Setiap hari semakin banyak blog cinta yang dibangunkan di alam siber. Ada yang berkongsikan tentang tips-tips cinta, ada yang berkongsikan tentang pengalaman mereka dalam bercinta, dan ada juga yang hanya letak title blog cinta tetapi artikelnya lebih menceritakan tentang hal peribadi.
Disebabkan terlalu banyaknya blog cinta yang ada di dunia Internet sekarang ini, di sini saya ingin kongsikan dengan anda 4 buah blog cinta yang menarik untuk dibaca.
1. Tentang Cinta – Sudah semestinya saya mulakan dengan blog kami ini. 😛 Tentang Cinta adalah sebuah laman web cinta yang diwujudkan oleh Mr Teddy. Ianya ditubuhkan pada tahun 2006 dan kini ianya merupakan salah sebuah blog cinta yang menjadi sumber rujukan buat pasangan cinta seperti anda.
Selain daripada blog, Tentang Cinta juga mempunyai komuniti forum mereka sendiri di Forum Tentang Cinta dan turut mengeluarkan ebook mereka di Ebook Tentang Cinta. Untuk mengikuti perkembangan mereka, anda boleh follow di Facebook dan Twitter.
2. Pakar Cinta – Adalah sebuah blog cinta yang lebih menjuruskan konsep artikel keindahan cinta dalam Islam. Ianya dibangunkan oleh Tengku Faris Network pada tahun 2011. Mengikut rekod yang ada di laman mereka, blog Pakar Cinta ini mempunyai seramai 150,000 pembaca setiap bulan. Satu rekod yang membanggakan. Pakar Cinta juga turut sentiasa mengemaskini fanpage Facebook dan akaun Twitter mereka dari masa ke semasa.
3. Zon Cinta – Yang seterusnya adalah blog Zon Cinta. Blog ini dibarisi oleh 3 orang penulis iaitu Elie, Misz Chinta dan juga Teruna Teruja. Laman blog ini membuka peluang kepada pembaca untuk bertanyakan masalah dan meluahkan isi hati mereka dalam permasalahan cinta. Daripada setiap masalah yang diberikan itu, Zon Cinta akan memberikan pendapat dan bersama-sama mencari jalan untuk menyelesaikan masalah pembaca.
4. Ustaz Cinta – Ha jangan sangka ustaz hanya boleh berikan ceramah di surau atau masjid saja ya. Di Internet pun ustaz sudah boleh sampaikan pesanan dan ceramah mereka untuk golongan-golongan muda seperti kita. Ustaz Cinta diasaskan oleh Ustaz Ubaidillah Alias yang merupakan penulis buku, penceramah, motivator dan juga seorang blogger. Blog Ustaz Cinta ini fokus dalam permasalahan cinta dan perhubungan dalam Islam. Ada banyak artikel soal jawab yang boleh anda baca. Dan kebanyakan artikel itu memang menjadi masalah yang sering dialami oleh golongan-golongan muda dalam perhubungan dan percintaan.
Jika anda adalah seorang blogger dan penulis blog cinta, sila hubungi saya untuk dimasukkan dalam senarai blog cinta di sini. Kita sama-sama kembangkan komuniti cinta yang ada di alam siber ini.
Misz Chinta
Hey Mr Teddy. Terima kasih menyenaraikan blog Zoncinta.com. Mohon tunjuk ajar daripada Mr Teddy agar kita sama-sama boleh membantu sang pencinta di luar sana dengan perkongsian2 yang berilmu 🙂
zuly nur aini
terbaik lah, 🙂 sangat menghibur
Pakar Cinta
Alhamdulillah. Terima kasih admin kerana sudi menyenaraikan blog cinta kami. Kami akan cuba pastikan blog kami sentiasa meriah dgn artikel2 cinta terbaik! Insyaallah 🙂
Lianaa ohh anaa lynz
tolong follow saya dalam fb saya ‘Lynz Senrose II ” sekian,terima kasih 🙂
Antibiotik
Pengunjungnya kebanyakan para jones yang sedang dalam masa pencarianya. he he
mus
sangat romantik..
Ade
Sangat menarik. Inspiratif.
Silakan mampir di blog
Secangkir Teh Hangat.