Pernahkah anda mengalami situasi seperti ini, ternanti-nanti bilakah akan tibanya jodoh anda?
Sudah lama anda tunggu dan mencuba untuk mencari jodoh. Tetapi sampai sekarang masih tak dapat-dapat.
Sedangkan rakan-rakan anda yang lain sudah pun mempunyai pasangan dan ada yang telah berkahwin.
Anda?
Masih keseorangan menanti jodoh yang tidak berkunjung tiba. Bersendirian mengenang nasib menimpa diri.
Anda pun ingin berkahwin. Anda pun ingin mendapatkan kelebihan dalam perkahwinan.
Tetapi kenapa masih tak jumpa jodoh anda?
Anda sebenarnya belum bersedia…
Jika anda fikir baik-baik, ambil masa duduk fikir sejenak, anda akan tahu kenapa ianya terjadi.
Allah tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Allah tahu bilakah masa yang sesuai untuk kita memperolehnya.
Sebagai contoh, mungkin anda ingin mempunyai pasangan dan ingin berkahwin pada waktu ini. Tetapi sampai sekarang anda masih tidak jumpa pun pasangan anda dan sampai sekarang anda masih tidak kahwin-kahwin.
Apabila anda fikir baik-baik, sebenarnya anda masih belum bersedia untuk berkahwin. Mungkin anda ada masalah dari segi kewangan. Kalau anda kahwin, mungkin anda terpaksa buat pinjaman dan terbeban menanggung hutang selepas berkahwin.
Hutang kahwin nak kena bayar. Makan minum si dia pun anda perlu tanggung. Anda sebenarnya belum mampu lagi untuk berkahwin dengan si dia. Anda sebenarnya belum bersedia untuk berkahwin.
Tetapi jika tiba masanya, Allah akan permudahkan jalan dan anda akan rasa senangnya untuk berkahwin ni. Tak perlu pun nak pening kepala fikir macam-macam masalah sebab Allah sudah bantu anda.
Allah Maha Mengetahui
Contoh lain pula bagi mereka yang ingin mendapatkan anak. Kahwin dah lama, tetapi sampai sekarang masih tak dapat anak lagi.
Semua itu adalah ketentuanNya. Mungkin kalau diberikan anak kepada anda, anak itu mungkin tidak mendapat kasih sayang yang sepatutnya.
Atau anda mungkin tidak dapat fokus dengan projek besar yang anda sedang kendalikan di pejabat dan akhirnya anda dibuang kerja kerana gagal menyiapkan projek mengikut jadual kerana sibuk menguruskan anak.
Ingatlah, Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
Jika tiba masanya, jika itulah saatnya, percayalah Allah akan berikan ia kepada anda.
Apa yang penting, jangan berputus asa dan yakinlah bahawa Allah tahu apa yang terbaik untuk diri anda dan tahu bilakah masa yang terbaik untuk anda mendapatkannya.
Ye…saya percaya setiap ketentuanNya.
Kami berdua masih muda. Saya tidak faham mengapa di saat saya tidak mahu hadirnya cinta namun dia hadir melengkapi hati ni.
Saya berharap sgt perhubungan kami kekal buat selamanya. Terlalu bnyk ujian dan kami harap ujian ini tabahkan hati ini.
definitely true….
minta izin share gambar ea…
I couldn’t agree more…. ALLAH MAHA Mengetahui ^^
^^ agree wit u Mr. Teddy. . Bak kate org, jodoh x kemn…kot ye tggu org tu bertahun pun , x alih2 kawen dgn org lain yg br kenal…
Penah gak dgr, yg jodoh lmbt ni bkn x mencari…bkn xnk kawen… Kesediaan ngan persediaan kite nk jd pasangan hidup org lain tu yg x sampai lg…. So x pyh la nk tergopoh-gapah sgt nk follow member2 yg dh kawen tu… InsyaALLAH, smpi jodohnye, kawen le kite… ^^
Apabila sudah membuat solat istikharah, petunjuk adalah si dia tapi terlalu banyak
cabaran yang dihadapi.Apakah itu tanda dia bukan
jodoh kita.
ya, begitulah yang namanya jodoh. kadang kita cari ke tempat yang jauh, ternyata jodoh kita tetangga dekat.