
Kadang-kadang pelik.
Bukan orang luar yang buatkan kau penat. Bukan kerja. Bukan hidup.
Tetapi hubungan yang sepatutnya bagikan kau ketenangan itulah yang paling banyak membuatkan kau rasa down selama ini.
Kau sayangkan pasangan kau. Dan pasangan kau pun sayangkan kau jugak.
Tetapi entah kenapa, benda yang kecil pun boleh meletup.
Silap sikit, akan jadi pergaduhan yang sangat besar.
Nada suara berubah dan jadi perang dingin.
Kalau kau pernah rasa macam ni, percayalah – kau tak keseorangan.
Dan selalu, puncanya bukan sebab “tak serasi” tetapi kerana “tak difahami”.
Ramai pasangan yang bergaduh sebab mereka tak sedar ada perkara dalam perhubungan mereka yang perlahan-lahan memakan jiwa tanpa mereka perasan.
So dalam artikel ini, Abang Qiara nak share 5 punca utama yang selalu jadi punca kenapa relationship selalu bergaduh.
1. Bila dua orang penat, mereka berhenti jadi diri sendiri
Bila kau letih, kau bukan marah pasangan.
Kau sebenarnya marahkan dunia… Tetapi kau lepaskan marah kau tu pada orang yang paling dekat dengan diri kau.
Kerja berat, tanggungjawab bertambah, mental overload, semua itu buatkan kau hilang sabar walaupun pasangan kau langsung tak bersalah.
Masalahnya, ramai pasangan tak sedar yang relationship yang sihat perlukan dua orang yang cukup rehat, bukan dua orang yang penat dan berharap pasangan faham sendiri.
2. Cara komunikasi berbeza tetapi dua-dua rasa mereka betul
Kau nak berbincang tetapi pasangan kau nak diam dulu.
Kau pulak jenis yang nak selesaikan sekarang tetapi dia jenis yang nak ambil masa.
Tak ada siapa pun yang salah sebenarnya cuma dua-dua mempunyai gaya komunikasi yang berbeza.
Tapi kalau dua-dua nak menang gaya sendiri, gaduh memang takkan berhenti.
Ingat la gais, hubungan bukan siapa yang lebih kuat berusara tetapi siapa yang lebih bersedia menurunkan suara untuk mendengar dan memahami.

3. Terlalu banyak andaian, terlalu sedikit soalan jujur
Kau rasa dia berubah. Dia pula rasa kau menjauh.
Kau fikir dia dah tak peduli dan dia pula fikir kau dah tak kisah.
Padahal tak ada siapa tanya soalan sebenar. Masing-masing dengan andaian masing.
Sedangkan kalau kau tanya…
“Awak okay?”
“Ada apa yang buat awak rasa jauh?”
“Apa yang buat awak berubah sejak akhir-akhir ni?”
Sebenarnya kau lupa:
Andaian ialah racun paling senyap dalam relationship. Ia tak berbunyi, tetapi perlahan-lahan ia merosakkan perhubungan.
4. Luka lama yang tak pernah sembuh sehingga terbawa ke dalam hubungan sekarang
Ramai orang masuk hubungan baru, tapi hati masih penuh dengan luka lama.
Dulu pernah disakiti. Pernah dikhianati. Pernah dibiarkan seorang diri.
Dan luka itu muncul kembali bila pasangan sekarang buat benda kecil yang mengingatkan kau pada trauma lama.
Pasangan hanya tanya,
“Awak okay?”
Tapi dalam kepala, ia berbunyi,
“Nanti dia tinggalkan aku macam orang dulu.”
Bukan pasangan kau yang salah dan bukan juga diri kau yang lemah.
Kau cuma belum sembuh sepenuhnya. Segeralah bangkit. Lupakanlah yang lama. Buang yang lama itu jauh-jauh dan hargailah dengan apa yang kau ada sekarang ni.

5. Bila cinta tak ke mana akibat ego semakin membesar
Kadang-kadang hubungan gaduh bukan sebab masalah yang besar pun tetapi sebab dua hati yang terlalu sayang untuk mengalah.
Kau nak dia faham diri kau tanpa kau bercakap. Dia pula nak kau faham dia tanpa dia luah.
Akhirnya hubungan jadi gelanggang ego, untuk bertarung siapa yang paling melangit egonya. Sedangkan perhubungan adalah tempat untuk dua jiwa saling bernaung, saling berhubung.
Ego adalah kemenangan jangka pendek tetapi cinta akan berikan kebahagiaan yang berpanjangan.
Sekarang kau pilih nak yang mana satu.
Gais…
Relationship yang sihat bukanlah mereka yang tak pernah bergaduh tetapi mereka yang belajar kenapa mereka bergaduh dan sama-sama berusaha untuk jadi yang lebih baik.
Kalau kau berjaya baca sampai sini, abang nak beritahu kau satu perkara:
Kau bukanlah pasangan yang gagal. Kau cuma manusia yang sedang belajar mencintai dan mefahami.
Dan itu lebih indah daripada hubungan yang nampak sempurna tapi sebenarnya kosong.
Kalau kau dan pasangan mula perlahan-lahan betulkan 5 perkara ini, kau akan nampak hubungan korang berdua akan mula perlahan-lahan berubah ke arah yang lebih baik.
Dengan lebih tenang, dengan lebih matang, dan dengan lebih kasih sayang.
-Abang Qiara.