Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada pembaca dan peminat Tentang Cinta sekalian. Apa khabar semua? Harap anda semua sihat sejahtera di samping insan yang tersayang… π
Seperti yang semua sedia maklum, laman Tentang Cinta dan Forum Tentang Cinta telah ditutup pada hujung minggu yang lalu disebabkan kami dalam proses untuk memindahkan laman ini ke server yang baru. Proses yang memakan masa lebih kurang 48 jam ini telah pun berakhir dan selesai sepenuhnya. Syukur Alhamdulillah kerana tiada sebarang masalah besar yang berlaku sepanjang proses perpindahan ini.
Mudah-mudahan selepas ini tiada lagi masalah yang berlaku pada laman Tentang Cinta dan Forum Tentang Cinta yang kita sayangi ni (ye ke sayang eh?) Kalau tidak, dihujung-hujung bulan selalu je reached bandwidth limit dan kadang-kadang berlaku masalah pada database. Tak sanggup kami hendak melihatnya apabila berlaku masalah-masalah sebegitu. Itulah sebabnya kami mengambil keputusan untuk berpindah ke server yang baru dengan “halaman” yang lebih luas dan lebih selesa. π
Anyway, kami ingin memohon ampun dan maaf kerana tak maklumkan lebih awal mengenai isu perpindahan ini. Ingatkan nak buat surprise, tapi tak jadi pulak. Heh! Ha..dan lagi satu, kalau-kalau ada terjumpa masalah atau error di laman ini atau di forum, harap dapat maklumkan kepada kami ya.
Terima kasih atas kerjasama yang kalian berikan kepada kami selama ini. Sesungguhnya kami tidak akan bertahan sehingga sekarang tanpa sokongan dan galakan daripada anda. Kami doakan semoga anda bahagia dan happy selalu di dunia dan akhirat.. π
Melati
Salam =)
Tahniah dah ada rumah baru =)
Pertama kali kesini dan artikel nampak banyak yang menarik,. =)
Firdaus Kasim
dalam byk2 blog, blog nie paling cantik.. tahniah ye.. kalo ada masa sila beri nasihat anda pada blog saya ya.. kisahcintasayang.blogspot.com
Syahira
TAHNIAH ! π
tratemarq
Masuk rumah baru dah?Tahniah!
Moga masalah lalu takkan berulang pada admin.
hehehe…surprise yang sungguh misteri:)