• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

Kongsi cite kelakar..

Daniel

Well-Known Member
Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.

"Seberapa burukkah pendengarannya?" tanya doktor.

"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya."

"Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya."

Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.

Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.
"Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.

Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:

"Untuk keempat kalinya saya beritahu, KARI KAMBING!!!!
 
Daniel

Well-Known Member
Sang ayah dan ibu sangat marah dan menyesal bila mengetahui anak perempuan mereka hamil."Siapa si bedebah tu," jerit sang ayah, sedang si ibu menangis. "Suruh dia datang sini!"

Si anak pun telepon le mamat yang bertanggung jawab. Setengah jam kemudian sebuah kereta Ferrari merah berhenti di depan rumah. Seorang lelaki separuh baya keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk kerumah.

Lelaki itu berdepan dengan mak dan ayah perempuan yang telah dihamilinya. Dia berkata, "Saya lelaki yang telah menghamili anak anda. Tapi terus terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya tak membenarkan. Bagaimanapun, saya tetap bertanggung jawab atas perbuatan saya. Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan saya akan wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah rumah banglo dan wang tunai RM5 juta. Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan untuknya dua buah kilang, dua buah supermarket, dua buah rumah banglo dan wang tunai RM10 juta. Tapi sekiranya anak anda keguguran apakah yang harus saya lakukan?"

Sang ayah berfikir. Siibu berhenti menangis. Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu sang ayah berkata, "Kalau camtu hang cuba le lagi."
 
gegirl

FTC Crew
Moderator

huhuhu...haru biru gamaknyerr...
 
Daniel

Well-Known Member
Udin hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor.

Udin: Mari la naik nek, pegang kuat-kuat yea..nanti jatuh!
Nenek: Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la nie...
Udin: Jangan lupa pegang kuat-kuat yea nek!!! (kata Udin lagi mengingatkan)
Nenek: Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la nie, takut sangat.
Udin: Ok, kalau begitu kita berangkat ya, nek.
Udin lalu 'merempit' motornya, lalu terdengar benda jatuh BUUAAAAKKKK!!!!!
Udin terperanjat, lalu menoleh ke belakang, dan ternampak si nenek terjatuh dari motornya.
Udin: Lah kenapa boleh jatuh gak nie, nek?!! Nenek tak pegang kuat-kuat agaknye?
Nenek: Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!!
Udin: Nenek pegang kat mana?
Nenek: pagar rumah.
 
zahra

adeh..leh pulak camtu..materialistik btul..:D

:Dhehe..zahra blur yg ni..xpaham..maksudnye?adeh
 
OrKiD_BiRu

FTC Crew Jr
kak zahra x paham ekk mksd lawak yg last tu...meh oked tlg ilangkan ke'blur'an akak tu ehh..hehe

mksd si udin tu suh nenek dia pegang die kuat2 la.....sebb die nk bwak motor kan...
tp nenek siudin tu xphm mksd udin...tu yg dipegangnye pagar umah je.....hahaha
 
gegirl

FTC Crew
Moderator
penjelasan yg jelas gitu...
dr seseorg yg bername oked..
paham x adik zahra skg??
hehehehe....
 
Daniel

Well-Known Member
Dua orang perempuan sedang bercerita tentang anjing-anjing mereka.

Keduanya saling membesar-besarkan cerita mengenai kepintaran binatang peliharaan mereka.

Perempuan 1: “Anjing aku hebat betul. Tiap pagi, dia tunggu penjual akhbar, anjing aku akan membawa akhbar tersebut ke tempat aku sedang bersarapan.”

Perempuan 2: “Ya, aku tahu tu.”

Perempuan 1: (hairan) “Dari mana kau tahu?”

Perempuan 2: “Anjing aku yang cerita.”
 
Cateye

New Member
Sedang aku berbaring mencari posisi paling enak untuk melelapkan mata…Tiba-tiba pandangan ini mati pabila melihat satu pergerakan rakan ku itu… entah masa bila tangannya itu mengangkat pena tersebut lalu mencoretkan beberapa perkataan di atas kertas kosong yang sedang berada di hadapan matanya… ku biarkan sahaja mata ini memerhatikan gerak gerinya… matanya memandang tepat kearah kertas dihadapannya itu sambil tangannya mengalunkan hayunannya dan pena menari-nari diatas kertas tersebut… semakin lama semakin rancak pergerakan tersebut… lalu setibanya di suatu tahap pegerakkan tangan dan pena tersebut terhenti… dan seketika itu mata tersebut memandang ke atas seperti sedang memikirkan sesuatu lalu terdengar keluhan kecil di situ… kemudian di tunduknya kembali menghalakan matanya menghadap kertas tersebut sambil tangan dan pena tersebut menjalankan tanggungjawapnya… akhirnya pena tersebut di angkat dan di letakkan kembali pada tempat asalnya lalu kertas tersebut di terbalikannya.. bangkitnya sahabatku itu dari tempatnya dan melabuhkan tubuhnya keatas katilnya… setelah sekian lama matanya semakin mengecil dan akhirnya terpejam… kemungkinan ia sudah pun di buai mimpi yang mendatang… terdetik hati kecil ini mahukan kepastian apa sebenarnya yang sedang di coretkan sahabat aku tue… lalu ku bangkit dan merapati kertas yang di coret oleh rakan ku itu dengan berhati-hati… mengharapkan ia tidak sedar akan tindakan dan perbuatan aku… entah mengapa pula hati ini meronta-ronta mahu melihat coretan rakan ku sebentar tadi… setelah hampir aku mengangkat kertas itu bersama perasaan yang terlalu ingin tahu… lalu ku terbalikkan kertas itu bagi memastikan apa yang telah dicoretkan oleh sahabatku itu… pabila kertas itu telah di terbalikkan tiba-tiba mata ini terbeliak memerhatikan kertas tersebut… hati ini semakin kehairanan dengan apa yang telah aku lihat… rupa-rupanya apa yang ada disebalik kertas tersebut itu bukan lah sebuah coretan ataupun gambar tapi hanyalah kertas kosong… bagaimana ini mungkin terjadi… lalu aku memalingkan pandangan kearah sahabat ku berbaring tadi yang berkemungkinan sedang enak dibuai mimpi… sedang aku mengalihkan pandangan tiba-tiba kedengaran bunyi yang kurang menyenangkan alangkah terkejutnya pabila pandangan ini terhenti di sudut dimana datangnya bunyi tersebut… aku melihat sahabat ku itu sedang gelak terbahak-bahak sambil berkata… “aku tak ada tulis aper-aper… tu cumer kertas kosong jer… tadi tu cumer lakonan ajer…lagi pun pen tu dah habis dakwatlah…” hampeh ruper-rupernye aku telah di permainkan ler….

(entah macam manerlah aku leh wat citer macam nie...hampeh tol...)
 
kehkehkeh...ni cite betul ke ni? haha:D
 
OrKiD_BiRu

FTC Crew Jr
Karangan terbaik UPSR 2007~Karangan budak darjah 4

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.
 
dieda

cam siut jek cite die,,:D :D
 
Top