• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

[Featured] Cara-cara melayan suami

BEE

FTC Crew
Moderator
Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian.Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.



1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.


2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak tahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.


3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.


4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.


5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.



6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.


9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan
isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.


11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.


Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.


sumber:e-mail
 
Last edited:

BEE

FTC Crew
Moderator
sama gak..yg x tahan tang 1st tu...heehe..bee suka gak mencelah kalau tunang bee ckp n bebel...siap wat muka cebik ag..adeh......kena ubah ni...
 

gegirl

FTC Crew
Moderator
info bergune nie BEE...
agak2 bile la akan
di praktikkan sume nie ekk...
just counting the moment... @};-
 

BEE

FTC Crew
Moderator
hehehe..semua org takut ek...bee agla takut...hahahahhaha..dhla nakal semcm..cmner nak jadi bini org ni..ehehehhe...

adeh....kawan2..mari kita aply bila dh kawen ek..tang yg biasa2 n leh aply lum kawen tu..ok gak...pe salahnye kan.......bee d gak aplykan mcm masak tuk dia....ikut arahan dia....dan yg paling dia suka wat..usik bee...
 

dira

Active Member
:)) nakal mr bee ek?
hehehe...xtaw nk apply kt sape la bee...:((
tggu la bulan jatuh keriba...
 

qiqi anura

New Member
t'ingin nak apply sumer tue tp atot gak...
bdebar2 je rase kat dlm ati...
ye la..da besa dok sorang2...
tetiba ade kawan lak kat sblah..hehhee
nak peluk dier puas2 cam teddy bear
nak men makan cuap2 ngan dier
nak piat dier lau dier usik kite
erm...banyak nyer nak wat nie...;))8->
 

gegirl

FTC Crew
Moderator
Sematkan jelah kt dlm ati nie..
smp mase yg di tggu2..
kasi praktik ape yg ptot tue..
tp..bile masenyerr???
setaun, dua taun, bertaun2???? :x
 

BEE

FTC Crew
Moderator
aiyak dira.....kalau mcm tu lama lah kena nunggu....wat bulan menan la..pastu kasi jatuh kat riba nak..eheheehe

wah cik qq..byk sungguh xtiviti yg nak dwat ek..eheehee...bee pn nak gak....heheehheee...

akak..kalau dh jodoh xkan ke mana......heeeeh..cak!!!!.....
 

BEE

FTC Crew
Moderator
amboi pacik silver...ngutuk bee ni ek....huhhuhu..yela kita je suka majuk....huhuhuhu....tp best pe..dpt eskrim vanila..haaahhaa...

pompuan...mestila terkenal ngan sifat majuk dia...ahahahahahha=))
 

yankumi

FTC Crew Jr
amboi pacik silver...ngutuk bee ni ek....huhhuhu..yela kita je suka majuk....huhuhuhu....tp best pe..dpt eskrim vanila..haaahhaa...

pompuan...mestila terkenal ngan sifat majuk dia...ahahahahahha=))

a'ah tul tu bee..hehehehe..
kdg2 pempuan nie majuk coz nk perhatian dr lelaki..:">
nk tgk sejauh mana tahap kesabaran n kemampuan tuk memujuk;));))
 

BEE

FTC Crew
Moderator
hehehe kan kumi....tapi laki mna nak faham....dorg kata hal kecik2 pn nak majuk....padahal kita nk perhatian je...heehhehee.....

tp kalau dorg majuk xpekan....hal kecik pn xpe....
 

gegirl

FTC Crew
Moderator
Hahahaha..laki majuk???
ya ampun... my honey
pon dh 2 ari sepi nie..
majuk gak..ayooo... :D
 

BEE

FTC Crew
Moderator
hah pe kak gegel wat smpai dia majuk ni????heheheheh..same wif me la kak gegel.....dh nak dekat 12 jam dia nyepi....ehhehehehe...buruk ah laki majuk...tp comel jer...ahahaha
 

yankumi

FTC Crew Jr
tue la kalo pempuan majuk jer..diorg ckp hal2 kecik pun majuk..
tp kdg2 kan sj jer nk majuk..nti leh manja2 dgn dia hehehehehe nakal tol:p

a'ah lelaki kalo majuk memg xsesuwai...kelakar pun ada kuangkuangkuang:))
 

BEE

FTC Crew
Moderator
hehehehe..nak wat cmner..hati pompuan ni sensitif tau..nak2 bee yg gedik ni..heehe....kit je leh majuk cepat tau...ehehhehhe.....

tapi laki kalau sang arjuna majuk...bee jadi cair..huhhuhuh.....nak2 tgk muncung dia yg leh sangut baju tu..ahahhaahhaha=))
 
Top