Bukan mudah untuk kita melupakan kekasih lama. Kekasih yang telah kita kenal sejak sekian lama, tiba-tiba pergi begitu sahaja. Perhubungan yang dibina selama ini, putus seperti tidak ada apa yang pernah berlaku.
Walaupun hidup mesti diteruskan, tetapi hati dan fikiran masih tetap teringat pada si dia. Orang yang pernah kita sayang, orang yang pernah kita gaduh, orang yang pernah kita mengusik dan bermanja. Bukan mudah untuk melupakan semuanya, kan?
Tetapi jika anda betul-betul ingin melupakan si dia, di sini saya kongsikan 12 cara bagaimana untuk melupakan kekasih lama.
1. Senaraikan perkara-perkara yang anda ingin lakukan selama ini yang anda tidak pernah lakukan: Selama anda berkenalan dengan kekasih lama, anda mempunyai banyak perkara yang ingin anda lakukan. Tetapi disebabkan kekangan masa dan komitmen dalam perhubungan membuatkan anda tidak berkesempatan untuk melakukannya. Dengan menyenaraikan perkara-perkara yang anda ingin lakukan ini akan membuatkan anda dapat melihat betapa banyaknya perkara lain yang boleh anda lakukan selain mengingati kekasih lama yang tidak lagi bersama anda.
2. Ceriakan diri anda: Memang sukar untuk melalui hari-hari tanpa si dia di sisi. Diri terasa sepi, sunyi tanpa teman. Tetapi hidup mesti diteruskan. Walaupun pelbagai dugaan yang dilalui, anda perlu kuat untuk meneruskan kehidupan anda. Mulakan sesuatu yang baru. Sekurang-kurangnya anda akan rasa gembira kerana mempunyai pengalaman baru.
3. Jumpa dengan kawan-kawan lama: Atau berjumpa dengan kawan-kawan baru anda. Salah satu cara untuk anda berkenalan dengan kawan baru adalah dengan menyertai persatuan atau kelab yang sama minat dengan anda. Mungkin anda minat pada kucing. Jadi apa kata anda cari fanpage peminat-peminat kucing di Facebook seperti Dunia Kucing contohnya, dan berkenalanlah dengan peminat-peminat kucing yang lain.
4. Brainwash dan gunakan akal logik untuk menghilangkan perasaan sedih: Jika pasangan anda sebelum ini menyusahkan hidup anda, jadi mudah untuk anda melupakannya. Apa yang perlu anda lakukan adalah imbas kembali benda-benda negatif yang menyakitkan hati yang pernah si dia lakukan. Itu akan membuatkan anda semakin menyampah untuk ingat pada kekasih lama itu. Tetapi, jika si dia merupakan seorang yang baik, mungkin sukar sedikit untuk anda melupakannya. Anda perlu gembira kerana anda diberikan peluang untuk berjumpa dan berkenalan dengan seorang kekasih yang baik hati. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin kebaikan yang anda terima dari si dia selama ini adalah untuk menjadikan anda lebih kuat untuk perhubungan anda yang akan datang.
5. Hargai dirinya: Walau apapun yang pernah berlaku antara anda dengan si dia, maafkanlah segala kesilapan dan kesalahannya. Jika anda berani, berjumpa dan berdepan dengan dia. Nyatakan kepadanya yang anda selama ini sangat terasa hati ketika bersama dengannya. Tetapi, katakan juga yang anda telah pun memaafkan segala kesilapan yang telah si dia lakukan. Ini akan membuatkan diri anda rasa lebih lega kerana telah memaafkan dan membebaskan perasaan dendam yang tersimpan dalam diri anda selama ini.
7. Pandanglah jauh ke depan: Ingatlah, kehidupan ini adalah untuk memberi dan menerima. Tidak semestinya dengan bercinta sahaja akan membuatkan diri anda ceria. Ada banyak lagi perkara lain yang membolehkan anda untuk pergi jauh ke depan. Jadikan segala apa yang berlaku pada diri anda selama ini sebagai pengajaran yang bermakna dalam diri anda. Secara tidak lansung, perasaan sedih dan kerisauan anda akan hilang dengan sendirinya.
8. Kuatkan semangat: Jangan mudah untuk putus asa dan berhenti berharap. Anda perlu kuatkan semangat anda. Walaupun si dia telah pergi meninggalkan anda, tetapi anda sebenarnya masih mempunyai perkara lain yang boleh menggembirakan hati anda. Kembalilah semula mengingati Allah Yang Maha Esa. Mungkin selama ini anda lalai dan lupa kepada siapa yang patut anda curahkan perasaan dan derita. Kembalilah kepadaNya, dan bersyukurlah kerana Allah masih menyanyangi anda dengan memberikan ujian-ujian seperti ini agar anda tidak terpesong jauh dariNya.
9. Elakkan dari bercerita tentang kekasih lama anda: Benda yang berlalu, usahlah dikenang. Yang pergi, biarkan ia berlalu pergi. Janganlah anda asyik berceritakan tentang kekasih lama anda kepada rakan-rakan anda. Semakin banyak anda ceritakan kisah-kisah lama dengan rakan-rakan, semakin meluat dan rimas mereka rasa. Jangan pula sampai rakan-rakan meninggalkan anda pula. Apabila anda keseorangan, semakin sukarlah untuk anda melupakan pasangan anda itu nanti.
10. Padamkan kesemuanya: Ya, padamkan segala mesej-mesej SMS, panggilan telefon, atau no phone si dia dari handphone anda. Ianya mungkin pedih, mungkin sukar, tetapi itu adalah kebaikan untuk anda bagi melupakannya. Lagipun, anda tidak memerlukannya lagi, kan? Tidak guna untuk anda menyimpan segala kenangan itu semua dalam handphone dan laptop anda. Buangkan saja.
11. Elakkan dari bersendirian: Apabila anda bersendirian, anda akan cenderung untuk mengingat semula kekasih lama anda. Untuk itu, adalah lebih baik jika anda melakukan perkara-perkara lain atau berjumpalah dengan rakan-rakan anda. Jangan duduk bersendirian dan memasang lagu-lagu romantik yang biasa anda berdua dengar bersama-sama pada suatu ketika dahulu. Saya tahu, setiap pasangan pasti mempunyai “lagu tema” mereka masing-masing. Jika anda ingin melupakan si dia sepenuhnya, elakkan dari mendengar lagu tema anda berdua.
12. Buangkan segala benda yang membuatkan anda ingat pada si dia: Ini mungkin satu tindakan yang drastik, tetapi ianya satu cara yang paling terbaik untuk anda melupakannya. Buangkan segala benda yang membuatkan anda ingat pada kekasih lama. Jika si dia pernah berikan anda jam tangan, teddy bear, baju, atau apa sahaja, buangkan saja ke dalam tong sampah. Jika anda masih ada perasaan belas kasihan, pulangkan semula barang-barang itu kepada si dia. Anda tidak perlukannya lagi. Anda ingin melupakannya. Jadi buangkan sahaja benda-benda tersebut yang tidak lagi bermakna dalam hidup anda.
Jika anda mahukan panduan yang lengkap, saya ada menulis ebook Bila Aku Putus Cinta yang khusus untuk anda yang kecewa kerana putus cinta.
Dapatkan ebook Bila Aku Putus Cinta di sini!
Tetapi ingatlah, walau apapun yang berlaku dalam hidup kita, pasti ada hikmahnya. Cuma kita sahaja yang belum menjumpai dan merasai kebaikan ke atas apa yang telah berlaku pada diri kita.
Hidup tidak semstinya sentiasa indah. Kadang-kala kita di atas, kadang-kala kita di bawah.
Memang sukar untuk melupakan orang yang kita sayang, tetapi demi diri kebaikan diri sendiri jugalah kita perlu berusaha melupakan kekasih lama.
Saya doakan agar anda tabah, dan kuat menghadapi cabaran liku-liku kehidupan dalam percintaan. 🙂
iZyAn cOmEy
Saya dah cuba semuanya. Berkesan. :]
MaWaR RinDu
can I copy this??
Hanya Aku
Nmpk mudah ttpi sukar bla fikiran mula mngingati smula knapa dia brtahta di hati… Dan hati mula rasa rindu…
kata mutiara cinta
ini dia…yang saya cari, makasi tips melupakan dia….
Sistem Pemerintahan Indonesia
bagus sekali tipsnya,,,, semoga dapat melupakan si dia
ika
x berkesan la. . da cbe. . sy ttp ingt dy . btpe kuatny dy at aty sy. .
jejaka kampung
Percaya lah didlm hati anda…Hanya dengan mengingati Allah s.w.t saja hati anda akan menjadi tenang.. realitinya…
Cinta manusia hanya seketika dan ianya tidak akan sampai sehingga 1000thn.. tp Cinta Allah s.w.t pd hambanya yang beriman dan mengingatinya selalu akan kekal selamanya yg akan membawa hambanya itu ke syurga jannah utk kekal bahagia selama – lamanya…
Kata-kata Cinta
hikkk tipnya sangat bagus,, semoga bisa melupakannya
nur iman syamimie(mell)
insyaAllah ana jarrib utruk huwwa..
syukran li musa’adatik..:'(
Kata Cinta Romantis
sukar sekali,,,,,nyerah, aku cinta mantanku
aku tetap setia
Terima kasih atas info yg dberi…amat membantu.tp jika kekasih lama muncul setelah 15 tahun berlalu..terasa amat terhiris.pedih tidak terkira..sengsara..tambah lagi kemunculannya berstatus suami org..semoga Tuhan teguhkan pintu hatiku untuk menjaga hati suami tercinta.
mohdsolihin
mane nombo 6 ? lpas nombo 5 trus nmbe 7 ??
collinn fernando
jika smua cra dlm ni xbrksan,anda try yg ni…(jika anda slalu brmmpikan psl org lain slain si dia,maka itulah grx bru anda)..slamat mncuba..;)
mie
dh bce sume.. dh try yg trmampu.. tp fkiran msih pd die.. ajal yg bisa memutuskn semua
Njsg Hikashi
Susah bro . Aq dh cuba . Tapi x boleh jgak sebab tiap2 hari muka dia jer aq nmpak dalam kelas . Stress woo .
qiera
Terlalu sukar sis
eadilyson
Sya sangat sukar melupakan dia…sya mau cari penganti gf saya..ni no saya 014 8636029….siapa mau sya…
eadilyson
Sya sukar melupakan dia..sya mau cri pengganti dia…siapa mau sya ni no sya 0148636029
iamONTET
Saya tdk dpt lupakan si dia… what shud I do??? Saya takut akan jadi gila. 🙁
Huzairin
Susah la nk ikut, masih ingat lgi kat si dia
siti payung
baru baca entry ni..
ye akan mencuba..
tuhan jea thu mcm mne rasa nya bila ex kita akan berkhwin dlm masa yg terdekat.
semoga sya tabah hadapi semua ni..
InshaaAllah…
Reiya
sangat susah sebenarnya nak lupakan si dia bila dah 5 tahun bercinta dengan takdir Allah kami berpisah. Saya tahu masih ada rasa cinta antara satu sama lain tetapi keadaan x mengizinkan kami terus bersama. Alhamdulillah saya rasa sangat tenang bila saya dekatkan diri dengan yang Maha Esa memohon petunjuk dan kekuatan. Cuma bila waktu bersendirian (sebelum tidur) sy mmg akan teringatkan dia..
Semoga Allah temukan jalan yang terbaik untuk kami.
semoga si dia juga tabah di sana.
InsyaAllah..
unknown
mcm mne mau dpt ebook tuh? boleh wasap sja?
rina
melupakan bukanlah hal yang mudah tapi harus di coba
AINI ALIAS
thanks alot….
will try
lili
mungkin lebih senang untuk melupakan seseorang yg kita tak akan jumpa lagi tapi susah untuk kita lupakan seseorang yg selalu kita lihat susah sangat sangat soooo what should i dooooooo
ikram
nak kenal boleh?
se
dah cuba. susah sangat nak lupa. dia terlalu baik dan taktau apa punca dia berubah. takda sebab nak benci sebabtu susah sangat nak lupa. hari2 teringat. hari2 moody. hari2 menangis tapi dia buat tak endah je. bedebah betul -,-
Frutablend
Terima kasih tipsnya Mr teddy,,
ZamiWings
Betol la bro. Bila sensorg asyik teringat je. Hampeh betol
Mohd Zulkhair
Setuju point bro. Susah nak hilang dari fikiran sebenarnya. Sentiasa teringat…
Erick
Sa xtau knpa sa asyik mimpikn dea…Dan d sna sa ingt semua kenagan kmi…Dan skrg sy merasakn permpun Itu sngt kejam…adaka sa perlu brcinta la…
KayD
Susah untuk melupakan si dia
Nono
Susah sgt2…. wlaupn skrg dh kwen msuk 3rahun, tp peritnya tu tetap sama… Ya Allah kuatkan htiku… ampunilah ak.. rsa mrh dgn dri sndri knp susah sgt nk lupakn dia wlaupn dua2 dh bkeluarga… stiap msa duk trigt dia pdhl suami sndri ad dpn mata… Ya Allah ampunkan aku… niat nk brkwin dlu pn mmg sbb nak lupakn dia, tp x… msih sama… tetap xblh lupa….