• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

Tips Mengingati Perkataan Bahasa Arab

cintabuta

New Member
Assalamualaikum sahabat sekalian. Hari ini saya nak berkongsi tips bagaimana untuk kita mudah mengingati perkataan dalam bahasa arab (tips cinta lain hari saya kongsi hehe). Pada mulanya teknik ini saya gunakan untuk menghafal formula matematik semasa di bangku sekolah. Tapi saya rasa tips ini boleh juga digunakan untuk menghafal perkataan arab.

Caranya tulis perkataan atau ayat bahasa arab di atas kertas nota kecil kemudian tampalkan di tempat yang selalu kita lihat seperti cermin, pintu bilik dan sebagainya. Mulakan dengan ayat yang mudah dan selalu kita gunakan contohnya:

"kaifa haluka"
Apa khabar kamu semua

"Ana bilkhoir, Alhamdulillah"
Saya sihat, Alhamdulillah

Teorinya adalah jika kita selalu melihat sesuatu secara automatik kita akan ingat sesuatu itu. Contohnya kita mudah ingat muka kawan kita yang selalu jumpa berbanding muka kawan yang kita jarang berjumpa.

Saya sarankan anda menulis 3-5 ayat sehari. Jika anda dapat menghafal 5 ayat seminggu bermakna akan belajar 20 ayat sebulan. Lagi banyak lagi baik.

Simple and works :)

Semoga anda berjaya menggunakan tips ini. InsyaAllah..

P/S: Selepas hafal jangan lupa untuk amalkan penggunaan ayat bahasa arab dalam kehidupan seharian kita supaya kita tidak lupa seperti kita lupa akan wajah kawan-kawan kita semasa di sekolah rendah dahulu. :)

P/S/S: Jika anda nak berkongsi perkataan atau ayat di dalam bahasa arab, boleh kongsi disini.
 

kosong

Member
yup, cara ni memang berkesan. masa saya belajar beberapa bahasa sebelum ni pun saya buat cara ni. kalau rajin sikit buat flash cards atau tulis balik setiap perkataan yang saya cuba ingat. paling penting, PRAKTIS! lagi baik kalau ada kawan yang sama2 baru belajar bahasa atau yang memang dah fasih untuk guide.

nway thanks for sharing, cintabuta! :)

p/s: mesti fasih berbahasa Arab ni. :up:
 

dolphin

FTC Crew Jr
menarik..bhsa arab kn bhsa al-Quran..x rugi belajar

nk tanye..selamat pagi..sobahulkhoir ke sobahalkhoir?..aiyak
 
Top