“Selamat tahun baru 2017!” -Mr Teddy.
Artikel ini adalah masalah cinta yang dikongsikan oleh pembaca melalui email dan dijawab oleh Mr Teddy. Jika anda mempunyai sebarang masalah cinta untuk dikongsikan, boleh hubungi Mr Teddy di sini.
asalam,saya nk tanye pendapat author tentang kisah saya..
saya sangat menyayangi die …dan die pun sngt menyanyangi saye…dia selalu nagis jikalau kami bergaduh..adakah itu tande dia marah atau sedih akan pergaduhan kami…saya banyak kali bergaduh dengan die…ape pendapat author tanda lelaki nangis ialah maksudnye die benci akan wanita atau die sangat menyayangi kita
Jawapan Mr Teddy
Wassalam. Ianya adalah normal untuk seseorang itu menangis. Apabila seseorang itu menangis, itu tandanya dia seorang yang gembira.
Kenapa saya berkata demikian?
Air mata mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Apabila seseorang itu menangis, dia akan dapat meredakan perasaan stress yang dia alami. Dia juga akan dapat menaikkan semula mood dirinya apabila dia menangis.
Kalau seseorang itu tidak menangis, dia akan rasa sangat tertekan. Perasaan sedih yang terbendung dalam dirinya itu tidak dapat dikeluarkan. Kalau makin lama dibiarkan, ianya mungkin membahayakan dirinya sendiri.
Saya bukanlah seorang pakar dalam bidang perubatan atau psikologi. Tetapi saya percaya menangis adalah di antara terapi yang dapat menenangkan seseorang.
Berbalik kepada persoalan awak tadi, daripada apa yang awak ceritakan adalah lebih kepada si dia amat menyayangi awak. Kalau dia marah, dia takkan nangis pun bila bergaduh dengan awak. Lebih baik dia tidak ambil peduli dan pergi je tinggalkan awak. Tetapi dalam situasi ini, dia menangis bila setiap kali bergaduh dengan awak.
Kalau awak masih tak sure, boleh baca artikel saya tentang, 20 Tanda Apabila Lelaki Serius dalam Percintaan.
Tetapi sebelum tu, saya nak tanya. Dia ni anak yang ke berapa? Pelbagai faktor boleh memainkan peranan dalam situasi ini. Dari segi kedudukan dalam adik-beradik, perhatian yang diberikan dalam keluarga dan rakan-rakan juga boleh memainkan peranan.
Walau bagaimanapun, pada pendapat saya yang berdasarkan pada apa yang awak ceritakan ini, si dia lebih kepada menangis kerana menyayangi awak. Dia sayangkan perhubungan awak berdua.
Next time kalau awak berdua bergaduh, elakkan la bergaduh yang berlebih-lebihan. Masing-masing bertolak ansur antara satu sama lain. Selesaikan masalah bersama-sama. Jangan hanya menuding jari dan pentingkan diri.
Dalam perhubungan, kena harmoni. Barulah perhubungan itu, dihargai. Peace!
Bunda Aisyah
Bahkan tangisan laki-laki bisa lebih ikhlas daripada tangisan seorang wanita
sumbercenel
Ikhlas laki-laki menangis, agar setia kepada teman sahabat akrab.
jubah muslim
laki-laki memnag kuat, masih lebih kuat perempuan 😀
Erwin Pratama
Lelaki itu kuat namun lelaki juga boleh menangis.
DG
terkadang merasa terlalu senang bahwa pria itu akan menangis
Milagros
Thank ya…artikel bagus