• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

Wajah kekasih

achik

New Member
BAB 32

Perjalanan ke Banting masih jauh. Fifa menyandarkan badannya di kerusi. Megat, pemandu keluarganya yang baru sesekali melirikkan matanya ke arah Fifa menerusi cermin tengah. Fifa buat tak nampak akan gelagat Megat itu. Dibiarkan sahaja mata Megat meliar memandang ke wajahnya.

Megat baru sahaja tamat pengajian di institusi tinggi di Johor. Lulusan universiti selatan itu terpaksa menggantikan ayahnya yang sebelum ini berkhidmat dengan keluarganya sebelum mendapat pekerjaan lain. Fifa sendiri tak pernah berjumpa Megat. Semenjak Pak Karim, pemandu Datuk Mansor bekerja dengan keluarganya sepuluh tahun yang lalu, Fifa tak pernah tahu Pak Karim ada anak lelaki bujang yang hampir sebaya dengannya.

Fifa melelapkan mata. Pemergiannya ke Banting untuk menziarah makciknya yang menetap di sana setelah berkahwin. Rasanya, sejak perkahwinannya tak jadi 2 tahun lepas, dia sudah tidak mengunjungi sanak saudaranya. Jadi, kesempatan bercuti kali ini digunakannya untuk menziarah saudara maranya itu.

"Mengantuk ke? Nak saya tutupkan radio?" Persoalan pertama keluar dari mulut Megat yang sedari tadi hanya memerhatikannya. Fifa membuka kembali matanya dan memandang ke wajah sisi Megat.

"Tak payahlah, Megat. Saya tak mengantuk.. cuma, nak rehatkan mata je. Kalau awak tutup radio tu nanti, sunyilah dalam kereta ni." Balas Fifa. Sekadar untuk berbahasa sebenarnya.

"Kalau tutup radio, tapi ada teman berborak, sure tak sunyi, kan!" Megat mula memasang jerat. Fifa menggigit bibirnya. Anak muda itu sudah mula mahu memancing umpan. Dia sudah mula mahu masuk jarum. Menarik minat Fifa untuk terus berbicara dengannya. Fifa tersenyum nipis.

"Betul juga... Tapi rasanya topik apa yang awak nak borak dengan saya?"

"Tentang peribadi. Kalau awak tak keberatan...." Selamba Megat menjawab. Fifa tersentak. Terlalu berani rupanya budak ni, fikirnya dalam hati. Baru pertama kali berkesempatan berborak begini, terus melompat ke soal sensitif. Fifa terdiam seketika. Hujung jari runcingnya bermain-main dengan tudungnya. Megat mengintai sekali lagi dari cermin.

"Keberatan? Kalau keberatan tak palah..." Pancingan masih terus dilemparkan dengan harapan ikan yang ditunggu mencakup umpannya.

"Berapa umur awak?" Soal Fifa menukar topik.

"Awak rasa?" Jawab Megat dalam bentuk soalan juga.

"Mungkin dalam lingkungan 24 tahun."

"Mudanya saya!" Megat tertawa kecil mendengar jawapan Fifa. Fifa memandang tepat ke arah Megat.

"Salah ke? Habis tu, berapa umur awak?" Soal Fifa kembali.

"Saya muda setahun dari awak."

"Jangan nak tipu saya! Awak ni 28 tahun?"

"Salah ke kalau saya 28 tahun? Jadi, awak yang 29 tu tak salah?"

"Jangan main-main, Megat!"

"Ya Allah... saya tak main-main dengan awak! Apa yang saya dapat kalau tipu awak pun.. Lainlah kalau sekali saya tipu, terus jatuh seguni emas dari langit kat riba saya ni, cik Fifa! Seribu kali tipu, dah jadi jutawan dah... Tak payah kerja jadi driver...."

Sekali lagi Fifa terdiam. 28 tahun... Tapi, dia nampak muda dari usianya. Mungkin sikap periangnya itu yang berjaya menyembunyikan usianya yang sebenar.

"Dengar cerita, awak baru saja dikecewakan!" Tersentak Fifa mendengar ungkapan "dikecewakan" itu.

"Apa awak cakap ni?" Kasar sungguh bunyi persoalannya kali ni. Dia sudah hilang sabar. Dikecewakan?? Apa maksud dia dengan dikecewakan? Siapa yang mengecewakannya?? Ekmal?? Atau Tuhan?? Astaghfirullah.... Mengucap panjang dia dalam hati....
"Maaf... mungkin saya tersalah menggunakan prosa kata tadi. Maksud saya... awak baru lepas kecewa..."

Fifa masih tak menjawab. Dia membiarkan sahaja kata-kata Megat itu berlalu tanpa jawapan. Hatinya sakit. Soal peribadinya bukan untuk diceritakan pada sesiapa pun.. Ianya terlalu peribadi. Dah namanya pun peribadi, kan! Kalau diceritakan pada semua orang, bukanlah rahsia lagi jadinya.

Megat turut diam. Mungkin dia perasan ketidaksenangan Fifa dari riak di wajahnya. Dia terus menumpukan perhatiannya ke jalan raya. Seketika kemudian dia membelokkan kereta ke kiri; masuk ke Dengkil. Fifa melelapkan mata. Kali ini juga bukan sebab dia mengantuk tetapi untuk mengelakkan Megat.
 

achik

New Member
Megat masih dengan selambanya. Masih terus memandu dan menyanyi-nyanyi kecil mengikut alunan irama yang keluar dari corong suara radio kecil di dalam kereta.

"Saya tak jadi ke Bukit Changgang. Kita ke Olak Lempit." Kata Fifa sebaik sahaja Megat membelokkan kereta masuk ke Bukit Changgang. Megat menarik nafas panjang. Dia tahu, Fifa sengaja mahu menyusahkannya kerana masih sakit hati di atas pertanyaannya sebentar tadi. Dia meneruskan perjalanan dengan hati yang memberontak.

Dari jauh sudah kelihatan papan tanda bertulis OLAK LEMPIT di sebelah kanannya. Megat memperlahankan sedikit gerak tari kereta yang dipandunya. Menunggu arahan seterusnya dari Fifa membuatkan larian pecutannya semakin hilang ditelan deruman kereta lain yang memecut meninggalkan mereka.

"Nampak masjid di sebelah kanan nanti, belok masuk ke perkarangan masjid tu. Ada jambatan batu warna putih kat situ." Kata Fifa dan serentak itu, matanya tertumpu pada sign board masjid 500m di hadapan. Syukur, desis hati kecilnya. Kalau terlambat sikit je minah sorang ni bagi arahan, dah sah-sah aku kena pusing balik.

egat memberi signal untuk belok ke kanan. Fifa memanjangkan lehernya. Cekap juga mamat ni bawa kereta... bisiknya sendirian dan tersenyum sinis.

Megat memberhentikan kereta betul-betul di hadapan rumah batu bertingkat dua dan bercat putih itu. Fifa membetulkan tudungnya. Segera tangannya membuka pintu kereta dan menutupnya kembali sebaik sahaja tubuhnya keluar dari perut kereta itu.

"Assalammualaikum...."

"Waalaikummussalam..." Salam berjawab dari atas rumah. Muncul satu tubuh wanita bertudung labuh berkulit kuning langsat di ambang pintu. Fifa tersenyum. Wanita itu juga tersenyum. Gembira barangkali dengan kunjungan Fifa ke rumahnya.

"Naiklah, Fifa... Hah, siapa tu? Naik sekali..." Ramah wanita itu menjemput naik ke atas rumah.

Fifa sudah melangkah untuk naik ke rumah. Megat masih tercegat berdiri di belakangnya. Fifa menoleh dengan wajah berkerut. Apa lagi ni?? Ajak naik pun susah ke??

"Saya tak ikut naik ke atas. Saya nak ke masjid untuk solat dulu. Awak naiklah. Nanti, saya nak ke kedai makan." Kata Megat sebelum sempat Fifa bertanya.

"Kenapa dengan awak ni? Kan makcik saya suruh naik tu?"

"Tak apalah. Itu makcik awak, bukan makcik saya. Kalau dah selesai urusan awak nanti, awak tahu macam mana nak cari saya, kan!" Megat berlalu meninggalkan perkarangan rumah besar itu. Fifa naik ke atas setelah Megat masuk ke perkarangan masjid bersebelahan rumah itu.

"Ke mana pula kawan Fifa tu pergi?" Soal wanita bertudung labuh tadi. Fifa sudah pun melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan wanita itu selepas bersalaman dengannya.

"Ke masjid. Nak solat dulu katanya, lepas tu nak makan di gerai."

"La.. kan rumah Mak Uteh ni ada... Buat apa dia ke gerai?" Soal wanita itu tak puas hati.

"Itu driver Papa, Mak Uteh. Anak Pak Karim. Gantikan ayahnya yang sakit."

"La.. Mak Uteh ingatkan kawan baru Fifa tadi. Handsome juga orangnya, kan?" Sengaja Mak Utehnya berseloroh. Merah muka Fifa menahan malu.

"Ada-ada saja Mak Uteh ni nak usik Fifa." Mereka ketawa bersama. Kemesraan kembali bertaut antara ibu dan anak saudara itu. Sudah lama mereka tak bertemu. Dalam adik beradik ayahnya, Fifa hanya rapat dengan beberapa orang sahaja dan salah seorangnya ialah Mak Utehnya ini. Hubungan mereka sudah seperti anak beranak.

Sehingga hampir ke pukul 3.00 petang barulah mereka bergerak ke meja makan. Sesekali Fifa menjenguk memandang ke luar rumah. Mencari-cari Megat bersama-sama kereta yang sudah diangkut ke kedai makan. Tapi, hampa.... Sehingga pukul 4.00 petang, bayang Megat masih tak kelihatan. Fifa mula resah......
 

achik

New Member
***********************************************************

Sudah 2 hari berlalu semenjak mereka bersama-sama ke Banting. Sehingga hari ini, Fifa masih tetap tak nampak bayang Megat berkeliaran di kawasan rumahnya. Datuk Mansor sudah 2 hari memandu sendiri ke tempat kerja. Pak Karim masih terlantar sakit di hospital. Fifa maklum tentang itu. Tapi, ke mana pula hilangnya Megat?

Hari ini, balik dari kerja Fifa sudah dapat melihat kereta Datuk Mansor tersadai di garage. Pasti Datuk Mansor sudah pulang dari kerja. Segera dia masuk ke dalam rumah.

"Assalammualaikum, Mama.. Papa.. Eh, anak Mak Usu pun ada ke???" terjerit sekejap Fifa apabila ternampakkan kelibat Nabila duduk di sebelah Datin Maznah Nabila mampir padanya dan mencium tangannya. Fifa mencari-cari kelibat Arfah dan Bahari.

"Mereka tak ada... Dah balik dah..." Datin Maznah memberitahu seolah-olah dapat menangkap perlakuannya itu. Fifa tersenyum dan duduk di sebelah Nabila.

"Kenapa Bila datang sini?"

"Sekolah dah cutilah, Mak Usu. Bila nak spend time dengan atuk dan nenek. Bila nak berjalan-jalan dengan Mak Usu. Nak round the world.. Mak Usu mesti bawa Bila gi jalan-jalan tau!"

Ketawa. "Okay, Mak Usu bawa Bila round the world nanti. So, Bila duduk sini sampai bila?"

"Sampai habis cuti sekolah. Mak Usu kena cuti macam Bila..."

"Amboi.. Kalau cam tu, terus Mak Usu kena buang kerja nanti.. Tak apalah.. malam ni kita pergi makan kat hotel ya!" Sengaja Fifa berseloroh dengan Nabila.

"Tak naklah hotel, Mak Usu... Bila nak makan dekat Benteng. Mummy kata kat sana makanan dia best!!" Kata Nabila seraya menunjukkan tumb up pada Fifa. Fifa ketawa riang melihat gelagat anak saudaranya itu. Datuk Mansor dan Datin Maznah tersenyum.

"Nenek boleh ikut?"

Geleng. "Tak boleh. Nenek dengan Atuk tak boleh ikut. Malam ni, Bila keluar dengan Mak Usu je.. kita orang nak break the rules.. Kan Mak Usu...." Fifa tersenyum. Anak kecil berusia hampir 9 tahun itu cerdik. Apa saja yang diajar oleh Arfah, cepat sahaja dapat ditangkapnya.

"Suka hati Bila lah... Mak Usu nak naik atas, nak mandi dan bersiap-siap untuk solat. Lepas Maghrib nanti kita keluar."

"Bila sembahyang dengan Mak Usu, boleh tak?" Soalnya. Fifa mengangguk dan Nabila terus berlari ke tingkat atas.

"Pa..." Datuk Mansor menoleh memandang Fifa. Wajah Fifa kemerahan sebelum dia mengeluarkan kata-kata. Malu untuk bertanya.

"Kenapa?"

"Er... er... Megat ke mana, Pa?" Hangat wajahnya semakin terasa. Janganlah hendaknya kedua orang tuanya sedar akan perubahan wajahnya itu... bisiknya sendiri.

"Megat... Oh, dia dah dua hari tak datang kerja. Pergi interview ke Pulau Pinang katanya. Tapi, tadi dia ada telefon Papa kata dah sampai ke sini. Kenapa? Fifa nak jumpa dia ke?"

"Er.... ingat.... nak suruh dia drive kami ke Benteng. Fifa penat sangatlah..."

"Fifa telefon dia. Papa malas nak cakapkan. Hal orang muda..." Balas Datuk Mansor sambil mengenyitkan matanya pada Datin Maznah.

Fifa mengangguk perlahan dan terus naik ke tingkat atas menuju ke biliknya. Pasti Papa dan Mama dah salah faham ni... gerutunya dalam diam...

"Nak ke mana kita ni, cik Fifa?" Soal Megat sebaik sahaja dia membelokkan kereta keluar dari perkarangan rumah besar itu. Nabila memandang ke wajah Fifa.

"Kita pergi ke Jalan Tunku Abdul Rahman dulu. Ada barang saya nak beli. Dengar cerita, awak baru balik dari Penang petang tadi." Kali ini giliran Fifa pula cuba memancing minat Megat untuk berborak. Sekali lagi Nabil memandang ke wajah Fifa. Kemudian beralih pula ke wajah Megat yang agak masam malam ini.

"Abang ni garang, kan Mak Usu..." Nabila berbisik ke telinganya. Fifa tersenyum tawar. Megat 2 hari lepas dan Megat hari ini sudah berbeza. Perjalanan ke Banting dan perjalanan malam ini; ke Petaling Street juga berbeza... dan kali ini, situasi juga berbeza. Irama yang berkumandang tidak dapat meredakan ledakan dalam hatinya. Fifa mencuri pandang ke wajah Megat melalui cermin. Alir keningnya yang lebat kelihatan bergerak-gerak setiap kali dia melarikan mata di jalan raya;
melihat kenderaan yang lalu lalang.

"Mak Usu, Bila dah lapar ni..," rengek Nabila. Fifa memandang ke depan. Megat memandang ke wajahnya.

"Boleh tolong berhenti dekat mana2 kedai dulu. Nabila dah lapar. Saya nak belikan dia roti sekejap." Megat tak menjawab. Mengangguk pun tidak. Kenapa pula anginnya malam ni?? Hambar saja setiap perlakuannya. Terlalu bersalahkah aku pada dia tempohari? Sehingga benar-benar melukakan hatinya?? Sepatutnya aku yang terluka, dan bukannya dia..

Megat memberhentikan kereta di depan Seven Eleven depan Kotaraya. Segera Fifa keluar dari perut kereta dan berlari ke kedai 24 jam itu meninggalkan Nabila di dalam kereta. Setelah membayar harga roti berkrim coklat itu, dia berlari ke kereta tetapi kali ini dia duduk di sebelah tempat pemandu. Sengaja dia tidak duduk di belakang untuk melihat reaksi seterusnya dari Megat.

"Nah, makan roti ni dulu. Nanti lepas Mak Usu belikan Bila beg Hello Kitty dan kasut baru untuk Bila, kita pergi makan di Benteng." Nabila yang kelaparan hanya mengangguk dan mencapai roti dari tangan Fifa.

"Maafkan saya..." Perlahan Fifa berkata tetapi dia tahu Megat dapat menangkap kata-katanya itu.

"Untuk apa?" Tanya Megat tanpa memandang ke wajah Fifa. Matanya terus memandang ke arah jalan raya. Fifa jadi semakin tak keruan dengan tindak balas Megat.

"Sebab menyusahkan awak..."

"Biasalah... saya kan driver awak..." terasa panas muka Fifa mendengar jawapan itu. Bukan itu yang dia mahukan dari Megat. Bukannya alasan sebagai driver yang seharusnya keluar dari mulut lelaki itu. Bukan!! Yang dia mahu adalah kata-kata kemaafan. Kata-kata yang Megat memaafkan dia.

"Saya tak pernah anggap awak ni driver saya! Saya tahu, awak masih marahkan saya pasal hal hari tu. Kemudian awak tak beritahu saya pun yang awak nak ke Penang... ada interview! Kenapa awak buat macam ni??"

"Eh, sejak bila pula saya kena report semua kegiatan saya pada awak ni? Sejak bila pula saya ni jadik suami awak... kena beritahu awak semua hal-hal saya?? Sejak bila pula awak ambil berat pasal saya.. sedangkan hari tu pun.. bila saya tanya awak pun awak tak jawab..."

Terpana Fifa mendengar satu demi satu perkataan yang dituturkan oleh Megat. Dia menundukkan kepalanya. Setitis demi setitis airmatanya tumpah ke riba. Sepanjang dia berkawan dengan Ekmal, belum pernah dia terluka sebegini. Begitu juga sewaktu berkawan dengan Hatta... Hatta... ke mana kau??

"Sorry, Fifa... Saya tak bermaksud nak marah awak..." Akhirnya Megat bersuara. Nabila sudahpun terlelap di belakang. Jalan yang agak jem malam itu memberi ruang untuk mereka berbicara sebelum sampai ke destinasi.

"Awak masih simpan lagi kemarahan pada saya, kan...?"

"Tak.. saya tak marah awak... cuma saya terasa hati je. Bukan saya tak nak beritahu awak yang saya kena ke Penang, tapi saya tak rasa pun yang awak nak tahu tentang pemergian saya ke sana. Jadi, saya hanya beritahu Datuk saja. Awak risaukan saya ke?"

Risaulah... ingatkan awak pergi bunuh diri..." Megat ketawa kuat sehingga menyentakkan Nabila yang sedang nyenyak tidur. Terpisat-pisat anak kecil itu.

"Sayang juga awak kat saya, ya...." Megat berseloroh. Fifa tertunduk malu. Merona merah wajahnya.

"Eleh... perasan! Siapa kata saya sayangkan awak... Saya cuma risau je.."

"Ala... kalau dah risau tu tandanya sayanglah tu...."

"Mak Usu... Bila dah lapar ni.... Tak sampai-sampai lagi ke??" Nabila bersuara membuatkan mereka berdua memandang serentak ke belakang.

"Dah nak balik dah pun... Bila tidur tadi, Mak Usu sengaja tak nak kejut..."

"Ha..." Fifa dan Megat ketawa kuat melihat gelagat Nabila yang tercengang.
 

achik

New Member
BAB 33

Sebulan berlalu... Ingatannya pada Hatta sudah semakin pudar.... Bunga- bunga kenangannya bersama Ekmal dulu pun sudah mula melayu.... dan mungkin akan gugur tak lama lagi. Satu perubahan yang baik menurut kaca mata Datuk Mansor sekeluarga. Baik Datuk Mansor mahupun Datin Maznah sudah boleh tersenyum melihat cahaya kegembiraan rumah besar mereka itu bersinar kembali.

Tetapi, perubahan itu membimbangkan Maria. Mahu sahaja dia memberitahu Datuk Mansor dan Datin Maznah agar dihalangkan sahaja hubungan antara Fifa dan Megat. Mahu sahaja dia memberitahu Fifa agar jangan membuat hubungan lebih rapat dengan lelaki itu. Tetapi dia tak berdaya. Atas alasan apa yang harus diberikan olehnya apabila ditanya kelak? Takkanlah disebabkan hatinya keras mengatakan yang Megat bukanlah orang yang sesuai untuk menggantikan tempat Ekmal di sisi Fifa, maka mereka dengan sewenang-wenangnya menerima
setiap kata-katanya?

Maria turut tumpang gembira melihatkan perubahan Fifa. Dia turut suka melihat Fifa sudah boleh bergelak ketawa seperti dulu... seperti waktu dia bersama Ekmal dulu.. Tapi, apabila melihat ke wajah Megat, hatinya sering berkata-kata. Megat bukanlah jodoh Fifa. Dia bukan ahli nujum, bukan juga tok bomoh... tapi, firasatnya berkata begitu.

"Kau makin sibuk sekarang ni aku tengok!" Tegur Maria satu hari sewaktu Fifa datang ke rumahnya menjenguk Lia Maisara.

"Mana ada... Kau tu yang sibuk sangat sampaikan tak ada masa nak bawa Lia datang rumah aku. Aku kalau sibuk pun hanya di office... bukan macam kau yang terpaksa melayan Lia lagi, Shamsul lagi.. rumah tangga kau lagi..."

"Kalau kau dah tahu aku sibuk dan tak ada masa nak datang rumah kau, kau sajalah yang datang sini. Ini, kalau aku tak telefon, tak adalah nampak muka kau dekat sini. Sham pun dah lama bising kenapa kau tak datang sini."

"Aik, dia rindukan aku lagi ke?" Fifa ketawa kuat. Maria merengus. Aku cakapkan dia, dia kenakan aku balik...

"Janganlah marah, Mar... Kau ni, aku bergurau jelah.. Okay, memang aku agak sibuk sekarang. Kerja kat office tu makin banyak. Kau tahu sajalah... kan aku lama bercuti bulan lepas. So, bila balik tu.. terpaksalah selesaikan kerja yang terbengkalai. Nak pergi berjalan pun tak ada masa tau!"

"Ya ke?? Tapi, pergi candle light dinner ada masa pulak, kan!"

Merah muka Fifa. Maria sengaja mahu memerangkapnya.

"Mana ada... Kau ni, tak baik buat fitnah, Mar..."

"Sejak bila kau pandai berbohong dari aku? Sejak bila kau pandai sorokkan rahsia dari aku? Sejak bila pula aku pandai buat fitnah... "

"Aku... aKu.."

"Fifa... aku bukan marahkan kau nak keluar dengan sesiapa. Itu hak kau... Sekurang-kurangnya beritahu aku. Kenalkan aku dengan lelaki yang keluar dengan kau tu.. Apa yang kau takut sangat?"

"Aku seganlah... Nanti kau kata aku tak setia..."

"Setia?? Hei... hanya orang bodoh je yang akan kata kau tak setia kalau keluar dengan lelaki lain sedangkan orang yang kau tunggu tu dah lama meninggal! Aku taklah kolot sangat, Fifa... Walaupun sekarang aku dah berhenti kerja, otak aku belum tepu lagi tau! Aku masih boleh berfikir."

"Okay... sorry... Aku betul-betul minta maaf. Nanti saja aku kenalkan dia pada kau."

"Aku dah tahu nama dia... Megat, kan! Anak Pak Karim..."

"Ha ah... Mesti Kak Arfah yang beritahu kau, kan! Dia tu memang, tak boleh simpan rahsia langsung!"

"Dah berapa lama kau berkawan dengan dia?"

"Hampir sebulan..."

"Macam mana dengan Hatta?" Fifa tunduk. Lagi-lagi nama itu juga yang disebut. Kenapa, Mar....

"Ah, entah-entah dia dah kahwin...."

"Mana kau tahu... kau pernah pergi cari dia?"

"Buat apa pula aku yang kena cari dia? Nak jadi perigi cari timba.

Mar... kalau dia betul-betul sukakan aku, dia akan datang cari aku. Dia tahu aku tinggal di mana..."

"Suka hati kaulah... Tapi, aku tak suka kau kawan dengan Megat tu. Aku cakap terus-terang dengan kau ni.,.. sebab aku anggap kau kawan aku.."

"La.. kau tak kenal dia lagi, Mar..."

"Memang aku tak kenal dia.. Tapi, aku dah pernah jumpa dia. Aku dah pernah tengok muka dia... Dan, aku rasa, dia bukan jodoh kau!"

"Tak apalah... nanti bila aku dah kenalkan dia pada kau.. sure kau akan sukakan dia!" Begitu yakin Fifa memberi jaminan kepada Maria. Maria diam. Dia terus mengulit Lia Maisara yang berada di atas ribaannya.
 

achik

New Member
*************************************

Semalam Fifa diundang ke majlis harijadi cucu Tan Sri Mahmud. Masuk saja ke halaman villa kepunyaan Tan Sri Mahmud membuatkan dia nak pengsan. Terlalu ramai orang... sehinggakan untuk melangkah pun susah.. Tan Sri Mahmud memang begitu.. kalau boleh, satu Malaysia ni dia nak jemput. Datuk Mansor demam. Jadi, Fifa terpaksa menggantikan dia datang meraikan harijadi cucu Tan Sri Mahmud itu.

Kehadirannya malam itu bukan seorang. Dia bawa Megat bersama. Dia tahu, ramai yang pandang serong pada mereka malam itu. Tapi, Megat pandai bercampur. Dia pandai ambil hati semua orang. Dan, Fifa bersyukur kerana dia tahu dia tak tersalah pilih orang.

Mereka bergerak ke meja makanan. Megat secara gentleman memesankan makanan dan minuman untuk Fifa. Kesegakan Megat sedikit sebanyak membuatkan beberapa orang anak Datuk dan Tan Sri menoleh beberapa kali apabila mereka lalu di hadapan mereka. Fifa bangga. Pilihannya memang tepat. Megat bukan calang-calang orang.

"Cam ne?" Soal Fifa sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung ke kerusi. Megat tersenyum nipis.

"Biasa saja... Tapi banyak sangat mata yang memandang. Naik segan saya. Mesti awak segan berjalan dengan saya, kan!"

"Alah... segan konon... Awak ingat saya tak nampak mata awak tu melirik kat anak-anak dara tadi?" Fifa pura-pura marah.

"Ish.... mana ada..!! Anak dara yang kat depan mata saya ni dah cukup cantik dan anggun dah.. Buat apa nak pandang yang lain??"

Fifa tersenyum bangga. Dia tahu, Megat jujur mengeluarkan kata-kata. Dalam diam, dia bangga Megat memujinya. Dia terus menyuap spagetti ke mulut.

"Saya nak pergi ke tandas sekejap. Awak tunggu kat sini. Jangan pergi mana-mana ya!" Megat sudah bangun. Fifa hanya mengangguk.

"Hai... duduk sorang-sorang je ke?" Satu suara menyapa. Hai, cepat sangat baliknya, baru je pergi ke tandas tadi.

Fifa mendongak. Sangkanya, Megat sudah balik dari tandas dan mahu mempermainkannya. Tapi, dia terperanjat kerana yang berada di hadapannya kini bukanlah Megat. Hatta??? Terbeliak biji matanya memandang ke wajah lelaki itu. Hatta di hadapannya sekarang???

Hatta tersenyum manis memandang ke wajah Fifa. Terasa cair seluruh tubuhnya melihatkan senyuman Hatta itu. Senyuman itulah yang amat dirinduinya setelah sekian lama... Dan kini, senyuman itu hadir kembali... Kali ini, bukan dalam mimpi.. Hadirnya kini bersama pemilik
senyuman itu sendiri... Hatta....

Fifa terkedu. Kolam matanya hangat. Dia tak tahu kenapa dia mesti rasa begitu. Gembirakah dia? Sayukah dia? Atau sedihkah dia melihat Hatta di depan matanya? Seharusnya dia gembira.. Ya! Seharusnya begitulah... Tapi, kenapa dia mesti menangis.....???

"Kenapa dengan you, Fifa?" Soal Hatta apabila dilihatnya ada airmata yang mengalir di pipi wanita itu. Fifa menggeleng dan mengelap airmatanya dengan belakang tangan. Dia melarikan wajahnya apabila Hatta cuba untuk melihat. Dia malu kerana Hatta melihat dia menangis.

"Ekmal mana?" Soalan kedua yang semakin meruntun jiwanya. Fifa semakin tak dapat menahan airmata. Titis-titis jernih itu semakin lebat bertali arus membasahkan pipinya. Dia tersedu-sedu.. Ya Allah.. kenapa harus sekarang Kau pertemukan aku dan dia?? Kenapa harus sekarang??

"Eh, kenapa dengan you ni? You tak suka jumpa I ke?"

"Bukan... please, Hatta... leave me..." Hanya itu yang mampu diucapkan oleh Fifa. Hatta terpinga-pinga tetapi tetap tidak berganjak dari tempat duduk di sebelah Fifa. Dia mahukan kepastian. Kenapa mesti bersedih berjumpanya? Ekmal meninggal ke?? Ah, terlalu jauh anggapannya. Masakan begitu....

"Er... saudara..."

Hatta mendongak. Eh, siapa pula mamat ni? Ini bukan Ekmal. Kalaupun dah berubah, takkanlah lain sangat mukanya? Bisik hati Hatta. Walaupun dah terlalu lama tak berjumpa Ekmal, tapi dia masih kenal lagi wajah lelaki itu.

"Awak okay? Eh, kenapa awak menangis ni?" Hatta memandang lelaki itu. Kenapa pula sibuk nak tahu ni? Siapa dia ni?

"Saya okay. Kita balik... saya tak sihat lah..." Fifa bersuara perlahan sebelum bangun dan mencapai tas tangannya.

Hatta semakin bingung. Ke mana Ekmal? Kenapa Fifa mesti datang dengan lelaki ni? Takkan tak jadi kahwin dengan Ekmal sedangkan kad jemputan telahpun diedarkan dulu? Mustahil sudah bercerai.... Bagai nak rak bercinta, sampai sanggup putus tunang dengan Shamsul.. Alih-alih bercerai... Biar benar...

"Maafkan kami. Kami balik dulu.." Sopan lelaki itu meminta diri Hatta tak puas hati.

"Tunggu dulu, Fifa. I tanya you, you tak jawab pun... Mana Ekmal?"

Lelaki tadi berpusing semula dan berhadapan dengan Hatta.

"Awak ni siapa nak ambil tahu tentang dia?" Kasar kali ini.

"Sepatutnya saya yang tanya awak. Siapa awak ni? Sedap-sedap je jalan dengan isteri orang!"

"Dia isteri awak ke?" Amboi, kasarnya bahasa!

"Dia isteri Ekmal. Fifa, answer me.. where is Ekmal...??"

"Ekmal dah meninggal. Awak tak tahu ke?"

Merah padam muka Hatta mendengar kata-kata Megat itu. Pantas dia menggenggam penumbuk dan menghayunkan buku lima ke muka Megat. Tersungkur Megat ke belakang. Hatta mengibas tangannya beberapa kali. Sengal. Seumur hidupnya inilah kali pertama dia menumbuk orang.

Hatta tak puas hati. Dia masih ingin bertemu Fifa untuk mendapatkan penjelasan wanita itu. Lelaki malam tadi tu memang kurang ajar. Dia meraba mata sebelah kirinya. Auch! Masih terasa kesakitannya... Tapi, tak seperti sakitnya hati dia.. Kurang ajar! Sedap-sedap je dia tumbuk mata aku ni? Memang dasar orang tak berpelajaran!!
 

achik

New Member
Dia mencapai batu sungai yang sudah dibungkus dengan kain tuala Good Morning dan meletakkan ke matanya. Ish... tersiut sedikit dia menahan kepanasan batu itu yang telah dibakar di atas api. Dituamnya beberapa kali sebelum dia meletakkan kembali ke atas meja.

Hatta mencapai pula remote control televisyen di hadapannya. Ditekannya punat on dan dalam sekelip mata televisyen di hadapannya menyala dan lagu Hindustan mula kedengaran. Ah, lagi-lagi Hindustan.. macam dah tak ada lagu lain! Gerutu hati kecilnya. Ditekan sekali lagi punat itu dan televisyen terpadam.

Hatinya masih berbuku. Marahnya masih belum padam. Nasib baik malam tadi ramai yang meleraikan mereka berdua. Kalau tidak, rasanya sekarang pasti budak lelaki kurang ajar itu sudah lepak dekat ICU Hospital Besar Kuala Lumpur. Dia yang lepak kat sana ke, aku yang lepak kat sana? Soalnya sendirian.

Dalam diam, dia akui budak lelaki kurang ajar itu bukan calang-calang orangnya. Cara dia buka langkah pun dah tahu, ilmu dalam dadanya bukan cetek. Puaslah Fifa menjerit suruh berhenti. Megat! Terngiang kembali nama lelaki kurang ajar itu dalam kepala otaknya. Megat apa? Megat Terawis?? Hahaha...!!! Hati Hatta ketawa mengejek.

Loceng rumahnya berbunyi menandakan ada orang datang. Hatta angkat punggung
dan melangkah malas menuju ke pintu. Dalam keadaan begini, memang dia tak suka
terima tetamu. Perlahan-lahan dia memusing tombol pintu dan terjongol kepala
Ishak, rakan sepejabatnya di hadapannya. Hatta merengus perlahan dan memusingkan
badannya lalu berjalan menuju ke sofa.

"Hei, kenapa dengan kau ni?" Soalan pertama Ishak yang membuatkan Hatta semakin naik angin. Kalau setakat datang nak tanya kenapa dengan aku, lebih baik kau duduk kat office tu siapkan kerja kau yang tak pernah habis tu, Hak!! "La... dah bisu rupanya kau ni... Ke, kau dah tak reti nak jawab soalan?" Hatta memandang ke wajah Ishak.

"Kerja kau dekat office tu dah siap ke belum?"

"Kau ni... aku datang tengok kau ni kau tak ucap pun terima kasih. Kau pula sibuk tanya pasal kerja aku."

"Aku tak minta kau datang tengok aku pun..."

"Aku datang bawa maklumat. Itupun kalau kau sudi nak dengar maklumat nilah..."

Hati Hatta berbunga mendengar kata-kata Ishak. Segera wajahnya dimaniskan
dan dia duduk menghadap Ishak.

"Amboi... bila aku kata je aku datang bawa maklumat, terus muka kau tu tukar jadi manis ek... Kau ni memang tak gunalah Hatta."

"Sorrylah, Hak. Hati aku ni tengah bengang gila dengan budak kurang ajar tu. Kau bukan tak tahu aku ni cam ne, kan!"

"Tulah... nak tunjuk kuat konon... Last-last kau jugak yang pengsan."

"Hoi... kau ni nak menyakitkan hati aku ke apa ni? Kalau kau datang semata-mata nak tolong tambahkan bengkak dekat hati aku ni, baik kau baliklah...."

"Halloooo..... friend... sensitifnya kau ni.. Aku taulah kau memang sensitif kalau pasal Fifa, kan. Tapi, tunggulah dulu. Kau tak nak buatkan aku air ke?" Hatta sudah bangun dan mencapai batu sungai tadi. Ishak ketawa terbahak-bahak.

"Okay... okay... Aku gurau jelah... Si Megat tu... sebenarnya driver Fifa. Anak driver papa dia. Baru habis belajar dekat Johor dalam IT. Tapi, muda setahun dari Fifa. Hubungan dia orang baru je sebulan lebih."

"Tapi, kan Fifa tu isteri Ekmal..."

"Hah.... menurut sumber aku tu.. Fifa tak jadi kahwin dengan Ekmal."

"Tak jadi?? Kau biar benar sikit, Hak... Aku dapat kad jemputan dia tau!"

"Kau pergi?"

Termenung. "Tak.. aku flight ke Australia malam akad nikah dia. Aku tak sanggup terima hakikat yang Fifa memang akan menjadi milik Ekmal..."

"Jiwang sungguh!! Hehehehe... Itulah kau.. Sepatutnya kau tunggu dulu. Mereka tak jadi kahwin. Ekmal kemalangan malam akad nikah mereka dan meninggal beberapa hari lepas tu. Sejak tu, selama lebih 2 tahun Fifa tak terima sesiapa dalam hidup dia. Baru sebulan lepas, Megat balik dari belajar.. dan jadi driver menggantikan ayah dia yang sakit dan dia orang kenal. Terus couple."

Hatta terdiam. Ekmal dah meninggal!!! Jadi, kata-kata Megat malam hari tu bukan untuk menyakitkan hati dia???!! Ekmal meninggal?? Tapi, kenapa Fifa tak beritahu dia apa-apa?

"Hoi! Aku nak kasi kau tau ni... Kalau kau nak tahu lebih lanjut, kau contact orang ni." Ishak menghulurkan sekeping kad nama ke tangan Hatta. Hatta menyambut kad nama itu dari tangan Ishak dengan muka berkerut. Aik, informer zaman sekarang dah guna kad nama?? Canggih sungguh...

Hatta membaca nama yang tertera di atas kad nama itu. Maria?? Maria, kawan baik Fifa?? Hatta memandang ke wajah Ishak memohon penjelasan.

"Dialah informer aku. Dia ni sepupu aku sebenarnya. Kau contact dia. Kau tanya dia apa sebenarnya yang dah berlaku."

"Thanks, Hak. Ucapkan terima kasih juga pada Mar." Hatta terharu dengan pertolongan Ishak.

"Ala... takat benda ni, aku tak kisah punya. Eh, aku balik office dulu. Ada meeting tak lama lagi. Kang orang tua tu mengamuk lak. Aku tipu kata pergi klinik ni..." Ishak bangun dan menuju ke pintu. Hatta menghantar Ishak keluar dengan senyuman di bibir. Thanks, my friend.
 

achik

New Member
BAB 34

"Awak rupanya Hatta! Saya ingat siapalah Hatta yang selama ni dok suka kat Fifa." Maria agak terperanjat menerima kunjungan Hatta petang itu. Mujur juga Shamsul ada di rumah. Tak jadi ke padang golf menemani orang tuanya yang kebetulan sakit lutut hari ni. Kalau tidak, haru juga nak melayan lelaki itu ketika suaminya tiada di rumah.

"Sayalah... Awak masih kenal dengan saya lagi?"

"Kenal... Takkanlah tak kenal. Apa dah jadi dengan Ma****a? Dulu, ke mana-mana asyik dengan awak je."

"Saya dengan dia sebenarnya kawan je. Dia nak elakkan diri dari sorang budak Accounts. So, gunakan saya sebagai pakwe dia. Sekarang dah kahwin dah. Dengan budak tu lah.. Kalau dah jodoh, lari ke mana pun jumpa balik, kan. Anak pun dah 3 dah sekarang."

"Iya. Macam awak dengan Fifa, kan!" Seloroh Maria. Hatta terdiam. Seloroh Maria membuatkan dia malu. Dia hanya mampu tersenyum.

"Minumlah, Hatta. Mar ni memang macam tu. Suka mengusik. Kalau dilayan, sampai bila pun tak habis." Shamsul menyampuk untuk menghilangkan rasa malu Hatta. Hatta mengangguk dan mencapai gelas berisi air lemon itu.

"Ke mana awak pergi?"

"Ke Australia. Kena hantar kerja ke sana 2 tahun."

"Kebetulan pula. Tapi, kenapa pula berangkatnya pada malam akad nikah Fifa? Ke... awak nak larikan diri?" Shamsul sekadar tersenyum mendengar isterinya serkap jarang. Hatta masih tersenyum nipis. Segala kebenaran sudah terbukti. Memang dia melarikan diri pada malam itu. Melarikan diri kerana tak boleh menerima hakikat Fifa akan mengakhiri zaman gadisnya malam itu.

"Sekarang, rasa menyesal tak sebab tinggalkan Malaysia 2 tahun dulu?" Masih tiada jawapan. Lia Maisara yang menangis membuatkan Maria angkat punggung dan meninggalkan Hatta bersama Shamsul.

"Mar memang macam tu. Sebenarnya kalau awak nak tahu, dia tak suka Fifa berkawan dengan Megat. Awak datang tepat pada masanya. Memang Maria dah lama mencari awak. Sampailah Ishak datang beritahu pasal awak dan Megat bergaduh di rumah Tan Sri Mahmud minggu lepas. Terus Maria korek semua cerita dari Ishak dan suruh Ishak beri kad nama dia pada awak."

Shamsul kematian kata-kata sebaik sahaja ternampak Maria datang kembali
dengan mendukung Lia Maisara di dalam dukungannya. Hatta mengangguk
perlahan tanda faham akan kata-kata Shamsul.

"Soalan saya awak tak jawab lagi."

"Tak perlulah saya cakap menyesal ke tak menyesal, Mar. Cukuplah kalau saya
katakan saya memang perlu sangat berjumpa dengan Fifa. Boleh awak tolong setkan
date saya dengan dia? Rasanya hanya awak orang yang sesuai untuk lakukan tugas
tu."

"Memang saya nak tolong awak, Hatta. Demi persahabatan saya dan Fifa... saya tak nak Fifa kecewa sekali lagi. Cukuplah 2 tahun dia menderita. Sebenarnya dia rindukan awak... Dari riak wajahnya saya dapat tahu yang dia memang sayangkan awak. Cuma, awak hadir selepas dia dah jumpa dengan orang lain. Orang lain yang mendekati dia semata-mata untuk kepentingan peribadinya je. Saya takut Fifa akan ditipu."

"Kalau macam tu, lebih baik kita buat rancangan ni cepat-cepat."

"Hah, betul kata Shamsul tu. Cepat sikit kita buat plan ni, cepatlah kita dapat tengok Hatta dan Fifa kahwin. Betul tak, bang?"

"Thanks... saya tak tau nak cakap cam ne. Kalaulah saya tahu benda ni akan berlaku, saya takkan tinggalkan Malaysia waktu tu. Mesti payah untuk Fifa terima hakikat yang Ekmal meninggal waktu nak diijabkabulkan, betul tak?"

"Hhm.. lama jugak nak eloknya. Tapi, waktu jumpa Megat tu dah mula nampak perubahannya. Kalau saya sebut nama awak, terus dia macam tak ada mood. Mungkin hatinya berbelah bahagi sebab dia masih sayangkan awak."

"Tak sabar rasanya nak jumpa dia. Nasib baik saya pergi ke rumah Tan Sri Mahmud malam tu. Kalau tidak, sampai sekarang pun saya masih anggap yang Fifa dah jadi isteri Ekmal dan tak tahu yang peluang saya masih cerah."

"Teruk jugak awak kena belasah dengan Megat, ya! Sampai MC dua hari. Dengar cerita, Megat tu jurulatih silat cekak dekat Johor dulu..."

"Ha?? Patutlah macam nak tertanggal anak mata saya ni kena penumbuk bongsu dia." Shamsul dan Maria tergelak mendengar seloroh Hatta.
 

achik

New Member
**************************************************************


Fifa memusingkan badannya menghadap ke dinding. Malam sudah larut tetapi matanya masih belum mahu lelap. Lebih-lebih lagi apabila teringatkan peristiwa di rumah Tan Sri Mahmud minggu lepas. Wajah Hatta bermain di matanya.

Memang dia benar-benar terperanjat apabila Hatta menegurnya di sana. Dia sangka, dia hanya bermimpi. Tetapi, apabila dia sedar yang dia berada di rumah Tan Sri Mahmud, dia tahu yang Hatta juga bukanlah stu mimpi.

Hatta bergaduh dengan Megat kerananya? Kerananya atau kerana Ekmal? Bukankah Hatta bergaduh dengan Megat kerana masih menyangka yang dia sudah menjadi isteri Ekmal? Bukankah sebagai sahabat, Hatta memang sepatutnya melindungi isteri sahabatnya? Atau, Hatta cemburu melihat dia datang dengan Megat?

"Kurang ajar sungguh! Kau tumbuk muka aku?? Kau ni siapa yang tumbuk muka aku?" Jerit Megat sambil bingkas bangun. Marah sungguh dia apabila Hatta bertindak begitu. Maruahnya jatuh. Jurulatih silat cekak ditumbuk di hadapan orang ramai? Kerana perempuan pula tu!!

"Siapa yang kurang ajar? Aku ke kau? Kau tu keluar dengan isteri orang tu?" Soal Hatta kasar. Biarlah orang nak tengok ke apa... dia dah tak kisah. Asalkan hatinya puas dapat menumbuk muka lelaki kurang ajar tu.

"Kau bukan suami dia, kan? Yang kau nak sibuk ni kenapa?"

"Sudah, Megat!! Sudah, Hatta!! Jangan berperangai macam budak-budak. Kita
kan dah dewasa!!"

"Awak diam!! Sebab awaklah saya kena tumbuk! Saya kena buat perhitungan dengan budak ni. Kalau dia betul jantan, dia takkan berundur!"

"Kau ingat aku takut kat kau? Kalau berani, meh sini lawan aku!!"

Hatta cuba melepaskan penumbuk ke muka Megat tetapi berjaya ditepis oleh Megat dengan mudah. Megat menyiku badan Hatta dan menghadiahkan satu lagi pukulan di tengah belakang. Hatta jatuh tertiarap. Fifa cuba menarik Megat tetapi dia pula yang ditolak ke tepi.

"Sudahlah tu, Megat!" Jerit Fifa tetapi masih belum dapat meleraikan mereka. Tan Sri Mahmud tak dapat berbuat apa-apa selain dari terpacak di situ melihat pergaduhan itu. Hatta, pekerja kesayangannya sedang bergaduh. Takkan kerana seorang perempuan, dia sanggup bertumbuk
di hadapan orang ramai? Ke mana hilangnya maruahnya selama ni yang baik dijaganya?

Hendak dikenalkan dengan anak gadisnya yang baru balik dari London, dia menolak. Ini bergaduh pula pasal anak gadis Datuk Mansor yang tak jadi kahwin kerana bakal suaminya meninggal akibat kemalangan? Kenapa dia juga yang direbut-rebut? Tan Sri Mahmud geleng kepala. Budak menolak tuah.... kita dah beria-ia mahukan dia ambil alih syarikat nanti, dia
menolak. Alih-alih beralih pada orang yang tak pernah menjanjikan apa-apa?

Dua orang pegawai keselamatan Tan Sri Mahmud datang untuk meleraikan pergaduhan mereka. Itupun, selepas Hatta teruk dibelasah oleh Megat yang masih boleh menunjukkan kegagahannya pada semua mata yang melihat adegan drama aksi mereka.

"Siapa dia tu?" Tanya Megat kasar apabila Fifa menurutinya dari belakang menuju ke kereta. Dia sudah tidak ada mood untuk berlembut dengan Fifa. Kesan tumbukan Hatta di muka kanannya masih terasa. Berdenyut-denyut setiap kali dia mengelip-ngelipkan matanya.

Fifa tidak menjawab tetapi masih tetap menuruti langkah Megat. Dia diam bukan kerana takut, tetapi kerana tak tahu jawapan apa yang harus diberikan pada Megat. Tersilap cakap, akan memakan dirinya sendiri nanti.

"Hei, awak ni dah bisu ya? Kan saya tanya awak ni?" Semakin kuat suara Megat mengherdik Fifa. Fifa tersentak. Dia terus masuk ke dalam perut kereta.

"Janganlah marah sangat. Patutnya awak bangga sebab awak dapat kalahkan
dia.... Sekaligus menjatuhkan maruah orang!"

"Ah!! Persetan dengan semua tu! Dia yang mulakan dulu! Dia salah oranglah.... saya ni jurulatih silat cekak tau! Saja nak cari mautlah tu.. Nasib baik ada orang yang leraikan... Kalau tidak, memang dah mati dah tadi."

"Baguslah tu. Kalau saya tahu awak nak bunuh dia tadi, dah lama saya tolong hulurkan pisau untuk awak tikam dia. Kenapa tak cakap tadi?"

"Awak ni kenapa sengaja nak sakitkan hati saya ni? Dia tu siapa sebenarnya? Sampaikan perli-perli saya pula!! Dia tu buah hati awak selepas Ekmal dah mati ke??"

Fifa merenung tepat ke wajah Megat yang sedang memandu. Berdesing telinganya apabila mendengar Megat menyebut nama Ekmal. Secara tiba-tiba dia merasakan Megat tidak layak menyebut nama Ekmal dan juga Hatta. Dia fikir diasiapa? Tiba-tiba mahu merebut kuasa? Banggakah dia sebab dapat berpasangan dengan aku??

"Jangan sebut nama Ekmal. Saya tak suka! Awak tak layak cakap apa-apa pun pasal Ekmal. Dan, jangan sesekali kutuk Hatta!!"

"Ooohhh.... Hatta!!! Jadi, buah hati awak tu namanya Hatta?"

"Enough, Megat! You are too much!!"

"Marah, cik Fifa? Marah saya sebut nama buah hati awak tu? Okay, malam ni malam terakhir kita bersama. Jangan cari saya lagi." Megat berhenti di tepi bahu jalan dan keluar dari kereta. Fifa terperanjat dengan tindakan luar jangka Megat. Ke mana pula dia hendak pergi malam-malam begini?

"Awak balik sendiri. Saya nak berjalan-jalan." Megat berlalu tanpa menunggu jawapan Fifa. Fifa keluar dari kereta dan beralih ke tempat pemandu. Dia nampak Megat berjalan menuju ke seberang jalan. Dia membiarkan sahaja. Lantaklah kau.... suka hati kaulah... malas aku nak
layan. Fifa terus menghidupkan enjin dan melarikan kereta membelah kesunyian malam.

Sangka Fifa, Megat hanya akan naik angin malam itu dan akan seperti biasa keesokannya. Tetapi, sehingga hari ini, Megat tidak menghubunginya mahupun berjumpa dengannya. Dia sudah 4 hari tidak datang kerja. Tahu-tahu sahaja, dia dapat tahu dari Mek Senah yang Megat sudah pun mendapat kerja di Pulau Pinang.

"Kenapa, Fifa?" Soal Mek Senah apabila dilihatnya Fifa agak curiga dengan jawapannya.

"Bila dia dapat tawaran tu, Mek Senah?"

"Dah lama dah.... Eh, Fifa tak tahu ke? Takkanlah Megat tak beritahu Fifa... Kan kamu berdua rapat.... Adalah dalam 2 minggu lepas. Dia cerita pada Mek Senah yang dia dah dapat kerja di sana. Mula-mula katanya, nak pergi hujung bulan ni. Tapi lepas tu dia ubah fikiran. Katanya nak sesuaikan diri di sana dulu. Itu yang dia pergi cepat tu. Mak dan ayahnya pun tak pergi menghantar. Dia pergi sendiri."

Fifa mengangguk lemah. Megat benar-benar marah padanya. Tindakan Megat membuktikan segala-galanya. Segera diseka airmata yang sudah hampir mahu melimpah keluar dari kolam matanya. Tak sanggup dia membiarkan Mek Senah menyaksikan air jernih itu mengalir kerana Megat.

"Fifa..," Panggil Mek Senah sebelum sempat Fifa menghilangkan diri di balik tembok pemisah dapur dan ruang makan. Fifa berpusing ke dapur semula.

"Megat tak jemput Fifa ke kenduri pertunangannya minggu ni?" Fifa menyandarkan badannya ke dinding. Dia cuba berpaut di kerusi sebelum Mek Senah sedar dia seakan mahu rebah apabila mendengar berita itu.

"Minggu ni, kata emaknya mereka nak buat kenduri sikit sebelum ke Johor untuk meminang kekasih si Megat tu."

Johor? Kekasih?? Habis, aku ni siapa?? Ya Allah!! Inikah dugaan buatku? Inikah ujian yang harus aku terima? Masih belum cukupkah penderitaanku sehingga aku diuji sekali lagi?? Ya Allah.... betapa sayangnya Kau padaku sehinggakan terus-terusan Kau mengujiku. Parut
lukaku baru mahu sembuh dan kini, ianya berdarah kembali... Kali ni, semakin teruk sehingga terasa bagaikan perahan limau dicurahkan ke atasnya.... Kenapa, Ya Allah.....??

Kali ni, Fifa tak dapat menahan tangisnya. Esakannya semakin menjadi-jadi sebaik sahaja dia melontarkan tubuhnya di tilam empuk di dalam biliknya. Dia menangis semahu-mahunya melepaskan segala kesedihan di hatinya.

Perlahan-lahan Fifa bangun. Matanya masih belum mahu lelap. Dia meraba pipinya. Ada kesan airmata yang mengalir. Sudah seminggu peristiwa itu berlalu tetapi dia masih meratap menangis apabila teringatkan detik-detik itu. Megat sudahpun bertunang dengan gadis pilihannya. Orang Johor. Pasti sama-sama belajar dulu.... Samalah seperti dia dan Ekmal... Oh, Ekmal... maafkan Fifa.... Maafkan Fifa kerana berpaling dari cinta kita dulu....

Fifa mengerling jam dinding yang tergantung di dinding di kepala katilnya. Sudah hampir pukul 3 pagi. Dia merebahkan kembali tubuhnya ke tilam. Sudahlah, Fifa... Megat sudah pergi... Lepaskanlah lelaki penipu tu. Bisik hatinya memujuk. Fifa tersenyum seorang. Tak sia-sia
rupanya dia berjumpa dengan Hatta dan Megat bergaduh dengannya tempohari. Sekurang-kurangnya dia tahu tembelang Megat. Alhamdulillah... sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.....

Dan, dalam pada dia tersenyum sendirian itu, dia sendiri tidak sedar bilakah masanya dia terlelap dan terus diulit mimpi.
 

achik

New Member
BAB 35

"Hai.... kau apa khabar sekarang?"

Gelak. "Sihat je... Kau cam ne? Eh, anak angkat aku tu sihat tak?"

"Alhamdulillah.... sihat.... Aku nak jumpa kaulah... Aku dan Sham dah lama tak keluar makan dengan kau, kan.. Kau jumpa aku dekat Gloria Jeans malam ni pukul 8 malam ek."

"Kenapa tiba-tiba je ajak aku makan ni....? Mesti ada apa-apa ni..." Fifa mula cuak dengan ajakan Maria. Budak sorang ni bukan boleh percaya sangat....

"La... kau dah lupa ke? Hari ni kan ke ulangtahun ke 29 aku! Aku nak celebrate ngan kau lah. Kau ni, tengoklah... Belum tua pun, dah jadi pelupa."

"Ya Allah... sorrylah, Mar. Aku betul-betul terlupalah. Malam ni ke? Aiseyman... aku ada banyak lagi kerja urgent nak kena siapkan hari ni... Tak payahlah... kau orang pergilah makan berdua je. Esok aku datang rumah kau ya!" Fifa meneliti beberapa paper work yang terpaksa diapproved sebelum dihantar ke bahagian marketing.

"Aku tak kira... Kau kena juga datang malam ni. Kalau kau tak datang, putus sahabat! Aku tak main-main ni, Fifa...," ugut Maria. Fifa tergelak besar. Mesti ada rancangan ni..., fikirnya.

"Tengoklah dulu.. Nanti aku call kau balik."

"Apa pun alasan kau, aku tahu kau kena datang. Kalau tak, aku datang office kau dan seret kau ke sana."

"Huuii... sejak kahwin ni, kau makin garang, ya!" Fifa ketawa. "Yalah,... aku datanglah nanti. Kalau lambat, kau tunggu tau!"
 

achik

New Member
*************************************************************

"Lambatnya kau datang! Penat kitaorang tunggu tau!" Mengeluh Maria sebaik sahaja ternampakkan Fifa yang datang dengan bungkusan hadiah di tangan. Dia memeluk Maria dan mengucup pipi sahabat karibnya itu. Lia Maisara di dalam kereta sorong.

"Hai, Sham." Tegur Fifa pendek. Shamsul mengangkat tangan dan mempelawa Fifa duduk.

"Hah, mana keknya? Kau ni, kata nak sambut harijadi, tapi tak de kek... Harijadi apa namanya ni?" Maria tersengih.

"Sekejap lagi sampailah kek tu. Ada orang pergi beli tak balik-balik lagi sampai sekarang. Agaknya dia tolong buat kek tu sekali kot!" Seloroh Shamsul. Fifa senyap. Shamsul jarang mahu berseloroh. Hatinya sedikit berdebar-debar. Ha... jangan-jangan mereka nak acu-acukan dia dengan seseorang tak....???

"Hei, janganlah gabra. Kau ni tak pasal-pasal je pucat ni kenapa?" Soal Maria apabila dia tersedar yang Fifa kelihatan agak gusar.

"Tak ada apa-apa. Tiba-tiba je aku rasa serba tak kena. Siapa yang kau suruh beli kek tu?"

"Sepupu aku. Ishak. Kau kan kenal dia..."

La... Ishak???!!! Takkanlah budak Ishak tu yang Maria nak kenalkan dengan dia? Kan diaorang dah kenal dari kecil lagi? Lagipun, tak sesuailah dia dengan Ishak. Si Ishak tu kaki perempuan. Semua pun dia sambar.

Fifa bermain-main dengan Lia Maisara untuk menghilangkan debaran di dadanya. Maria duduk berbual-bual dengan Shamsul dan sesekali mengerling jam di tangan. Lamanya, ke mana perginya budak-budak ni?

"Sorry, lambat. Orang tu baru nak tulislah. Lepas tu, tiub icing tu pulak buat hal. Tu yang lambat tu." Ishak meletakkan kotak kek di atas meja. Dia memusingkan badan menghadap ke arah Fifa. "Eh, dah sampai dah ke. Fifa? Ingatkan siapa tadi... Makin cantiklah kau ni!!"

Wajah Fifa merah padam. Dia membetulkan letak duduknya. Dia tak angkat kepala pun. Tapi dia sedar, selain Ishak ada seorang lagi lelaki berdiri di sisinya. Tetapi dia tak tahu siapa. Lelaki itu tidak bersuara. Dan, dia sendiri tak berani mahu mengangkat kepalanya.

"La... duduk jelah kat situ. Yang kau berdiri je ni kenapa?" Terdengar suara Ishak memarahi seseorang. Maria dan Shamsul tergelak agak kuat. Lelaki tadi masih tak bersuara tetapi telah pun melabuhkan punggung di sebelah Fifa.

"Apa khabar, Fifa?" Sapa suara itu. Suara itu amat dikenalinya. Dan, kali ini suara itu datang lagi. Mimpikah dia??

Fifa angkat kepala perlahan-lahan. Dia mahu lihat siapa pemilik suara itu. Benarkah seperti yang disangkakannya?

"Hatta? What are you doing here?" Benar-benar dia terperanjat apabila melihat Hatta yang sedang duduk di sebelahnya. Maria dan Ishak tersenyum. Tugas mereka telah selesai. Pasangan itu telah mereka satukan dan selebihnya terpulang kepada mereka untuk merancang kehidupan seterusnya.

"Kita orang blah dululah.. Kalau kau nak kek ni, aku tinggalkan dan kau datang rumah aku esok ek! Thanks for the gift." Maria, Ishak dan Shamsul bangun untuk meninggalkan mereka berdua.

"Hei, nak ke mana korang ni? Tinggalkan aku kat sini? Kau kata nak celebrate birthday kau dengan aku?"

"Alasan je... Sebenarnya aku nak kau jumpa Hatta. Korang berboraklah... Aku rasa, ada banyak perkara yang korang nak borakkan, kan! Kitaorang malas nak kacau. Nak balik tengok Astro. Malam ni HBO ada cerita best tau!" Maria kenyit mata dan menyorong Lia Maisara.

Kini, hanya tinggal mereka berdua sahaja. Fifa terasa kekok berhadapan dengan Hatta berdua. Walaupun dulu, mereka selalu keluar makan bersama... tapi kini, entah kenapa hatinya berdebar-debar apabila ditinggalkan berdua dengan Hatta.

"Cam ne ngan you sekarang?" Soal Hatta memecah kesunyian.

"Hhmm... okay je. You pulak?"

"Biasa saja. Tapi, masih terasa peritnya kena belasah dek boyfriend you tu! MC dua hari tau!" Hatta gelak kecil. Wajahnya berkerut-kerut menunjukkan kesungguhan dia bercerita.

Fifa hanya tersenyum mendengar cerita Hatta. Kesian sungguh... Itulah...sarang tebuan pergi dijolok, kan dah kena sengat! Bengkak muka...

"Kenapa boyfriend you tak ikut sama?"

"Mana I ada boyfriend? Budak tu bukan boyfriend I lah. Dia dah bertunang dengan girlfriend dia minggu lepas."

"La... bukan boyfriend you ke? Kalau I tahu, tak adalah I serang dia malam hari tu. Tak pasal-pasal je....."

"Siapa suruh you tak tanya dulu? Main hentam je... Kan dah kena!"

"Benganglah I sebab nampak you datang dengan orang lain. Kalau Ekmal, tak adalah I naik angin!" Kata Hatta. Fifa terdiam. Sekali lagi, nama itu membangkitkan kenangan-kenangan manisnya bersama lelaki itu. Sayang... lelaki itu sudah lama meninggalkannya bersama seribu satu luka.

"Sorry, Fifa... I tak tahu pun..." Hatta rasa bersalah kerana menyebut nama Ekmal.

"Tak apalah... you tak tahu pun, kan! Well.. ke mana you pergi ek? Terus hilang tanpa khabar berita. Baru bulan lepas I terima surat you. Selama 2 tahun lebih ni, you tak pernah ingatkan I lah ek!"

"Sebab I sentiasa ingatkan youlah, I bawa diri jauh dari Malaysia. I takut I akan kalah dengan perasaan I."

Terharu Fifa mendengar pengakuan Hatta. Mungkinkah Hatta jodoh sebenarnya? Mungkinkah Allah sengaja mengujinya sebelum dia benar-benar bertemu lelaki yang paling sesuai untuk dirinya? Mungkinkah selama ini hanya dia yang tak perasan bahawa jodohnya ada di depan mata?

"Well... cam ne ngan wife you?" Soal Fifa setelah agak lama mereka mendiamkan diri.

"My wife? Emm... sihat. Ada kat rumah. Nantilah... I akan bawa you pergi jumpa dia. I selalu cerita pasal you pada dia. Dan, dia insist nak jumpa you. Nasib baik kita terjumpa dekat rumah Tan Sri hari tu. So, next time, I akan invite you ke rumah I. For dinner maybe...."

Termangu Fifa. Sekejap kata asyik teringatkan aku.. bila tanya, dah kahwin pula... Mamat ni biar betul... Dah kahwin ke belum sebenarnya ni?

"Sorry, but I kena balik sekarang. Wife I pesan jangan balik lambat. Malam ni dia nak ajak keluar. You nak I hantar you balik?"

Geleng. "No. Thanks. I ada bawa kereta. I akan balik sendiri. Kirim salam pada wife you."

"As you wish. So, boleh I balik sekarang?" Fifa mengangguk. Hatta tersenyum dan berlalu. Fifa termangu sendirian selepas Hatta pergi meninggalkan dia di situ.
 

achik

New Member
BAB 36

Agak lama Fifa menunggu di ruang legar hotel itu.. namun wajah yang ditunggu masih belum kunjung tiba. Fifa melirik jam di tangannya. Sudah hampir sejam dia di situ. Dia menggelengkan kepala. Sahlah! Dia sudah kena tipu. Segera dia mencapai tas tangannya dan angkat punggung untuk balik ke pejabat.

"Fifa.. tunggu!" Satu suara menjerit dari belakang sebelum sempat dia melangkah keluar dari hotel itu. Fifa berhenti dan menoleh ke belakang.

Megat termengah-mengah mengejarnya. Fifa merengus. Dasar jantan tak guna! Dahlah berjanji, lambat pula tu!

"Sorry... jalan sibuk tadi. Cepat sangat awak nak balik!"

"Hei, saya dah ada kat sini sejak sejam yang lepas. Awak ni janji apa ni? Suruh datang pukul 3 tapi awak sampai pukul 4. Kalau saya tahu cam ni, baik saya duduk kat office. Buat kerja lagi baik!!" Tengking Fifa. Kesabarannya sudah habis. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia bunuh lelaki tak malu di hadapannya ni.

"Sorry... please... janganlah macam ni. Saya baru sampai ke sini, awak dah marah saya..."

"Saya tak suruh awak balik sini pun. Awak yang nak balik."

"Janganlah cam tu. Jom kita ke restoran.. Saya dah laparlah.. Dari pagi tadi tak jamah apa-apa pun..." Pujuk Megat. Fifa mengangguk. Kesian pula dia bila dengar Megat belum makan apa-apa.

"Datuk dan Datin sihat?" Tanya Megat sebaik sahaja kereta melepasi palang car park. Fifa sekadar mengangguk.

"Awak?" Soalnya kemudian.

"Kan saya ada depan awak ni... tak nampak ke sihat ke tidak?" Soal Fifa kasar. Parut luka di hatinya masih belum sembuh dengan perbuatan yang telah dilakukan oleh Megat terhadapnya.

"Awak masih marahkan saya.... Tak apalah... memang patut awak marah pun.. Saya dah menipu awak selama ni.. Tapi, saya ada sebab kenapa saya mesti tipu awak."

"Tak payah nak beri alasan pada saya... Saya tak berminat nak dengar."

"Tapi, awak kena tahu kebenarannya. Tolonglah dengar dulu... Dan, lepas tu terpulang sama ada awak nak maafkan saya atau tidak." Kata-kata Megat termati sebaik sahaja Fifa memberhentikan kereta di perkarangan sebuah restoran Itali. Fifa terus keluar dari kereta. Megat menurut dari belakang.

Mereka sama-sama masuk ke dalam restoran itu. Haruman lemon yang semerbak
menusuk ke hidung Fifa. Segera khalayannya terbang teringatkan kenangan bersama
Ekmal. Di sinilah tempat terakhir mereka datang untuk candle light dinner sebelum diijab kabulkan dan Ekmal pergi buat selama-lamanya...

"Awak kena dengar penjelasan saya!" Tersentap kenangan silamnya dek suara Megat. Fifa memandang tepat ke wajahnya. Seorang pelayan yang mampir ke meja mereka segera bertanyakan pesanan.

"Guava." Pelayan mencatatkan sesuatu di kertas putih di tangannya. "Awak pesanlah apa yang awak nak makan. Saya masih kenyang."

"Chicken spagetti.. and Orange Juice."

Pelayan beredar. Fifa meletakkan tas tangan di atas meja. "Ceritalah... saya mendengar."

"Thanks. First sekali saya nak minta maaf pada awak. Saya mengaku saya dah menipu awak. Tapi, ada sebabnya kenapa saya buat semua ni. Mula-mula kita kenal... waktu kita ke Banting. Waktu tu saya rasa awak ni terlalu ego. Berlagak dengan kekayaan awak. Awak anggap orang miskin semuanya berada di bawah telunjuk awak. Awak buat apa yang awak suka. Saya cukup bencikan awak waktu tu.

Tapi, pemergian saya ke Pulau Pinang memang dah dirancang. Saya pergi interview ke sana. Tak terfikir pun nak beritahu awak.. sebab saya tahu siapa diri saya.. Tapi, waktu kita pergi makan di Benteng... saya tahu awak dah mula sukakan saya. Saya tahu tentang sejarah percintaan awak. Dan, saya tahu... awak masih terasa lukanya... Jadi, saya ambil kesempatan untuk mendekatkan diri dengan awak. Awak nak tahu kenapa? Sebab saya nak mainkan perasaan awak!! Saya nak awak pula tunduk pada saya..." Penjelasan itu termati seketika sebaik sahaja pelayan datang membawakan makanan dan minuman untuk mereka.

"Jadi, awak terus sakitkan hati saya dengan bertunang? Sengaja nak tunjukkan yang saya dah kalah? Begitu?" Soal Fifa.

"Sabar dulu, Fifa... Dengar dulu apa yang saya nak cakap ni. Niat asal saya terhenti bila saya sedar... saya mula jatuh cinta dengan awak. Entah bila saya mula rasa cam tu, saya pun tak pasti. Tapi, memang saya cintakan awak. Selepas detik tu... saya hanya fikir nak bahagiakan awak je... Sehinggalah malam kita terserempak dengan Hatta; kawan arwah tunang awak tu. Dari gerak-geri dia, saya tahu dia pun sukakan awak. Saya rasa tergugat.

Saya tak nak berkongsi awak dengan sesiapa pun. Saya tahu, awak kenal dia dulu.. tapi, saya tak boleh terima ada lelaki lain sukakan awak. Malam tu, saya belasah dia bukan sebab dia tumbuk saya... tapi sebagai peringatan supaya dia jangan kacau awak lagi."

Megat berhenti bercakap dan mengeluh keras. Terpancar kekesalan di wajahnya.Fifa menyedut air guava di hadapannya. Masih sabar menunggu kata-kata seterusnya dari Megat.

"Tapi, saya terlupa yang saya pernah buat hubungan cinta dengan orang lain... Kekasih saya waktu di Johor. Kami sebenarnya dah lama putus hubungan.. sejak tahun akhir di kampus. Entahlah... kenapa ya saya terlalu lemah?? Saya setuju berkahwin dengan dia...."

"Bukan ke awak bertunang je?" Soal Fifa terperanjat.

"Salah tu.. Bukan bertunang tapi kahwin. Kalau saya cakap pun... awak takkan percaya.... saya jadik pak sanggup. Pak sanggup untuk anak yang ada dalam kandungan dia tu. Bukan anak saya tapi anak orang lain yang tak bertanggungjawab... Saya... Saya kesiankan dia... dan... anak yang bakal lahir tak lama lagi tu!! Sebab tu saya terima dia. Kami dah buat
perjanjian... sebaik sahaja anak tu lahir, saya akan ceraikan dia. Dan, lepas tu.. saya
nak awak kembali pada saya!"

"Begitu senang awak cakap? Awak fikir... saya ni anak ayam? Senang-senang je nak main tolak tarik?"

"Please, Fifa... fahamlah sikit keadaan saya sekarang ni..."

"Saya faham... saya tak salahkan awak.. tapi untuk kembali pada awak, mustahil... Megat!"

"Kenapa? Awak dah jatuh cinta dengan Hatta?"

"Dia tak ada kena-mengena dalam hal kita ni, okay! Jangan babitkan dia...."

"Jadi, apa masalahnya? Awak cintakan saya, betul tak??"

"Enough! Saya tak nak sebut lagik pasal ni. Saya nak balik. Awak makan puas-puas. Saya bayar."

Fifa terus bangun dan menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran. Dia tak nak ambil pusing Megat balik dengan apa... Dia tak nak peduli hati Megat terluka atau tidak... Hatinya lebih dari terluka selama ini. Benar... dia dapat terima penjelasan Megat dan memaafkannya.. tapi untuk menerimanya kembali, dia tak mampu. Dia tak mampu membohongi dirinya yang lelaki bernama Megat sudah lama mati dalam hidupnya.
 

achik

New Member
***********************************************************

Malam itu, selepas solat.. dia duduk berteleku di sejadah. Diselaknya helaian al-quran yang baru sudah dibaca isinya sebelum menutup kitab suci itu dan meletakkannya kembali di atas rak. Dia menanggalkan telekung dan melipatnya sebelum digantung semula di ampaian.

Perlahan-lahan Fifa merebahkan diri di dada katil. Otaknya kosong.. Dia merenung siling.. cuba mencari-cari wajah Ekmal.. Namun hampa... kenapa sekarang terlalu sukar untuknya membayangkan wajah Ekmal? Sedangkan dulu... wajah lelaki itulah yang selalu bermain di mata... wajah lelaki itulah yang selalu dirindui..sehinggakan tak lena tidurnya kalau tak merenung gambar lelaki itu. Tapi, kenapa sekarang.. bayangan Ekmal seolah-olah sudah menjauhkan diri?

Mal.. I rindu pada you.. I rindu sangat... Kenapa takdir memisahkan kita, Mal...? I terseksa... I terseksa kerana terlalu ingatkan you.. Kenangan dengan you... seolah-olah menjerat I.. menjerat I dari berhubungan dengan orang lain. I tak salahkan you meninggalkan I.. tapi, I terlalu sedih... kerana di saat-saat kita di ambang bahagia.. I ditinggalkan terkapar-kapar seorangan...
Kenapa nasib I jadi macam ni? Apa agaknya salah I? Sehinggakan kebahagiaan I direntap pergi dari I?

Mal... saban malam I teringatkan you... Selama 2 tahun ni, I kesepian.. mencari kembali bahagia yang I bina bersama you dulu... Bahagia yang pernah kita semai sedari kita mula berkenalan dulu... Tapi, I hampa... bahagia tu umpama sinaran mentari di celah-celah lapisan awan... terlalu sukar untuk diintai.. sesekali menjelma.. tapi, bila awan berarak... cahaya sinarannya kelam... dan seterusnya hilang... lalu I dalam kegelapan...

Bukan tak ada orang yang mahu mengubat luka di hati ni... tapi, tetap tak sama dengan you. Hatta datang... tapi, kemudian pergi tanpa sebarang berita... kemudian datang pula Megat... sekali lagi I kecewa... walaupun dia tak sebaik you, I cuba terima dia seadanya.. namun, I ditinggalkan jua... Dan, kini... kedua-duanya datang balik.. mengharap sesuatu yang terlalu mustahil untuk I berikan sebab hati I sudah tertutup....

Mal... kalau ikutkan hati... I taknak terima sesiapa lagi sampai bila-bila... I tak nak mengkhianati cinta kita... cinta sejati kita yang telah you bawa pergi jauh dari dunia ni... kenapa I tak mati bersama you dulu? Biar kita sama-sama meninggalkan dunia ni... bukankah kita dah berjanji untuk sehidup semati?? Tapi, you pergi dan tinggalkan I......

Astaghfirullah.... Syaitan apa yang telah merasuknya ni?? Fifa meraup wajahnya beberapa kali... Kenapa mesti mendoakan kematian sendiri? Mengucap Fifa... ingat Tuhan... Setiap yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya.... Pujuk hati kecilnya... Ternyata, imannya yang sekelumit itu mampu menyedarkan dia...

Fifa bangun semula dan menutup lampu... Insya-Allah... Allah itu Maha Pemurah... dan Maha Mengasihani.... percayalah, Fifa... Kau akan bahagia juga.... bisiknya pada diri sendiri sebelum merebahkan kembali tubuhnya dan melelapkan mata....


Sampai bila Fifa nak macam ni? Mama dan Papa ni makin hari makin tua.. Risau kami tengok Fifa cam ni..." Tanya Datin Maznah satu hari. Fifa yang sedang duduk sambil mengunyah epal hijau kegemarannya diam. Sedikit pun dia tak berdetik untuk menjawab pertanyaan itu.

Datin Maznah merengus. Dasar anak keras kepala! Kita tanya... dia boleh buat bodoh je... Dia menepuk paha Datuk Mansor - menyuruh lelaki itu pula yang buka mulut. Datuk Mansor berdehem beberapa kali dan meluruskan kakinya.

"Boleh kita berbincang dari hati ke hati?" Soal Datuk Mansor lembut. Fifa menoleh dan mengangguk. Datuk Mansor terlalu berbeza dengan Datin Maznah.. Datuk Mansor pandai menggunakan psikologi tetapi Datin Maznah hanya tahu menggunakan emosinya. Sebab itulah Fifa agak malas mahu berbincang apa-apa dengan Datin Maznah. Belum sempat mahu buat penjelasan... sudah disampuk dan disalahkan.

Fifa menghadap ke arah Datuk Mansor. Datin Maznah memeluk tubuh. Hatinya berbuku bengang dengan Fifa. Namun, dia mendiamkan diri kerana sekurang-kurangnya Fifa mahu berbincang.

"Papa nak tanya Fifa.. macam mana hubungan Fifa dengan Megat ni? Papa tengok, kebelakangan ni dia selalu datang KL semata-mata untuk jumpa Fifa. Kamu orang ni ada apa-apa lagi ke?"

"Tak ada apa-apa, Papa.. Kebetulan dia turun KL sebab kena pergi HQ kat sini. Tu yang dia jumpa Fifa sekali tu. Dia dah kahwinlah, Papa... Takkanlah Fifa nak kacau suami orang pula...."

"Baguslah kalau macam tu.. Mama taknak nanti orang kata, anak dara Mama ni dah tak laku, sampai terpaksa berkongsi kasih dengan perempuan lain.," sampuk Datin Maznah tanpa dipinta.

Berdesing telinga Fifa mendengar kata-kata itu. Kata-kata yang lahir dari mulut ibunya sendiri. Pilu hatinya.. Takkanlah sebab Mama teringin sangat nak tengok dia kahwin, sampai sanggup kata begitu? Semata-mata untuk tunjukkan yang dia tak puas hati kerana Fifa masih sendiri?

"Fifa belum gila lagi, Ma.. Kalaupun dah tak ada orang nakkan Fifa, Fifa tak kempunan nak kahwin dengan suami orang." Balas Fifa. Datin Maznah mengurut dada. Bersyukur kerana sekurang-kurangnya apa yang dia takutkan selama ini juga cuba dielakkan oleh Fifa. Manalah hendak dia sorokkan muka kalau Fifa kahwin dengan suami orang... Sanak saudara di kampung, sahabat handai... pasti akan mencemuh kerana anak gadisnya perampas suami orang.

"Papa bukan memaksa.. Tapi, kami sebenarnya risaukan Fifa. Semenjak dua menjak ni, Fifa selalu menyendiri. Fifa dah semakin jarang berborak dengan kami.. Fifa buat seolah-olah rumah ni hotel. Balik kerja tengah malam... Tidur dan esok paginya, bangun untuk ke tempat kerja.. Macam tulah setiap hari.. Papa bimbang.. Fifa sebenarnya cuba lari dari masalah, tapi kenapa mesti macam ni?

Papa dan Mama bukannya muda lagi, Fifa.. Kami ni dah tua. Entahkan esok, entahkan lusa... kami akan kembali. Kami teringin nak tengok Fifa berkahwin dan ada anak sendiri.. Sekurang-kurangnya, tunjuklah siapa pilihan Fifa..."

"Papa... Mama... Buat masa sekarang, Fifa tak ada kawan dengan sesiapa pun.. Fifa taknak fikir tentang perkara ni dulu. Tolonglah.. Berilah Fifa bernafas sekejap. Fifa rasa tertekan kalau semua orang sibuk carikan jodoh untuk Fifa. Sampai masanya, Fifa akan kahwin juga. Kalau Mama dan Papa tak sabar sangat... carikanlah sesiapa yang rasanya sesuai untuk Fifa. Kalau
Fifa okay dengan lelaki tu, Fifa akan terima dia. Demi untuk memuaskan hati semua, Mama
dan Papa buatlah apa yang patut."

Datin Maznah sudah boleh tersenyum. Hatinya lega kerana suasana yang agak
tegang sebentar tadi sudah nampak kembali seperti sediakala. Fifa sudah beri
lampu hijau untuk carikan calon yang sesuai. Dalam kepalanya sudah terbayang
wajah Mohd Suhaimi, anak kenalan rapatnya. Kacak juga budak tu. Sesuai kalau
dijodohkan dengan Fifa. Tak sabar rasanya nak menelefon pada ibu si calon.

"Okay, macam ni. Papa beri Fifa tempoh sebulan. Kalau lepas tu, Fifa dah bersedia untuk suruh kami carikan calon suami, beritahu kami balik. Lepas tu baru Papa akan carikan. Papa beri tempoh sebulan ni supaya Fifa berfikir panjang.. dan manalah tahu, tiba-tiba terjumpa sesiapa yang sesuai dengan Fifa... Deal?"

Fifa mengangguk. Datin Maznah terdiam. Ish, orang tua ni... aku baru je berangan-angan nak jodohkan si Fifa ni dengan anak Datin Hendon, dia pula pergi buat rancangan lain. Kalaulah si Fifa tu terjumpa sesiapa ke, habislah.... gerutu hatinya.

"Fifa nak ke bilik dulu. Mama dengan Papa boraklah ya!"

Fifa angkat punggung dan berlalu ke bilik, Sengaja dia mahu melarikan diri lebih awal sebelum terus-terusan di soal siasat. Dari raut wajah Datin Maznah tadi, Fifa dapat menangkap yang ada sesuatu sedang difikirkan oleh wanita itu dan sudah pasti dalam kepalanya sudah ada satu objek lelaki yang bakal menjadi mangsa keduanya selepas Shamsul.
 

achik

New Member
BAB 37

"Sampai bila, Hatta? Sampai bila kau nak biarkan perkara ni macam ni?"

Hatta tersenyum cuma mendengar kata-kata Ishak. Sahabatnya itu mundar mandir di hadapannya sejak tadi dan dia pula masih tenang duduk di kerusi malas di balcony yang menghadap ke arah bukit bukau. Dia menarik nafas panjang. Dan sengaja melepaskannya kembali secara keras. Ishak berhenti dan memandang ke arahnya.

"Kau ni.. aku macam bercakap dengan tembok rumah kau ni, tau! Sikit pun kau buat tak heran dengan soalan aku! Manusia ke jembalang kau ni?"

Kali ini Hatta tergelak besar. Ketawanya meletus tiba-tiba tanpa dipinta. Wajah Ishak semakin masam. Ketawa!! Gelaklah kau puas-puas. Takut-takut esok kau menangis teresak-esak!!

"Apalah kau ni... Kau kata aku jembalang? Hei, bukan senang nak dapat jembalang baik macam aku tau! Cuba kau cari kat KL ni, jembalang mana yang tak sentuh anak dara orang walaupun duduk berdua dalam tempat yang sunyi? Ni hah.. jembalang bernama Hatta ni hah, kawan!!" Kata Hatta sambil menepuk dadanya yang bidang.

Ishak duduk. Dia akui kata-kata Hatta itu. Tapi, dalam soal ni, bukan perlu itu semua. Tak perlu Hatta nak tunjukkan ke"malaikat"an dia.. Yang perlu sekarang, cara untuk memenangi hati Fifa.

"Kalau kau tak nak, tak apalah... Aku cuma sampaikan pesan Maria. Katanya, Fifa dah suruh parents dia carikan jodoh untuk dia. Kau pun satu, yang kau beritahu dia kau dah kahwin tu kenapa? Saja nak bunuh diri sendirilah tu...."

"Dia pun tahu berfikir, Hak... Dia tu bukan belajar takat sekolah tadika je... Takkanlah dia percaya cakap aku bulat-bulat. Lagipun, buat apa kau nak takut.. Kan ke kata Maria, ayah dia dah buat keputusan selepas sebulan baru diaorang masuk campur. Aku masih ada sebulan lagi, Hak... Tahulah aku nak buat apa..."

"Ginilah, Ta.... Susah-susah sangat... Aku rasa biarlah aku je yang pergi pinang si Fifa tu. Aku pun bukannya tak handsome, kan!!"

Hatta bangun dan mencekak leher baju Ishak. Terperanjat Ishak melihat reaksi Hatta.

"Cubalah kalau kau nak rasa penumbuk aku ni!!" Gertak Hatta. Tiba-tiba hatinya panas. Tak guna punya kawan... Dalam pada dok pujuk aku pergi pinang si Fifa, dia sendiri nak potong jalan!

"Aik! Melenting nampak? Tau pun kau marah... Aku ingat tadi, kau tu patung batu.. Tak ada perasaan... Rupanya, patung batu tu dah diserapkan nyawa, ya! Come on, Hatta... Aku bukan jenis makan kawan tau! Sengaja aku cakap macam tu, nak tengok reaksi kau.... Hah, terkujat kau!"

Kali ini giliran Ishak pula ketawa terbahak-bahak. Hatta terduduk di kerusi. Perasaan malu menyerbu ke seluruh mukanya. Kenapa dia bertindak bodoh sebentar tadi? Cemburukah itu? Dia ketawa kecil dan menggelengkan kepalanya. Sementara badannya terhenjut-henjut menahan gelihati.

"Okay, kau menang. Aku kalah...." Hatta berkata setelah ketawa masing-masing reda. "Aku pun sebenarnya ingat nak pergi jumpa dia. Tapi aku pernah ternampak dia keluar makan dengan budak Megat tu. Dengar cerita dia tu dah kahwin dan duduk kat Penang. Kenapa pula selalu je ada kat sini?"

"Ha... yang itu aku terlupa nak beritahu kau. Si Megat beritahu Fifa yang dia terpaksa jadi pak sanggup pada ex-girlfriend dia. Budak perempuan tu dah mengandung dan budak yang tak bertanggungjawab tu tinggalkan je macam tu. Tu yang dia kena kahwin dengan budak perempuan tu... dan kata dia, lepas je budak tu bersalin nanti.. Dia akan ceraikan perempuan tu, dan nak kahwin dengan Fifa."

"Begitu senang? Apa kata Fifa?"

"Tulah... si Mar cakap, Fifa tak nak terima dia. Fifa dah serik dan lagi katanya... sebenarnya dia kesiankan isteri Megat tu. Nanti tak pasal-pasal sebab Megat nak kahwin dengan dia, Megat tinggalkan perempuan tu dan anak dia."

"Sampai cam tu sekali dia cintakan Fifa? Dahsyat jugak budak tu ek!"

"Dahsyat tak dahsyat lah... Aku rasa, kalau mamat tu ayat si Fifa lebih je nanti... mau lekat balik tu... Saki baki sayang tu sure ada lagi ya tak? Jangan-jangan kau melepas nanti...."

"Hallooooo.... makan boleh sebarang makan... cakap jangan sebarang cakap!! Itu dah kira mencabar tu..."

"Memang mencabar pun... Kalau tak tergugat jugak, bukan anak jantan lah namanya...!!" Ishak sengaja mencurahkan minyak ke api kemarahan Hatta.

Hatta bangun dari kerusi malas dan masuk ke dalam rumah. Ishak hanya memerhatikan gelagat Hatta yang setahunya sudah mula panas punggung bila dicabar begitu. Hatta terlalu ego dan sensitif tetapi bukanlah seorang yang panas baran. Ishak kenal benar dengan Hatta. Riaknya jarang menjanjikan apa-apa perasaan tetapi, gelodak di dalam sebenarnya terlalu hebat. Andai dia bukanlah seorang yang pandai menyorokkan isi hatinya, pasti seluruh dunia tahu betapa dia cintakan Fifa.....

"Aku nak keluar makan. Kau nak ikut?" Soalnya tiba-tiba. Ishak menoleh memandangnya. Sudah siap berbaju t-shirt kolar warna kelabu dan berseluar jeans lusuh - pakaian kegemarannya. Kunci kereta juga sudah berada di tangannya. Ishak bangun. Menurut jejak langkah Hatta.

"Ke mana tengah-tengah malam buta ni? Orang lain dah membuta, kita baru nak keluar makan?" Soal Ishak walaupun langkah masih terus diatur.

Hatta tidak menjawab sebaliknya menyanyi-nyanyi kecil. Ishak tahu... hatinya tengah tak keruan. Dan, selalunya kalau hatinya gelisah, pasti dia akan makan. Makan... dan termenung.. itu saja yang mampu dia buat... Dan, telahan Ishak benar kerana Hatta masih sayangkan Fifa....
 

achik

New Member
***********************************************************

Megat sudah mencongak-congak. Hanya tinggal 3 bulan sahaja lagi sebelum dia boleh melepaskan isterinya dan berkahwin dengan Fifa. Walaupun tempoh itu tidaklah terlalu lama, tetapi apabila teringatkan Fifa yang jauh di Kuala Lumpur, dia semakin tak sabar untuk menanti detik itu.

Dia hanya memerhatikan Hayati, isteri yang dikahwininya tanpa rela; atau mungkin boleh disebut paksa rela, yang sedang berjalan berseorangan di tepi tasik. Tidak terlintas sedikit pun di hatinya untuk mengiringi wanita yang sudah sarat itu.

Sesekali Hayati memandang ke arahnya dan dia buat tak tahu. Dia pura-pura memandang ke arah lain ataupun meraup wajahnya. Tetapi, bila wanita itu memandang ke arah lain, dia akan curi-curi pandang padanya.

Dia sayangkan wanita itu... Memang cukup sayang.. Tapi itu dulu! Sebelum mereka putus hubungan. Sebelum wanita itu berkawan dengan lelaki dari Sarawak itu dan meninggalkannya keseorangan. Kalau boleh, dia tak mahu terima wanita itu lagi. Walaupun hanya untuk semalaman. Tapi, bila memandang ke wajah ibu tua yang terlalu mengharapkan dia mampu menutup malu, dia terpaksa. Sejahat-jahat dia, belum pernah dia membuntingkan anak orang.

Seburuk-buruk perangainya, belum pernah dia mengecewakan hati orang tua. Dia sedar, tindakannya kali ini akan mengecewakan dirinya sendiri, malah hati Fifa turut terkena tempiasnya.

Dia tahu, sekali Fifa sudah membenci, dia akan benci sampai mati. Dan, dia juga tahu... kini, dia adalah antara lelaki yang paling dibenci oleh wanita itu. Tapi, dia yakin... andai dia terus tunjukkan kesungguhannya untuk memiliki Fifa, wanita itu akan tunduk padanya. Fifa pasti akan menerimanya semula dan melupakan segala peristiwa hitam yang melanda mereka dulu.

"Bang.. kita balik. Yati dah sakit kaki dah ni..." Hayati sudah berdiri di sebelahnya. Dia tak sedar bila wanita itu sampai ke bangku panjang itu.

Tanpa menjawab, dia bangun dan melangkah jauh ke hadapan meninggalkan Hayati. Hayati berlari-lari anak mengejarnya dari belakang ekoran langkahnya yang panjang dan pantas.

Di dalam kereta pun, Megat masih tak bersuara. Hayati yang kemengahan di
sebelahnya dibiarkan sejuk sendiri. Dia terus memandu untuk pulang ke rumah.
Dalam fikirannya hanya ada nama Fifa. Hanya ada impian bersama Fifa. Dan, hanya
membilang hari untuk melafazkan talak ke atas Hayati. Dan, dia akan tetap
menunggu detik itu....
 

achik

New Member
BAB 38

Agak lama suasana senyap sebelum masing-masing bersuara. Hatta memandang ke
wajah Fifa. Fifa memandang ke wajah Megat dan Megat pula memandang ke
wajah Hatta. Pertembungan tiga penjuru ini benar-benar mencabar diri masing-masing.
Tidak kira dari pihak Fifa mahupun dari pihak Hatta dan Megat.

Megat terdiam sedari tadi. Bukan sebab tidak ada apa yang hendak diperbualkan dengan Fifa. Sebenarnya sejak sampai ke Kuala Lumpur, dia sudah merangka semua perbualan yang hendak diketengahkan kepada gadis itu termasuklah perihal Hayati yang sudahpun selamat melahirkan seorang anak lelaki dan sudah tiba masanya untuk dia melunaskan janjinya pada Fifa. Tetapi sebaik sahaja dia ternampak Hatta berada di situ, segala kata-kata hilang begitu
sahaja. Dia terkulat-kulat. Perasaan bercampur baur. Marah, dendam, benci, terperanjat,
takut kehilangan... semuanya menghantuinya kini.

Hatta juga seperti Megat. Terperanjat dengan pertembungan ini. Sememangnya
dia maklum hari ini yang dijanjikan dengan Fifa untuk bersua muka. Sudah terlalu
lama Fifa mengelakkan diri dari bertemu dengannya. Cari di pejabat, memanjang
tak ada.. Di rumah pula, sudah tidur atau sedang mandi. Alasan yang tak
munasabah langsung! Sangkanya, hanya mereka berdua sahaja malam ini..
Tapi, alih-alih ada pula muka lelaki yang berjaya menyenakkan perutnya
sedikit masa dahulu.

"Chicken Chop." Pelayan meletakkan pinggan lebar di hadapan Megat. Megat
menolak ke tengah. Bukan dia yang punya. Dia tahu, Hatta yang memesan hidangan
itu.

"Sorry!" Pelayan itu tersedar akan kesilapannya dan meletakkan di hadapan Hatta. Kemudian satu persatu hidangan di letakkan di atas meja dan selepas itu, dia beredar.

"Makan dulu... Nanti kita berbincang." Saran Fifa. Hatta dan Megat tidak menjawab. Mereka hanya membiarkan makanan di hadapan muka masing-masing tanpa diusik sedikit pun.

"Guys... kita makan dulu. Lepas ni, you all nak bertekak ke, nak bergaduh ke... lantak you all lah. I tengah lapar ni. Kalau tak nak makan, biar I makan sorang."

Fifa sudahpun mencapai garfu dan pisau pemotong lalu memotong hidangan steak nya. Megat dan Hatta turut mencapai garfu dan pisau masing-masing. Hampir serentak. Tiada bicara yang keluar. Tiada sedikit bunyi pun selain dari bunyi garfu dan pisau menari-nari di pinggan masing-masing. Fifa tersenyum sendirian. Macam budak-budak!

Hampir setengah jam berlalu. Fifa meletakkan garfu dan pisau di tepi pinggan. Megat dan Hatta sudah lama habis makan dan hanya memerhatikan setiap perlakuan Fifa. Fifa tersenyum lagi. Sengaja dia mengambil masa yang lama untuk menghabiskan hidangan itu. Mahu menguji sejauh mana kesabaran dua insan bernama lelaki di hadapannya itu.

Pelayan datang sekali lagi. Kali ini dengan tangan kosong untuk memungut pinggan yang sudah digunakan. Sempat lagi Fifa memesan tiga cawan cappucino dari pelayan itu.
"Okay... alhamdulillah.. Kenyang pun... I kalau nak bergaduh, tak boleh berlapar. Nanti, hilang selera makan, terus kebulur sampai esok pagi. Susah pula. At least, kalau dah makan, dah tak yah fikir nak hilang selera ke, apa ke, betul tak?" Masih terukir senyuman di bibirnya. Tiada sahutan. Mungkin hati kedua-duanya masih membengkak.

"Maafkan I kalau nampak macam I sengaja main-mainkan you dua orang. Sengaja I jemput kedua-dua sekali untuk selesaikan masalah ni. Biar you berdua dengar apa penjelasan I. Biar you berdua puas hati. Dengar dan faham dalam waktu yang sama.

Sebenarnya, dah agak lama I melarikan diri dari you berdua. Pun sengaja I buat macam tu. I nak menenangkan diri.. I nak melupakan masalah yang melanda kita bertiga. Tapi, bila dah lama tu.. i terfikir.. sampai bila I nak lari dari kenyataan? Sampai bila I nak biarkan masalah ni berlarutan dan you berdua masing-masing sibuk mencari I? Sedangkan masing-masing ada
tanggungjawab pada keluarga masing-masing.

I harap, kita semua boleh bertindak professional. Kita pun bukannya budak-budak lagi, kan! Dah dewasa dan masing-masing berpelajaran tinggi. I tak suka nak bertekak-tekak ni. Sakit jiwa, sakit telinga, sakit hati... semuanya sakit! Nanti terus bermusuh! So, tolonglah ya... jangan gunakan bahasa kesat. Tolong dengar elok-elok apa yang akan dibicarakan oleh orang lain dan tolong faham..... Megat, saya rasa banyak yang awak nak cakapkan. Jadi, apa kata
awak mulakan dulu."

Megat menarik nafas panjang. Terasa seolah-olah berada di kandang pesalah dan diminta mempertahankan diri sendiri pula. Fifa sebagai Hakim dan Hatta sebagai Juri.

"Well... saya datang sini untuk menunaikan janji saya pada awak selama ni. Saya tahu, awak mesti masih ingat lagi apa yang saya janjikan waktu kita berjumpa balik beberapa bulan lepas. Hayati dah selamat melahirkan bayi lelaki dan sekarang dia masih dalam pantang. Selepas habis pantangnya, saya akan jatuhkan talak ke atasnya dan akan mengahwini awak, Fifa. Saya tak nak menipu awak lagi. Saya tahu, tentu susah untuk awak percayakan kata-kata saya ni, selepas saya menipu awak dulu, kan! Terpulanglah pada awak untuk menilai
sejauh mana kebenaran dan kejujuran saya kali ni. Cuma pinta saya, berilah saya peluang
sekali lagi untuk merapatkan balik hubungan kita dulu.

Tapi, saya kecewa.... bila ternampakkan Hatta ada sama malam ni. Mula-mula saya jangkakan, peluang saya cerah. Tapi, dengan kehadiran dia di sini, malam ni... saya dapat rasakan seolah-olah saya dicabar. Dicabar untuk tunjukkan siapa yang kuat akan menang, dan siapa yang lemah akan kalah!"

"Ini bukan soal siapa kuat dia menang atau siapa lemah dia kalah, Megat! Soal hati tak kira itu semua. Saya yang berada di tengah-tengah ni takkan tengok semua tu. Yang saya pinta, awak berdua buat penjelasan dan saya akan menilai. Belum tentu saya akan pilih Hatta kerana dia kaya atau memilih awak kerana awak kacak! Itu pun topik utama."

Terhenti perbualan kerana kedatangan pelayan membawakan cappucino yang diminta sebentar tadi. Fifa mencuri peluang untuk membetulkan letak tudungnya. Hatta masih seperti tadi. Tenang dan tak bersuara. Mungkin sedang memikirkan kata-kata Megat sebentar tadi ataupun sedang merangka-rangka ayat yang sesuai untuk disampaikan kepada Fifa.

"Siapa sebenarnya yang berada dalam hati awak sekarang ni?" Soal Megat tiba-tiba. Fifa memandang tepat ke wajah Megat. Berani sungguh lelaki ni! Getusnya.

"Soal siapa yang berada di hati saya, bukan masalah awak!"

"Untuk apa you nakkan penjelasan dari kami berdua kalau di hati you ada
orang lain?" Hatta pula mencelah.

Angguk seketika. "So, you berdua memang betul-betul nak tahu siapa yang bertakhta di hati saya ni? Okay, to tell you the truth, lelaki yang bertakhta di hati saya ni, dari dulu hingga sekarang.... cuma Ekmal! Tiada siapa yang boleh gantikan tempat dia! Tak kira awak, Megat atau you, Hatta! Puas hati?"

"Nonsense! Awak nampaknya sengaja nak mempermainkan kami! Apa untungnya
awak buat macam ni, Fifa... Salah sorang dari kami terpaksa mengalah... mengalah
dalam terpaksa. Kerana hanya satu yang awak akan pilih, bukan! Ini namanya
sengaja nak melaga-lagakan....."

"You have to face it! Saya sendiri terpaksa mengorbankan perasaan saya sendiri... bukan hanya awak berdua... Saya lagi terseksa dalam permainan yang gila ni! Disorong ke sana... ditolak ke sini. Saya bukan bola! Yang boleh ditendang oleh pemain-pemain yang berebut nakkan saya... semata-mata untuk mencapai matlamat masing-masing - mendapatkan mata kemenangan! Saya ni manusia. Ada hati dan perasaan!

Saya tak ada niat nak melaga-lagakan awak berdua. Niat saya supaya awak berdua berjumpa dan tahu apa keputusan saya.... Dan, selepas tu... saya tak nak awak berdua saling bermusuhan.Masing-masing ada isteri.... ada tanggungjawab... Saya tak nak melukakan hati wanita lain! Saya pun wanita, dan saya tahu hati wanita terlalu sensitif! Terlalu mudah terluka dan luka tu pula terlalu sukar untuk disembuhkan. Saya tak mengharapkan apa-apa dari awak berdua. Cukuplah sebuah pengertian... Please..."

"Fifa... I wanna tell you something. Sebenarnya I belum kahwin. I sengaja cakap macam tu pada you dulu... untuk korek isi hati you. Sorry.. I tahu, mesti you cakap I menipu you... Tapi itulah kebenarannya."

"So, you pun sama lah macam Megat ni! Menipu I untuk kepentingan peribadi? Kenapalah you berdua ni sama je perangai? I ingatkan... I akan jumpa salah seorang yang terbaik antara you berdua... tapi tak sangka... sama je... Macam nilah... I rasa I dah buat keputusan. Tak ada sorang pun antara you berdua yang I akan pilih untuk menjadi teman istimewa I! Kita tutup cerita ni dan balik. Jangan cuba cari I lagi lepas ni!"

Fifa bangun dan meninggalkan Megat dan Hatta berdua di situ. Langkahnya pantas menuju ke kaunter dan membuat pembayaran lalu meningglkan restoran itu. Hatta mencapai cawan berisi cappucino dan menghirup airnya perlahan-lahan. Megat menyandar di kerusi. Terkejut dengan perlakuan tak diduga dari Fifa. Nyatalah... tiada yang menang atau kalah dalam permainan ini. Dia dan Hatta sudah kalah! Kalah di tangan seorang wanita tegas yang terang-terangan menolak kedua-duanya lantaran tersinggung dipermainkan.
 

achik

New Member
****************************************************

Agak lama juga Maria memerhatikan gelagat Fifa. Sudah disuruh datang ke rumah... tetapi dibuat seperti tunggul pula. Fifa masih seperti tadi. Berbaring di atas sofa dan membaca Mastika keluaran terbaru tanpa memperdulikan Maria. Lia Maisara sedang leka bermain dengan doll yang baru sahaja dibeli oleh Shamsul minggu lepas. Agak bernasib baik kerana Lia Maisara tak banyak kerenah. Jadi, dengan memerhatikan dari jauh sahaja sudah menyenangkan hati Maria.

Maria bangun dan berlalu ke dapur. Tekaknya terasa dahaga. Hatinya terasa panas... Tubuhnya terasa membara.. Melihatkan gelagat beku Fifa. Kalau tak mengenangkan sahabat karib, sudah lama dia blah dari rumah besar ni. Tapi, Fifa lah satu-satunya sahabat karib yang dia ada. Fifa sudah seperti adik-beradiknya sendiri.. Dan, Fifa lebih rapat dengannya dari Arfah, kakak kandungnya sendiri. Memikirkan itu, Maria tak jadi mahu meninggalkan Fifa di saat-saat
begini. Dia tahu, hati Fifa sudah lama terluka.. Parutnya sudah semakin teruk.

Selesai minum, dia kembali ke ruang tamu. Dia mencari-cari Lia Maisara tetapi tak berjumpa. Fifa juga tidak kelihatan di ruang tamu. Ke mana pula perginya mereka? Takkanlah Fifa dah hilang ingatan dan melarikan Lia Maisara pula? Hatinya mencurigai Fifa. Tetapi sebaik sahaja dia nampak Fifa mendukung Lia Maisara dan masuk kembali ke dalam rumah, hatinya jadi lega. Serta-merta dia menyalahkan diri kerana menuduh Fifa yang bukan-bukan.

"Dah okay?" Soal Maria. Fifa mengangguk.

"Sorry, buddy. Aku memang tengah pening gila ni! Aku tak ada mood langsung.. Kesian kau kena tunggu sampai aku okay balik, kan!" Fifa meminta maaf. Satu sikap Fifa yang paling disenangi oleh Maria. Kalau dia tahu dia salah, dia akan segera minta maaf.

"Tak apa. Aku kenal kau pun bukan hari ni je. Dah lama dah.. Aku dah masak dah dengan perangai kau! Cuma aku terperanjat gak tengok Lia hilang. Aku ingat, kau dah larikan anak aku tu!"

Fifa ketawa kuat mendengar kata-kata Maria. Hatinya berbunga sedikit mendengar seloroh Maria. Dia tahu, Maria memang benar-benar bimbang bila tengok Lia Maisara tiada di ruang tamu. Dari riak wajahnya sahaja Fifa sudah boleh mengagak.

"Sampai hati kau fikir cam tu, Mar... Aku ni cuma pening je.. taklah sampai nak larikan anak kau pula! Meh, duduk sini. Aku ada hal nak bincang ngan kau ni!"

Maria duduk di sebelah Fifa. Lia Maisara masih berada dalam pelukan Fifa dan Maria membiarkannya. Lagipun, Lia Maisara sudah biasa dengan Fifa yang juga dianggap Mama.

"Tinggal seminggu saja lagi, Mar. Aku kena tunaikan janji aku pada Papa dan Mama. Aku jadi buntu memikirkan masalah aku ni! Kau tak ada jalan lain lagi ke?"

"Pasal yang kau minta Papa dan Mama kau carikan jodoh untuk kau tu?" Fifa mengangguk. Maria tersenyum.

"La... aku ni tengah ada problem... Kau boleh tersenyum lagi?"

"Fifa... bukannya susah sangat. Kau terima je lah siapa pun jodoh yang diaorang cari. Kadang-kadang, calon mak ayah ni lagi berkat, tau!"

"Yalah tu... kalau betul calon mak ayah lagi berkat, kenapa kau kahwin ngan Shamsul? Kan tu calon kau sendiri?"

"Ish... kau ni! Itu dah memang aku jumpa... Macam kau ni... tak jumpa lagi. Tu yang lagi berkat kalau kau terima calon mak ayah kau!"

"Tapi, aku takut kalau-kalau aku tak dapat nak sesuaikan diri dengan orang tu. Camna ni, Mar?"

"Aku rasa, mesti dah ada yang datang meminang, kan! Tu yang kau panik sangat tu, betul tak? Mama kau tak beritahu kau ke siapa yang pinang?"

Fifa menggeleng. Sungguh, dia memang tak tahu siapa yang masuk meminang. Kalau ikutkan, tempoh yang diberi masih belum tamat, tetapi Datuk Mansor dan Datin Maznah sudah confirm terima pinangan dari pihak lelaki itu. Hujung bulan depan mereka akan diijabkabulkan. Begitu senang semua perancangan diatur. Fifa tak dapat membantah. Kali ini, hitam kata mereka, hitamlah yang terpaksa diterima. Jangan mengada-ngada mahu dicat ke warna putih atau kuning air, pasti mengundang padah!

"Aku nasihatkan kau buat sembahyang istihara'. Mohon petunjuk dari Allah... minta ditenangkan hati kau seandainya lelaki tu adalah jodoh kau! Kalau tidak, biar Allah jua yang tunjukkan."

"Macam mana aku nak tahu betul ke dia jodoh aku? Aku nampak ke muka lelaki tu nanti?" Soal Fifa.

"Aku tak tahu pula. Sebab aku tak pernah buat. Tapi, kau sendiri akan dapat rasa. Kalau betul dia jodoh kau, kau dengan senang hati akan terima dia sebagai suami dan kalau sebaliknya, mungkin sesuatu akan berlaku sebagai petunjuk kau dan dia bukan ditakdirkan bersama."

Fifa mengangguk perlahan. Dia membelai rambut Lia Maisara yang sudah terlena di atas ribaannya.
 

achik

New Member
BAB 39

Pejam celik pejam celik.... hanya tinggal 4 hari sebelum dia diijabkabulkan dengan lelaki yang tak dikenali. Bila ditanya pada Datin Maznah, hanya senyuman yang diberi. Begitu juga pada Datuk Mansor. Naik penat Fifa bertanya, paling kurang dijawabnya suruh bersabar.

Semalam, dia cuba menghubungi Hatta. Ingin menyampaikan berita dia akan berkahwin tak lama lagi. Tetapi nombor yang didail tak berjawab. Ke mana pula dia? Takkanlah menghilangkan diri sekali lagi? Tapi, kali ini, dia pasti Hatta tak tahu yang dia akan berkahwin. Tak mustahil Ishak, sepupu Maria menyampaikan berita. Patah hati lagikah dia?

Fifa sudah mula bercuti mulai hari ini. Dia cuba menghubungi Megat pula. Sejak hari mereka bertemu dulu, sehingga kini Megat tidak menghubunginya. Dia tahu, Megat kecewa. Tapi, Megat tak tahu betapa dia juga kecewa kerana terpaksa menolak cinta kedua-dua mereka. Megat tak tahu betapa dia kena kuatkan semangat untuk menghadapi itu semua. Megat mahupun Hatta tak tahu betapa setiap malam dia menangis sendirian di kamar kerana melukakan hati insan-insan yang dia sayangi! Termasuk dia sendiri! Dia lebih terluka dan merana! Setiap malam dia
"mengadu" pada potret Ekmal yang menjadi teman tidurnya! Dia menangis meminta
supaya hatinya ditenangkan. Seolah-olah memohon simpati dari Ekmal yang telah jauh
meninggalkannya.

"Assalammualaikum." Salamnya dijawab. Hatinya sedikit lega kerana dia cam suara Megat.

"Ada apa awak cari saya ni?" Agak kasar suara Megat kali ini. Tersentak Fifa. Marah rupanya dia.

"Maafkan saya. Saya tahu awak masih marahkan saya ekoran hal dulu. Saya telefon ni nak menjemput awak datang ke majlis perkahwinan saya hujung minggu ni. Datanglah dengan isteri awak."

"Awak jangan main-main, Fifa!" Menggeletar suara itu. Masih ada sisa cinta lagi rupanya.

"Saya tak main-main, Megat. Saya akan dikahwinkan dengan lelaki yang saya tak kenal hujung minggu ni. Datanglah dengan Hayati. Bawa sekali anak awak. Saya nak tengok mereka."

"Saya tak boleh terima awak nak berkahwin, Fifa. Awak kahwin dengan Hatta ke?"

"Tidak, Megat! Bukan Hatta!! Saya dah lama tak jumpa dia! Lelaki ni pilihan parents saya."

"Saya akan failkan perceraian saya hujung minggu ni. Dan, selepas tu, saya akan cari awak!"

"Ya Allah!! Kenapa awak ni tak faham-faham? Saya tak main-main! Saya akan berkahwin minggu ni. Jangan bercerai, Megat! Please... demi saya... tolong jangan ceraikan Hayati. Awak jagalah dia. Kalau awak tak jaga dia, macam mana dengan anak dia? Cukuplah sudah dia menderita dengan perangai awak selama ni. Awak abaikan dia... awak buat tak endah dengan dia... Cubalah terima dia. Bukan ke dulu awak cintakan dia? Takkan awak tak boleh cintakan dia sekali lagi?"

"Jangan nak ajar saya pulak! Saya tak suka ambil bekas orang! Dayus saya, awak tahu tak? Cukuplah saya dicop orang sebagai pak sanggup selama ni. Saya dah tak tahan!"

"Tolong, Megat... Kalau awak benar-benar sayangkan saya, jangan ceraikan Hayati. Bimbinglah dia... Besar pahalanya membimbing orang yang tersasar jauh, Megat. Percayalah... awak pasti boleh terima dia kembali kalau awak benar-benar cuba. Saya pun akan cuba belajar menyintai bakal suami saya ni. Kalau saya boleh, takkan awak tak boleh?"

Fifa nekad. Dia akan menerima siapa sahaja lelaki yang menjadi suaminya nanti. Dia sudah membuat sembahyang istihara' dan petunjuk juga sudah diberikan. Hatinya boleh menerima lelaki itu walaupun dia tak tahu siapa. Hanya di hari pernikahan mereka sahaja nanti dia akan mengenali lelaki itu dan dia akan cuba menyintai lelaki itu. Dia yakin, pilihan ibu bapanya adalah yang terbaik untuknya.

"Megat. please... Dengarlah cakap saya sekali ni saja. Jangan ceraikan Hayati. Saya nak tengok awak dan Hayati datang bergandingan ke majlis saya nanti. Okay, nanti saya akan call awak lagi. Kirim salam pada Hayati. Assalammualaikum."
 

achik

New Member
*********************************************

"Selamat Pengantin Baru, Fifa. Semoga berbahagia." Megat mengucapkan selamat pengantin baru kepada Fifa, Hayati di sebelahnya hanya menjeling. Fifa cuba mengukir senyuman. Maria merengus perlahan. Bengang melihatkan wajah Hayati.

"Terima kasih, Megat. Datang juga awak ya! Anak mana?" Tanya Fifa sekadar mahu memanjangkan perbualan.

"Tinggal di rumah mak saya. Malas nak bawa. Lagipun kami tak boleh lama ni. Nak kena balik ke Penang petang ni jugak. Ada hal keluarga sikit."

"La... Tunggulah lama sikit. Malam ni saya nikah. Nanti dapatlah awak jumpa suami saya. Kenapa nak cepat sangat ni... Saya tak kenal lagi isteri awak. Tak sempat nak berbual-bual pun, awak dah nak balik. Tunggu sini sampai malam ni, ya! Sekurang-kurangnya dapatlah saya kenal isteri awak ni..."

Megat memandang ke wajah Hayati. Hayati hanya membalas dengan pandangan kosong. Seboleh mungkin dia tak mahu berada lebih lama lagi di sini walaupun kehadirannya diterima oleh Fifa dengan hati yang terbuka. Dia tak mahu melihat wanita itu lebih lama lagi berbual dengan Megat. Hatinya tiba-tiba menjadi panas. Cemburu? Barangkali. Isteri mana yang tak cemburu bila suami ajak pergi ke majlis perkahwinan kekasih lama?

"Okay, kami stay sini sampai malam ni. Tapi, lepas tu kami terpaksa bertolak balik ke Penang. Mungkin bukan sehingga awak nikah. Cukuplah sedikit waktu untuk awak kenal Hayati. Saya keluar dulu. Yati, berboraklah dengan Fifa."

Hayati tidak mengangguk mahupun menggeleng. Dia tetap berdiri tegak di muka pintu memandang ke arah katil Fifa. Perasaannya semakin bengang. Kenapa begitu mudah Megat bersetuju untuk berada lebih lama di situ? Sebab masih mengharapkan cinta Fifa? Atau sekadar mahu menyakitkan hatinya yang sudah sedia terluka ni?

"Duduk dulu, Yati. Mar, boleh kau keluar sekejap? Aku ada hal yang nak dibincangkan dengan Hayati." Maria mengangguk dan keluar dari bilik Fifa. Dia menutup pintu dan membiarkan mereka berdua di situ.

Hayati menghampiri katil Fifa tetapi masih belum duduk. Fifa menarik tangan Hayati duduk di sebelahnya.

"Jangan malu-malu. Anggap saya ni macam kakak Yati. Anak sihat?" Hayati sekadar mengangguk. Seboleh mungkin dia mahu cepat keluar dari bilik itu.

"Akak tahu, Yati mungkin rasa yang akak masih cintakan Megat. Jangan salah faham pada persahabatan kami. Cinta akak pada Megat dah hilang di hari perkahwinan Yati dan dia. Sekarang, akak anggap dia macam adik akak. Dan, Yati pun macam adik akak juga. Macam mana dengan proses perceraian? Jadi?"

"Tak. Megat cakap, dia akan jaga kami anak beranak. Tapi, sampai sekarang, dia masih dingin pada saya. Kesian anak saya, kak. Belum pernah sekali pun Megat bermain dengan dia."

"Dia perlukan masa, Yati. Sabarlah... Beri dia masa. Kalau dia boleh mengorbankan hidup dan masa depan dia demi Yati, kenapa tak sekarang Yati korbankan perasaan Yati demi dia? Cuba dekati dia perlahan-lahan... tunjukkan yang Yati benar-benar anggap dia pelindung Yati dan anak... Satu hari nanti, sure dia boleh terima Yati macam dulu. Dia kahwin dengan Yati dulu pun sebab dia masih sayangkan Yati.. Bukan hanya sebab kesiankan Yati... tapi lebih
kerana dia sayangkan Yati dan tak mahu Yati terus dicemuh."

"Maafkan saya sebab fikir yang bukan-bukan pasal kakak. Saya memang tak nak datang sini jenguk kakak, tapi Megat paksa. Katanya, sebab kakaklah, dia tak jadi ceraikan saya. Terima kasih, kak...."

Hayati menangis tersedu-sedu. Sebak dada Fifa melihatkan wanita muda beranak satu itu menangis. Hatinya berbunga gembira kerana dia tahu, Megat sudah mahu bertanggungjawab ke atas Hayati dan anaknya.

"Tak palah.. Akak tak kisah pun... Tapi Yati kena janji dengan akak, takkan sia-siakan Megat." Hayati mengangguk.

"Tunggu sampai akak lepas nikah, ya!"

"Tak boleh, kak... Memang kami kena balik juga lepas Maghrib nanti. Sebenarnya abang saya di Johor datang ke sana. Nak bawa anak dia berubat. Kalau ikutkan, kami tak dapat ke mari, tapi Megat nak jugak turun KL. Kami tinggalkan diaorang dekat sana sekejap. Malam ni kena betolak sebab esok pagi-pagi dah nak hantar anak dia ke hospital."

Emm.. kalau cam tu, tak apalah... Sekurang-kurangnya, akak dah kenal Yati dan Yati pun dah tak salah faham pada akak, kan! Kenapalah korang tak bawak anak sama? Ingatkan dapatlah akak tengok anak korang..."

"Dia demam. Berjalan jauh, kan... Tu yang tinggalkan dengan mak tu. Rasanya, dah nak kena berangkat dah ni. Dah hampir pukul 6 dah ni. Takut kalau terlambat, sampai sana pun lambat jugak. Saya minta diri dululah, kak. Selamat Pengantin Baru."

"Terima kasih sebab datang. Nanti akak panggilkan orang suruh bagi bekal pada Yati ek!"

Fifa bangun dan memanggil salah seorang dari sepupunya dan meminta dibekalkan makanan kepada Hayati. Mereka berpelukan seketika dan Hayati beredar pergi eninggalkannya di dalam bilik.

Fifa tersenyum sendirian. Hajatnya untuk berjumpa Megat dan Hayati sudah tercapai. Tetapi, di mana Hatta? Dia mahu meminta maaf pada Hatta kerana terpaksa menghancurkan perasaannya. Bukan hanya perasaan Hatta yang tercalar tetapi perasaannya juga. Cuma dia terpaksa menutup kesedihan itu dengan senyuman yang diukirkan di bibir.
 

achik

New Member
**************************************************
Maria merenung ke wajah Fifa yang sudah siap bersolek sekadarnya. Masih terbayang di wajahnya bagaimana satu detik dulu... wajah itu tertawa riang sewaktu menantikan kehadiran si suami ke rumah dan melafazkan akad untuk mengikat kedua-duanya dalam satu pertalian yang sah. Masih terpandang-pandang lagi bagaimana reaksi Fifa apabila mendapat berita kecelakaan yang menimpa Ekmal sewaktu dalam perjalanan ke sini, kecelakaan yang seterusnya merampas Ekmal dari tangan Fifa.... dan yang tinggal hanyalah serpihan-serpihan kenangan yang tak pernah dirakamkan. Masih terngiang-ngiang di telinganya jeritan dan tangisan Fifa sewaktu disampaikan khabaran keadaan Ekmal.....

Hari ini, wajah itu tampak berlainan. Bukan kerana make-up yang dicoretkan ke wajahnya, tetapi keriangan menyambut status baru itu tidak terpamer di situ. Mungkin hatinya juga mencorakkan jaluran yang serupa. Maria akur pada perasaan Fifa. Bagaimana harus dia berdepan dengan lelaki yang tak dikenalinya? Sebagai suami pula tu?

"Mar.... betul ke tindakan aku ni?" Maria memandang ke wajah Fifa. Arfah juga turut menoleh. "Betul ke keputusan yang aku ambil ni? Hari ni, aku akan jadi isteri orang. Isteri pada lelaki yang aku tak pernah kenal. Kau rasa betul ke tindakan aku ni?"

"Eh, kenapa Fifa cakap macam tu? Kan ke Fifa dah setuju dengan pilihan Mama dan Papa?" Soal Arfah. Janganlah pula di hari yang penuh dengan sambutan ni, dia buat perangai... pohonnya dalam hati.

"Entahlah... Fifa rasa seolah-olah tindakan Fifa ni salah. Fifa rasa bersalah pada Ekmal sebab serahkan cinta Fifa pada orang lain. Fifa dapat rasakan seolah-olah Ekmal ada di sini hari ni... Memerhatikan Fifa... kecewa dengan tindakan Fifa. Mar... aku bersalah pada Ekmal..."

Fifa tunduk. Juntaian airmata gugur di pipinya. Maria memeluk Fifa dan menenangkannya. Perlahan-lahan dia menyapu airmata Fifa.

"Fifa... kau terlalu mengikut perasaan. Ekmal kan dah tak ada. Aku yakin, tindakan kau ni betul. Kau tak perlu rasa bersalah pada arwah Ekmal. Sampai bila kau nak terus diburu oleh bayangan dia? Sedangkan kau tahu, sampai bila-bila pun kau tetap takkan menjadi milik dia lagi? Dia dah lama pergi... Jangan diungkit lagi hal yang lama-lama. Sekarang, apa yang perlu kau buat...
tempuh hidup baru."

"Mampu ke aku? Boleh ke aku hidup bahagia dengan lelaki yang aku tak kenal langsung sebelum ni?"

"Fifa... Mama dan Papa tahu apa yang terbaik untuk diri Fifa. Percayalah...ibubapa mana yang nak anak dia hidup sengsara, kan!"

"Aku takut... Bakal suami aku nanti... jadi macam Ekmal!

Macam mana, Mar? Kalau-kalau.. dia pun kemalangan macam Ekmal dulu? Lepas tu dia
tinggalkan aku?" Fifa menangis lagi. Kenangan silam masih menghantuinya. Kepedihan
kehilangan Ekmal masih menyelubungi dirinya.

"Ya Allah.... bakal suami kau dah sampai, Fifa. Dah ada kat luar tu. Dia okay. Dan, aku percaya. Kau akan bahagia."

"Dah sampai? Jadi, dia tak apa-apa?"

Maria berpandangan dengan Arfah dan saling berbalas senyuman. Mereka tahu, Fifa takut kehilangan sekali lagi. Dia takut untuk menerima hakikat lelaki yang bakal menjadi suaminya meninggal dunia sepertimana Ekmal dulu.

"Dah sampai dah. Sekejap lagi, akad nikah akan dilangsungkan. Dan, kau akan jadi isteri orang. Welcome to the club, my friend."

Fifa tersenyum nipis. Alhamdulillah... tak ada apa-apa yang berlaku pada lelaki itu. Walaupun hatinya sedikit gusar untuk menerima lelaki itu menjadi suaminya, tetapi dia juga risau kalau-kalau sesuatu terjadi pada lelaki itu. Lelaki itu adalah bakal suaminya dan dia harus menerima takdir yang sudah ditetapkan padanya.

"Tolong bawa pengantin perempuan ke luar sekarang. Upacara akad nikah dah nak berlangsung." Seorang makcik menjenguk dan mengarahkan agar Fifa dibawa keluar dari bilik.

Maria dan Arfah membawa Fifa keluar dari bilik dan duduk di kalangan saudara mara. Fifa tidak sempat melihat siapa bakal suaminya kerana dihalang oleh kepala orang ramai yang berada di dalam rumah besar itu. Perasaan malu juga menghalangnya untuk terus meninjau mencari wajah lelaki itu. Tak apa...nanti boleh tengok lama-lama, pujuk hatinya.

"Aku terima nikahnya Nurfitriah Afifah binti Dato' Mansor dengan mas kahwinnya RM80 tunai..."

Hanya dengan sekali lafaz sahaja, Fifa sudah sah menjadi seorang isteri. Kata-kata "sah" dari saksi-saksi yang turut berada di sekeliling suaminya melegakan hatinya. Dia kini sudah menjadi isteri orang. Isteri kepada lelaki yang akan bercinta dengannya sesudah kahwin.

"Beri laluan... Pengantin lelaki nak sarungkan cincin pada pengantin perempuan." Fifa semakin tak keruan. Airmata berjuraian di pipinya... Ya Allah... aku sudah menjadi isteri orang... Alhamdulillah..

Fifa masih tunduk tak mengangkat wajahnya. Saudara mara ramai yang cuba mengerumuni. Tangannya diangkat dan satu tangan lelaki memegang jari-jemarinya. Sebutir cincin berlian sudahpun disarungkan ke jari manisnya yang merah berinai.

Umpama bintang filem.... rakaman detik-detik pembatalan air sembahyangnya diabadikan oleh orang ramai terutama sanak saudaranya yang berpusu-pusu mahu melihat cincin disarung ke jari.

"Cium tangan suami tu, Fifa..." Satu suara seakan menjerit meminta Fifa mencium tangan lelaki itu. Teragak-agak sedikit Fifa ketika itu kerana malu. Dia mencapai tangan lelaki itu dan mengucupnya perlahan-lahan. Airmata hangat masih mengalir... Tanpa henti-henti. Sesungguhnya, terlalu indah perasaan yang dirasakannya ketika itu sehingga tak terucap dengan kata-kata.

"Tunggu dulu... Jangan angkat kepala lagi... Nak snap lagi gambar ni... Biar lama sikit..." Pinta satu suara lagi. Fifa tak jadi nak angkat kepala. Bibirnya masih di tangan suaminya. Bilalah nak angkat kepala ni... Dah pening ni... ngomelnya dalam hati.

"Okay, dah cukup...." Fifa mengangkat kepala. Dia mahu melihat wajah lelaki yang telahpun menjadi suaminya....

Bibirnya mengukir senyuman. Sekuntum senyuman yang sungguh manis, tampak ikhlas sekali. Lelaki itu adalah suaminya. Fifa terkedu. Terdiam tanpa sepatah perkataan. Itu suaminya? Bermimpikah dia?
 

achik

New Member
Fifa menutup matanya rapat-rapat. Cuba memaksa dirinya mengakui bahawa dia kini sedang bermimpi. Lelaki tadi masih di hadapannya. Masih tenang menunggu reaksinya. Fifa membuka kembali matanya. Lelaki tadi tersenyum. Fifa membalas kembali.

"Thanks, Hatta. I cari you selama ni tapi tak jumpa. Ke mana you pergi?" Soal Fifa perlahan. Suaminya tersenyum cuma. Tidak menjawab soalan Fifa tetapi memimpinnya menuju ke arah sanak saudara.

"Malam ni nak buat majlis berinai besar ke?" Soal Datin Maznah. Mengikut perancangannya, malam ini Fifa akan berinai besar dan bertukar-tukar pakaian. Sudah lama dia menunggu saat ini.... dan kini impiannya akan tercapai untuk melihat anak bongsunya itu menjadi raja sehari.

"Maaf, Datin... emm.. Mama. Malam ni, saya perlukan masa untuk beritahu Fifa sesuatu."

Fifa kehairanan. Dia memandang ke wajah Hatta Hanafiah dan kemudian beralih pula ke wajah Datin Maznah. Wajah wanita separuh umur itu kelihatan kecewa dan mengangguk perlahan. Fifa semakin hairan. Selama ini, wanita itu terlalu sukar untuk mengalah dengan orang lain. Sedangkan dengan ahli keluarga sendiri pun selalu bertengkar, inikan pula dengan orang luar. Tetapi, dengan menantu barunya yang seorang ini, dia kelihatan menurut.

"Kenapa you tolak permintaan Mama? Kesian dia. Lagipun, Mama dah lama tunggu saat cam ni untuk tengok I di atas pelamin."

"Malam ni abang ada hal nak dicakapkan dengan Nur. Abang mesti beritahu malam ni juga. Tak boleh tangguh-tangguh lagi sebab kalau abang tak beritahu Nur malam ni, kelak rumah tangga kita akan bergoncang."

Fifa semakin pelik melihat tingkah laku Hatta Hanafiah. Lelaki itu membahasakan dirinya abang... Mungkin juga kerana mereka sudahpun sah menjadi suami isteri sekarang. Tetapi, kenapa mesti menukar namanya kepada Nur pula?

"Kita jumpa sanak saudara abang, ya! Mesti diaorang semua nak tengok isteri abang yang cantik ni."

Fifa sekadar mengangguk dan menurut langkah Hatta Hanafiah. Kepalanya ligat mencari jawapan. Hatta Hanafiah kelihatan lain hari ini. Ya! Lelaki itu nampak berlainan sekali hari ni. Dari tutur katanya, dari gerak gerinya, dari perbualannya.... berubah sama sekali. Takkanlah dalam masa tak sampai sebulan mereka tak bertemu, dia sudah berubah sampai begitu sekali?

Mereka berjalan beriringan berjumpa sanak saudara Hatta. Ramai yang memuji-muji kecantikannya dan kesepadanan mereka berdua sebagai suami isteri. Fifa hanya sekadar menghadiahkan kuntuman senyuman kepada kesemua mereka kerana masih belum berkenalan lebih rapat.

Sebelum ini, dia tak pernah berjumpa dengan ahli keluarga Hatta. Baginya, mereka hanya berkawan dan tak pernah terfikir mahu mengenali ahli keluarga Hatta. Manalah dia nak tahu yang satu hari nanti, dia akan berkahwin dengan Hatta.

Hatinya berlagu syahdu mengingatkan segala yang telah dilaluinya sebelum bergelar seorang isteri. Bagaimana dia mencurahkan seluruh kasih sayangnya kepada Ekmal dengan harapan lelaki itulah yang akan menjadi pelindungnya kelak. Tetapi, Ekmal pergi jua di kala mereka sudah bersiap sedia untuk disatukan. Dia terasa seperti terhumban ke gaung yang terlalu dalam dan agak sukar baginya untuk bangun semula.

Mujur juga Maria ada di sisinya. Megat yang datang sekadar melayangkan perasaan dibuai angin lalu, berjaya mencairkan hati wanitanya sekali lagi setelah 2 tahun menutup pintu hati dari menerima cinta lelaki lain. Pun begitu, ingatan terhadap Ekmal masih terlalu kuat untuk dicampak ke tepi. Dalam pada mengalun buih-buih kasih bersama Megat, hatinya masih mendambakan Ekmal yang telah pergi buat selama-lamanya.

Ternyata jodohnya memang bukan bersama Megat. Pertemuan pertama setelah 2 tahun dengan Hatta Hanafiah di rumah Tan Sri Mahmud ibarat ombak yang menghempas pantai. Pergaduhan bermula antara dia dan Megat. Sekali lagi dia tewas dengan perasaannya sendiri. Megat berkahwin dengan Hayati dan meninggalkannya sendirian tanpa pesan. Dirinya terumbang-ambing dan di kala itu, Maria dan Ishak menemukannya sekali lagi Hatta. Niat murni mereka untuk merapatkan kembali hubungan yang sudahpun terlalu renggang agak sukar untuk diterima olehnya walaupun masih ada sisa cinta untuk lelaki itu di hatinya.

Kehadiran Megat sekali lagi memusnahkan impiannya untuk dimiliki oleh seorang lelaki. Megat masih menagih kasihnya yang kelopaknya sudahpun layu. Megat sanggup melepaskan Hayati semata-mata untuk mengambil dia menjadi isterinya. Fifa terpana. Lelaki itu sanggup melakukan sesuatu tindakan yang drastik dengan meninggalkan Hayati yang ketika itu baru sahaja menimang cahayamata.

Fifa bingung. Di antara Hatta dan Megat, mana satu menjadi pilihannya? Megat... lelaki yang pernah diserahkan separuh dari serpihannya cintanya yang berkecai satu detik dulu... Lelaki yang pernah menipunya dan meninggalkannya begitu sahaja tanpa kata-kata.. Dan, kini lelaki itu kembali mengharapkan kasihnya? Atau... Hatta....? Lelaki yang sedari dulu terlalu sabar melayan karenah demi karenahnya.. yang sanggup mendengar luahan demi
luahannya? Tanpa rasa jemu dan begitu lembut menyatakan perasaan cintanya dan sanggup
menunggu sehingga sekarang?

Lelaki yang merana di kala dia mahu dikahwinkan dengan Ekmal sehingga membawa diri jauh ke negara asing semata-mata untuk melupakannya.. Dan, kembali ke Malaysia setelah dirasakannya boleh menerima hakikat bahawa dia kini sudahpun menjadi isteri yang sah kepada Ekmal yang sebenarnya sudah terlalu lama meninggalkannya keseorangan?

Lelaki itu juga yang mengamuk di rumah Tan Sri Mahmud apabila melihat dia bergandingan dengan Megat di sana kerana sangkanya dia telahpun menduakan Ekmal yang pada fikirannya secara terang-terangan telah memenangi hatinya dulu? Lelaki yang pernah juga sekali menipunya dengan mengatakan dia sudah berkahwin semata-mata untuk menarik perhatiannya?

Di kala itu, Fifa meletakkan dirinya di tengah-tengah. Tiada simpang yang hendak dituju. Dia terpaksa mengorbankan cintanya kepada Megat kerana Hayati. Dan dia terpaksa melepaskan cintanya terhadap Hatta kerana tidak mahu dikatakan wanita lemah! Setelah ditipu hidup-hidup, dia masih mahu menerima lelaki itu..

Tetapi Allah itu Maha Mengetahui. Segala perancangan Datin Maznah dan Datuk Mansor diterima separuh hati dengan harapan semoga mereka berdua berbahagia dengan segala persetujuannya. Dan, kini... dia telahpun sah menjadi isteri kepada Hatta Hanafiah. Tanpa syak wasangka, Hatta telahpun berjaya memenangi hati kedua orang tuanya sebelum benar-benar memenangi kembali hatinya.

Mujur juga Megat tiada melihatkan pernikahan itu berlangsung. Kalau tidak, harus juga pertelingkahan terbaru berlaku sekali lagi. Tetapi dia yakin, kalaupun Megat ada di situ, dia kini sudahpun cuba menerima Hayati kembali seperti dahulu.

"Nur, keluarga abang dah nak balik tu. Si Munira nak salam dengan Nur tu." Hatta menyedarkannya dari lamunan. Dia mengesat airmata yang hampir tumpah lalu mencangkung untuk bersalam dengan anak kecil itu.

"Ummi Ngah jangan menangis ya! Abi Ngah sayang pada Ummi Ngah tau!" Kata-kata anak kecil itu membuatkan dia tersenyum. Pada hari pertama dia bergelar Puan Hatta Hanafiah, dia sudah ada nama baru. Ummi Ngah. Sedap gelarannya.

"Tak, Ummi Ngah tak nangis. Abi Ngah baik orangnya, kan Munira. Mesti Ummi Ngah selalu gelak duduk dengan Abi Ngah."

"Abi Ngah selalu cakap dia suka nak kahwin dengan Ummi Ngah tau! Ummi Ngah jangan kasik Abi Ngah kahwin dengan orang lain tau! Kesian Abi Ngah..... dia kan suka kat sorang auntie tu... tapi, auntie tu tinggalkan dia." Munira berbisik ke telinga Fifa. Fifa terdiam? Jadi, benarlah Hatta pernah berkahwin?

"Okay, Ummi Ngah janji." Fifa cuba mengorak senyuman. Dia mencium kedua-dua belah pipi anak kecil itu.

"Abi Ngah, Ira nak balik dulu. Esok kita jumpa ya!" Hatta mendukung Munira dan mencium dahinya.

"Itu anak adik abang. Adik yang ketiga. Dia kahwin dulu. Nantilah... lepas kenduri nanti, abang kenalkan Nur dengan diaorang semua." Fifa mengangguk perlahan.
 
Top