• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

You; and I..

are-fiyz

Active Member
You and I, we’ve been at it so long, I still got the strongest fire..
You and I, we still know how to talk, Know how to walk that wire..



“Will you marry me?”

Tangan kecilnya memegang katak puru yang bergerutu hitam sambil disua pada si dia ala-ala nak bagi cincin..

“Heh?”

“Hihihihi..”

“Kau bengong ekk?” Struktur soalan pun macam pelik.

Kepala yang diikat tocang dua terangguk laju. Comel.

“Jadi-jadi la tengok cerita omputih tuu..” Tergeleng-geleng kepala kecil berambut cacak tu.

“Huh? Tapi kenapa?? Aku sukaa…” Katak puru kat tangan boleh mati tercekik. Perlukan oksigen? CPR?

“Kita tak cukup umur lagi la..”

Ooo… Terangguk-angguk kepala tocang ni mendengar.. “Kita umur berapa?”

Tergeleng-geleng kepala rambut cacak mendengar soalan si kecil kepala tocang depannya ini..

“Kita baru 6 tahun la.. Besok nak masuk darjah satu..”

“Ooo…”


Cause it's us against the world, You and me against them all..
If you listening to these words, Know that we are standing tall..
I don't ever see the day that I won't catch you when you fall..
 

dieda

Well-Known Member
pttler rasa berdebo2,,ghuper2nye arefyz wat cite baruu,,,,keh3
tapiiiiiiiiiiiii,,,knp 'panjanggg' sgtttt????
 

are-fiyz

Active Member
eiiii,,bnyk sgt alasannn,,elok sgt kwn dgn si sengal tuu
mcm2 alasan,,,,,cite xsmbg2 gak,,lol
huhuhu... knp sume org nk mrh2 kite niii... (ngis tepi longkang..)

kite bru blik umah.. tkkn nk trus 'msak' kut?
bg la kte mndi2 dulu.. (wlaupun da kne simbah..) tdo2 kejap..

'sikit' mnit lg kte post.. :D
 

are-fiyz

Active Member
(1)

“Baaaanguuuuuun!!!!”

Huh? Siapa yang menjerit macam ikan paus ni? Malasnya nak bangun..

“Bangun. Bangun. Bangun.” Kepala orang yang tak bangun-bangun tidur lagi tu diketuk-ketuk dengan senduk nasi. Senduk nasi? Hmm.. senduk nasi. Senduk nasi yang telah diguna pakai pada dua hari yang lalu.

Okey..

Firash bangun malas. Kain selimut masih menyelubungi seluruh kepalanya yang sudah di posisi duduk.

“Bangun la.. Ashley. Kita dah lambat nii..”

Ashley??

“Arghhhhhh!!!! Farahhhh!!! Jangan panggil aku dengan nama pelik tu laaaaaa!!!”

“Hihihiiii..”

Farah dah berlalu keluar dari bilik Firash dengan senduk nasi di tangan. “It’s Flo okay dear..” sambil jerit balik dekat Firash..

“Whatever..”

Selimut ditarik kembali menutupi mukanya. Dia sambung tidur balik.

“Firash!!!!!! Don’t make me repeat twice..” Farah bercekak pinggang depan pintu bilik bersama senduk nasi di tangan.

Nak tak nak Firash bangun malas. Kalau si Farah ni dah keluarkan ayat omputih tu.. dia dah tak berani nak melawan.

Ada kisah di sebaliknya.. Kisah mereka.. pada tujuh tahun yang lalu..

“Mommy.. can we keep him? Please..” Seorang budak comel menarik hujung baju blouse yang dipakai oleh perempuan di hadapannya itu..

Apa yang budak comel ni cakap sepatah habuk pun dia tak faham..

Perempuan berbaju blouse tanpa tudung atas kepala tu memandang budak perempuan comel yang duk sibuk-sibuk tarik bajunya. “No dear. We can’t keep a person. He’s not a thing. Not ours.”

“But I like him.. He’s cute.. Can I marry him?”

Muka perempuan tu nampak macam terkejut dengan apa entah si budak comel ni cakap. Firash yang berdiri tengah-tengah alam depan dua orang manusia ini hanya melihat tanpa faham apa-apa.

“No dear. You still a kid.”

“If I’m not allowed to marry him, I want to keep him. No matter what.”

Huh?

Perempuan itu hanya tergeleng-geleng.

The rest is history.. between them.

Firash tarik kain tuala yang tersangkut cantik pada penyangkut baju yang tergantung depan pintu almari biliknya.

Suis lampu bilik air ditekan. Pintu ditutup. Dia perlu mandi. Nanti kena sound lagi kalau lambat-lambat.

Malas nak dengar.

Malas.

Di dapur..

Farah tengah sibuk dengan sarapan pagi yang belum lagi siap. Macam biasa.. rutin hariannya mesti buat breakfast. Tak boleh kalau tak buat.

Perkara wajib.

Sedang Farah menghidang sandwich telur atas meja makan..

“Kau buat apa pagi ni?” Firash menegur tiba-tiba.

Farah buat tak tahu dengan soalan rutin Firash tiap-tiap hari. “Kenapa tak tukar baju lagi? lambat dah ni..” Mata Farah dah pelik dengan Firash yang masih lagi pakai t-shirt.

“Malas.”

“Hah?” Sungguh dia tak suka dengar perkataan malas-malas ni..

Firash tarik kerusi meja makan di hadapannya. Perut dah bergeroncong minta diisi cepat. “Tuangkan aku susu.” Like always..

Farah mengambil tempat biasanya di hadapan Firash. Susu segelas dihulurkan pada tuan yang meminta tadi. “Kau kenapa pagi-pagi dah malas ni?” Tangan mencapai sandwich telur.

“Aku tak buat latihan math Cikgu Ain.” Pendek jawapan Firash.

Apa motifnya dengan malas? Macam tiada perkaitan saja. Makin blurr si Farah ni nak memikir logik jawapan Firash.

“So?” Nak tak nak Farah tanya jugak. Tak faham eh..

“Lambat la kau ni.. Aku tak nak gi sekolah la jawapannya.” Sandwich dikunyah perlahan-lahan. Sedap..

“Huh? Macam pelik jer ayat kau..” Farah masih memikir ayat Firash. Sepatutnya ayat ‘tak nak gi sekolah’ dulu la kan sebelum cakap reason ‘kerja sekolah tak siap lagi..’

Hmmm… Pening eh.. Nampaknya dia perlu masuk kelab bahasa melayu la macam ni..

Firash bangun tiba-tiba. Gelas susu dah kosong. Farah jadi terkejut. “Kau nak gi mana tu?”

“Sambung tidur.”

“Heeehhhh???”

Firash dah masuk biliknya. Farah kat dapur terkebil-kebil macam katak sesat tengah shopping mall. Dia bangun dan lari-lari pecut masuk bilik Firash.

Main ceroboh saja.

“Wooii!!!! Tak senonoh punya manusia. Berambus kau!!!” Firash yang tengah bukak t-shirt terus capai buku teks matematik betul-betul atas meja di sebelahnya dan lempar pada Farah. Rasanya dia terlempar kuat akibat terkejut.

Farah dah cium buku teks tu.. Pening.. Dia macam nampak kapal terbang alien tengah menari ala-ala kat Hawaii sekeliling kepalanya.

Firash cepat-cepat pakai seragam sekolah. Dia tengok Farah macam dah melelong jalannya nak keluar dari bilik.

“Farah?” panggil Firash perlahan dari belakang Farah.

“Huh?” Farah berpusing menghadap Firash.

Firash pucat.

“Kenapa?” Farah pelik. Kenapa dengan Firash? Kenapa peningnya rasa makin bertambah-tambah pening ni? Kenapa eh…

“Farah!!!”

Farah dah tidur atas lantai..

Firash yang terkejut sebab Farah dah tidur atas lantai biliknya cepat-cepat mendapatkan Farah. Mana tak terkejutnya kalau dah muka Farah tu ala-ala hantu siam penuh darah meleleh-leleh.

Menyeramkan..

“Farah??” Bahu Farah dicuit-cuit. Tapi tiada respon. Memang la tiada respon kalau gaya Farah tu dah macam ala-ala si mati..

Firash makin cuak. Dia gelabah sendiri. Mana nak cari Aunty Fina pagi-pagi buta nii.. Aunty Fina datang pukul 9 pagi tiap-tiap hari.. Sekarang pukul 7 pun belum lagi.. Adeh..

“Takkan kena buku sikit jer dah berdarah-darah macam kena baling dengan batu.. Hish..” Firash angkat Farah sambil merungut tak puas hati. “Berat la dia ni. Makan batu ke yang berat sangat ni hah?” Dia cakap sorang-sorang sambil bawak Farah ke katil.

Tangan Firash cepat saja mengelap darah yang keluar dari hidung Farah.

Mata mencari jam di tangan. Sekarang dah pukul 7. Memang tak ke sekolah la alamatnya. Dia tengok Farah yang masih tak sedar lagi. Hati lega sendiri sebab darah tak mengalir lagi. Kalau tak, harus la dia berlari-lari ke hospital sambil dukung si Farah ni macam dalam movie yang selalu si Farah ni tengok.

“Farah..” Firash gerakkan tangan Farah. Nak suruh sedar.

Kaku.

Lagi sekali. Kuat sedikit dari tadi. “Farah!”

Senyap saja.

“Nak kena gi hospital jugak ke eh?” Dia dah garu-garu kepala dengan tangan bekas darah si Farah ni.

Hmm.. Tiba-tiba ada idea datang mencurah-curah.

“Farah! Kalau kau tak bangun jugak aku tinggalkan kau sorang-sorang kat sini. Jangan harap lepas ni kau dapat tengok aku dah..” Boleh ke macam ni? Nak bangun ke si Farah ni eh? “Sampai bila-bila!” Dia sambung ayat terakhir. Harapnya menjadi.

Krik.Krik.Krik.

Walaupun tiada cengkerik dalam rumah, rasanya bunyi kawan baik kepada cengkerik tiba-tiba datang buat kerja sambilan di tengah-tengah kesunyian mereka berdua.

Firash geram. Risau pun ada. Memang nak kena mengangkut ke hospital ni..

“Okeh babai!” Gimik terakhir. Dia bangun dari duduk.

Tiba-tiba..

“Ya ampun Ash.. Jangan tinggalin aku dong.”
 

dieda

Well-Known Member
adeiii,,esok den repeat baca ekk,,
kepala skrg xleh nk time,,mcm blurrr jek,,kecik beso kecik beso mata den nk cuba hadam,,,>>wpon mata den ni agk bundar,,lol
yg den nmpk ,,,jgn tinggalin aku dong!!:lol::lol:
 
Top