• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

You; and I..

zahra

FTC Crew
Moderator
(4)

Cuti hujung minggu sangat-sangat melegakan hati Farah. Dia tak perlu ke sekolah dan dia tak perlu nak menghadap mimik-mimik muka semua orang yang memandang dirinya dan Firash macam kuman.

“Huhhh..” Tanpa sedar Farah terkeluh.. Berat bunyinya.. Seberat-berat perasaan yang tengah ditanggungnya sekarang.

Sejak insiden dia dan Firash berpelukan di tepi longkang dekat bilik guru tu.. Satu sekolah tahu ‘skandal’ dia dengan Firash. Mahu saja hatinya menjerit… Kalaulah hati boleh jerit..

“Aku tak buat dosa laaaa!!!!!”

Puas hatinya dapat jerit.

“Huhhhhhhhhh..” Terlepas lagi satu keluhan berat.

“Dosa.. Dosakah apa yang aku buat sekarang ni?” Air mata Farah mengalir tanpa sedar. Ingatan Farah menyambung kembali rentetan peristiwa longkang itu..

“Astaghfirullahala’zim.. Firash.. Lina.. Apa kamu buat ni?” Suara Ustazah Izzzah yang tengah terkejut memberikan kejutan buat Firash dan Farah. Masing-masing berpandangan antara satu sama lain.

“Ustazah.. Err..” Suara Farah tak mampu nak beroperasi dengan sempurna.

“Dia nak bunuh diri la Ustazah..” Firash melepaskan pelukannya terhadap Farah dan berjalan ke arah Ustazah Izzah.

“Woi.. suka hati kau jer nak jadi penulis skrip tak bertamadun!” Farah bising.. Sampai hati Firash cakap dia nak bunuh diri. Gila ke apa.. Baru 12 tahun dah nak bunuh diri.. Memang tak logik la kalau nak pakai buat drama cerita aku ni. Huh!

Ustazah Izzah hanya memandang dua orang anak muridnya dengan pandangan yang simpati. “Firash.. Kamu masuk kelas dulu. Uztazah nak bercakap dengan Lina sekejap.”

“Ok Ustazah!” Firash angkat tangan sambil berlalu ke kelasnya.

Farah telan air liur..

1..2..3..

“Farah Lina..”

“Ya Ustazah..”

“Jom.. Ikut Ustazah balik rumah..”

“Sekarang?”

Ustazah Izzah senyum..

“Err.. tapi Farah.. err.. tak boleh.. Nanti..” Suara Farah tersekat-sekat sebab gelabah. Macam mana dia nak cakap dia tak boleh ikut ustazahnya sebab Firash..

“Jangan risau.. Nanti ustazah belikan makanan siap-siap untuk Firash.”

Mata Farah bulat. Tapi macam mana..

Ustazahnya hanya senyum..


“Tuk..Tuk..Tuk..”

Bunyi ketukan di pintu mengejutkan Farah pada ingatan lalu. Terus otaknya mencerna apa yang dia patut buat dalam keadaan sekarang..

Bilik bersepah.

Baju-baju bertaburan atas lantai..

“Farah!!! Woii.. Bukak pintu ni.. Apa kau buat kat dalam bilik tu hah? Berkurung dari kelmarin lagi..” Suara Firash kuat. Bunyi macam orang tak puas hati. Pintu bilik diketuk lagi. Lagi kuat bunyinya.

Farah gelabah.

Apa aku nak buat ni…

Apa aku nak buaaaaaaaatt!!!!!!!

Matanya sedang berlari-lari anak melihat keadaan biliknya.. Otak mencerna apa yang perlu dia buat. “Sekejaaaap!!!” Dia jerit balik pada Firash di balik pintu.

“Apa sekejap-sekejap ni?? Cepat la bukak pintu!!”

Farah berkeliaran dalam bilik sendiri macam lipas terlebih kaki. Baju-baju yang bersepah terus dia sumbat masuk beg besar yang sedia terbuka atas lantai.

“Farah!!” Bunyi pintu gedebum gedebam dibuatnya si Firash ni.

Farah berpeluh-peluh.. Penat membersihkan ‘crime scene’ yang tak patut dilihat oleh Firash. “Sekejap laa.. Kau tak tahu nak sabar ke hah???!!!” Farah jerit balik sambil mengemaskan cadar katil.

Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi tombol pintu macam diceroboh oleh sesuatu yang bernama kunci..

“Shit!” Sudah.. Mulut Farah menyumpah geram. Ni gara-gara terikut dengan drama omputih dia lupa untuk bersopan santun dalam bahasanya..

Dia tahu yang sedikit saat saja lagi pintu biliknya akan terbuka dan segalanya akan terbongkar..

Cepat-cepat Farah tendang beg atas lantai tu masuk bawah katil. Sepantas kilat Farah sudah melompat tidur atas katil.

Sorry Firash.. Aku terpaksa.

Baju di badannya terus ditanggal..

“Farah..” Pintu bilik berjaya dibuka Firash.

Mata kedua mereka bertentangan..

“Oppsss.. Sorry..”

Firash tutup balik pintu.

Farah mengeluh lega.. harap-harap Firash tak perasan keadaan biliknnya. “You Idiot!!!!! I’m not wearing shirt you know!!!!” Farah buat-buat jerit marah.. Macam orang ternoda saja bunyinya..

Tiba-tiba ketawa Firash kedengaran dari luar.. “Ala sorry la.. Macam tak biasa..”

“Bengong!”

“Ha.ha.ha.. Nothing for me to see, I guess..” Firash terus lari meninggalkan pintu bilik Farah.

“Arrrrrrgggghhhhhh.. tak guna punya ulat buluuuuuuu”
Cite ni tergantung ke? Last update July 2016, adududu,
 
Top