• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

Topik yang Tidak Aktif akan ditutup selepas 45 hari

Status
Not open for further replies.

Mr Teddy

FTC Administrator
Administrator
#1
Salam dan selamat sejahtera kepada warga FTC sekalian...

MASALAH

Just nak bagitahu kepada anda semua, disebabkan FTC semakin bertambah-tambah bilangan ahli keluarganya, membuatkan banyak lambakan topik-topik yang dibuka oleh warga FTC dan dibiarkan sebegitu saja tanpa sebarang update dari tuan punya topik.

Contoh yang paling mudah di ruangan Masalah Cinta. Ramai yang mengutarakan masalah mereka di ruangan tersebut. Tetapi apabila warga FTC yang lain memberikan respon, dan memberikan pertolongan, tuan punya topik tidak pula memberikan maklumbalas terhadap bantuan yang diberikan. Sehinggakan topik tersebut terbiar sebegitu sahaja.

PENYELESAIAN

Jadi, oleh sebab itu, setiap topik yang tidak aktif dalam masa 45 hari dari tarikh terakhir post dalam topik tersebut, ianya akan ditutup secara automatik.

Untuk setakat ini, ruangan yang dipantau adalah:
  • Masalah Cinta

Tetapi, sekiranya tuan punya topik datang semula ke FTC selepas 45 hari dan ingin memberikan maklum balas pada topiknya, beliau boleh menghubungi samada FTC Administrator ataupun FTC Crew bagi membuka semula topik tersebut.

Sekian, terima kasih.

-mr teddy.
 
Status
Not open for further replies.

Top