Kami tertarik untuk berkongsikan dengan isu ini kerana terdapat beberapa blogger yang baru berjinak-jinak dalam dunia blog mula “mencuri” artikel-artikel yang diterbitkan di laman kami. Bukannya kami menghalang anda untuk menerbitkan artikel kami, tetapi apa yang kami minta adalah anda link-kan artikel tersebut ke laman blog kami sebagai tanda penghargaan.
Walaupun ada di antara artikel-artikel yang diterbitkan di sini dihantarkan oleh pembaca dan peminat Tentang Cinta tetapi itu tidak bermakna anda boleh “mencuri” artikel dari laman ini dengan sesuka hati. Itulah sebabnya kami meletakkan kredit nama-nama mereka yang menyumbangkan artikel tersebut sebagai tanda hormat dan berterima kasih.
Tidak sopanlah jika kami meletakkan URL blog-blog yang “mencuri” artikel itu di sini. Adalah lebih baik kami berikan peringatan dan nasihat sesama kita agar perkara ini tidak berulang lagi. Cukuplah bebelan kami ini sebagai pengajaran kepada blogger-blogger di luar sana bahawa dalam dunia blog, ada etikanya. Sudah 4 tahun Tentang Cinta berada dalam arena ini dan kami tahu kenapa dan mengapa anda berbuat demikian.
Dalam hidup, ada budi bahasanya. Begitu jugalah dalam dunia blog. Sama-samalah kita membentuk sebuah komuniti blog tanah air yang saling hormat-menghormati dan bantu-membantu antara satu sama lain. Kami doakan semoga blogger-blogger di luar sana berjaya dengan apa yang mereka usahakan. ๐
salam,
saya juga pernah berkongsikan beberapa artikel tentang cinta di blog saya, tetapi saya letak link artikel tersebut..harap pihak tentang cinta tidak marah..
Salam Insan, tak marah pun.. Just saling ingat-mengingati.. Anyway, thanks ya.. ๐
askum…saye slalu ambil artikel nie smua ltk dlm fb sy…maaf….
saye cadangkan agar laman web nie menggunakan code supaye tak blh “right klik.. copy.. dan paste..”
sama2 mr.teddy..
^_^
a’ah,stuju ngn Miezax
marah nmpk? hehe
Saya yakin maksud admin jelas:mengingatkan sekali lagi tentang hakcipta blog.
Lagipun lesen hakcipta dan berkaitan ada dalam footer tentangcinta ni.Hanya perlu minat klik dan baca macam artikel tentangcinta juga:)
Hanya perlu patuh di ‘laman’ orang, pasti hidupkan senang.Trimas kemabali untuk doa admin kepada semua ya:)
Saya yakin author mengingatkan sekali lagi:hakcipta artikel dan bagaimana nak berkongsi tanpa jejaskan lesen Creative Common 2.5.
Ia semudah kita klik dan baca artikel di sini. Klik di footer bawah ni dan baca lesen CC 2.5.
Semudah itu untuk menjadikan kita beradab di laman orang. Adab timur tetap relevan di mana saja-lebih lagi diruang siber.
Terima kasih author atas doa kepada komuniti blogger:)
betul tu artikel dalam forum or blog adalah hak milik penulis.Jadi mintaklah izin penulis atau jika tak pun letakkan link blog yang anda ambil artikel itu.
maaaf jika saya mengambil tanpa izin..tapi saya dah letakkan link tersebut…insyaallah saya akan memikirkan idea2 sendiri.maaf!
saya selalu ambil sedikit idea dan kadang2 share maklumat yg menarik.
tp masih letak sumber diperlehi
anyway sama2 la kita share dgn cara berhemah..
maksud mr teddy adalah, beri kredit, bukan dier tak bagi langsung korang nk copy n terbutkan kat fb or blog korang, tapi copy la link ke laman tentang cinta ini dan beri kredit kepada laman ini,
orang berbudi, kita berbahasa ๐
maav saya telah mengambil satu artikel dari situs ini….
karna saya blom mengerti cara berkongsi dg situs ini…….
sy baru nak tny nak mintak share…nak sangat letak dlm blog sendiri sebab sy pun nak bace2…hehehehe…
btw da tau…n dun wory…sy akan letak link tentang cinta sekali keyh… heeeeee ^^
[Comment ID #33458 Will Be Quoted Here]
eh…haaaa….stuju!!!~
assalam….
masalah copy ni memang berleluasa….tak salah kalau nak copy tapi sebut la dari mana sumber….kalau nak buat assgmnt pon korg mesti buat biblio….xkn la nk amek artikel ni xleh nk link sumber….
sya copy artikel tentang cinta hanya dalam otak sya jer!!! best korg pnya artikel … so, copy kat otak jer!
salam mr. & Mrs Teddy..
saya penah copy artikel korang… tp saya bagi kredit loorr..hehehe..=)
artikel tnentang cinta mmg best2 belaka..!! cayookk!
asal kbykan artikel2 tentang cinta nie sma ja ngn http://paramedik.bbfr.net/t5973-koleksi-tips-semanis-kurma
sapa yg tru sapa nih =,=
sy akui artikel2 kt tntang cinta slalu sma ngn artikel2 sy.plik sdgkn sy x kopipes dr forum anda pon sb slama nie sy slalu bc kt pges nie ja http://paramedik.bbfr.net/t5973-koleksi-tips-semanis-kurma.tataw plk byk artikel2 yg sma ngn forum korang. so soe lah yea klaw sapa2 nk kta sy kopipes dr pages tntang cinta nie sila lpakan niat anda sb sy bru ja join korang..
[Comment ID #33322 Will Be Quoted Here]
guna shotcut pd keybod pn blh kalo nak copy paste, xde yg mustahil dah skrg ni.
Ass…mav KK sebelum nya …Aq ga bermaksud mencuri isi dari ini…tp aq hargai tu adalah hak KK …aq pernah meletakkan nya di fb…klo aq meletakkan link kk…tu agak aneh dan aku malah di tuduh tman copas…
bahasa awam nya…tidak untuk di jual…saya rasa itu ga masalah…kecuali klo aq publikasikan tujuan untuk menjual…..itulah yang salah…mav sekali lagi…klo aku salah dalam hal ini…THX…tp klo aq nulis ttg cinta di blog aq…aku pasti tampilkan link Nya KK…thx skali lagi
[Comment ID #33727 Will Be Quoted Here]
Cuba Cik Najwa lihat bilakah artikel tersebut dipublishkan.
Contoh artikel Keistimewaan Wanita ini:
http://www.tentangcinta.com/tips-cinta/wanita-cinta/keistimewaan-wanita/ – Publish pada 6 Apr 2008.
Sedangkan artikel yang sama, Keistimewaan Wanita ini
http://paramedik.bbfr.net/t5973-koleksi-tips-semanis-kurma#189135
dipublish pada 28 Jul 2009.
So siapa yang tiru siapa ya agak2? ๐
saya minta maaf terlebih dahulu..sebab sy ader ambaek arikel dlm Tentang Cinta..tp saya ader letak link pada penghujung artikel supaya org tau karya tu bukan sy yg tulis…maaf ek..=)