• Sudahkah anda menulis Diari Cinta anda hari ini?
    Sebagai forumer Forum Tentang Cinta, anda kini boleh menulis dan mencoret kisah manis cinta anda di ruangan Diari Cinta. Hanya satu diari sahaja ya dibenarkan untuk setiap seorang.

hati ini milikmu

awatif

New Member
PART LAST

Restoran Bunga Teratai semakin penuh dengan pelanggannya. Mungkin sebab hari ni hari gaji kot. Nur merumus sendiri. Sudah 5 minit dia menunggu. Menanti masa untuk mengunjungi bilik kecik di belakang restoran itu. Kemudian seorang gadis tinggi lampai keluar. Rambutnya keperangan. Hidung tinggi. Mata coklat. Cantik! Macam model. Telahannya sekadar di dalam hati.

“Nur, maaf la kalau sy terlalu tergesa-gesa. Tapi kali ni sy betul-betul nak dengar kata putus dari mulut Nur sendiri,”Azim masih merenungnya. Dia inginkan kepastian. Jika benar Nur masih menyayanginya, luahkan. Kalau Nur sudah menutup pintu hatinya untuk dia pun dia hendak gadis itu bercakap dari hati ke hati.
“Azim..,” kata-katanya terhenti. Wajah tenang Azim di tenungnya. Kemudian melarikan anak mata apabila lelaki itu merenungnya lama. Dari dulu dia tidak boleh membalas renungan Azim lama-lama. Dia kalah kalau mereka main tenung-tenung. Sinar mata Azim membuat hatinya berdebar.
“Nur cakap lah. Apa saja keputusan Nur sy akan terima,” Azim sabar memujuk.
“Bagi Nur masa, hari sabtu ni kita jumpa lagi,” hatinya berbisik riang mendengar bicara Nur begitu. Masih punya peluangkah dia? masih ada sisa cinta yg berbaki dulu untuk dia? segala macam persoalan bermain di benaknya. Sementara pandangan Nur terarah pada seorang lelaki dan perempuan yg sedang makan. Mesranya. Gadis itu, gadis yg dia jumpa ketika di rest room tadi. Lelaki itu? Taufik!

Sebelum keluar dari restoran, Nur sempat singgah di meja Taufik. Wajah Taufik berubah. Kulit putihnya jadi merona merah. Dia kaget melihat sekujur tubuh gadis pujaannya berada di depan mata. Ketika itu Andrea sedang mengesat mulut Taufik dengan tisu. Romantik la konon! Macam budak-budak! Desis Nur Ain.
“Nur,” suaranya separuh berbisik. Dia terkejut.
“Sy harap awk berbahagia dengan dia,” Nur merenung wajah Taufik sambil tersenyum. Andrea memandang wajah Nur. Dia tidak faham apa yg Nur katakan. Dia baru saja nk belajar bahasa melayu. Hanya perkataan ‘saya’ dan ‘awak’ saja yg dia faham.
“Nur, dia hanya kawan sy,” Taufik cuba berdalih. Dia baru ingin memenangi hati Nur Ain. Dia ingin Nur Ain menjadi isterinya. Andrea.. gadis ini hanya sekadar.. teman biasa saja.
“Tergamak awk buat macam ni pada dia. Maaf la Taufik. Sy tak boleh terima lelaki macam awk. Suka mempermainkan hati perempuan,” getus Nur geram. Dia tidak suka dengan perangai lelai seperti Taufik. Kesian Andrea. Dia tahu jugak tentang gadis ini melalui Puan Normala dulu. Wanita itu tidak suka bermenantukan gadis yg dicintai Taufik. Dia inginkan menantu berbangsa melayu. Sopan dan ayu seperti Nur Ain, pujinya selalu. Mujur Azim datang ketika hatinya semakin membara. Kalau terlebih panas pasti teruk Taufik mendengar dia memberi ceramah percuma. Baguskan jika punya kekasih seperti Andrea. Sepatutnya Taufik mendidik dia. Mengajar benda yg betul. Meninggalkan benda yg dilarang. Tetapi nampak caranya Taufik yg memberi didikan yg salah. Sengaja ingin mempermainkan hati Andrea. Taufik sudah melampau.
“Nur, nanti dulu,” panggilan Taufik tidak diendahkan. Dia berjalan seiring dengan Azim menuju ke pintu keluar.

Azim berlari perlahan. Meredah arus manusia yg juga kalut seperti dia. sesekali langkahnya terhalang dek beberapa troli yg di biarkan di tengah-tengah manusia yg berpusu-pusu. Kedengaran pembesar suara mengumumkan status beberapa destinasi yg bakal bertolak. KLIA memang begini selalu. Jam mengalahkan jalan-jalan di ibu kota waktu balik kerja. Langkahnya perlahan apabila menghampiri seorang lelaki berkopiah putih. Hj. Mansor disalaminya. Pn Anisah sekadar di sapa dengan bertanya khabar. Anak lelaki Hj Mansor turut menyalaminya. Terpandang wajah Nur yg tersenyum. Gadis itu ralit melayani anak abang sulungnya yg ramah bertanya macam-macam. Kemudian mereka berbual sebentar. Hj Mansor dan anak isterinya memberikan sedikit ruang buat dia dan Nur. Nur memberikan beg kertas kecil berbunga-bunga kepadanya.
“Nur tak dapat terima sy kembali?,” soalnya kecewa selepas melihat barang di dalam beg kecil itu. Kotak baldu merah pemberiannya di pulangkan. Nur mengambil beg tangan hitamnya.
“Azim, kalau nak melamar biar lah dengan cara yg betul. Jumpa mak ayah sy,” Nur tersenyum. Manis sekali. Azim terpana. Benar apa yg didengarinya? Dia tidak bermimpi kn.. Lambaian Nur dan tepukan Hj Mansor di belakangnya mengejutkan dari lamunan. Benar! Nur, aku akan membahagiakanmu.. Azim mengukir senyum padahal wajah Nur sudah hilang di balik puluhan manusia yg ingin pergi ke pelbagai destinasi. Alhamdulillah. Dia sudah menemui destinasinya. Nur Ain.. hati ini milikmu....
 

zahra

FTC Crew
Moderator
:)heheh..xla lame sgt..tp ckupla nk bt zahra ni b'jggut..heheh..gurau jew..xpew..kteorg kt cni setia menuggu if dh ikuti cite yg besh2 ni..
 

awatif

New Member
yer ker? berjanggut takpe. jgn bertanduk dh;)) atif nk thread new post. tp nk siapkn skali. cian lak kt sesape yg dh lama2 tunggu. coz keja nie mmg tak menentu. pape pun tengkiu bebyk yer zahra:-*
 
Top