tu je????

" Ah, aku tak nak menangis."

Aku langutkan kepala sambil geleng-geleng.

Aku duduk atas katil. Diam kejap.

Aku ada baca, kalau rasa sedih dan geram, kena buat sesuatu.

Fine.

Aku nak pergi jogging.
 

hatenluv

Member
Dua​

Pukul 5 aku dah terpacak dekat depan taman kampus. Yang ada tasik. Ada trek jogging. Mujur cuaca tak panas sangat. Angin pun sejuk dan damai.

Yang paling penting, tak ramai orang.

Satu habit aku pasal jogging bila stress, is that aku jogging sambil marah. Dalam kesemputan aku marah. Lepas tu aku lari laju-laju sampai kaki dah penat. Sampai tak cukup nafas. Sampai peluh kalah lelaki kerja buruh.

Tapi, sekurang-kurangnya aku puas.

Aku lihat dah ada 2 3 orang yang dah mula berjogging. Ada yang mula regangkan badan.

Aku buat regangan ala kadar.

Pasang earphone. Plug dekat mp3. Naikkan volume sampai 3/4.

Jogging.

"Penat..aku..tunggu..kau..message..." di 200 meter aku dah start membebel.

"Kau ingat aku ada byk masa tgu kau?!" aku separuh menjerit. Lantaklah kalau orang dengar.

Larian aku makin laju.

"Kau dah berubah ye sekarang. Kenapa?"

Kenapa?

Kenapa?

Kenapaaaaaaaa???

Entah dari mana batu sebesar penumbuk datang betul-betul tengah jalan, aku terjatuh. Tersungkur.

Sakit. Muka rasa panas.

Sempat tengok sekeliling. Tak ada orang.

Aku cuba bangun.

"Aaa..." Jeritan kecil berlagu. Lutut aku rasa pedih. Seluar track kesayangan dah koyak. Darah dah penuh kepala lutut.

Aku berjalan ke rimbunan pokok buluh yg sedikit tersembunyi. Orang yg lalu lalang takkan nampak aku.

Aku duduk perlahan-lahan. Satu badan dah start sakit.

"Hee..mcm mana boleh jatuh ni?"

Aku keluarkan kain kecil dari poket seluar dan tekap pada luka.

Berdecit sikit tahan pedih.

"Batu pun tak nampak." Marah diri sendiri.

Air dah mula bertakung kat mata.

Aku dah tak tahan.

Aku menangis semahu-mahunya.

"Bodoh!"aku menangis teresak-esak. Sakit dalam hati lebih dari sakit jatuh tadi.

" Fuh.... ingatkan bunian mana tadi."

Aku terkejut. Cepat-cepat pusing belakang.

Dua saat kami berpandangan.

Mata aku berkelip. Lap air mata. Pandang tempat lain.

" Awak kenapa menangis kat sini? Tak malu orang dengar ke?"

Eh, sibuk pulak pakcik ni.

Aku buat bodoh. Pura-pura tengok kiri dan kanan. Pura-pura sibuk.

" Haih.."

Dahla mengeluh. Lepas tu bertinggung pulak kat sini.

" Awak kenapa?"

"Saya tak ada apa-apalah." Sedikit marah.

" Mana boleh tak ada apa-apa. Kalau tak ada apa-apa, awak tak duduk sini. Menangis meraung." Sedang dia tengok muka aku, dia tertengok lutut aku yang berbalut.

" Awak jatuh eh?"

Perlu ke tanya?

" Tengok." Dia berdiri dan mendekati.

" Ehhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!" Aku larikan lutut aku. " Suka-suka hati nak tengok lutut orang. Saya bukan kenal awak pun."

Dia bertinggung balik.

" Saya nak tolong. Kalau saya nak buat benda lain, dari tadi saya buat."

Mata aku kecilkan dan pandang dia tajam.

" Meh saya tengokkan."

" Tak yah. Saya tahulah nak buat macam mana."

Dia bertinggung dan tengok je. Dia garu kepala. " Fine."

Kami diam.

Tiba-tiba dia duduk.

" Eh, awak buat apa ni?"

Dia pandang aku. " Duduk. Tak boleh?"

" Punyalah luas taman ni. Yang awak duduk kat sini kenapa?"

" Cik kak. Tempat ni, tempat saya lepak. Tu..." Dia memuncungkan mulut ke arah satu bulatan tanah di atas rumput sebelah aku. " Tempat saya selalu duduk. Sampai tinggal tanah jela." Lalu dia terkekeh gelak.

Entah gondol sebab benda lain, cakap dia yang duduk. Aku mencebik.

" Yang awak menangis kat sini kenapa? Bukan sebab jatuh tu je kan?" Suddenly suara dia jadi soft.

Aku tarik nafas panjang dan lepaskan. " Tak ada apalah." Perlahan.

" Hah? Apa?"

" Tak ada apa." Kali ini aku berkata lebih kuat dan kasar.

" Masalah boyfriend?"

Aku jeling dia.

" Betul dah tu."

" Mehla share dengan saya. Kot-kot saya dapat tolong."

" Eh, awak ni siapa ha? Senang-senang nak tolong orang yang tak kenal. Tak takut ke?"

" Awak ke saya yang perlu takut ni?" Dia angkat-angkat kening.

" Dahlah! Saya nak balik."

Aku angkat punggung. Berdecit lagi apabila lutut rasa sakit. Tapi aku pura-pura cool.

"Boleh jalan tak tu?"

" Boleh."

Aku tak pandang dia dan terus berjalan pulang. Belakang tengkuk rasa meremang. Tahulah yang dia masih pandang.

" Awak!" Dia meraung bila aku dah makin jauh.

Aku tak kalih.

" Jumpa awak esok!"

Esok aku tak datang!
 
Top