Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca-pembaca Tentang Cinta yang disayangi sekalian. Seperti yang telah kami maklumkan di dalam entri awal tahun tempoh hari, kami sedang membuka peluang kepada anda dan para blogger di luar sana yang ingin menjadi Guest Author di laman Tentang Cinta kami.
Mungkin ada di antara anda yang tidak tahu apakah itu Guest Author. Guest Author adalah penulis jemputan yang kami pilih dikalangan blogger bagi menulis artikel-artikel cinta untuk diterbitkan di laman ini. Setiap artikel yang terpilih akan diterbitkan di laman Tentang Cinta dan akan dibaca oleh ribuan pembaca dan peminat Tentang Cinta setiap hari.
Namun begitu, ada beberapa syarat-syarat yang perlu Guest Author patuhi sebelum kami dapat menerbitkan artikel yang mereka hantarkan. Di antara syarat-syaratnya adalah:
- Artikel mestilah mengandungi sekurang-kurangnya 500 patah perkataan.
- Artikel mestilah ditulis dalam salah satu kategori berikut:
- Artikel Cinta
- Tips Cinta
- Cerpen Cinta
- Kisah Cinta
- Kreativiti Cinta
- Artikel yang ditulis mestilah asli, hasil daripada penulisan sendiri dan bukannya diciplak daripada mana-mana sumber yang sedia ada.
- Artikel tersebut tidak pernah diterbitkan atau dipaparkan samada di blog Guest Author atau di mana-mana sumber yang sedia ada.
- Artikel yang ditulis tidak menggunakan sebarang singkatan yang akan menyukarkan pembaca untuk membacanya.
- Guest Author tidak dibenarkan menerbitkan artikel yang dihantar di blog sendiri atau di mana-mana blog yang lain.
- Sekiranya artikel tersebut tidak dipilih untuk diterbitkan, Guest Author dibenarkan untuk menerbitkan artikel itu di blog mereka atau di mana-mana blog yang lain.
- Artikel yang diterbitkan akan menjadi hak milik pentadbir Tentang Cinta sepenuhnya.
- Namun begitu, artikel yang diterbitkan akan dikreditkan kepada Guest Author bersama-sama dengan nama beserta penerangan ringkas latar belakang Guest Author dan link ke blog Guest Author tersebut.
- Guest Author bersetuju untuk memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan seperti di atas.
Sekiranya anda berminat untuk menjadi Guest Author di laman Tentang Cinta, sila hantarkan hasil penulisan anda ke berserta dengan:
- Nama Penuh atau Nickname
- Penerangan ringkas mengenai diri anda
- Blog URL
Dan sila pastikan tajuk email anda mengikut format ini:
[Guest Author Tentang Cinta] <Tajuk Artikel>
bagi memudahkan kami membezakan artikel Guest Author dan juga artikel yang dihantar oleh peminat Tentang Cinta.
Segala kerjasama dan sokongan anda, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. ๐
CHIENTA QASEH
i nak submit i punya cerpen.ni i karang sendiri kisah hidup i yang realiti.
Mr Teddy
Ok, hantarkan lah kepada kami… ๐
Humaira'
salam…
saya seperti berminat untuk berkongsi sedikit pengalaman cinta saya, tetapi saya bukanlah seorang penulis blog. adakah saya boleh menghantar artikel saya kepada anda?
mimie@93
salam…..sy pom brmint untk brkgsi kish2 cnta kt cni….
Firdaus Kasim
tips-tips cinta nak ditulis sebanyak 500 patah perkataan? OMG!
Mr Teddy
Aah. 500 patah perkataan. Boleh? :p
ann
saya penah hantar article tp x pasti adakah direject atau x sampai kpd admin tentang cinta
Miss Independent
Assalamualaikum ๐
Saya nak tanya, macam mana nak tahu sama ada artikel yang dihantar telah dipublish atau tak? Maksud saya, adakah setiap kiriman emel akan dibalas? terima kasih! ^_^
nor amira
sya juga ingin mengonsikn ttg cinta disini… bolehkah sya mengonsikan ttg cinta di sini??
agen resmi jelly gamat gold
mw donk ๐