Tips Cinta ini telah di sampaikan oleh saudari Puteri Ardini di Forum Tentang Cinta.
1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).
2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).
3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”
5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).
6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah kamu dapat melihatnya.”
7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.
8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.
9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.
10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.
11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.
12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.
13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.
14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.
15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.
16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”
17. “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”
18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.
19. “Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w.:
i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
iii. Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)
iv. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
v. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.
20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:”
a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil
* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.
21. Asma’ binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.
22. Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:”
a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah SWT
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h. Ingat kepada mati.
23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:
a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.
24. Wajib bagi wanita:
a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.
ader ke lagi wanita yg perfect macam ni… wanita sekarang bekerja.. beranak… bersosial… sang suami pon ader lagi ke yg bebetol setia? yang memegang agama sekuatnya? sang suami selalu nya ingat agama biler nk berpoligami… masa tu la ingat poligami tu halal, sang isteri kalau agains suami nye kehendak berdosa… walhal semayang pon tinggal… pose apetah lagi. duniawi…..
insyallah…masih ada wanita yg masih menjaga tertibnya bersama suami.
peringatan dan perkongsian dibuat bukan utk mencari kesempurnaan seseorang tapi menuju kearah kesempurnaan. kesempurnaan hanya milik Allah…
ingatlah…lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.
betul….wanita mudah masuk syurga…mudah juga masuk neraka… tp lelaki sekarang banyak yang lupa pada tanggungjawap…mereka banyak mementingkan hak mereka…tanpa mereka memikirkan hak bersama antara suami isteri…tak boleh jugak salahkan wanita semata2 dalm s0al rumahtangga,jika sesuatu hubungan tu hambar…kedua2nya harus sama2 menjaga keharm0nian alam perkahwinan….barulah yang teguh hubungan itu…
setuju kak…dh khwin, prmpuan yg byk telan sendiri. lelaki2 berangan bila baca ayat2 kat atas ni. bukn nk kutuk (sbb sy pon xkhwin lgi) tp lelaki2 yg sebetul2nya baik yg kita jumpa, dorg ni la yg jenis humble, memahami isteri & selalu bantu isteri. Macam rasulullah kn..humble gitu…dh tinggi darjat bginda..nk buat dosa pon xpe, tp baginda humble..kita ni haa dok berangan je lebih..dosa dh byk, buat baik dh le kurang… kosong “duit” saham akhirat kita. kena saling ingat dosa msg2 pd tuhan. tu je kunci nk bahagia kalau xnk mati kena kutuk berzaman2 oleh anak cucu sendiri..
Bagaimana jika suami malas bekerja dan si isteri terpaksa memikul tggjwb sebagai isteri,ibu dan ayah?
isteri boleh mengadu pd pejabat agama n boleh tuntut fasakh atas sbb nafkah zahir yg tidak diberi.
talak hak suami tapi fasakh hak isteri.
inshaAllah ada lelaki yg mampu utk setia, mampu utk jadi suami yang baik, mampu utk jadi bapa yang mithali, yang sayang pada isterinya sepenuh jiwa raganya, yang sanggup korbankan darah dan nyawa demi isterinya yg tercinta, dan setia menanti isterinya sehingga ke pintu syurga..
yakinlah, lelaki yang baik utk perempuan yg baik, perempuan yg baik utk lelaki yg baik juga.. itu adalah sunnatullah..
Allah Maha Mengetahui apa yang tersurat dan apa yang tersirat..
bersabar, berdoa dan berusaha untuk mendapatkan soulmate yang ideal, yang mematuhi standard dan piawaian syariat Islam..
muhasabah, kita kena sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, acapkali manusia ini alpa dengan segala nikmat dan kurniaan Allah S.W.T
tp kdg2 pon Allah boleh je nk uji, lelaki baik je mula2 =) hak nk uji tu hak milik Allah. bukn sbb Allah benci, tp nk tinggikn lgi darjat org yg diuji tu dn diampunkn dosa dia. Mcm fira’un dgn Asiah =) mmg jauh brtentangan. Tp, Asiah dpt byk kefahaman agama yg lebih dri kejahiln suami dia. Kita je xthu. semua kena bljr agama utk thu hak msg2 dlm agama =)
[Comment ID #34682 Will Be Quoted Here]
hmmm…
yakinlah,, wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik..
nice…
Lelaki y baik kawin pompuan y kurang baek pn x pe..lelaki tu blh bimbing pompuan ni
hahaha…alasang2…bese la kiter niekan manusia…takde alasang bukan manusia la name nyer…tuhan tak pakse kiter nk ikut…cumerrrrrrr…kt sane jgn la nyesal yea..kaum wanita yg dihormati…hahaha
lelaki ketua keluarga..mcm negara jahanam, rakyat akn tanye..=P sama je dgn lelaki..alasan…alasan..=P kalau tuhan tanya kelak dekat sana, hak2 anak & hak isteri awk dh penuhkn belum, jwb jugak ler dkt akhirat =P kebiasaannya lelaki yg thu betapa beratnya tanggungjwb ni je yg akn serius.. *ni apa yg sy nmpk la dgn mata kasar sndiri =P*
– insyallah aku ingatkan….,!!!!hahaha
tiasa kesempurnaan dalam diri seseorang sehinggalah dia yg menciptakan kesempurnaan utk dirinya sendiri..
Allah mencipta setiap kejadian ada akan hikmahnya..telah trcatit dalam caoretan setiap manusia sejak roh ditiupkan kedalam rahim si ibu…
percayalah..dia maha berkehendak atas segalanya..
segala kekurangan tetapi diterima dengan keihklasan..insyaAllah..ianya akan melengkapi dan mencukupi untuk setiap sesuatu…
betul. setuju. ini je rahsia sebaik2 kebahagiaan
ORG YG GEMUK TAPI KURUS TU MACAM MANA?
qay:maksudnya sihat tubuh badan tapi kurang amal ibadatnya
aju tak gentar
7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada nur baginya
PE MAKSUD ‘DALAM KEADAAN BERHIAS’ , PKAI MEKAP KE…?
SAPE2 YG TAHU TOLNG BLAZ EH
MAKSUDNYA WANITA YG MEMPERLIHATKAN KECANTIKANNYA DGN CARA BERHIAS ,MEMAKAI BEDAKA,MAKE UP,YG DIPERLIHATKAN UNTUK ORANG LAIN YG BUKAN MAHRAMNYA BUKAN UNTUK SUAMINYA.
Lelaki / suami juga perlulah memberi contoh yang baik kepada wanita. Ada lelaki yang tinggal solat, jenis yang mudah marah dan tidak boleh menerima teguran isteri, paling teruk tidak memberi nafkah, duit kepada isteri macam mana? kena review balik perangai suami. Jika suami baik insyaAllah isteri akan jadi baik dengan didikan dan advice dari suami.
azhar sayang dyana
hurm…borink tak ade bf….xda teman nk msg…hurmm
bacalah buat renungan
baca buat renungan
tapi selalu asyik mengagungkan lelaki jer sampai isteri terkadang selalu berendam air mata.. nak luahkan suami tak sudi dengar.. nak luahkan kat kawan dah dikira buka keaiban.. terkadang wanita yang dahulunya ceria berubah menjadi pendiam.. suami memandang rendah dan selalu hina pada isteri.. bila isteri nak berubah suami bataskan dengan tidak boleh.. asyik lelaki jer yang selalu diagongkan
ASSALAMUALAiKUM lela,
bukan soalnya mengagung2kan lelaki..ALLAH MAHA ADIL..tugas isteri hanya mentaati suami shj..insyallah peroleh syurga..tugas suami merupakan pemimpin kepada isterinya, anaknya, adik2 perempuannya,kakak2 perempuan..sekiranya berlaku maksiat keatas mereka, golongan kami ni la bertanggungjawab untuk memimpin mereka dan dipersoalkan kelak..ketahuilah MAHA ADILNYA ALLAH..seagung2 lelaki akhirnya syurga lelaki dibawah telapak kaki ibu jua..siapakah ibu itu..?? kaum WANITA..
wallahualam.
kak. byk baca quran kak =) mcm mak sy, kdg2 pening kepala..tp yakinlah kak =) xsuami yg gemberikn akk (nnt suami pergi jugak), anak2 nnt Allah yg bgi utk gembirakan akk. Allah sayang para ibu. Nabi kan dh suruh Allah utamakan para ibu. 3x nabi sebut. kalau ada hak akk yg suami x tunaikn, itu dia dgn tuhan. skrg akk tunaikn je apa yg Allah suruh akk buat pd suami. Sbb itu hak antara akk dgn tuhan taw. Ingt, tuhan sygkn kita. sygkn org2 yg taat perintah dia (bukn perintah suami. Suami follow perintah tuhan peringtkn kita utk taat dia =)…utk saham “duit” akhirat akk jugk nnt…nk invest utk beli istana,,byk “duit” yg kita perlukn… pengorbanan.. kdg2, ahli nya buknlkh suami…(kalau suami nk jugk, dia pn kena ikut perinth tuhn yg tuhn kata berlaku adil kpd isteri etc…) byk manisnya nnt =) xde pengorbanan yg xbuahkn hasil =)
Jika suami tidak memberi nafkah yg sepatutnya maka gugurlah pula hak2 suami terhadap isteri. Maka isteri itu boleh meminta fasakh dengan mengadu kepada Qadhi.
Jika suami itu pemarah etc walhal semua nafkah yang secukupnya telah diberi, maka isteri perlulah memandang itu sebagai satu cubaan baginya. Jika dia melepasi cubaan itu, berbahagialah dia senang memasuki Syurga.
Bukan nya mengagung2 kan suami atau apa, tapi pengorbanan suami memang banyak. Isteri tak wajib bekerja, cukup jika tinggal dirumah dan mengurus anak2 etc. Jika isteri bekerja maka wang gaji itu adalah haknya tak wajib diberi pada suami. Suami yg membenarkan isterinya bekerja bererti telah bermurah hati terhadap isterinya.
Pada dasarnya, kalo kaum wanita tak mentaati ini, maka artinya ia tak siap untuk bersuami
gimana eah kalo pacar qta ngambek.a keterlaluan .. pdahal macalah.a kecil ,, v dy cllu nganggep hal itu bear
ralat:..
masak urusan yg pertama kali di tanyakan di akhirat sholat?..
bukan nya syahadat?.. stelah syahadat baru sholat nya..
mohon share ๐
nanti saya kredit,thanks! ๐