Bismillahirrahmannirahim…
Assalamualaikum wbt dan apa khabar diucapkan kepada semua peminat dan pembaca laman web Tentang Cinta yang disayangi sekalian. Sedar tak sedar kita kini berada di tahun baru 2013. Syukur kepada Allah swt kerana memberikan kita peluang untuk bernafas dan merasai nikmat serta menjalani ujian di tahun yang baru ini.
Seperti biasa, apabila masuknya tahun baru kita akan menetapkan azam tahun baru kita. Ianya supaya kita dapat mempergunakan hidup yang kita ada ini dengan sebaik-baiknya dan melakukan perkara yang bermanfaat untuk diri kita dan orang lain.
Begitulah juga dengan Tentang Cinta. Kami di sini mempunyai beberapa matlamat yang ingin kami capai pada tahun ini. Di antaranya adalah,
Lancarkan ebook – InysaAllah jika diberikan kesempatan, kami akan melancarkan sebuah ebook pada tahun ini. Hampir 60% ebook itu telah pun disiapkan. Cuma masih tinggal beberapa bab yang perlu dimasukkan dan harap-harap ianya dapat dilancarkan dalam suku pertama tahun 2013 ini.
Sebulan satu artikel – Kami juga menetapkan akan sekurang-kurangnya menerbitkan satu artikel yang berkualiti untuk bacaan anda. Semoga perkongsian dan pengisian yang kami kongsikan dalam artikel itu nanti akan dapat meningkatkan lagi kasih sayang dan ikatan perhubungan anda dengan pasangan.
Bersosial di Facebook – Bukan itu sahaja, kami juga akan bersosial dan meluangkan masa dengan anda di Facebook. Kepada anda yang masih belum Like! fanpage kami, bolehlah Like! sekarang di Facebook Tentang Cinta. Semakin ramai yang bersosial bersama kami, semakin meriah la fanpage itu nanti. Macam-macam komen dan kenalan yang kita boleh jumpa di sana. Oh ya, kami juga akan buat pra-pelancaran ebook kami di Facebook. Jika anda ingin mendapatkan diskaun sebanyak 50%, baik Like! fanpage kami sekarang.
Theme baru Tentang Cinta – Hasrat yang sudah lama kami simpan sejak dari tahun 2010 lagi. Kami bercadang untuk menukar theme laman web Tentang Cinta ini. Tetapi sehingga sekarang kami masih belum menjumpai theme yang sesuai dengan tema dan kehendak kami sendiri. Jika anda mempunyai kenalan yang pandai dalam design website, sila emailkan kepada kami di . Bajet kami tidaklah banyak, tetapi boleh la sedikit sebanyak untuk cover cost design tersebut.
So, itulah sedikit sebanyak matlamat yang kami ingin capai pada tahun ini. Diharapkan dengan sokongan dan bantuan dari anda semua akan dapat kami rialisasikan matlamat kami itu. InsyaAllah tahun depan, kita sama-sama check samada tercapai atau tidak matlamat kami ini ya?
Kami sudah kongsi matlamat kami untuk tahun 2013. Apa pula matlamat/azam anda tahun ini? Jom kongsikan bersama kami di sini.
Leave a Reply