zahra, sorry la yer. tak smpt nk thread kt salam perkenalan. japg ek. thanks sudi2kn baca n komen..
dolphin, thanks. maaf yer. lmbt sambung. nanti 1 ari sy abiskn...
silver_planet.. skang dh jd trend kot. hehehe.. tp klu ada masa sy suka abiskn suma skali. sorry yek!
PART II
Mereka berjalan seiringan di tepi pantai. Sedetik buih-buih memenuhi kaki mereka apabila di hempas ombak. Sengaja dibiarkan kaki di ratah air laut masin. Dia pernah membaca dalam satu majalah. Berjalan di tepi pantai, boleh merelakskan kaki. Spa kaki semulajadi. Sesekali Atie ketawa kecil apabila buih-buih itu hampir sahaja mengenai wajahnya. Nur juga ketawa. Kadangkala mereka sengaja membiarkn air masin itu membasahi baju mereka.
“Nur, aku haus la. Jom kita pekena air kelapa dulu,” ajak Atie sambil menarik tangan Nur ke sebuah warung tidak jauh dari situ.
“Hm.. nikmatnya minum air kelapa isi nyior ni kt tepi pantai kan,” Nur memejamkan matanya. Tanda perasaannya yg mungkin sudah tenang. Atie tersenyum.
“Nur, aku bangga kau dapat melalui semua ni. Kau masih belum bersedia untuk pulang?,” atie mengatur ayatnya satu satu. Sejak peristiwa di rumah batu Hj Mansor, dia semakin menjaga tutur bicaranya. Bimbang melukai hati Nur. Dia cukup menyayangi gadis itu.
“Kenapa? Kau dh tak larat nk jaga aku ke?,” Nur mencebik. Cute sangat bila dia buat memek muka seperti itu. Atie tersenyum. Takkan tanya macam tu dh tersentap.
“Aik! Aku takda niat pun mcm tu. Yer la. Nenek dah banyak kali call aku. Tanya bila kau nak balik. Dia rindu. Dia nk datang aku tak benarkan. Lagipun nenek bukannya sihat sangat kan,” Atie berterus-terang saja. Dia tidak mahu Nur berprasangka bukan-bukan. Dia lagi suka kalau Nur terus menetap di Puau Langkawi sahaja. Senang nk berjumpa. Dia juga tidak punya sesiapa di pulau ini. Tugas yg terus mengikatnya di sini. Keluarganya dia Johor.
“Nenek… em… aku juga rindukan dia. Aku tak cukup kekuatan nak berjumpa dengan mereka lagi. Nanti la. Tunggu dalam minggu ni ke.. Lagipun cuti aku ada lagi 2 minggu tau,” air kelapa diteguk penuh nikmat. Dia suka air kelapa tanpa ais seperti ini.
“Asalamualaikum,” satu suara menegur mereka yg sedang ralit menikmati minuman dan pemandangan laut yg indah sewaktu mentari masih sembunyi-sembunyi di balik awan. Redup petang itu. Atie dan Nur menjawab salam serentak. Nur tersentak! Dia!
“Suami Nur sihat?,” soalan pertama yg ditanya lelaki itu ketika menyertai mereka minum petang. Kebetulan Atie ke bilik air.
“Em.. sy tak faham apa awk cakap,” Nur cuba membetulkan duduknya yg sudah terasa tidak selesa. Dia langsung tidak menduga akan bertemu dengan lelaki ini semula. Di sini pula. Pada waktu yg tidak wajar seperti ini. Aduh! Kuatkan hati ku Ya Allah.. Dia memohon.
“Nazri bagitau majlis awk dh berlangsung minggu lepas,” lelaki itu sekadar menjelaskn apa yg didengari dri sepupu Nur Ain. Dia juga ingin tahu gadis di hadapannya berkahwin dengan siapa. Bahagiakah dia? bertuahnya lelaki itu. Tetapi gadis itu masih membisu. Masih menebar pandang ke laut lepas yg luas.
“Nur, kalau awk tak nak ceritakan pasal majlis awk takpe. Sy faham,” Azim akur. Jika gadis itu membisu pasti dia tidak ingin berkongsi cerita apa-apa. Cuma diamnya Nur membuatkan hatinya semakin ingin mengetahui.
“Sy tak jadi kahwin, majlis tu tak berlangsung seperti yg Nazri cakap,” suaranya setelah lama dikepung kebisuan. Dia harus menerima hakikat majlis nikahnya yg tidak menjadi. Dia tidak boleh terus diam bisu membiarkan semua org melupakan majlis itu seperti yg dia harapkn. Mana mungkin semua org melupakan kejadian yg paling bermakna dalam hidupnya itu. Azim diam. Tidak tahu apa yg ingin di suarakan. Tidak pasti apa soalan yg paling rasional untuk Nur saat itu.
“Azim, sy minta maaf. Mungkin ini balasan setelah apa yg sy buat pada awk,” Nur memandang wajah Azim yg tenang. Wajah yg telah dilukai hatinya. Dia yg merobek hati Azim. Dia yg memutuskn hubungan mereka 6 bulan lalu. Dia trpaksa demi kasih pada ayahnya. Dia tahu dia hanya anak angkat Hj. Mansor. Lalu apabila lelaki itu menyuarakn hasrat utk menikahkn dia dengan lelaki yg lgsung dia tidak kenal. Dia menerima dengan hati yg ikhlas. Wlupun trpaksa melukakn hati Azim.lelaki yg dicintainya. Sebetulnya lelaki itu yg menyintainya setulus hati. Sanggup berkorban segalanya demi dia.