• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

tunang panas baran

white

New Member
Salam,

Saya ada masalah yang agak merunsingkan saya pasal tunang saya ni.
kitaorg baru bertunang dlm 2 bln camtu. hubungan kitaorg berjalan lancar... dia rapat ngan family saya. parent dan adik2 pun suka dia ni sebab dia memang baik, bertangungjawab, mmg bole diharapkan la kalau kita ni ade masalah ke ape ke mmg bole bergantung harap kat dia. banyak kebaikan dia ni yang saya rase susah nak cari pd laki lain. Dia pun suke melayan kerenah saya dan penyayang.
Tapi dalam byk2 kebaikan dia tu ade 1 perangai dia ni yg saya memang tak suka, Dia agak panas baran. Bukan lah dia setiap masa nak melenting. Tapi, bila dia da start marah atau kitaorg bergaduh, memang akan jd teruk sbb dia baran & suka keluarkan kata2 yg tak sdp didengar bila bergaduh. then dia suka ugut. huhu...
Mmg tak dinafikan ego dia mmg tinggi dan dia ni kasar orgnya masa mula2 saya kenal dia 2 thun lps.... tp makin lama dia makin lembut dan makin boleh ikut rentak saya ni. kitaorg ni byk perbezaan, Dia agak kasar tp saya sebaliknya. Saya lembut, manja dan susah sikit nak terima kekerasan & kekasaran ni. maybe sbb faktor kitaorg dibesarkan. Biasanya tiap kali gaduh saya yang selalu akan mengalah. nak diikutkan saya pun marah. tapi saya akan pilih utk diam dari byk menjawab then menangis. susah nk buang kelemahan saya ni. cepat sgt menangis. nak marah org menangis, kena marah pun menangis. huhu... tp kadang2 tu ada jugak sy akan menjawab. tp bila tgk dia makin teruk marahnya, saya akan terus diam. tp bila diam, mcm2 la kata2 keluar. saya rasa mcm kena "pijak2" je...(dlm ati rasa cmni - mentang2 aku diam, mcm2 kau ckp & marah sesuka ati mcm aku xde perasaan)... selama 2 thun kenal ni dia xpenah naik tgn.. dia akan marah2 tengking2 dan keluarkan kata2 kesat je. tp bru2 ni dia terlepas naik tgn jugak. maybe salah sy sebab sy melawan dia. saya berkeras nak keluar dr keta sbb tak tahan kena marah kena tengking. memang sentap time tu sbb dia penah janji cmne pun dia marah dia xkn naik tgn. tp dia da langgar janji tu. huhu.. Dia ni kalau tgh marah memang xle kacau. so masing2 diamkan diri. tp dia akan cri saya balik bile dia dah cool dan mintak maaf. dia akan mengaku salah dia n janji xbuat lg dan akan berubah buang sifat panas baran tu. tp bile gaduh, same je. dia lupe sume janji dan buat lg. biasanya time cool tu saya guna utk discuss dan luah ape yg sy xpuas ati ngan dia. biasenye time ni dia akan dengar dan bg peluang sy ckp atau marah dia sbb dia tau dia dah wat salah. bukan ape.... kadang2 sbb benda kecik pun dia nk melenting. cepat sgt nk melenting. saya lak rasa penat sabar & rasa loser gile bile mengalah dan diam bile dia tgh naik angin. rase mcm loser gila bila asyik maafkan dia dan bg dia peluang lg. penah diri ni rase nak tinggal je sbb tak tahan dgn laki cmni. tp tiap kali dtg rase nak tinggal tu la rasa ikatan kitaorg makin kuat.... rasa bahagia je.. yela bile xgaduh memang rase bhgia gile.tp bile gaduh, rase nak gile! sbb taktahan dgn perangai baran dia. pastu bila nk move on, pikirkan kebaikan2 dia tu..mcm2 dia dah buat & korbankn utk saya....tp dia pun dah byk berubah sebenarnya...maybe slow2...... yela manusia ssh nk berubah drastik kan... huhu

saya pun taktau nk pikir camne dah.... saya nak mintak pendapat kawan2 apa harus saya buat. patut ke saya bertahan lg atau angkat kaki? isau gak mcm org ckp... tkut pas kawen nnt lg teruk dibuatnya... mmg dia kate nk berubah tp isau dia takkan berubah...
 

kyu

Member
kna ajak dia pi mancing ikan untuk stimulate rasa sabar...tak pun kena selalu baca dekat dia ayat nabi ibrahim kena bakar dalam api...
 

cinta buta hati

New Member
banyak perbezaan,saling melengkapi
cabaran lebih berat menanti selepas tunang.
1 langkah ke alam perkahwinan, 1 langkah kembali single.
Take a risk, more experience you get
 

are-fiyz

Active Member
A dream you dream alone is fantasy, a dream you dream together is reality.

choose wise.. gud luck. ;)
 

93Nur

New Member
Walaupun lambat reply,tapi nak juga gi pendapat. Pendapat saya, putus tunang tu adalah kebaikan untuk diri adik/kak. Merana bertahan dengan lelaki penting diri lagi tu. Kebahagiaan diri adik/kak tu lebih utama. Klu masa tunang dah tunjuk belang. Lepas kahwin klu berubah ok la ...klu makin teruk, boleh buat apa dah waktu. Adik/kak, anak, family nanti masalah.
 

Kinky Girl

Member
Walaupun lambat reply,tapi nak juga gi pendapat. Pendapat saya, putus tunang tu adalah kebaikan untuk diri adik/kak. Merana bertahan dengan lelaki penting diri lagi tu. Kebahagiaan diri adik/kak tu lebih utama. Klu masa tunang dah tunjuk belang. Lepas kahwin klu berubah ok la ...klu makin teruk, boleh buat apa dah waktu. Adik/kak, anak, family nanti masalah.
Hehe.mungkin die dh beranak pinak dh kot skang..ntah la..doa yg baik2 je
 
Top