Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada pembaca-pembaca Tentang Cinta sekalian. Percaya atau tidak, kita kini sudah masuk ke dekad yang baru. Syukur Alhamdulillah kita masih diberikan peluang oleh Allah swt untuk hidup dan bernafas di dunia ini. Sudah semestinya tahun 2010 tidak akan kita jumpa lagi kerana ia telah pergi meninggalkan kita untuk selama-lamanya.
Pelbagai perkara yang telah berlaku pada laman Tentang Cinta di tahun 2010. Ianya pernah dihack, terpaksa ditutup, bandwidth yang habis, dan macam-macam perkara lagi. Segala yang berlaku pada laman ini banyak memberikan kesan ke atas saya dan mungkin kepada para pembaca sekalian. Namun begitu, ianya sudah pasti mempunyai hikmahnya yang tersendiri yang kami percaya telah banyak mematangkan kami dan membuatkan kami lebih bersedia dalam menghadapi cabaran-cabaran yang akan datang.
Di tahun 2011, kami mempunyai pelbagai idea dan cadangan untuk laman Tentang Cinta. Di antaranya adalah kami akan membuka ruang bagi para blogger di luar sana untuk menjadi Guest Author di laman ini. Kepada mereka yang mengikuti kami di Facebook Tentang Cinta FC, sudah pasti mengetahui perkara ini. Kami telah menerima beberapa email daripada blogger yang ingin menjadi Guest Author itu. Terima kasih atas email yang diberikan dan kami akan maklumkan keputusannya dalam masa terdekat ini.
Akhir kata, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2011. Terima kasih atas sokongan dan pendapat yang anda berikan kepada kami sepanjang tahun 2010 yang lalu. Tanpa anda, Tentang Cinta ini hanyalah sebuah laman blog yang kosong tiada apa-apa. Kami doakan semoga anda semua semakin bertambah bahagia dan semakin ceria di tahun 2011 ini. Salam sayang buat pembaca-pembaca kami sekalian.. 😉
happy new years
happy upgrade the romance 2011 !!!
wow… e5nk n.a kyx gi2 ea.
love is blind…
love is true and love is perfect