Baru-baru ini saya ada menerima email dari salah seorang pembaca Tentang Cinta yang bertanyakan tentang situasi di bawah:
mr teddy, sy kalau blh nk mr teddy buat artikel tentang nk atasi fikiran ble ada org menyindir kita. jujur sy katakan sy nk menangis ble ada org sindir sy. lebih2 lg dsindir dpan org rmai.sy mhon bntuannya ye.
Sindir; atau mengejek. Saya percaya kita semua pernah lalui situasi tersebut, bukan?
Lagi-lagi semasa kita di zaman kanak-kanak dulu selalu main ejek-ejek siap pakai nama mak bapak lagi. Dan kalau yang ekstremnya sampai boleh buat gaduh. Mana tidaknya, siap nama atuk nenek moyang semua keluar.
Tetapi sikap suka mengejek itu tidak hanya terhenti di zaman kanak-kanak saja.
Apabila di zaman remaja atau dewasa ini kita lebih menggunakan istilah ‘bahan-membahan’. Kadang-kadang bila bahan tu sampai tak ingat dunia. Betul-betul bagi sampai terduduk orang yang kena bahan tu.
Ejeken seperti gemuk, gendut, debab, keremping, papan, sekeping, jonggang, dan sumbing adalah di antara kata-kata yang biasa digunakan orang. Kalau hati tak kuat, memang berjurai air mata. Dan sah-sah menangis bila diejek di hadapan orang ramai.
Jadi, macam mana cara nak atasi situasi macam ini? Apabila orang ejek anda, apa yang akan anda lakukan?
Kalau anda tanya saya, mudah saja.
1. Abaikan saja, buat tak tahu
Bila anda diejek atau disindir orang, abaikan saja apa yang orang ejekkan tu. Tak payah dilayan. Biarkan saja apa yang dia nak cakap. Sebenarnya dia lagi suka kalau anda bila diejek. Jadi lebih baik anda abaikan dan buat tak tahu saja bila dia mengata anda itu dan ini.
2. Yakin pada diri sendiri
Apa yang dia cakapkan itu tak semestinya betul. Kalau dia kata anda gemuk, well, apa salahnya kalau anda gemuk? Gemuk, gemuk pun ada je orang gemuk yang jadi artis. Siap femes lagi. Gemuk, gemuk pun ada je yang berkahwin dengan orang yang cantik. Siap dapat anak comel lagi. Jadi tak perlu anda nak merasa rendah diri dengan kata-kata orang. Mereka sebenarnya dengki dengan kelebihan anda. Anda perlu yakin bahawa anda ada keistimewaan anda sendiri. Gunakan keistimewaan dan kelebihan yang ada pada anda dengan sebaiknya.
3. Malukan dia balik
Jika anda dapat ikuti dua tips pertama saya di atas, saya percaya anda mesti berani untuk balas balik dia. Walaupun tips ketiga ini sedikit jahat, tetapi sekali sekala apa salahnya kan? (ehem!) Ambil peluang ini untuk malukan dia balik. Kalau anda ada point besar, keluarkan point tu. Tetapi pastikan point yang anda nak gunakan itu betul-betul point yang terbaik. Bagi dia sentap!
Ejek mengejek ini sebenarnya lebih kepada perang psikologi. Dalam setiap peperangan, mesti ada strategi. Jika anda rasa susah sangat tak boleh nak ikut ketiga-tiga tips saya di atas, anda pakai saja tips yang pertama tu; Abaikan saja, buat tak tahu.
Itu tips dari saya. Anda pula bagaimana?
Ada tak apa-apa tips cara nak atasi bila orang mengejek kita? Kalau ada, sudi-sudikanlah berkongsi dengan kami di bahagian komen.
Psst… Kalau anda gemuk dan ingin kuruskan berat badan, boleh dapatkan Rahsia Sistem Diet Kamikaze ini. Ramai dah yang berjaya kurangkan berat badan dengan kaedah yang dikongsikan oleh saudara Ben kita ni.
Cerita kena sindir…saya x ambil port org sindir2 ni. Kita kena tengok situasi diri orang itu. Selalunya orang yg suka menyindir ni, ada banyak kekurangan pada diri dia. Jadi untuk menutup kekurangan itu, dia mula menyidir orang. Ini pada dia, adalah satu kepuasan pada diri dia, sebab dia rasa mendapat membalas dendam ttg apa yg dia x suka atau apa yang lebih pada orang yang disindirnya itu. Biarkan dia terus main lagu sindir menyindir ini. Kita diamkan saja kerana kita dapat buktikan bahawa kesabaran itu milik kita. Dalam diam2 itu, jangan pulak hati kita berkata2 yang tidak baik. Kalau begini, kita dan meletak diri kita sama taraf dengan dia. Buang jauh2 sifat penyakit hati itu. Believe me, at the end of the day, diakhirat kelak, dia akan menjadi muflis…dimana pahala2nya pergi kepada orang lain kerana membayar hutang2 sindirannya . X cukup dibayar dengan pahala2nya, maka dosa2 orang yg dia sindir itu akan pergi kepada dia. Rugi didunia, x ape. di sini sekejap saja. Di akhirat nanti yang lama. So, you dont lose anything. Hati mesti bersih.
tq for your information
hebatnya.. jikalau saya seberani itu… saya masih mencari keberanian.. sdg mencari kelebihan diri.. aku insan yang lemah…
susah banget rasanya jika dalam keadaan seperti ini,, saya sering merasakannya..